Monday, January 2, 2012

Ehya' Muharram : Program Mendidik Jiwa


KAHERAH, 2 Jan - Bersempena kehadiran tahun baru Islam 1433 Hijrah baru-baru ini, Biro Dakwah dan Tarbiah dengan kerjasama Biro Pelajaran dan Ilmiah Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir KPIPM sesi 2011/2012 telah mengadakan suatu program yang diberi nama Ehya’ Muharram buat seluruh ahli.

Bertemakan "Muharram Dira'I 'Ibrah Dihayati", program yang bermula pada hari Jumaat 25 November 2011 bersamaan 29 Zulhijjah 1432H itu dipenuhi dengan pelbagai program kerohanian dan motivasi yang membawa seluruh mahasiswa menghayati ‘ibrah dari penghijrahan Baginda Rasulullah s.aw.


Antara pegisian program yang telah dilaksanakan adalah Ehya’ Jum’ah,  solat Sunat Hifzi, puasa ‘Asyura, tazkirah, gempur mumtaz, ceramah motivasi dan qiamullail.

Program yang berlangsung selama sebulan ini akhirnya melabuhkan tirainya pada hari Khamis 29 Disember 2011 bersamaan dengan 4 Safar 1433H yang lepas.

Alhamdulillah program yang dilangsungkan selama sebulan ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari ahli-ahli KPIPM, seterusnya menjayakan tema yang diketengahkan oleh pihak penganjur.


"Semoga pembentukan jati diri muslim dalam kalangan ahli KPIPM dapat ditingkatkan melalui program-program kerohanian dan motivasi seumpama ini", ujar Pengarah Program Ehya' Muharram, saudara Mohamad Adil bin Mohamad Fadzil di akhir program tersebut. 




No comments:

Post a Comment

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELAJAR ISLAM PERAK MESIR SESI 2023/2024

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELA...