Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2009

KPIPM Mendekati Golongan Remaja Melalui Kem Remaja Luqman

LENGGONG, 18 OKT – Seramai 72 orang remaja berusia antara 16 hingga 30 tahun dari sekitar daerah Grik dan Pengkalan Hulu telah menyertai Kem Remaja LUQMAN.Program anjuran bersama Pejabat Pentadbiran Agama Daerah Pengkalan Hulu dan Grik dan Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) telah berlangsung dengan jayanya selama 3 hari 2 malam bertempat di Nur Lembah Lenggong. Objektif kem ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada remaja tentang halatuju hidup dan membina jatidiri serta mendekatkan remaja kepada cara hidup yang lebih harmoni berlandaskan ajaran islam.Disamping itu kem ini adalah bertujuan membetulkan amalan ibadah dan membentuk akhlak harian remaja.Kem ini juga dapat menyemai rasa kasih dan mesra sesame rakan-rakan sekeliling. Majlis perasmian telah bermula pada pukul 4.30 petang setelah ketibaan para peserta dan Pegawai Agama.Dan telah disempurnakan oleh A.F.Us Joshuade Reza bin Mohd Zaini yang merupakan Pegawai Tadbir Agama Pengkalan Hulu dan dipengerusi

Mesyuarat Kali Terakhir Kem Remaja Luqman

GRIK, 11 OKTOBER – Sepertimana yang telah dirancang, KPIPM dengan kerjasama Pejabat Agama Pengkalan Hulu dan Grik akan mengadakan Kem Remaja Luqman, yang telah diubah namanya. Kem tersebut melibatkan semua remaja berumur 18 hingga 30 tahun, yang diadakan di Nur Lembah Lenggong, pada 16, 17 dan 18 Oktober. Hari ini, mesyuarat penyelarasan kali terakhir telah diadakan di Pejabat Agama Islam Grik, dan ia dikendalikan oleh Ustaz Khairul Basri, Penolong Pegawai Tadbir Agama Daerah Grik, merangkap pengarah program. Mesyuarat bermula pada jam 11.10 pagi. Mesyuarat dihadiri oleh adhoc-adhoc dikalangan ahli KPIPM,iaitu Ustaz Meor Shahrizan bin Mohd Hazime sebagai Timbalan Pengarah 1, Ustazah Hurriyyah binti Abdul Mokti sebagai Timbalan Pengarah 2, Ustaz Mohd Nazirul bin Saberi, Ustaz Abdul Hadi bin AB Rahman, Ustazah Dzulyalyna binti Ahmad Zahidi, Ustaz Mohd Faizal bin Jaafar, Ustaz Azizul Hafiz bin Ameruddin, Ustaz Zulhafeez bin Ahmad Zahidi, Ustaz Mohd Faiz bin Hassan, Ustaz Muhammad Sayut

Tahniah Kepada Mahasiswa/wi Baru

KAHERAH 3 OKTOBER-Hari Taklimat dan Silaturrahim atau (HIKMAT) telah berlabuh tirainya dengan harapan bahawa mereka mampu menghadam segala pengisian yang diberikan untuk sama-sama melihat generasi ini mampu menghadapi cabaran yang mendatang.Program yang dianjurkan oleh Unit Sambutan Mahasiswa Baru KPIPM 09 ini dengan melibatkan seramai 67 orang mahasiswa baru ini telah berlangsung selama tiga hari bermula dari 3 OKTOBER sehingga 5 OKTOBER ini telah diisi dengan pengisian yang padat.Majlis ini telah dirasmikan oleh Badan Pengurus PMRAM iaitu ust Azlan b Alias.Ucapan beliau yang bertemakan ‘Satu Fikrah Satu Amal’ telah menggamatkan Dewan Syeikh Sya’rawi dengan kelantangan suara beliau di samping berjaya menarik perhatian para peserta untuk terus bersama-sama menyertai HIKMAT sehingga ke penghujungnya. Di antara pengisian yang diberikan ialah Al-Azhar dan peranannya yang disampaikan oleh us Khairi b Abdullah,slot berbahasa arab yang disampaikan oleh us Juzaili b Juhan.Sementara slot untu