Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2013

Perhatian : Tuntutan Permohonan Dermasiswa Fisabilillah Maipk sesi 2012/2013

Perhatian kepada semua pemohon dermasiswa fisabilillah MAIPk pada sesi ini: Bagi sesiapa yang layak untuk mendapat zakat pada tahun ini tetapi status permohonannya gagal, anda layak untuk membuat tuntutan terhadap permohonan tersebut. Caranya, anda perlulah memberikan maklumat seperti berikut: 1)      Nama penuh 2)     Nombor kad pengenalan 3)     Nyatakan sebab tuntutan Sila serahkan maklumat tersebut kepada facebook rasmi  PMRAM Cawangan Perak   ataupun terus menghubungi wakil kami: Ustaz Ainuddin Bin Ishak Setiausaha Agung KPIPM (+201146626390) Ustazah Hafsah Binti Awwaluddin Pemangku Setiausaha HEWI KPIPM (+201110560554) Sila serahkan maklumat tersebut sebelum 12 September 2013. Harap maklum. “MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN” “BERILMU BERAMAL IKHLAS”

MAKLUMAN UNTUK MELAPOR DIRI

Bismillahirrahmanirrahim.. Perhatian kepada seluruh anak Perak. Bagi sesiapa yang masih belum melaporkan diri sila berbuat demikian dengan segera. Maklumkan data peribadi anda seperti butiran berikut: NAMA PENUH NOMBOR PASSPORT KULIAH TAHUN PENGAJIAN PENEMPATAN SEMASA NOMBOR TELEFON NEGERI MUHAFAZAH dan sila hantarkan kepada: MUHAMMAD MU'AAZ BIN RAMLI +201153917201 Timbalan Setiausaha Agung Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2012/2013 Disediakan oleh: AJK Pelaksana Jawatankuasa Bertindak Keselamatan Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2012/2013

JADUAL TUGASAN BILIK OPERASI KESELAMATAN KPIPM SESI 2012/2013

Berikut adalah jadual tugasan bilik operasi keselamatan Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2012/2013. Sekiranya terdapat sebarang permasalahan, anda boleh rujuk kepada petugas atau hubungi nombor telefon seperti yang tertera. "MEMARTABAT KEILMUA, MEMIMPIN KESATUAN" "BERILMU, BERAMAL, IKHLAS" Disediakan oleh: AJK Pelaksana Jawatankuasa Bertindak Keselamatan Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2012/2013

Makluman Pemangku Portfolio AJKT & AJK Hewi KPIPM 2012/2013

Dengan ini dimaklumkan, pemangku bagi AJKT & AJK HEWI KPIPM yang balik bercuti di Malaysia adalah seperti berikut:

Ain Jalut : Kemenangan Penebus Maruah Islam

Sejak berzaman l amanya bulan Ramadan telah menjadi tempoh ujian buat para pejuang Allah. Banyak siri peperangan membabitkan umat Islam yang dirakamkan oleh sejarah bermula dari Perang Badar di zaman Rasulullah sehinggalah ke hari ini. Perang Ain Jalut juga telah merakamkan kehebatan umat Islam di bulan Ramadan. Perang ini telah berlaku pada 25 Ramadan 658H. Pada zaman tersebut, umat Islam berada dalam keadaan yang hina dan mengaibkan apabila mereka tunduk kepada sebuah kuasa empayar penakluk iaitu bangsa Tatar atau Mongol. Tatar telah menakluk negara Islam di Asia Tengah iaitu Daulah Khawarizm dan seterusnya cucu Genghis Khan iaitu Hulagu Khan telah menakluk ibu kota Khilafah Abbasiyah iaitu Baghdad pada 656H. Sepanjang penaklukan di Baghdad lebih kurang 1.8 juta umat Islam dibunuh dan buku-buku dibakar serta dijadikan jambatan. Ketika itu juga , Tatar sudah berjaya menguasai wilayah Islam sehingga ke bumi Syam. Dalam kekusutan itu, muncullah seorang wira Islam yang bernama