Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2019

MAKLUMAN | DIREKTORI AHLI JAWATANKUASA TADBIR, AHLI JAWATANKUASA HEWI & ANGGOTA BADAN PENASIHAT KPIPM SESI 2019/2020

MAKLUMAN | DIREKTORI AHLI JAWATANKUASA TADBIR, AHLI JAWATANKUASA HEWI & ANGGOTA BADAN PENASIHAT KPIPM SESI 2019/2020 Jabatan Setiausaha Agung KPIPM sesi 2019/2020 Makluman kepada seluruh ahli, berikut adalah direktori Ahli Jawatankuasa Tadbir, Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita Islam, Anggota Badan Penasihat KPIPM sesi 2019/2020. Sebarang permasalahan boleh merujuk ahli jawatankuasa yang berkaitan. Siruu 'Ala Barakatillah. #KPIPMkeluargakita #BersamaBersatuJayakanUsulYdp BERILMU, BERAMAL, IKHLAS "MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN "

MAKLUMAN | PERJAWATAN AHLI JAWATANKUASA TADBIR, AHLI JAWATANKUASA HEWI & ANGGOTA BADAN PENASIHAT KPIPM SESI 2019/2020

MAKLUMAN | PERJAWATAN AHLI JAWATANKUASA TADBIR, AHLI JAWATANKUASA HEWI & ANGGOTA BADAN PENASIHAT KPIPM SESI 2019/2020 Jabatan Setiausaha Agung KPIPM sesi 2019/2020 Dengan sukacitanya dimaklumkan perjawatan Ahli Jawatankuasa Tadbir, Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita Islam & Anggota Badan Penasihat KPIPM sesi 2019/2020. Mari sama-sama kita mendoakan agar seluruh barisan kepimpinan dapat menunaikan amanah dengan sebaiknya. Siruu 'Ala Barakatillah. #KPIPMkeluargakita #BersamaBersatuJayakanUsulYdp BERILMU, BERAMAL, IKHLAS "MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN "

LAPORAN PROGRAM SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA 2019 (RAHMAH'19)

LAPORAN | PROGRAM SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA 2019 (RAHMAH'19) Biro Tabung Kebajikan, Kesenian dan Riadah & Jabatan Yang Dipertua KPIPM sesi 2018/2019 KAHERAH – Pada tarikh 10 Ogos 2019 hingga 14 Ogos 2019, Biro Tabung Kebajikan, Kesenian & Riadah dan Jabatan Yang Dipertua KPIPM sesi 2018/2019 telah berjaya menganjurkan Program Sambutan Hari Raya Aidiladha yang bertempat di Wisma Darul Ridzuan.  RAHMAH’19 pada sesi kali ini berkonsepkan “Arabic” yang telah berlangsung dengan jayanya selama 4 hari. Program yang bertemakan “Menelusuri Pengorbanan, Mengecapi Mahabbah” ini melibatkan seluruh anak Perak di Mesir selari dengan objektif yang digariskan pada kali ini iaitu meraikan hari kebesaran Islam bersama anak-anak Perak di Mesir, meningkatkan thaqafah ahli melalui penghayatan Hari Raya Aidiladha dan menyediakan medium kepada mahasiswa/wi untuk mengasah bakat dalam kesenian Islam. Program bermula pada Sabtu, 10 Ogos 2019 bersamaan 9 Zulhijjah 1440H dengan Pembentangan

LAPORAN BAZAR ANAK PERAK 2019 (BAZAR '19)

LAPORAN | BAZAR ANAK PERAK 2019 (BAZAR '19) Biro Ekonomi KPIPM sesi 2018/2019 Kaherah, Julai 2019 - Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir di bawah anjuran Biro Ekonomi KPIPM sesi 2018/2019 telah berjaya menganjurkan satu program iaitu Bazar Anak Perak 2019 (BAZAR '19). Objektif BAZAR'19 diadakan adalah mewujudkan medium penjanaan pendapatan dalam bidang perniagaan dan perkhidmatan kebajikan kepada ahli, melahirkan usahawan muda dalam kalangan mahasiswa/wi serta mengeratkan hubungan silaturrahim antara anak-anak Malaysia di Mesir. Ianya juga merupakan satu sunnah yang amat dituntut dalam Islam. BAZAR'19 ini telah berlangsung dengan jayanya selama 4 hari bermula 14 Julai 2019 sehingga 17 Julai 2019 bertempat di perkarangan Masjid Salam, Hayyu Asyir, Kaherah dengan berkonsepkan 'Ala Kampung'. Program ini melibatkan seramai 10 orang Adhoc dan 64 orang AJK Pelaksana Bazar yang telah bertungkus lumus bagi menjayakan BAZAR'19. Tema untuk program ini adal

LAPORAN TARBIAH RAMADAN & ANUGERAH SYAWAL

LAPORAN | TARBIAH RAMADAN & ANUGERAH SYAWAL Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2018/2019 KAHERAH – Pada 2 Mei 2019 hingga 5 Jun 2019, Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir telah mengadakan satu program bulan Ramadan dan Syawal dengan kerjasama Pejabat Atase Pendidikan Perak program tersebut telah diberi nama Tarbiah Ramadan dan Anugerah Syawal 2019 dengan singkatan TAQWA’19. Program ini di bawah seliaan Biro Dakwah dan Tarbiah dan Biro Tabung Kebajikan Keseniaan dan Riadah sesi 2018/2019 dengan bertemakan “Keberkatan Ramadan Dicari, Kehadiran Syawal Dirai”. TAQWA’19 telah bermula pada 26 Syaaban 1440 H bersamaan 2 Mei 2019 pada hari khamis yang mana telah dimulai dengan majlis pelancaran TAQWA’19. Majlis ini bermula dengan ucapan pengarah TAQWA’19, Ustaz Ahmad Azri Fauzan bin Zoolchaply dan diteruskan dengan ucapan YDP KPIPM sesi 2018/2019 Ustaz Muhammad Abrorr bin Mohamad Ishak, seterusnya ucapan dari perasmi Ustaz Norhalim bin Lokman selaku YDP Badan Kebaj

LAPORAN DAURAH ALAMIAH 2019

LAPORAN | DAURAH ALAMIAH 2019 Biro Pelajaran dan Ilmiah KPIPM sesi 2018/2019 Kaherah- Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir dengan kerjasama Atase Pendidikan Negeri Perak telah menganjurkan program ilmiah yang diberi nama Daurah Alamiah 2019 (DAWAM'19) selama empat hari bermula 16 Februari 2019 sehingga 21 Februari 2019 yang bertempat di kedua-dua wisma iaitu Dewan Syeikh Idris Al Marbawi ,Baitul Ridzuan dan di Dewan Syeikh Sya'rawi,Baitul Rahman. Tema program pada kali ini ialah "Ilmuan Melestari Generasi Rabbani". Antara objektif yang telah digariskan ialah memperkukuhkan ukhuwah dalam kalangan ahli, memaksimumkan suasana ilmu dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswa Perak dan juga meningkatkan kualiti penjanaan thaqafah ahli dalam pelbagai bidang. Pada hari sabtu 16 Februari 2019, program telah dimulai dengan pembentangan kertas kerja" Mabadi' Asyarah fi Ilmi Tauhid" yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Ilmam bin Ismail selaku Fasilitator KPKM se