Wednesday, May 28, 2014

Riadah Ukhuwah "ONE HEART" Indoor Games


KAHERAH, 24 MEI – Satu aktiviti riadah dalam kalangan ahli akhawat telah dijalankan di bawah seliaan Biro Tabung Kebajikan, Keseniaan dan Riadah KPIPM sesi 2014.Program yang diberi nama “One Heart Indoor Games” ini telah dikendalikan di bawah unit riadah di bawah biro ini yang bertujuan memperkenalkan gaya hidup sihat  yang sering dipandang ringan oleh kebanyakan individu . Aktiviti ini dilaksanakan bagi melahirkan generasi yang sihat dan progresif melalui pengamalan gaya hidup yang baik .

    
Di samping itu, di antara objektif lain aktiviti ini diadakan ialah untuk meningkatkan kesedaran ahli tentang kepentingan menjaga kesihatan. Tidak ketinggalan pada masa yang sama dapat memperkasakan hubungan di antara mahasiswa Pengajian Islam dan Sains Kesihatan.

            
Di akhirnya kami di peringkat Keluarga Pelajar-pelajar islam Perak Mesir mengucapkan ribuan terima kasih dan syabas kepada ahli KPIPM yang telah bersama-sama menjayakan aktiviti yang dijalankan. Semoga usaha ini memberikan natijah yang besar dalam objektif untuk melahirkan mahasiswa yang cergas dan proaktif. 

“Bersama kita menjayakan kempen “JOM SIHAT”      
  
BERILMU, BERAMAL, IKHLAS

MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN
KEUNGGULAN SYAKHSIAH TUNJANG WAHDAH
"Satu Fikrah, Satu Amal"


Sunday, May 18, 2014

JUBAH : MEMBENTUK KUALITI MAHASISWA


Allah Ta’ala telah berfirman di dalam surah Al-Kahfi ayat yang ke 46 yang bermaksud;

Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia, tetapi amalan-amalan yang kekal lagi soleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan.

Manusia hidup sesuai mengikut peredaran zaman dan persekitaran. Salah satu perhiasan yang sering dititik beratkan adalah pakaian. Hari ini jubah merupakan fesyen yang sangat digemari oleh segenap lapisan masyarakat dan  pelbagai variasi telah diketengahkan oleh pereka-pereka fesyen bagi memenuhi selera penggemar-penggemarnya. Pemilihan fabrik, seni jahitan dan perhiasan tambahan yang baik sangat dititik beratkan bagi menghasilkan jubah yang berkualiti. Tetapi apakah kaitan jubah ini dengan kualiti mahasiswa?

           Sepertimana yang telah disebutkan di atas, untuk menghasilkan jubah yang berkualiti mestilah menitik beratkan tiga elemen penting iaitu; fabrik, jahitan dan perhiasan tambahan. Begitu juga untuk melahirkan mahasiswa yang berkualiti lagi berketerampilan perlulah diterapkan dengan beberapa kriteria yang menjadi pakaian bagi mahasiswa tersebut. Perincian bagi kriteria-kriteria tersebut boleh kita bahagikan mengikut tiga elemen yang telah disebutkan;

Elemen pertama:
Fabrik yang juga boleh ditafsirkan sebagai ilmu. Ilmu hendaklah dicari dan dipilih supaya dapat menjamin buah amal yang baik dan menjauhkan diri dari alergi-alergi sampingan yang menyebabkan rosaknya pemikiran dan tingkah laku seseorang dan orang yang berada di sekeliling. Kepentingan hal ini telah diisyaratkan dalam doa yang pernah dipanjatkan oleh Rasulullah S.A.W yang berbunyi;
Wahai tuhanku, aku berlindung denganMu dari ilmu yang tidak bermanfaat” – Hadith riwayat Imam Muslim.

Elemen kedua:
Jahitan, jika kuat dan kemas jahitan jubah itu maka akan lebih lama jubah tersebut dapat diperagakan dan dimanfaatkan. Elemen kedua ini dapat kita tafsirkan sebagai amal. Seandainya fabrik ilmu itu tidak diperkukuhkan dengan jahitan amal maka fabrik ilmu tersebut akan terdedah dengan anasir-anasir yang bakal mengoyakkannya. Ketika itu tiadalah lagi manfaat yang dapat diambil dari ilmu tersebut.
Telah berkata Imam Al-Ghazali rahimahullah;
Jika kita membaca kitab seratus tahun dan mengumpulkan seribu kitab, ia tidak menjadikan diri kita bersedia untuk mendapat Rahmat Allah melainkan dengan amalan.”


Elemen ketiga:
Perhiasan tambahan pula dapat ditafsirkan sebagai akhlak yang baik. Elemen yang ketiga ini merupakan eleman yang penting dan juga ia menjadi daya penarik bagi pemakainya. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda :
Sesungguhnya aku ini diutuskan adalah untuk menyempurnakan (bagi kalian) akan akhlak yang mulia.” –Hadith riwayat Imam Ahmad

Akhlak yang baik lahir dari pemahaman yang jitu terhadap ilmu dan usaha yang berterusan dalam amal. Maka penerapan ketiga-tiga elemen ini dalam individu yang bergelar mahasiswa perlu diambil serius untuk melahirkan mahasiswa yang cemerlang lagi disegani.

Justeru itu, usul yang dibawakan oleh KPIPM pada sesi kali ini amatlah baik dan perlu didokong dan disokong oleh semua ahli bagi memastikan mahasiswa dan mahasiswi Islam mempunyai kredibiliti dan ketrampilannya yang terbaik.


Satu Fikrah Satu Amal
"Berilmu, Beramal, Ikhlas"
"Memurnikan Pemikiran, Melestarikan Kesatuan"








BIODATA PENULIS :
Penulis adalah Muhammad 'Arif Bin Yaaziz. Mengambil pengajian dalam bidang Syariah Islamiah, Kuliah Al Azhar, Kaherah dan kini berada di tahun 3. Beliau juga merupakan ketua Biro Pelajaran & Ilmiah bagi Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2014.






Thursday, May 15, 2014

KUNJUNG HORMAT DELEGASI JKR NEGERI PERAK KE KEDUTAAN BESAR MALAYSIA KAHERAH


KAHERAH, 14 Mei 2014 - Satu pertemuan rasmi telah diadakan antara Pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Perak, Encik Saiful Azzuan Bin Aznam dan Puan Nik Rohaizan Binti Nik Ariffin bersama TYT Duta Besar Malaysia Dato' Ku Jaafar Bin Ku Shaari.

    Kunjung hormat yang berlangsung di Pejabat Kedutaan Besar Malaysia Kaherah, Mohandissen itu turut dihadiri Pegawai Atase Pendidikan Negeri Perak, Encik Mohamed Munawir Bin Mohd Noh beserta wakil AJKT KPIPM, Saudara Muhammad 'Asri Bin Mohd Salim.

     Pertemuan yang berlangsung selama hampir dua jam setengah itu turut membincangkan hal-hal yang berkaitan isu semasa setempat, keadaan pelajar Malaysia dan beberapa perkara yang lain.

     Tujuan utama kehadiran Pegawai JKR tersebut ke Mesir adalah untuk memantau keadaan bangunan Wisma Darul Ridzuan A yang sedang dalam proses pembaikpulihan.

      Semoga dengan kunjung hormat yang diadakan ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara JKR Negeri Perak dengan pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah.


MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...