Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2012

Bagaimana Mematuhi Jadual Ulangkaji

Ketahuilah bahawa kejayaan dalam banyak perkara sebenarnya bergantung pada waktu yang kita peruntukkan. Kejayaan bukan dapat diraih dalam sekelip mata. Malah, kejayaan yang diperoleh  bergantung kepada penyusunan masa yang baik . Oleh itu, kesabaran, ketekunan dan istiqamah amat penting dalam kehidupan seseorang. Begitu juga merujuk kepada jadual ulangkaji pelajaran sebagai satu wasilah dalam menentukan kejayaan seseorang. Jika ingin mencapai kejayaan yang diimpikan, maka  perlu kita mematuhi jadual ulangkaji tersebut seperti yang telah disusun. Dalam kehidupan seharian, kita pasti menyedari betapa sukarnya  untuk mendisiplinkan diri dalam mematuhi jadual. Perkara ini berlaku sekiranya kita berada dalam kelompok yang mempunyai jadual. Namun, bagaimana bagi mereka yang tidak mempunyai jadual? Pastinya tidak mampu mengisi hari dengan perkara yang berfaedah mengikut nisbah masa yang ditentukan. Amat malang lagi bagi mereka yang mempunyai jadual tetapi hanya sekadar menjadi perh

Trivia ARMA : Merungkai Sejarah

1. 22 Februari 1992 adalah sejarah hitam bagi PMRAM apabila pihak Kedutaan secara rasmi tidak membenarkan PMRAM menggunakan kemudahan di Asrama Rumah Melayu. 2. Pada tarikh 28 April 1992, pintu pejabat PMRAM dipalang  setelah mendapat notis supaya mengosongkan pejabat di Asrama Rumah Melayu ( ARMA ). Ekoran itu, sebahagian ahli PMRAM mengadakan himpunan bantahan yang dibenarkan oleh pihak keamanan Mesir untuk menuntut kembali hak PMRAM. 3. Bersempena 28 April 2012 pada hari ini, genaplah  sudah 20 tahun hak PMRAM dinafikan. 4. 1993, berlaku gempa bumi yang menyebabkan kerosakan besar pada struktur ARMA, pejabat PMRAM terpaksa dipindahkan ke tempat baru iaitu di Masakin Othman bagi kerja baik pulih dijalankan. 5. 1994  proses pemindahan sempurna dan ARMA telah dikosongkan. 6. 1996 Walaupun proses baik pulih telah selesai namun ARMA masih belum boleh diduduki sehingga tahun 1999. 7. 1998 ARMA telah dibuka semula pada tahun ini untuk penggunaan dewan. Antara

Dimana ARMA Dihati Kalian?

Kemajuan yang dikecapi oleh dunia hari ini bukanlah kerana usaha seorang individu tetapi hasil usaha generasi terdahulu dalam memastikan ketamadunan manusia bergerak seiring dengan peredaran zaman. Ini memberikan kepada kita gambaran jelas sejarah lampau sebagai cermin dalam membentuk generasi akan datang. Persoalannya adakah kita benar-benar memahami kepentingan mengetahui sejarah. Ada ungkapan yang menyatakan bahawa " Sejarah Perlu Diketahui Sebelum Kita Mencipta Sejarah ". Sejauhmana penguasaan sejarah tersebut perlulah kita sendiri mengukurnya agar ianya bukan sekadar dimimpi dibibir sahaja bahkan dihayati sebaik mungkin. PMRAM juga mempunyai sejarahnya yang tersendiri sehingga mampu bertahan mencecah 82 tahun. Segala yang berlaku dalam lipatan sejarah PMRAM perlu diketahui oleh semua pendokong PMRAM agar tidak lari daripada landasan sebenar perjuangan PMRAM. Melalui acuan Al-Quran dan Sunnah lalu disalurkan momentum kebajikan kepada ahli tanpa meng

