Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2009

Petua Ustaz Abdullah Nasih Ulwan

Petua Kekalkan UkhwaFillah Ini satu petua yang bagus (jika diamalkan) untuk mengekalkan solidariti sesama Muslim. Petua untuk mengekalkan persahabatan: 1. Nyatakan rasa kasihmu kepada saudaramu. Sabda Rasulullah SallaLlahu 'Alaihi Wasallam : "Jika seseorang itu kasih akan saudaranya, beritahulah kepadanya yang dia kasih kepadanya." [Riwayat Abu Daud dan Tarmidzi] 2. Mintalah supaya saudaramu mendoakanmu sebelum berpisah. Umar bin Al-Khattab radhiallahu anhu berkata, "Saya minta izin kepada Baginda SallaLlahu 'Alaihi Wasallam untuk mengerjakan umrah." Baginda SallaLlahu 'alaihi Wasallam membenarkan dan berpesan; "Jangan lupa bila berdoa untuk kami bersama." [Riwayat Abu Daud dan Tarmidzi] 3. Bermanis muka ketika bertemu. Sabda Rasulullah SallaLlahu 'Alaihi Wasallam: "Janganlah kamu memandang hina terhadap kebaikan walaupun kecil, walaupun bermanis muka ketika bertemu dengan kawan-kawan." 4. Segeralah bersalam a

Imtihan dan Pengorbanan

Menjengah musim peperiksaan membuatkan hati makin sempit dan ketat untuk perkara-perkara lain yang membuang masa, selain daripada urusan menelaah pelajaran. Masa 24 jam yang dikurnia mahu diguna sepenuh dan semaksima mungkin untuk kepentingan diri bagi memastikan penguasaan pelajaran dicapai sepenuhnya. Fenomena ini adalah sesuatu yang positif lantas menjahkan perubahan kearah yang lebih berdisiplin dan teratur. Namun, sesuatu mahu diingatkan disini, tentang ukhuwah dan tentang indahnya i’brah sirah, untuk kita sama-sama fikir dan renung sejenak, mengapa kita ditempatkan bersama manusia-manusia lain hanya kita dan dunia kita semata. Penghijrahan Baginda Nabi S.A.W bersama bapa ZaatuNitaqain meninggalkan mutiara-mutiara i’brah yang cukup berkilau. Keberaniaan gadis yang berusia muda terserlah apabila meredah kepekatan malam tanpa ditemani siapa-siapa demi menghantar bekalan makanan kepada Baginda Nabi S.A.W dan bapanya selama 3 malam. Apa yang difikirkan oleh gadis kecil ini? Semestiny

Fikirlah Sendiri

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran”. (al-‘Asr: 1-3) Islam agama yang syumul. Surah ringkas ini sudah cukup menggambarkan bahawa betapa mahalnya nilai masa dalam hidup manusia sehingga ia menjadi saksi terhadap untung atau ruginya manusia mengendalikan hidupnya sehingga bertemu noktah nihayah. Bernilainya masa dalam hidup manusia, namun ia tidak pernah meminta untuk dihargai. Bukan kerana ia tidak mempunyai suara, lantas ia tiada ruang dan peluang untuk merayu manusia menghargainya. Namun kitalah yang terlalu jahil menghargai setiap detik masa yang telah berlalu dan bakal berlalu. Kita jahil dalam mendalami kefahaman kita terhadap surah yang cukup ringkas dan padat ini. Kita terlupa mungkin, bagaimana caranya kita menghargai masa, begitu jugalah ia menjadi saksi dalam menghitung keberjayaan ma

Terima Kasih Atas Pengorbanan Sahabat-sahabat

KAHERAH : Pihak persatuan mengucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sanggup mengorbankan masa dan tenaga bagi menjayakan sambutan Aidil Adha pada tahun ini. Bermula dengan giliran menjaga unta, kambing dan khoruf sehingga hari memasak, komitmen yang diberikan amat membanggakan. Jadual tugasan yang telah disusun oleh jawatankuasa program dilaksanakan dengan baik dan berlapang dada oleh mereka yang ditugaskan. Terdapat juga dikalangan ahli yang bertugas membawa bersama kitab-kitab dan nota pelajaran mereka semasa bertugas. Jadual tugasan ini sedikitpun tidak menggangu pembelajaran mereka bagi menempuhi peperiksaan yang hampir menjelang. Ustaz Aminuddin Bin Sadri dari Syaqah 9 yang ditemui ketika bertugas pada syif tengah malam (12.00 malam hingga ke 6.00 pagi) melahirkan perasaan bangga kerana dapat menjaga binatang korban tersebut. “Walaupun sekarang ini musim sejuk, namun saya berasa seronok serta taajub dapat menjaga unta pada malam ini” “Mudah-mudahan unta yang