Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2010

Pencalonan Baru Ajkt sesi 2010/2011 Dibuka

Makluman.. Ajk Khas Pilihanraya telah membuka borang pencalonan untuk Ajk Tadbir KPIPM bagi sesi 2010/2011. Kepada semua ahli KPIPM yang ingin mengemukan pencalonan, sila dapatkan borang pencalonan di : BILIK GERAKAN AJK KHAS PILIHANRAYA KPIPM Ikhwah : Pusat Sumber Syeikh Ismail Adawi (PERSIDA) Akhawat : Syaqah 6 WAKTU : 2.00 Petang – 4.30 Petang TARIKH : 26 Julai 2010 - 1 Ogos 2010 # Syarat-syarat pencalonan ( link )

Blog AJK Khas Pilihanraya KPIPM 2009/2010

Makluman kepada semua ahli KPIPM, blog rasmi AJK Khas Pilihanraya KPIPM 2009/2010 telah diwujudkan. Kepada ahli KPIPM yang ingin mengetahui sebarang maklumat dan perkembangan berkaitan pilihanraya KPIPM, sila layari http://sprkpipm2010.blogspot.com

Senarai Ahli Jawatankuasa Pilihanraya KPIPM 2009/2010

Makluman kepada semua ahli KPIPM. Dengan ini dimaklumkan senarai Ahli Jawatankuasa Khas Pilihanraya 2009/2010adalah seperti berikut Pengarah : Mohd Firdaus bin Abd Razak Timbalan Pengarah : Norraudah Hanum binti Salem Setiausaha ( Bendahari ) : Muhammad Azrul bin Abu Bakar Timb. Setiausaha ( Bendahari ) : Jawahir binti Harun Ajk Kecil : Muhammad Arif Syah bin Abdullah Sani : Jamnul Azlan bin Mulkan : Noriah binti Mohamad Zahid : Nor Zahirah binti Hussin : Siti Rukhaiyah binti Salim Semoga dengan makluman ini mendapat perhatian daripada semua ahli KPIPM.

Sambutan Isra' Mi'raj PMRAM Bersama Tokoh Ulama' Al-Azhar

KAHERAH, 14 Julai - Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) akan mengadakan Muhadharah Ilmiah sempena Isra’ Mi’raj 1431 H bersama Fadhilatus Syeikh Dr. Umar Abdullah Kamil pada 17 Julai 2010 (Sabtu). Majlis tersebut akan berlangsung di Dataran Haiyu ‘Asyir dimulakan dengan solat maghrib dan hajat berjemaah seawal jam 8.00 malam. Program tersebut adalah berkonsepkan taakhi BKAN Zon A iaitu Terengganu, Perak, dan Perlis yang akan bekerjasama dalam menjayakan majlis pada malam tersebut. Usaha ini diharap mampu mengukuhkan lagi kesatuan ahli PMRAM di bumi Mesir ini. “Saya berharap agar konsep sebegini (taakhi) akan menjadi batu loncatan kepada program-program lain samada ia anjuran PMRAM atau kerjasama antara taakhi masing-masing dalam bidang thaqafah, tarbiah, dan sebagainya”, ujar Ketua Badan Pengetahuan dan Penyelidikan, Saudara Muhammad Yusuf A Kadir ketika ditemui semalam. Beliau juga berharap agar majlis ini akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh seluruh mahasiswa/wi di Mesir k

Program Musim Panas

Makluman buat sahabat-sahabat, KPIPM pada sesi ini akan mengadakan program bersempena musim panas. Antara pengisian menarik adalah seperti bengkel, perbentangan kertas kerja, jaulah ke Fayyoum ( akhawat ), walimatul 'urus dan pelbagai lagi. Maklumat lengkap tentang program akan dimaklumkan kemudian.

Lanjutan Tarikh Permohonan Ithar.

Makluman buat sahabat-sahabat, tarikh tutup permohonan ithar dilanjutkan sehingga 17 Julai 2010. Sila serahkan borang yang telah lengkap diisi kepada mandub/ ah di muhafazah masing-masing.

