Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2009

Rombongan Maut

Iblis dan Syaitan akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Syaitan mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan. Hadith Rasulullah s.a.w.. menerangkan: Yang bermaksud: "Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan Syaitan di waktu maut." Rombongan 1 Akan datang Syaitan dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Syaitan itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah s.w.t. inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya. R

Terima Kasih Kepada Penyumbang

KAHERAH, 18 SEPTEMBER – Sempena Syawal yang menjelma ini, KPIPM telah menerima beberapa sumbangan daripada pelbagai pihak dan individu. Sumbangan-sumbangan ikhlas ini berbentuk wang, makanan, keperluan asasi dan sebagainya. Mengulas lanjut tentang perkara ini, Ustaz Mohd Zahid bin Abu Bakar, Ketua Biro Tabung Kebajikan Kesenian dan Riadhah, memberitahu wartawan blog bahawa sumbangan yang diterima bukan sahaja di Mesir, bahkan KPIPM juga menerima sumbangan daripada Malaysia. Beliau berkata lagi, sumbangan yang diterima di Malaysia telah disalurkan kepada ahli KPIPM yang menjadi wakil di Malaysia. Antara sumbangan yang diterima ialah melalui kuliah-kuliah Ramadhan yang disampaikan oleh beberapa orang ahli KPIPM yang pulang bercuti di Malaysia. “Dalam masa yang sama, KPIPM di Mesir juga menerima sumbangan-sumbangan berbentuk juadah berbuka puasa, keperluan asasi dan kewangan” Katanya. Ustaz Khairul Asyraf bin Mohd Khir, Yang Dipertua, mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peny

KPIPM Bersama Masyarakat Di Malaysia

LENGGONG, 18 SEPTEMBER – KPIPM pada tahun ini telah melebarkan sayapnya apabila mengambil kesempatan mengadakan beberapa pertemuan dan program bersama masyarakat di Malaysia. Wartawan blog telah menemui Us Muhammad Sayuti bin Mohammad Zawahib, Setiausaha Agung, yang kini berada di Malaysia. Beliau memberitahu bahawa pada hari ini, telah diadakan mesyuarat bagi pelaksanaan sebuah program kemasyarakatan, hasil kerjasama dengan Pejabat Agama Pengkalan Hulu. Program tersebut dinamakan sebagai Kem Remaja Luqman, yang akan diadadakan pada pertengahan bulan Oktober 2009. Beliau berkata lagi, sebelum ini telah diadakan mesyuarat sebanyak dua kali iaitu pada 2 dan 9 September di Pejabat Agama Daerah Pengkalan Hulu, bagi membincangkan tentang pelaksanaan program tersebut. Selain itu, pada waktu yang sama, KPIPM telah bekerjasama dengan Generasi Ilmuan Perak United Kingdom dan Ireland (GEMARAK) untuk melaksanakan sebuah program motivasi untuk sekolah menengah. Program tersebut telah diadakan