Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2009

Keluarga Kita

Fitrah insani mengimpikan sebuah keluarga yang dipenuhi dengan sakinah, mawaddah dan rahmah. Namun begitu, proses pembentukan keluarga muslim ini tidak hanya dipertanggungjawabkan ke atas ibu bapa malah anak-anak juga perlu turut memainkan peranan dan memberikan kerjasama yang terbaik untuk merealisasikan impian ini. Berbicara tentang keluarga, ruang lingkupnya tidak hanya terbatas pada ibu bapa dan anak-anak malah pada ruang lingkup yang lebih besar, kita melihat persatuan juga turut berperanan sebagai sebuah keluarga. Keluarga dan persatuan hampir serupa, sedikit perbezaan tetapi banyak persamaan. Jika di dalam keluarga, bapa adalah ketuanya, maka di dalam persatuan, Presiden atau Yang DiPertua adalah ketuanya. Jika di dalam keluarga, ada anggotanya, di dalam persatuan juga ada ahlinya. Jika kaedah dan perundangan diperlukan untuk membentuk keluarga muslim, ia juga diperlukan oleh persatuan sebagai panduan dan perlu dipatuhi oleh setiap ahli bagi memastikan segalanya berjalan lanca

Program Di Bulan Mac

25-31 Mac, Dato’ Syeikh Mohd Nor Mansor Al Hafiz Kehadiran Pengarah Jabatan Agama Islam beserta rombongan. Tujuan beliau hadir ke bumi Mesir ini bagi menguruskan pembelian rumah Perak yang baru dan memantau proses pembaikan Wisma Darul Ridzuan. Turut hadir bersama beliau Timbalan JKR Negeri Perak dan seorang peguam yang dilantik oleh MAIMPK dalam urusan pembelian rumah baru. Pada 29 haribulan malamnya diadakan Majlis Ramah Mesra bersama beliau. 26 Mac, Muktamar PMRAM kali ke 76 diadakan di Nadi Madinah Nasr Ar-Riadhi. Seramai 40 orang perwakilan dari negeri Perak terdiri daripada 20 orang ikhwah dan 20 orang akhawat menghadiri muktamar tersebut. Di akhir muktamar itu juga tercatat sejarah buat BKAN Perak setelah diumumkan sebagai BKAN terbaik sepanjang sesi pentadbiran PMRAM 2008/09. 30 dan 31 Mac, Program Rabi’ Camp dan KPIPM Cup diadakan di Mukhayyam Daim. Program ini diadakan bertujuan mengumpulkan seluruh ahli KPIPM ikhwah yang berada di seluruh Muhafazah. Suatu kelainanan pembaw