Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2009

Kursus Designer HEWI Berjaya

KAHERAH, 27 MEI - Kursus Designer yang telah dirancang lama, hari ini telah dilaksanakan dengan jayanya di bawah seliaan Timbalan Ketua HEWI, Ust Khairunnisa binti Syed Muhammad Rafeii. Kursus ini bertujuan melahirkan bakat baru dalam dunia grafik. Selain itu, kursus ini juga mensasarkan supaya tenaga pereka grafik di kalangan HEWI dapat dilahirkan. Program yang disertai seramai 15 orang peserta ini telah bermula pada jam 8.50 pagi, di Dewan Rumah Perak Sementara. Program telah dirasmikan oleh Yang Dipertua KPIPM sendiri, Ustaz Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil. Slot pertama yang bertajuk "Pengenalan Asas Adobe", telah disampaikan oleh Ustaz Zulhafeez bin Ahmad Zahidi. Slot ini bermula pada jam 9.30 pagi. Slot seterusnya disusuli dengan kaedah penghasilan iklan, yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Arifin bin Zakariya. Manakala slot terakhir pula ialah penghasilan Suara Kampus, yang disampaikan oleh Ustazah Sa'idah binti Abdul Mokti. Program tamat pada jam 6 petang

Hati Yang Mati

TUHAN tidak mencipta sesuatu itu dengan sia-sia. Semua ada sebabnya. Semua ada gunanya. Semua ada hikmahnya. Terserah kepada manusia untuk mencari sebabnya, gunanya dan hikmahnya itu.Tuhan hamparkan bumi ini dan mencipta segala sesuatu di dalamnya bukan semata-mata untuk manusia hidup dan berkembang biak di atasnya serta menggunakan segala khazanah kekayaan-Nya. Sama juga seperti orang yang memakan hidangan yang sedap dan lezat. Dia ingin memakannya sehingga habis. Tetapi tidak terlintas di fikirannya siapa gerangan yang memasaknya.Yang lebih penting, ia bertujuan supaya manusia dapat melihat secara zahir/fisik akan alam ciptaan Tuhan ini. Ini adalah bukti besar kepada manusia tentang wujudnya Tuhan. Ini sebenarnya adalah dalil bagi mereka tentang adanya Tuhan. Mencari Tuhan melalui ciptaanNya. Demikian juga di antara sebab Tuhan mencipta sekalian alam. Bukan saja alam syahadah atau alam yang nyata ini yang boleh dilihat oleh manusia tetapi juga alam-alam yang lain. Alam itu adalah

Gunakan Email Groups Dengan Sebaiknya

26 MEI, KAHERAH - Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir telah bertahun-tahun membuat email groups khusus di bawah persatuan. Ia adalah salah satu saluran untuk berkongsi pendapat, dan menyampaikan maklumat-maklumat persatuan kepada ahli. Email Group ini ditubuhkan atas satu tujuan yang penting, supaya ahli dapat bersama-sama menerima faedah dan kebaikannya. Namun, sejak kebelakangan ini, terdapat beberapa email yang tidak sepatutnya dihantar, atau melanggar disiplin yang telah difahami bersama. Berkata tentang masalah ini, Ustaz Hanif bin Musa, Timbalan Yang Dipertua KPIPM, selaku pengelola bahagian email group menasihat ahli agar berhati-hati ketika menghantar email. Kadangkala, email yang dihantar tidak mencerminkan kita sebagai pelajar agama. Beliau juga mengingatkan, kadangkala terdapat di kalangan kita yang gemar mem"foward" email-email yang sampai kepadanya. Beliau menasihati agar email tersebut dipastikan kebenarannya. Beliau menambah lagi, manakala email yang

Tahniah Kepada Ust Fatimatuz Zahra

21 MEI, ISKANDARIAH - Tarikh yang dinanti-nantikan oleh seorang ustazah yang bernama Ustazah Fatimatuzzahra binti Badrisyah. Pada 14 Mei lalu, beliau telah selamat melahirkan seorang anak perempuan di sebuah hospital di Iskandariah. Pada ketika itu, Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah banyak membantu dalam menyelia proses tersebut. Beberapa AJK Unit Mutazawwijin Iskandariah (UMI) bertugas untuk mengendalikan dalam masalah ini. Mengikut laporan yang diberikan kepada wartawan blog, bayi yang seberat 3.27kg tersebut selamat lahir pada jam 7.15 pagi di Hospital Abrah di Asafirah. Beliau telah memaklumkan kepada persatuan hari ini bahawa anaknya telah diberi nama Nur Sayyidah Nafisah binti Mohd Khairi. Us Azizuddin bin Aznan, Ketua Biro Tabung Kebajikan, Kesenian dan Riadah, berkata kepada wartawan blog bahawa beliau mewakili KPIPM mengucapkan tahniah di atas anugerah yang diberikan oleh Allah SWT tersebut. Beliau juga menyatakan bahawa tabung kutipan untuk Ust Fatimatuzzahra telah