Ukhwah Bersatu Di Laman Riadhah

Di dalam tubuh, kita mempunyai dua unsur yang saling berkait antara satu sama lain, iaitu rohani dan jasmani. Rohani tanpa dokongan jasmani yang kuat akan menjejaskan ibadah kita kepada Allah, begitu juga sebaliknya. Demi meningkatkan kualiti jasmani selain menjaga pemakanan, riadhah adalah sebagai ikhtiar lain untuk kita untuk menuju jasmani yang yang sihat mengikut landasan syariat yang telah digariskan di dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Riadhah merupakan aktiviti yang dianjurkan oleh Islam untuk kesihatan tubuh badan kita yang telah dianugerahkan Allah kepada kita. Aktivti ini dilakukan oleh semua golongan samada tua atau muda, lelaki atau perempuan. Ia juga merupakan satu perkara yang penting dalam kehidupan kita selaku seorang muslim. Hal ini bertepatan dengan hadis yang telah disabdakan Nabi Muhammad S.A.W,yang bermaksud “ orang mukmin yang kuat itu lebih baik dan dicintai Allah daripada mukmin yang lemah ” Menyedari akan kepentingan riadhah, pihak Keluarga Pelajar-p

Ehya' Al-Jum'ah :Daie Dalam Mencari Redha Allah

KAHERAH, 26 April - Dalam usaha melahirkan generasi pejuang Islam yang berkualiti, Keluarga Pelajar-Pelajar Islam Perak Mesir sekali telah meneruskan pelaksanaan program Ehya’ Jumaah  dibawah kelolaan Biro Dakwah Dan Tarbiah yang merupakan program mingguan melibatkan seluruh mahasisiwa anak perak yang menuntut di bumi Mesir ini. Program Ehya’ Jumaah telah  dimulakan dengan alunan qasidah, bertempat di Wisma Darul Ridzuan A dengan alunan qasidah. Seterusnya majlis yang dipengerusikan oleh saudara Adil bin Mohd Fadzil merangkap Ketua Biro Dakwah Dan Tarbiah 2011/2012 telah diserahkan kepada saudara Ibnu Abbas Bin Azizuddin, mahasiswa Pengajian Islam tahun 4 Universiti Al-Azhar Kaherah merangkap Timbalan Yang Dipertua KPIPM 2011/2012 bagi memimpin bacaan yasin  dan tahlil secara beramai-ramai. Majlis pada malam itu diteruskan lagi dengan tazkirah ringkas yang disampaikan oleh saudari Norazura Binti Rahim, mahasiswi pengajian Islam Universiti Al-Azhar  sebagai santapan rohan

Hukum Demonstrasi

Definisi Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi ke-4, demonstrasi memberikan maksud : -          tunjuk perasaan dgn cara berkumpul beramai-ramai, berarak, dan seumpamanya -          menunjukkan serta menerangkan cara menggunakan sesuatu (spt mesin, alat solek, dll) atau cara-cara melaku­kan sesuatu. *rujuk Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi ke-4 atau Pusat Rujukan Persuratan Melayu Bentuk Demonstrasi Demonstrasi sebagaimana yang telah dinyatakan menurut definisi Kamus Dewan dan Pustaka, jelas ia merupakan konsep atau wasilah dalam menyampaikan sesuatu perkara.  Disebabkan itu antara konsep dalam demonstrasi ialah mengadakan himpunan samada menyatakan sokongan atau bantahan, perarakan, rapat umum dan apa jua aktiviti yang melibatkan perhimpunan masyarakat yang ramai. Dan inilah definisi yang mahu diperbincangkan di dalam artikel ini. Adapun begitu, maka hukum bagi demonstrasi adalah mengikut kepada tujuan dan wasilah yang digunakannya. Hal i

Kewajipan Membebaskan Penjajahan Ke Atas Syariat Islam

Islam Agama Yang Syumul Iaitu Meliputi Semua Aspek Keadilan yang dibawa oleh Islam merupakan keadilan ke atas semua manusia bahkan menjadi rahmat ke atas sekalian alam. Islam merupakan agama yang diturunkan oleh Allah sebagai panduan bagi kehidupan manusia. Islam membawa kepada 3 unsur utama iaitu berkaitan akidah, syariat dan akhlak. Adapun lapangan yang berkaitan syariat menjelaskan bahawa kehidupan manusia tidak lari dari sudut perspektif Islam walaupun satu bahagian. Hal ini demikian kerana syariat yang dibentangkan kepada manusia adalah mencangkupi lapangan ibadah, kewangan, pernikahan dan institusi kekeluargaan serta perlaksanaan hukuman ke atas jenayah dan pemerintahan. Disebabkan itulah, mereka yang mencari penyelesaian selain daripada Islam maka mereka telah mengecilkan skop Islam. Sedangkan secara jelas Islam tidak hanya tertumpu kepada konteks ibadah semata-mata bahkan Islam adalah agama dan kehidupan. Imam Hassan Al-Banna dalam menerangkan maksud kesyumu