Monday, February 25, 2019

LAPORAN DAURAH TUHFATUSSANIAH 2.0

LAPORAN | DAURAH TUHFATUS SANIAH 2.0
Jabatan Yang Dipertua KPIPM sesi 2018/2019

Ipoh, Tambun - Pada tarikh 4 - 8 Februari 2019, Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia Negeri Perak (ILMAM Perak) dibawah anjuran Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dengan kerjasama Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) telah berjaya menganjurkan satu Program Persediaan ke Timur Tengah iaitu Daurah Tuhfatussaniah 2.0 yang bertempat di Maahad Darussalam.

   Pada hari pendaftaran peserta, seramai 57 orang peserta telah mendaftarkan diri bagi menyertai Daurah Tuhfatussaniah 2.0. Program tersebut dimulakan dengan ucapan Pengarah Daurah Tuhfatussaniah 2.0 Ustaz Muhammad Faris bin Mohd Amin, ucapan Setiausaha Ilmam Perak Ustaz Mohamad Adil bin Mohammad Fadzil dan telah dirasmikan oleh Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JAIPk iaitu En. Khairil Azhar bin Samsudin. Program persediaan ke Timur Tengah yang saban tahun dijalankan oleh Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia Negeri Perak dengan kerjasama Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir ini sering mendapat sambutan yang baik dari pihak ibu bapa yang ingin menghantar anak mereka ke Timur Tengah.

   Pelbagai aktiviti yang disajikan buat para peserta, antaranya ialah daurah Kitab Tuhfatussaniah yang disampaikan oleh Tuan Guru Haji Suaid Din (AJK Fatwa Negeri Perak / Bekas Penyampai Radio Mesir), aktiviti gerak kerja berkumpulan, slot persatuan, senat fakulti, riadah, tazkirah subuh yang disampaikan oleh para fasilitator dan kuliah maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Ibnu Abbas bin Azizuddin yang bertajuk ‘Fikrah’ serta pelbagai aktiviti lain lagi. Pada hari akhir program, majlis diteruskan lagi dengan acara penyampaian sijil penyertaan, penyampaian saguhati kepada pengisi serta majlis ucapan penutup yang disampaikan oleh Ustaz Zulhafeez bin Ahmad Zahidi. Majlis bersurai pada jam 12.30 tengahari dan para peserta dibenarkan pulang seusai majlis.

KPIPM mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) , Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia Negeri Perak (ILMAM Perak), para penggerak program, wakil KPIPM dan para peserta atas kerjasama dan bantuan dalam menjayakan program tersebut. Semoga para peserta mendapat ilmu yang bermanfaat dalam program ini serta dapat memanfaatkan diri pada masyarakat kelak. Bukan mudah untuk ke program ini lebih-lebih lagi bagi mereka yang tinggal jauh dari tempat program.

Semoga Allah mengganjari usaha mereka yang telah bersungguh-sungguh ke program tersebut untuk menuntut ilmu. Dengan berakhirnya program ini maka bermulalah kehidupan mereka masing-masing selepas ini di Timur Tengah. Kami mendoakan agar para peserta yang pergi ke Timur Tengah Mesir mahupun Jordan dapat menuntut ilmu sebaiknya dan pulang berbakti di tanah air kelak.

#KPIPMkeluargakita
#BersamaBersatuJayakanUsulKPIPM

BERILMU, BERAMAL, IKHLAS
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"

















Tuesday, February 12, 2019

PEMANGKUAN JAWATAN AHLI JAWATANKUASA HEWI KPIPM SESI 2018/2019

MAKLUMAN | PEMANGKUAN JAWATAN AHLI JAWATANKUASA HEWI KPIPM SESI 2018/2019
Jabatan Setiausaha Agung KPIPM sesi 2018/2019

Pemangkuan jawatan adalah seperti berikut :

🔰Ustazah Hurin Nuur binti Yahya
(Setiausaha HEWI KPIPM sesi 2018/2019)

🔰Dipangku oleh :
Ustazah Siti Hajar binti Mohd Jahuri
(Timbalan Setiausaha (Bendahari) HEWI KPIPM sesi 2018/2019)

#KPIPMkeluargakita
#BersamaBersatuJayakanUsulKPIPM

BERILMU, BERAMAL, IKHLAS
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...