Persediaan Sebagai Da'ie

Mewujudkan kepimpinan yang diredhoi oleh Allah SWT dituntut oleh syara', sebagaimana yang telah terakam dalam firman Allah SWT yang bermaksud: . "Dan hendaklah ada di kalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah daripada kemungkaran, merekalah orang-orang yang beruntung" (Surah Al-Imran:104) Berdasarkan firman Allah tersebut, telah jelas kepada kita bahawa tugas menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar adalah satu tugas yang pasti disoal oleh Allah di akhirat nanti. Namun persediaan adalah diantara perkara yang terpenting untuk menegakkan kembali Islam di dalam kehidupan ummah. Rasulullah SAW terlebih dahulu disediakan oleh Allah SWT sebelum baginda SAW ditugaskan dengan kerja-kerja dakwah yang berat. Firman Allah di dalam surah al- Anfal, ayat 60 yang bermaksud: . "Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa sahaja yang kamu sanggupi dari kuda-kuda y

Program Mingguan dan Halaqah Muraja'ah al Quran

KAHERAH, 14 MEI - Program mingguan KPIPM sentiasa berjalan walaupun peperiksaan sedang dihadapi oleh mahasiswa. Program-program kerohanian seperti ini bertujuan menambahkan keyakinan dan hubungan mereka terhadap Allah SWT. Pada minggu ini pula, Biro Dakwah dan Tarbiah telah menerukskan program ini seperti biasa. Bacaan Yasin kali ini dipimpin oleh Ustaz Muhammad Sayuti bin Mohammad Zawahib. Kemudian disusuli dengan tazkirah yang disampaikan oleh Ustazah Hurriyyah binti Abdul Mokti. Selepas Solat Isya', program diteruskan dengan Halaqah Muraja'ah al Quran yang dikhususkan untuk mahasiswa tahun 1. halaqah ini ini bertujuan menguatkan lagi hafalan mahasiswa baru dan membantu mereka dalam cemerlang di dalam subjek al Quran. Pada keesokan paginya, selepas selesai Solat Subuh berjemaah, program tazkirah diadakan selepas Solat Subuh berjemaah. Tazkirah disampaikan oleh Ustaz Ibnu Abbas bin Azizuddin. Us Khairul Asyraf bin Khir memberitahu wartawan blog, bahawa program Halaqah ters

Kembara Ke Matruh dan Siwa (KEMAS 09) Akan Diadakan Jun Ini

KAHERAH, 13 MEI - Rehlah ke Matroh dan Siwa telah menjadi program tahunan bagi KPIPM. Pada tahun ini, Biro Perhubungan dan Rehlah telah merancang untuk mengadakan rehlah tersebut, sepertimana yang telah dijalankan sebelum ini. Pada tahun ini, BPSR telah membuat kelainan sedikit dengan mengadakannya secara taakhi. BKAN dan DPM yang turut bersama KPIPM pada tahun ini untuk ke Matruh dan Siwa ialah Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir dan Dewan Perwakilan Mahasiswa Syibin el Kom. Program ini telah diketuai oleh DPM Syibin, dan ia dinamakan sebagai "Kembara Matruh dan Siwa 09". Program yang akan diadakan pada 27-29 Jun ini dikatakan mendapat sambutan yang menggalakkan setakat ini daripada ketiga-tiga gabungan ini. Selain itu, kelainan yang dibuat di dalam rehlah kali ini juga pihak penganjur telah mengadakan pertandingan mencipta trademark program. Mengulas tentang perkara ini, Us Muhammad Sayuti bin Mohammad Zawahib, Ketua Biro Perhubungan, Sambutan dan Rehlah telah

