Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2012

Hari Taklimat & Silaturrahim ( HIKMAT '12) KPIPM

USMB KPIPM 2012 HARI TAKLIMAT & SILATURRAHIM ( HIKMAT '12) KELUARGA PELAJAR-PELAJAR ISLAM PERAK MESIR Hari : Isnin - Rabu Tarikh : 1 - 3 Oktober 2012 Tempat : Wisma Darul Ridzuan A "MEMARTABAT KEILMUAN, MEMIMPIN KESATUAN" "BERILMU, BERAMAL, IKHLAS"

Ehya’ Jum’ah: Aplikasikan Keperibadian Ulama’ kepada Masyarakat

KAHERAH, 27 September - Aktiviti kebajikan bagi anak-anak perak diteruskan lagi. Program munajat bersempena dengan imtihan qabul yang bakal diduduki oleh mahasiswa baru berjalan dengan jayanya. Bertempat di Wisma Darul Ridzuan A, majlis bacaan yasin yang diketuai oleh Saudara Muhammad Noor Helmi Bin Abdul Wahab dan disusuli dengan tazkirah yang disampaikan oleh mantan Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir sesi 2010, Al-Fadhil Ustaz Shahrizan Bin Mohd Hazime. 

Carta Organisasi Kepimpinan KPIPM sesi 2012/2013

Munajat Sempena Imtihan Qabul KPIPM

MUNAJAT SEMPENA IMTIHAN QABUL KPIPM  ( Bacaan Yasin | Solat Hajat ) TAZKIRAH JEMPUTAN BERSAMA:  Al-Fadhil Ustaz Shahrizan Hazime ( Mantan Presiden PMRAM sesi 2010) TARIKH   : 27 SEPTEMBER 2012 / 11 ZULKAEDAH 1433H HARI        : KHAMIS TEMPAT : DEWAN SYEIKH SYARAWI,  WISMA DARUL RIDZUAN A  MASA       : SELEPAS MAGHRIB  Ayuh bersama-sama kita hadirkan diri!  "MEMARTABAT KEILMUAN, MEMIMPIN KESATUAN"  "BERILMU, BERAMAL, IKHLAS"

Kalam Rasmi Yang Dipertua KPIPM sesi 2012/2013

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Segala puji bagi Allah yang telah memberikan kesempatan untuk sama-sama kita terus menghirup udara di muka bumi Allah S.W.T Selawat dan salam kita panjatkan buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW , barisan pimpinan khulafa’ Ar-Rasyidin, serta ahli keluarga dan kaum kerabat yang telah bersama-sama dalam mendaulatkan Islam sehingga pada hari ini ia diteruskan oleh generasi–generasi pelapis kepada perjuangan yang penuh suci ini.

Pimpinan Turun Padang Dekati Mahasiswa Baru

Kaherah, 22 September 2012- “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara.” (Surah Al-hujuraat : 10). Kehadiran Pimpinan KPIPM sesi 2012/2013 ke Wisma Darul Ridzuan B memberi harapan yang menggunung kepada seluruh mahasiswa yang baru sahaja tiba di Bumi Mesir ini. Turut bersama-sama dalam perjumpaan tersebut iaitu Presiden PERUBATAN sesi 2012/2013, Saudara Wan Ahmad Hafizi bin Wan Ahmad Junaidi. Perjumpaan tersebut adalah bertujuan untuk mengeratkan ikatan persaudaraan dikalangan pimpinan dan mahasiswa baru serta menerangkan serba sedikit mengenai peranan KPIPM di dalam menjaga kebajikan anak-anak Perak di Perlembahan Nil ini.

PMRAM Gesa Pihak Berwajib Pertingkatkan Keselamatan Negara

22 Sept 2012 - Kebimbangan rakyat Malaysia terhadap keselamatan diri mereka semakin meruncing berikutan peningkatan kadar kes jenayah yang dilaporkan saban hari terutamanya kes bunuh, rompak, ragut dan sebagainya. Terbaru kes yang dilaporkan akhbar Harian Metro dan Utusan Malaysia, hari ini seorang lelaki warga emas Syeikh Othaman bin Syeikh Bakar, 72 tahun,  yang juga merupakan ayah kepada Saudara Syeikh Firdaus, graduan lepasan Universiti Al-Azhar yang berasal dari negeri Pahang. Mangsa dilaporkan diculik seminggu yang lepas dan penemuan tengkorak, gigi palsu serta kopiah semalam oleh pihak polis dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan warga emas terbabit.