Zikir : Kajian Sains

Otak merupakan aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf dan dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ianya berfungsi dengan sempurna. Setiap hari , 14 juta saraf yang membentuk sebagai otak ini, berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita terima adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas. Oleh itu, apabila seseorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan saraf-saraf otak tersebut. Apabila zikir diulang-ulang, aktiviti saraf ini bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama kelamaan, kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain yang turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

Berita : Jaulah Fayyoum ( Ikhwah )

“ Seiring Langkah Meribat Ukhuwah ”, itulah tema yang diharapkan bagi mencapai objektif dalam program jaulah ke Fayyoum baru-baru ini. Seramai 27 orang peserta telah menyertai program tersebut dan sebilangan kecil merupakan peserta dari DPM Dumyat turut menjayakannya. Jaulah yang mengambil masa hampir sehari itu diketuai oleh Ustaz Ahmad Hasni b Shuhaibi selaku musyrif telah menerangkan serba sedikit mengenai sejarah tempat-tempat yang dilawati. Peserta sempat melawat kesemua tempat seperti yang telah dirancangkan. Semoga dengan keajaiban Ilahi yang terselit seribu satu pengertian, dapat menjadi ibrah kepada semua.

Jaulah Fayyoum ( Akhawat )

REALITI ' 10 dengan tema Menyelusuri Kedamaian Mengukuh Ketaqwaan menanti sahabat-sahabat dengan pelbagai tempat menarik seperti Wadi Rayyan, Tasik Qarun dan sebagainya. Penyertaan terbuka kepada akhawat sahaja. Makluman lanjut sila rujuk iklan.

Rahsia Yang Tersimpan

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Allah SWT telah berfirman melalui kalam suciNya melalui surah Sodh ayat : 1 Maksudnya : “Sodh, demi Al-Quran yang memiliki kemuliaan serta mengandungi peringatan dan pengajaran. Al-Quran diturunkan dan diserahkan kepada manusia agar menjadikannya sebagai tempat rujukan dan panduan dalam kehidupan. Setiap helaian sarat dengan teguran,peringatan dan kepelbagaian ilmu sampingan yang lain sebagai persediaan kepada manusia untuk mengambil faedah dan manfaat daripadanya. Sains,teknologi,seni,ekonomi, cara pengamalan kehidupan harian dan pelbagai lagi. Segalanya cukup sempurna meliputi segenap penjuru kehidupan samada duniawi mahupun ukhrawi. Namun, kepada siapakah Al-Quran bertindak memberi penunjuk jalan yang benar? Firman Allah SWT lagi :“ (Al-Quran ini )sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu dan (umatmu wahai Muhammad), kitab yang banyak faedah dan manfaatnya untuk mereka yang memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya da

Tazkirah Mingguan : AQIDAH

Dalam membentuk sesebuah masyarakat Islam ,tunjang dan dasar utama adalah akidah masyarakat Islam .Kita dapat melihat perkara yang telah hari ini didalam masyakarat Islam diMalaysia apabila ramai yangsudah terpesong daripada landasan Islam yang sebenar.Kebejatan permasalahan seperti tidak mungkin akan berlaku jika pegangan akidah dan kefahaman Islam begitu teguh .Penularan masalah ini sudah pasti akan menghancurkan amal kehidupan masyarakat Islam yang semakin lama sudah disuntik dengan sentimen-sentimen fahaman luar yang tidak bermoral sepertimana yang telah berlaku hari ini. Dr Yusuf Al-Qardhawi ada menyebut tentang bagaimana untuk kita membentuk sebuah mesyakarat Islam maka seharusnya kita perlu mematuhi segala syariat dan ajaran Nabi Muhammad SAW bukan hanya sekadar dalam ibadah bahkan merangkumi segala aspek kehidupan .Tidak akan terbentuk sebuah masyarakat yang bertunjang Iman dan Islam sekiranya : - Masyarakat tidak melazimi semua perkara dengan akidah islamiah seperti terlalu s

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN ITHAR

Borang permohonan ithar