Tuesday, June 26, 2018

RASA SAKAN 2018 - KEMENANGAN BERSAMA

LAPORAN PROGRAM RAYA SAKAN 2018 (RASA‘18)

KAHERAH - Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2017/2018 dengan kerjasama Atase Pendidikan Negeri Perak telah menganjurkan program yang dinamakan Raya Sakan 2018 (RASA ’18). RASA’18 kali ini berkonsepkan “Perayaan Aidilfitri di Bandar” yang telah berlangsung dengan jayanya selama empat hari bermula 14 Jun 2018 sehingga 17 Jun 2018 bertempat di Wisma Darul Ridzuan.

     Program yang bertemakan “Kita Raya, Kita Rasa” ini melibatkan seluruh anak-anak Perak yang berada di Mesir selari dengan objektif yang telah digariskan pada kali ini iaitu menggilap bakat ahli melalui aktiviti kesenian, meribat ukhuwah islamiah dalam kalangan ahli KPIPM dan meraikan kemeriahan Aidilfitri bersama anak-anak Perak di bumi Mesir.

     Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri kian terasa dengan aktiviti Gotong-royong Perdana pada 14 Jun 2018 jam 4.00 petang yang berlangsung di sekitar wisma. Pada sebelah malamnya, jam 7.00 malam takbir raya mula berkumandang, alunan qasidah sebagai pembuka Malam Perasmian dan Perutusan Aidilfitri Raya Sakan 2018 (RASA ’18) di Dewan Syeikh Idris Al-Marbawi, Baitul Ridzuan. Program ini dirasmikan oleh Pegawai Atase Pendidikan Negeri Perak, Encik Munawir bin Mohamed Noh selepas sahaja Ucapan Alu-aluan daripada Pengarah RASA ’18, Ustaz Mohamad Farhan bin Mohd Ariff serta Perutusan Aidilfitri yang disampaikan oleh Yang Dipertua KPIPM sesi 2017/2018, Ustaz Mohamad Bukhari Ridha bin Mohd Bakri. Majlis diteruskan lagi dengan pelancaran gimik perasmian RASA ’18 serta tayangan video pengenalan RASA’18. Kemudian majlis diserikan dengan persembahan silat daripada Usrah Al-Muhazzirun dan sedikit jamuan ringgan.

     Pada Hari Raya Pertama, 15 Jun 2018 seawal jam 5.15 pagi ahli KPIPM menunaikan Solat Sunat Aidilfitri di masjid berhampiran seterusnya menyertai Ziarah Raya yang melibatkan ahli rumah sewa dan ahli Wisma Baitul Rahman berkunjung ke Wisma Baitul Ridzuan bagi peringkat akhawat pada jam 12.00 tengahari, manakala diperingkat ikhwah pada jam 8.00 pagi yang melibatkan ahli rumah sewa berkunjung dan menziarahi Wisma Darul Ridzuan. Pada sebelah petangnya jam 3.00 petang, bermulanya persiapan rumah terbuka dan gotong-royong memasak.

     Tibalah Rumah Terbuka Aidilfitri KPIPM pada hari raya kedua di Wisma Baitul Rahman jam 11.00 pagi sehingga 5.00 petang. RASA’18 diteruskan lagi pada hari berikutnya iaitu pada hari raya ketiga dengan aktiviti indoor ikhwah dan akhawat seperti teka kuih raya, carrom, bingo, busana muslimah, tayangan dan pelbagai lagi aktiviti menarik yang telah disusun di peringkat penganjur. Pada sebelah malamnya pula, telah diadakan Malam Penutupan RASA’18 yang telah bermula dengan ucapan daripada Pengarah RASA ’18, Ustaz Mohamad Farhan bin Mohd Ariff diikuti oleh Ketua HEWI KPIPM sesi 2017/2018 , Ustazah Siti Hajar binti Ahmad Daud dan ditutup dengan amanat Yang Dipertua KPIPM sesi 2017/2018, Ustaz Mohamad Bukhari Ridha bin Mohd Bakri.