Program Ehya’ Jum’ah Diteruskan Lagi

KAHERAH , 20 Sept - Dalam usaha melahirkan generasi mahasiswa Islam yang berkualiti, Keluarga Pelajar-Pelajar Islam Perak Mesir sesi 2012/2013 sekali lagi meneruskan kesinambungan program Ehya’ Jumaah  dibawah kelolaan Biro Dakwah dan Tarbiah yang merupakan program mingguan yang masih dikekalkan sejak bertahun lamanya  yang melibatkan seluruh mahasisiwa anak perak yang menuntut di bumi Mesir ini.

KPIPM Menyambut Baik Ketibaan Mahasiswa Baru

Kaherah, 21 September 2012 - Ketibaan mahasiswa baru sesi 2012 disambut baik oleh Unit Sambutan Mahasiswa Baru (USMB) Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir. Seramai 16 orang mahasiswa dan 6 orang mahasisiwi baru di kalangan mahasiswa pengajian Islam dan sains kesihatan yang selamat tiba di Perlembahan Nil ini. Mereka bertolak dari Malaysia pada 14 September 2012 jam 10.20 pagi sebelum transit sebentar di Qatar. Mereka selamat tiba di Lapangan Terbang Kaherah, Mesir pada jam 5.15 petang (waktu Mesir) bersama pengiring daripada Majlis Agama Islam Perak (MAIPk), Ustaz Wan Abdul Halim Bin Mohd Amin.

MAP 2 STREET: 2 syahid dalam serangan pesawat pengintip di Rafah

SEMENANJUNG GAZA - 2 orang penduduk Palestin syahid (terkorban) malam ini akibat diserang pesawat pengintip zionis tanpa juruterbang di pertengahan bandar Rafah, selatan Semenanjung Gaza. SAFA: Jip yang musnah Menukil dari agensi berita Palestin, SAFA dan PALTIMES menyebut 2 orang penduduk Palestin syahid, manakala seorang lagi kritikal apabila pesawat pengintip melancarkan dua serangan peluru misil ke atas sebuah jip jenis Toyota model 'HILUX' warna putih yang bergerak berhampiran stesen minyak Abu Taha di Hayyu Al-Janinah, pertengahan bandar Rafah.

AL-ARQAM : Di Sebalik Tabir

PENGENALAN Al Arqam merupakan gerakan agama di Malaysia yang diasaskan oleh  Ustaz Ashaari Muhammad bersama beberapa orang sahabat beliau pada tahun 1968 di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Ia juga dikenali sebagai Jamaah Aurad Muhammadiah  dan telah mengembangkan pengaruhnya dikalangan berbagai lapisan masyarakat Islam di seluruh Malaysia.  Ajaran-ajaran Al-Arqam mendapat sambutan sebilangan masyarakat yang menganggapnya sebagai sebuah badan dakwah yang unggul sebelum ia dianggap sesat dan diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada Ogos 1994. Kumpulan ini menyebarkan kegiatan dakwah Islam melalui bidang pendidikan, penerangan, penerbitan, perusahaan,perniagaan, perubatan, dan pertanian.  Pengasasnya Ustaz Ashaari Muhammad adalah bekas seorang guru Agama yang berkelulusan Sekolah Menengah Maahad Hisyamuddin, Kelang Selangor dan meninggal dunia di Hospital Ipoh pada 13 Mei 2010 akibat jangkitan paru-paru. Jenazah beliau telah dibawa ke Rembau, Negeri Sembilan selepas so

STATISTIK SYUHADA' YANG GUGUR AKIBAT KEKEJAMAN REJIM BASYAR DAN SEKUTUNYA DI SYRIA.

Statistik syuhada' yang gugur akibat kekejaman rejim Basyar dan sekutunya di Syria. Dalam tempoh 546 hari, iaitu bermula hari kebangkitan sehingga tarikh 13 September 2012, lebih 31 168 orang syuhada' yang gugur dilaporkan. Catatan syuhada' tertinggi adalah di wilayah Homs iaitu sebanyak 7797 orang dan diikuti wilayah Dimasyq iaitu sebanyak 5584 orang. Aleppo - 2938 Alraqqah - 91 Alhasakeh - 98 Idlib - 4422 Latakia - 568 ' Hama - 2975 Dair Ezzour - 1985 Tartous - 75 Homs - 7797 Damascus - 1561 Ibu kota Damascus - 5584 Daraa - 3022 Qunajtra - 38 Alsuwaida - 14 Sumber :  Statistik syuhada' yang gugur akibat kekejaman rejim Basyar dan sekutunya di Syria. Dalam tempoh 546 hari, iaitu bermula hari kebangkitan sehingga tarikh 13 September 2012, lebih 31 168 orang syuhada' yang gugur dilaporkan. Catatan syuhada' tertinggi adalah di wilayah Homs iaitu sebanyak 7797 orang dan diikuti wilayah Dimasyq iaitu seban