Program Mingguan dan Qiamullail Perdana

KAHERAH, 7 MEI - Hari ini, Biro Dakwah dan Tarbiah telah mengadakan program Bacaan Yasin dan Tazkirah Mingguan. Seperti kebiasaan, setiap malam Khamis, BDT akan mengadakan Bacaan Yasin dan Tazkirah. Pada 7 Mei, Bacaan Yasin dipimpin oleh Us Mohd Faiz bin Hassan. Setelah selesai bacaan Yasin, ditambah dengan tazkirah yang disampaikan oleh Us Muhammad Amin bin Abdul Rahman. Selesai tazkirah tersebut, Yang Dipertua, Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil memberikan sedikit maklumat berkaitan dengan persediaan mahasiswa untuk berhadapan dengan masyarakat Malaysia. Selesai daripada taklimat tersebut, Solat Isya berjemaah didirikan, dan ditambah selepas itu Solat Sunat Hifzi. Solat Sunat Hifzi pada malam ini telah diimamkan oleh Us Zulhafeez bin Ahmad Zahidi. Pada keesokan harinya, Qiamullail Perdana diadakan sempena peperiksaan yang bakal kunjung tiba. Solat Tahajjud dan Taubat diimamkan oleh Us Khairul Asyraf bin Khir, manakala Solat Hajat dan Witir diimamkan oleh Yang Dipertua sendiri.

Zikrayat 4 Sudah Muncul

KAHERAH, 5 MEI - Detik bersejarah yang dinanti-nantikan oleh ahli KPIPM selama ini, iaitu kemunculan Zikrayat 4. Sejarah penghasilan Zikrayat 4 ini bermula dari sesi lepas, 2007-2008. Hari ini, akhirnya Zikrayat 4 berjaya dicetak dan telah pun sampai di Rumah Perak. Us Ahmad Arifin Zakariya, Mantan YDP KPIPM berkata bahawa pembikinan Zikrayat 4 itu masih dalam proses semakan semula sebelum ia diedar kepada mereka yang menempah. Beliau menambah lagi, Zikrayat tersebut telah dicetak sebanyak 250 naskah, dan beliau meminta supaya mereka yang menempah, dapat hadir ke Rumah Perak Sementara untuk menuntut buku tersebut. Us Hafizuddin Zakariya, Pengarah Sidang Redaksi Zikrayat memaklumkan kepada wartawan kpipmblog bahawa sebarang tuntutan buku tersebut boleh dibuat kepada beliau, bermula awal Jun ini. YDP KPIPM, Us Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil menyifatkan bahawa penghasilan Zikrayat 4 ini adalah satu kemudahan daripada Allah SWT. Beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada

Jihad Penentu Nasib Palestin Dan Dunia

Selawat dan salam buat junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W serta para sahabat, keluarga baginda, para tabien dan tabi’ tabien. Semoga pemergian mereka tetap memberikan inspirasi kepada kita selaku pejuang-pejuang Allah di muka bumi ini. Begitu juga sekalung Al Fatihah kepada pejuang2 islam yang telah lama pergi menemui Allah S.W.T setelah bertungkus lumus ingin melihat kalimah Allah ini sentiasa berada di puncak yang paling mulia dan tinggi. Semoga pemergian mereka Allah akan melahirkan lagi para pejuang islam yang gagah perkasa sebagai pengganti kepada perjuangan mereka. Sahabat2 sekalian……. Dunia islam pada masa kini makin lama makin ditekan dengan pelbagai cara yang dilakukan oleh musuh2 islam. Inilah realiti yang berlaku kepada kita setelah Allah mengkhabarkannya di dalam Al Quran. Cumanya yang menjadi persoalan kepada kita, apakah umat islam diseluruh dunia memang tidak ada kekuatan untuk menentang mereka walhal umat islam adalah umat yang paling ramai di dunia berbanding u

Peperiksaan Sudah Bermula

MESIR, 4 MEI - Hari ini telah bermulalah musim peperiksaan yang telah dinanti-nantikan selama ini. Segala macam persiapan telah dilakukan oleh para mahasiswa untuk berhadapan dengan ujian ini. Di dalam tempoh ini juga, mahasiswa di kuliah Qiraat dan Perubatan turut sama menghadapi peperiksaan. Sebelum ini PMRAM telah meletakkan 11 April sebagai permulaan kepada persediaan mahasiswa untuk menghadapi peperiksaan. Suasana peperiksaan yang penuh dengan kelas tutorial, belajar berkumpulan dan sebagainya, dapat dilihat di rumah-rumah negeri. Di peringkat KPIPM dan Badan Kebajikan Anak Negeri yang lain, kerap mengadakan Solat Hajat sempena peperiksaan. Bahkan turut mengadakan program-program motivasi dan beberapa aktiviti berkaitan peperiksaan.