     Majlis diteruskan lagi dengan acara penyampaian hadiah yang diiringi oleh Pengarah dan Timbalan Pengarah RASA ’18, Ustazah Siti Nur’Amirah Athirah binti Md Natar kepada para pemenang sepanjang program RASA’18. Untuk Pertandingan Selfie Raya bagi peringkat ikhwah, tempat pertama dimenangi oleh Ustaz Abdul Fatah bin Abd Razak, tempat kedua dimenangi oleh Ustaz Ahmad Azri Fauzan bin Zoolcaphly dan tempat ketiga dimenangi oleh Ustaz Ikhwan Firdaus bin Tohari. Manakala diperingkat akhawat pula, tempat pertama dimenangi oleh Ustazah Siti Nur Nazihah binti Zainal Abidin , tempat kedua dimenangi oleh Nuralya Faqihah binti Abdul Rahim dan tempat ketiga dimenangi oleh Ustazah Nur Mursyidah binti Mohd Khir. Seterusnya pula adalah Pertandingan Kad Raya, pemenang pertama diperingkat ikhwah dimenangi oleh Ustaz Muhammad Amir, tempat kedua ialah Ustaz Ahmad Azri Fauzan bin Zoolcaphly, tempat ketiga pula ialah Ustaz Muhammad Iqbal bin Anuar. Manakala di peringkat akhawat, tempat pertama dimenangi oleh Ustazah Nur Syafiqah binti Mohd Razali, tempat kedua dimenangi oleh Ustazah Rosyidah Aqilah binti Rosli dan tempat ketiga Ustazah Sana’ binti Hairul Anuar. Tahniah diucapkan kepada semua para pemenang. Sebagai penutup majlis diserikan lagi dengan persembahan nasyid daripada Usrah Al-Muhazzirun dan tayangan video.


     Maka berakhirlah sudah program RASA’18 pada tahun ini. Diharapkan agar program ini dapat meribat ukhuwah islamiah serta dapat memperkukuhkan peranan KPIPM sebagai wadah kesatuan anak-anak Perak di bumi Mesir. Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan RASA ’18 dan semoga program sebegini dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang. Sekian, terima kasih.

“Kita Raya, Kita Rasa”

BERILMU, BERAMAL, IKHLAS
“MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN”

Disediakan oleh :
Setiausaha RASA’18 Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2017/2018

Sunday, June 24, 2018

IHYA' TARBAWI RAMADAN 2018 (IHTIRAM'18)

IHYA’ TARBAWI RAMADAN 2018 (IHTIRAM'18)

KAHERAH - Pada 17 Mei 2018 hingga 12 Jun 2018, Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir telah mengadakan satu program bersempena Bulan Ramadan dengan kerjasama Pejabat Atase Pendidikan Negeri Perak. Program tersebut telah diberi nama Ihya’ Tarbawi Ramadan 2018 dengan singkatan IHTIRAM ’18. Program ini di bawah seliaan Biro Dakwah & Tarbiah KPIPM sesi 2017/2018 dengan bertemakan “Tarbiah Ramadan, Menuju ar-Rayyan”.

   IHTIRAM ’18 telah bermula pada 1 Ramadan 1439 H bersamaan 17 Mei 2018 pada hari Khamis yang mana telah dimulai dengan Majlis Pelancaran IHTIRAM’18. Majlis ini bermula dengan ucapan daripada Pengarah IHTIRAM’18, Ustaz Ammar Rushdi bin Jamaluddin dan diteruskan dengan ucapan YDP KPIPM sesi 2017/2018, Ustaz Mohamad Bukhari Ridha bin Mohd Bakri, seterusnya ucapan daripada perasmi Encik Munawir bin Mohamed Noh selaku Pegawai Atase Pendidikan Negeri Perak. Setelah itu, program diteruskan lagi dengan gimik pelancaran yang disempurnakan oleh perasmi dan
kata-kata penutup oleh pengerusi majlis. Aktiviti pada sebelah malam pula telah diadakan tahlil dan Iftar Jamaie di Baitul Rahman.

   Pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan Al-Mubarak ini. Antaranya adalah Daurah Ilmiah KPIPM, Kelas Tafaqquh Fiddin (Masbuq Muafiq) yang membincangkan tentang permasalahan masbuq dan muafiq di dalam solat berjemaah. Kitab ini telah didiskusikan oleh Pengarah Unit Baitul Muslim KPIPM sesi 2017/2018 iaitu Ustaz Mohamad Ainuddin bin Mohd Ishak.

   Antara yang lain adalah program Fajar Ramadan iaitu tazkirah Subuh yang bertajuk “Puasa Menggamit Kasih Sayang Allah" oleh Ustaz Muhammad Mu’aaz bin Ramli selaku Fasilitator KPIPM sesi 2017/2018. Fajar Ramadan yang seterusnya pula telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Hilmi bin Hussin Shokri l, Penyelaras Utama Majlis Gabungan Badan Kebajikan Anak Negeri sesi 2017/2018 yang bertajuk “Lailatul Qadar: Kata nak bertemu mana usahanya?". Dan Fajar Ramadan yang terakhir adalah pada 8 Jun 2018 yang telah disampaikan oleh Ketua HEWI KPIPM sesi 2017/2018, Ustazah Siti Hajar binti Ahmad Daud, dengan tajuk “Tarbiah Ramadan : Terkesan atau Tidak?”

