Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2011

Hijrah : Satu Kewajipan Dalam Perjuangan Islam

Hijrah   Nabi  SAW  bersama   para   sahabat   dari   Mekah   ke   Madinah   merupakan   satu   tanda   aras   bagi   kejayaan  Islam. Peristiwa   hijrah   merupakan   peristiwa  yang  besar   dalam   sejarah  Islam,  kerana   memperlihatkan   konsep   bagaimanasesuatu   negara  yang  diperintah   berdasarkan   sistem  Islam yang  menyeluruh   di  era  Madaniyyah   selepas   proses pembinaan  para  pejuang  di  era Makkiyah. Hijrah  bukanlah pelarian sebagaimana yang cuba didoktrin oleh pihak musuh, namun  hijrah  adalah suatu gerak kerja yang tersusun  dalam  gerakan Islam demi mencapai cita-cita iaitu menegakkan kalimah Allah  di  muka bumi.  Pada hari ini, umat Islam sentiasa dituntut untuk melakukan hijrah, samada di peringkat individu, masyarakat atau negara.  Hal ini demikian kerana, meraka yang berhijrah adalah mereka yang sentiasa bekerja dan berfikir untuk mencapai hasil yang lebih baik dari masa ke semasa. Sebab itulah, baginda SAW menyebut : &

Ahli KPIPM Perlu Pertingkatkan Keselamatan

KAHERAH, 24 Nov - Bersempena hari pengumpulan anak-anak perak pada  malam jumaat  setiap minggu, KPIPM mengambil kesempatan mengadakan taklimat keselamatan kepada ahli KPIPM berkenaan keselamatan Mesir sekarang. Taklimat keselamatan tersebut diadakan selepas solat isya’ dan solat hajat berjemaah. Manakala, sebelum itu diadakan bacaan yasin,tahlil dan tazkirah yang disampaikan oleh Dr Aimi Syahirah Bt Bahamam. Semua ahli yang hadir diterangkan serba sedikit keadaan negara Mesir sekarang oleh Saudara Ibnu Abbas Bin Azizuddin, Timbalan Yang Dipertua KPIPM. Beliau juga turut menyiarkan gambar-gambar keadaan ditempat pehimpunan rakyat Mesir, terutamanya di Medan Tahrir. Saudara Mohammad Omar Bin Adam, selaku Yang Dipertua KPIPM juga turut menerangkan pekeliling keselamatan yang dikeluarkan oleh PMRAM Pusat. “Semua ahli , sama ada ikhwah atau akhawat dinasihatkan tidak keluar bersendirian terutamanya ketika menaiki teksi atau sebagainya.” Pesan Saudara Mohammad Omar Bi

Garis Panduan Keselamatan Bil. 2 Tahun 2011 Kepada Warganegara Malaysia Di Republik Arab Mesir

GARIS PANDUAN KESELAMATAN BIL. 2 TAHUN 2011   KEPADA WARGANEGARA MALAYSIA DI REPUBLIK ARAB MESIR 1.         Maklumat Am 1.1.      Garis Panduan Keselamatan Bil. 2 Tahun 2011 dikeluarkan oleh Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) kepada semua warga Malaysia di Republik Arab Mesir. Ia adalah merupakan susulan kepada Garis Panduan Keselamatan Bil. 1 Tahun 2011 yang dikeluarkan oleh KBMK pada 7 Mac 2011 berdasarkan kepada situasi politik dan ekonomi semasa Mesir. 2.         Keadaan dan Maklumat Semasa (A)       Ringkasan Suasana Semasa 2.1.      Semua pejabat Kerajaan, institusi pengajian, pusat kesihatan, premis perniagaan, perbankan dan sistem pengangkutan awam secara amnya masih beroperasi seperti biasa. 2.2.      Pasukan polis telah mula kembali bertugas secara berperingkat. Namun, waktu tindak balas (response time) oleh pihak polis tidak menepati keperluan sebarang kecemasan. Kes-kes jenayah seperti kes-kes pecah rumah, pergaduhan serta jenayah ya

