Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2015

LAPORAN PEMANDU Siri I : Kesedaran Aku Masa Depan Ummah K. A. M. U

KAHERAH 9 April 2015 bersamaan 19 Jamadilakhir 1436H  jam 8 malam bertempat di Dewan Syeikh Sya’rawi,  Baitul Rahman , telah dilansungkan Perasmian Program Pemantapan Du'at (PEMANDU).  PEMANDU SIRI 1 di bawah anjuran Biro Dakwah dan Tarbiah  (BDT) dan Biro Tabung Kebajikan, Kesenian dan Riadhah  (BTKKR) KPIPM sesi 2014/2015  telah mengadakan satu program motivasi berbentuk talkshow bertajuk "KESEDARAN AKU MASA DEPAN UMMAH"  (K.A.M.U) yang telah disampaikan oleh 2 orang panel yang hebat lagi disegani iaitu Al-Fadhil Ustaz Jamal Najmuddin Sulaiman dan Al-Fadhilah Ustazah Nasuha Husna Mohd Nordin bersama moderator  Ustaz Zulhafeez Ahmad Zahidi. Rancangan talkshow ini berjalan sebanyak 3 pusingan. Sambutan ahli terhadap program ini amat memberansangkan dan di luar jangkaan. Kehadiran ahli PERUBATAN dari muhafazah Zaqaziq memeriahkan lagi majlis. Majlis juga diserikan dengan kehadiran Badan Pengurus PMRAM dan HEWI PMRAM 2014.      Program ini dianjurkan buat para penuntut

Etika Sosial dan Protokol Menurut Perspektif Islam

      Etika protokol dan sosial  di dalam majlis merupakan suatu yang sangat penting untuk diketahui oleh semua lapisan masyarakat. Ini kerana ia melibatkan tatasusila dan sahsiah individu ketika menampilkan diri kepada khalayak ramai di samping menunjukkan imej sesuatu masyarakat, tamadun atau sesebuah agama. Etika berasal daripada perkataan Yunani, iaitu ethos iaitu yang bermaksud cara, rutin, kebiasaan, adat resam dan budi pekerti.       Menurut Islam, maksud etika ini hampir dengan apa yang digariskan di dalam akhlak Islamiah. Akhlak yang digariskan dalam Islam melibatkan adab kesopanan, cara berkelakuan dan ia mempunyai hubungan dengan agama. Oleh yang demikian, jika etika ini dikaitkan dengan akhlak Islamiah, maka ia membawa maksud tatasusila dan budi pekerti individu yang mempunyai hubungan rapat dengan agama. Sementara protokol pula membawa maksud peraturan atau panduan yang digunakan bagi menyusun langkah yang sesuai dan teratur demi menjaga kesopanan dan kemuliaan se

GAMBAR SEKITAR PELANCARAN LEMBAGA TABUNG ITHAR KPIPM 2014/2015

LAPORAN MAJLIS EHYA’ AL-JUM’AH DAN RIBAT PERDANA

Pada 26 Mac (Khamis) bersamaan 4 Jamadil Akhir 1436H yang lalu. Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2014/2015 telah mengadakan program Ehya’ Jum’ah. Program telah diadakan di Dewan Syeikh Sya’rawi Baitul Rahman (Wisma A). Program bermula dengan solat Maghrib secara berjemaah, seterusnya bacaan Yassin yang diketuai oleh saudara Muhammad Fazli bin Azmi. Program diteruskan dengan tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Saudari Siti Nurrhasanah binti Omar berkenaan ‘taubat’. Antara isi yang disampaikan adalah kepentingan beramal soleh untuk menghapuskan dosa-dosa yang terdahulu. Seterusnya program diteruskan lagi dengan solat isya’ secara berjemaah dan solat sunat hajat. Pada keesokan harinya, program bermula dengan qiamullail  seawal jam 3.40 pagi, solat sunat tahajjud, hajat, taubat dan witir diimami oleh Ketua BDT sendiri. Seterusnya solat subuh berjemaah telah diadakan di sana, kemudian diikuti dengan tazkirah perdana yang telah disampaikan oleh Presiden PMRAM sesi