Makluman Pemangkuan AJK HEWI & Badan Penasihat KPIPM sesi 2012/2013

Pemangkuan jawatan Ahli Jawatankuasa Hewi dan Anggota Badan Penasihat Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2012/2013 berikutan kepulangan ke Malaysia. Maklumat pemangkuan adalah seperti berikut :- 1) Penyandang SITI MUSFIRAH BINTI SHAHARI @ HJ. ABDULLAH ( KETUA BIRO PERHUBUNGAN, SAMBUTAN DAN REHLAH HEWI)   dipangku oleh                        NOR ATIQAH BINTI HAMDAN ( SETIAUSAHA HEWI) 2) Penyandang Norazura Binti Rahim ( AHLI JAWATANKUASA BADAN PENASIHAT)   dipangku oleh                        SITI SALAMAH BINTI HAMZAH ( AHLI JAWATANKUASA BADAN PENASIHAT) Semoga dengan makluman ini mendapat perhatian yang sewajarnya daripada semua pihak bagi melancarkan lagi agenda dan gerak kerja kita bersama. " MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN " " BERILMU BERAMAL IKHLAS”

Ahli Jawatankuasa HEWI KPIPM 2012/2013

Ahli Jawatankuasa Tadbir KPIPM 2012/2013

Filem : Innocence of Muslims

Filem berjudul  Innocence of Muslims  ini telah dihasilkan sepenuhnya oleh Sam Bacile, seorang pengarah fielm berketurunan Israel Amerika. Filem tersebut menelan belanja sebanyak USD5 juta dibiayai oleh 100 orang penderma Yahudi. Trailer filem tersebut juga telah dimuat naik di dalam Youtube. Video tersebut telah menghina Baginda Nabi s.aw. dengan mewatakkan Baginda s.aw. Sebagai seorang lelaki yang ‘gila perempuan’. Bukan itu sahaja, bahkan individu yang terlibat dalam menghasilkan video ini turut menghina al-Quran dan para sahabat. Ianya sebagai paparan menggambarkan Islam sebuah agama ‘kebencian’. Filem yang melabel Nabi Muhammad s.aw. Dengan melakonkan watak dengan menggambarkan baginda sebagai seorang yang  ‘fraud, a womanizer and a madman’  (penipuan, kasanova dan gila) telah mencetuskan kemarahan umat Islam di bkebanyakan negara timur tengah. Rakyat Mesir juga dilaporkan telah mengadakan perarakan beramai-ramai ke kedutaan US di Kaherah dengan laungan  “Say it don’t fe

KPIPM Menyokong HEP Johor Membuat Pertemuan Dengan PMRAM

KAHERAH , 11 Sept – Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir pada hari ini melahirkan rasa dukacita ke atas tuduhan yang telah dibuat oleh Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) Johor terhadap Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM). Pihak Pegawai HEP Johor telah mengaitkan pihak PMRAM mengadakan program di rumah Johor bersama-sama Badan Kebajikan Pelajar Johor Mesir (BKPJM) sekitar Ogos yang lalu. Tuduhan tersebut juga telah dibuat melalui surat rasmi yang dikeluarkan oleh pihak pejabat HEP Johor, bertarikh 27 Ogos 2012 dan dihantar kepada Yang Dipertua BKPJM. Isi kandungan surat tersebut telah menyenaraikan beberapa program BKPJM yang telah mengaitkan dengan pihak PMRAM dan pihak Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) hari ini menafikan tuduhan tersebut. Antara program yang dikaitkan penganjurannya dengan PMRAM ialah : 1- Kelas Menjahit untuk pelajar Johor 2- Diskusi Kitab 3- Badar Kubra 4- Sambutan Aidilfitri Anak-anak Johor 5- Solat Hajat