PMRAM Perjelas Isu Keselamatan Kepada Media Di Malaysia

KAHERAH, 21 Nov - Berikutan isu semasa politik tanah air Mesir yang berlaku, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) menasihati kepada semua mahasiswa/wi Islam di Mesir agar tidak menimbulkan sebarang provokasi yang tidak benar mengenai keadaan semasa. Ia berikutan apabila terdapat provokasi di salah satu media di Malaysia yang menggambarkan keadaan yang kritikal sehingga menyebabkan para ibu dan bapa panik mengenai keselamatan anak-anak mereka di Mesir. PMRAM menegaskan bahawa keadaan keselamatan bagi mahasiswa/wi Islam di sini adalah masih terkawal bahkan pengajian di universiti masih berjalan seperti biasa. Presiden PMRAM, Saudara Muhamad Zuhaili Saiman juga telah memaklumkan isu keselamatan semasa kepada pemberita Harian Metro yang telah menalifon beliau seawal jam 5 pagi waktu Mesir, semalam. Selain itu, Presiden PMRAM juga telah dihubungi oleh pemberita Kosmo pada jam 11 pagi waktu Mesir dalam mendapatkan penjelasan yang sebenar mengenai kondisi kead

Perhatian : Panduan Keselamatan Semasa

  sila klik pada gambar untuk lebih jelas PANDUAN KESELAMATAN SEMASA PERSEKUTUAN MELAYU REPUBLIK ARAB MESIR Berikut adalah panduan keselamatan semasa PMRAM : 11.       Mematuhi panduan keselamatan yang dikeluarkan oleh Kedutaan Besar Melaysia Keherah (KBMK). 22.       Dilarang terlibat sebarang perkumpulan dan kempen pilihanraya. 33.       Bergerak secara berkumpulan. Tidak digalakkan keluar berseorangan. 44.       Pastikan tidak bersendirian di rumah. 55.       Tidak digalakkan ke luar kaherah atau ke kaherah (bagi ahli cawangan) 66.       Digalak meletakkan kenderaan persendirian di premis BKAN masing-masing. 77.       Menyediakan keperluan asas yang mencukupi di rumah. 88.       Tidak digalakkan berada di luar kawasan kediaman pada waktu malam. 99.       Mahasiswi yang ingin berurusan dengan warga tempatan,  mestilah melalui musyrif. 11.        Tidak membicarakan isu politik Mesir dengan warga tempatan. -Sebarang masalah terus menghubungi Pre

Perhatian : Pekeliling Keselamatan

sila klik pada gambar untuk lebih jelas PEKELILING KESELAMATAN PERSEKUTUAN MELAYU REPUBLIK ARAB MESIR Makluman kepada seluruh mahasiswa/wi Malaysia di Mesir agar berhati-hati dengan meningkatkan tahap keselamatan masing-masing : Berikut adalah pekeliling keselamatan daripada PMRAM : 11.       Pastikan visa hidup. 22.        Keluar rumah pastikan bawa bersama pasport dan kad PMRAM (bagi ahli PMRAM) 33.       Bagi yang memandu kenderaan pastikan ada lesen memandu dan cukai jalan kenderaan. 44.       Tidak terlibat dengan sebarang perkumpulan dan demonstrasi. 55.       Tidak menghampiri sekitar kawasan yang terlibat dengan demonstrasi terutamanya di      Tahrir. 66.       Tidak keluar rumah selepas jam 12 tengah malam sehingga jam 6 pagi. 77.       Tidak memberikan sebarang dokumen penting kepada warga asing dan rakyat tempatan. -Sebarang masalah terus menghubungi Presiden PMRAM : +20111 3771841  Atau Ketua Ops Keselamatan PMRAM : +20111 7402891

Nadwah Tarbawi KPIPM : Kitab Al-Islam Syariatu Al-Zaman Wa Al-Makan Dibedah

KAHERAH, 16 Nov – Muzakarah berkelompok ditangguhkan dengan gabungan semua liqo’ dalam satu NADWAH TARBAWI yang dianjurkan oleh Jabatan Fasilitator dibawah Biro Dakwah & Tarbiah KPIPM. Muzakarah gabungan ini dijalankan sebelum program ditawaqufkan sempena imtihan fasa satu yang akan tiba. Nadwah Tarbawi tersebut diisi dengan daurah kitab karangan  Dr Abdullah Nasih Ulwan “AL ISLAM SYARIATUZ ZAMAN WAL MAKAN “ yang dibentangkan oleh Ustaz Muhammad Mujahid Bin Ir Hj Mohammad Fadzil. 10 ciri-ciri syariat Islam telah dihuraikan serba ringkas oleh pembentang. Seperti yang kita semua sedia maklum, Islam itu merangkumi semua aspek dan tiada agama yang sesempurna seperti agama Islam. Malah, dalam kitab ini juga diterangkan mengenai bukti-bukti terkini tentang kesan pensyariatan. Bukti-bukti tersebut berdasarkan bukti semasa, bukti daripada perhimpunan-perhimpunan dan bukti daripada golongan pertengahan. “Agama dan pemerintahan tidak dapat dipisahkan. Apabila kita memp