   Di samping itu, IHTIRAM ’18 juga telah mengadakan "Bersama Imam Terawih Jemputan" dengan menjemput imam khusus daripada pelajar Maahad Qiraat Shoubra. Antara perkongsian yang diberikan adalah pembacaan qiraat, sanad, ulama' qiraat dan lain-lain. Antara imam khusus daripada Shoubra yang bertugas adalah Ustaz Muhammad Nor Saleh bin M F Rahimi. Beliau merupakan imam jemputan dengan bacaan qiraat riwayat Warsh ‘An Nafi’. Seterusnya, Ustaz Muhammad Mahyuddin bin Zainuddin bagi qiraat riwayat As-Susi ‘An Abu Amr. Dan seterusnya Ustaz Syed Ubaidillah bin Syed Hashim.

   Tambahan lagi, turut diadakan moreh yang mana menyediakan juadah moreh seperti kuih muih, makanan ringan, air dan sebagainya untuk ahli.

   Selain itu, telah diadakan "Dari Masjid ke Masjid" khusus bagi mahasiswi Perak untuk melaksanakan solat sunat terawih di masjid. Antara masjid yang terpilih adalah Masjid Ibadur Rahman, Masjid Tantawi dan Masjid Nurul Khatab. Seterusnya, diadakan aktiviti edaran Syantah Ramadan iaitu edaran kurma selepas asar yang melibatkan YDP dan Barisan AJKT, Ketua HEWI dan Barisan AJK HEWI serta adhoc pelaksana IHTIRAM'18 dengan mengedarkannya kepada ahli KPIPM di wisma, rumah sewa bujang dan mutazawijin. Aktiviti menarik yang lain pula adalah pertandingan gambar dan video sempena Ramadan yang terbuka kepada semua ahli KPIPM. Objektif pertandingan ini adalah untuk meningkatkan kemahiran dan thaqafah ahli sekaligus memeriahkan lagi IHTIRAM'18.

   Pada 11 Jun 2018, telah diadakan Majlis Khatam al-Quran di Baitul Ridzuan. Aktiviti ini telah bermula dengan ucapan pengerusi majlis, bacaan juzuk amma, doa khatam al-Quran dan penyampaian hadiah. Setelah selesai, hadiah disediakan kepada para pembaca dan ahli.

   Pada 14 Jun 2018 - Majlis Perasmian dan Perutusan Aidilfitri bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri telah diadakan, yang berlangsung pada jam 7.00 malam. Ia telah bermula dengan alunan qasidah, takbir raya dan disempurnakan dengan gimik Malam Perasmian oleh Pegawai Atase Pendidikan Negeri Perak, En. Munawir bin Mohamed Noh dan Perutusan RASA’18 oleh Yang Dipertua KPIPM sesi 2017/2018, Ustaz Mohamad Bukhari Ridha bin Mohd Bakri.

Seterusnya, diadakan penyampaian hadiah bagi pertandingan IHTIRAM'18. Untuk pertandingan gambar di peringkat ikhwah, tempat pertama dimenangi oleh Ustaz Arif Adzillah bin Ariffadilah, tempat kedua pula dimenangi oleh Ustaz Muhd Nur Hafiz bin Musri, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Ustaz Anas Syazwan bin Ahmad Shafingi Fikri. Untuk pertandingan video pula , tempat pertama dimenangi oleh MB Uwais Al-Qarni, tempat kedua dimenangi oleh MB Imam Al-Mawardi dan tempat ketiga MB Sheikh Mustafa Masyhur.

Kemudian, penyampaian hadiah bagi pertandingan gambar di peringkat akhawat pula dimenangi oleh Ustazah Ummi Salamah binti Kamarulazhar, tempat kedua pula dimenangi oleh Ustazah Sana’ bt Hairul Anuar dan tempat ketiga dimenangi oleh Ustazah Rosyidah Aqilah bintu Rosli. Untuk pertandingan video, tempat pertama dimenangi oleh MB Salsabila, tempat kedua dimenangi oleh MB Ummu Waraqah dan tempat ketiga dimenangi oleh MB Zainab Al-Ghazali. Majlis pada malam itu, diserikan lagi dengan persembahan nasyid dan silat daripada Usrah al-Muhazirun.

Besarlah harapan daripada pihak kami, Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2017/2018 agar program sebegini dapat mengeratkan hubungan sillaturahim dan ukhuwah islamiah dalam kalangan ahli Perak di bumi Mesir. Segala kerjasama yang baik daripada semua peringkat sama ada secara langsung atau tidak langsung kami ucapkan jazakumullahu khairan kathira.

“Tarbiah Ramadan, Menuju Ar-Rayyan”

BERILMU, BERAMAL, IKHLAS

“MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN”

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...