Ahli Keluarga Dilarikan Ke Mesir, Mohon Bantuan Siswa Siswi

(gambar : isteri dan anak-anak Encik Zawawi Aman yang telah dilarikan) KAHERAH , 4 Sept 2012 - Seorang mangsa yang kehilangan isteri dan empat anaknya telah tiba ke bumi Mesir bagi menjeaki ahli keluarganya yang telah dilarikan. Menurut mangsa, Encik  Zawawi bin Aman adalah  melaporkan bahawa beliau telah kehilangan keluarganya yang dilarikan oleh kumpulan Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB ) pd 8 Julai 2011. Tambah beliau lagi, isteri dan anak-anaknya disahkan telah dibawa lari ke Mesir. Beliau berkesempatan meluahkan nasib malang yang menimpa beliau kepada Presiden PMRAM 2012, saudara Abdul Aziz Bin Ali di Rumah Terengganu, Hayyu 'Asyir pada 30 Ogos yang lalu. Beliau telah berada di Mesir sejak 25 Ogos untuk mencari ahli keluarganya yang telah dilarikan. Menurut apa yang diceritakan, beberapa laporan telah di buat  kepada pihak polis berkenaan kes kehilangan isteri dan anak-anaknya sejak setahun lalu. Kes ini juga mendapat liputan akhbar dan media TV3 namun belum menemu

Mesyuarat Agung Tahunan KPIPM 16 September Ini

Malam Pengenalan Calon

Semua Calon Menang Tanpa Bertanding

                                                      [ Calon-Calon AJKT KPIPM ]                                               [ Calon-Calon AJK HEWI KPIPM ]

Calon-Calon Ahli Jawatankuasa Hewi KPIPM 2012/2013

Calon-Calon Ahli Jawatankuasa Tadbir KPIPM 2012/2013

BKPJM Dan BKPJJ Bekerjasama Dalam Isu Zakat

JOHOR , 30 Ogos 2012 - Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir (BKPJM) telah mengadakan pertemuan bersama dengan Badan Kebajikan Pelajar Johor Jordan (BKPJJ) bertempat di Larkin. Pertemuan ini membincangkan tentang isu zakat pelajar-pelajar Johor di Mesir dan juga di Jordan. Pihak BKPJM telah diwakili oleh saudara Syed Miftahul Ulum bin Syed Mustafa Kamal selaku Penasihat BKPJM sesi 2011/2012 bersama dua orang ahli iaitu saudara Muhammad Syuaib bin Sangkrah dan saudara Muhammad Syafie bin Musni. Manakala wakil dari BKPJJ pula ialah Yang DiPertua BKPJJ, Saudara Hanif Hamdan dan seorang ahli BKPJJ, Saudara Mohd Hafizuddin Syah. Perjumpaan selama satu jam ini telah meghasilkan sebuah resolusi bersama iaitu BKPJJ dan BKPJM bersetuju untuk membawa perkara ini ke peringkat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) untuk diambil perhatian. Pihak BKPJM dan BKPJJ akan bertemu dengan pihak MAIJ dalam waktu yang terdekat ini. Kami diperingkat BKPJM mengucapkan ribuan terima kasih

BKPJM Menggesa Hep Membuka Pintu Dewan APJ Raba'ah

Assalamualaikum WBT. Alhamdulillahi rabbil alamin, wassolatu wassalamu ala Sayyidina Muhammad, wa ala alihi wasahbihi ajmain. Amma ba’d. Pada 28 Ogos 2012, pintu Dewan APJ Rabaah telah dikunci oleh pihak HEP. YDP BKPJM sendiri menerima panggilan daripada pembantu Pegawai HEP Johor Mesir, Saudara Firdaus Bin Omar memaklumkan perkara tersebut dengan alasan BKPJM mengadakan program tanpa kebenaran. Semua telah sedia maklum, Asrama Pelajar Johor Rabaah ialah harta wakaf hasil kutipan Saham Wakaf Majlis Agama Islam Johor(MAIJ). Kutipan dibuat oleh MAIJ manakala urusan pencarian dan pembelian bangunan dijalankan oleh BKPJM dengan kerjasama Kedutaan Besar Malaysia Kaherah.  Disebutkan dalam Web Rasmi e-Wakaf MAIJ bahawa “Bangunan asrama ini  lengkap dengan pelbagai kemudahan antaranya ruang belajar dan muzakarah”, tetapi ruang belajar dan bermuzakarah di Dewan APJ Rabaah telah dikunci oleh HEP, menyukarkan pelajar untuk mengadakan kelas tafaqquh.  ( rujuk  http://ww

Nantikan Kemunculannya