Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2014

Ahli Jawatankuasa Tadbir & Ahli Jawatankuasa HEWI KPIPM sesi 2014

Muzakarah Berkelompok Gabungan: Memahami Kefahaman Islam yang Menyeluruh

KAHERAH, 21 Februari 2014 – Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir melalui Jabatan Fasilitatornya telah berjaya mengadakan Muzakarah Berkelompok Gabungan bagi mahasiswa dan mahasiswi tahun satu dan dua. Muzakarah berbentuk diskusi kitab ini telah diadakan di Wisma Darul Ridzuan B. Diskusi kitab bagi mahasiswa tahun satu yang bertajuk “Al-Islam Syariatuz Zaman Wal Makan” telah dibentangkan oleh Ustazah Noor Shuhada Binti Zolkafli dan juga Ustazah NurSyuhada Binti Hashifudin. Muzakarah Berkelompok yang turut disertai oleh mahasiswi tahun satu ini telah bermula seawal jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 10.50 pagi. Sambutan yang amat baik telah diberikan oleh mahasiswa dan mahasiswi tahun satu dalam muzakarah berkelompok ini. Pada sebelah malamnya pula, Muzakarah Berkelompok Gabungan ini diteruskan lagi bagi mahasiswa dan mahasiswi tahun dua. Kali ini kitab yang dibentangkan adalah kitab terakhir yang telah disusun oleh peringkat PMRAM untuk mahasiswa mahasiswi tahun dua ia

Himpunan Mahabbah HEWI KPIPM: Medium Pengukuh Ukhuwah Mahasiswi

Kaherah, 16 Februari 2014 - Himpunan Mahabbah HEWI telah berlangsung pada pagi 14 Februari 2014 yang lalu dengan mengumpulkan seluruh ahli HEWI khusus untuk menghadapi Mesyuarat Agung Tahunan yang bakal menjelang serta menjadi medium untuk ahli mengukuhkan ukhuwah dan memberikan muhasabah serta cadangan kepada barisan pimpinan HEWI KPIPM sesi 2012/2013. Majlis bermula pada jam 9.00 pagi dengan alunan ayat suci Al-Quran seterusnya disusuli dengan slot muhasabah dan cadangan daripada ahli. Slot muhasabah dan cadangan ini memberi ruang kepada ahli HEWI di semua peringkat untuk melontarkan idea dan pendapat masing-masing bagi penambahbaikan gerak kerja di peringkat Ahli Jawatankuasa HEWI. Slot muhasabah ini diselangi dengan slot 'Hang Tuah' iaitu cabutan bertuah dan penyampaian hadiah daripada AJK HEWI kepada ahli. Seterusnya, majlis penutup Himpunan Mahabbah HEWI disempurnakan oleh Ustazah Salsabila bt. Hashim,HEWI Angkat PMRAM Cawangan Perak dan disusuli dengan tayan

Simfoni Kasih: Mengikat Ukhuwah Mahasiswa Baru

Kaherah, 13 Februari 2014 – Kemeriahan Program Unit Sambutan Mahasiswa Baru KPIPM 2013 (USMB ’13) akhirnya disudahi dengan Program Simfoni Kasih. Program yang bertujuan untuk mengikat ukhuwah dikalangan mahasiswa baru ini diadakan dengan pelbagai aktiviti dan persembahan yang menarik. Antara tetamu yang hadir pada malam tersebut ialah Ustaz Amirul Fahmi Bin Zulkefli, Pengarah USMB KPIPM 2013 dan Ustaz Hanif Bin Abdullah selaku Yang Dipertua KPIPM Sesi 2012/2013 merangkap perasmi bagi penutupan program USMB KPIPM 2013. Aktiviti yang dijalankan adalah persembahan daripada setiap kumpulan usrah mahasiswa baru iaitu antaranya persembahan nasyid, pentomen, puisidra, tarian dabus dan dikir barat. Rata-rata persembahan yang dipamerkan oleh mereka sangat bertenaga dan menghiburkan. Dua orang hos yang diamanahkan untuk mengendalikan program tersebut iaitu Ustaz Akmal Ahmad dan Ustaz Haziq Muqri memeriahkan lagi suasana program tersebut dengan gelagat dan ragam mereka yang melucukan.

Sultan Abdul Hamid II: Khilafah Yang Tegas Menunaikan Amanah

Setiap manusia bertanggungjawab dalam menunaikan amanah yang diletakkan di atas bahunya. Sikap ini perlu diaplikasi ke atas semua manusia kerana semua manusia diletakkan amanah ke atas walau apa jua jawatan dan pangkat sekalipun. Sepertimana sabda Rasulullah S.A.W: "ﻛﻠﻜﻢ ﺭﺍﻉ ﻭﻛﻠﻜﻢ ﻣﺴﺌﻮﻝ ﻋﻦ ﺭﻋﻴﺘﻪ.... " “Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan setiap daripada kamu akan dipertanggungjawabkan dengan orang di bawah pimpinannya..” Pada tahun 1901M, Tiodore Hertzel yang merupakan Ketua Pertubuhan Zionis Antarabangsa dan antara pemimpin tertinggi Freemasonry telah memberikan beberapa tawaran yang lumayan kepada Sultan Abdul Hamid II dengan syarat supaya membenarkan penubuhan sebuah syarikat Yahudi di Palestin yang bertanggungjawab membeli tanah-tanah terbiar sekitar Palestin untuk dijadikan kawasan penempatan kaum Yahudi. Lalu, dengan tegas Sultan Abdul Hamid II menjawab: " لا أملك هذا... فلسطين ليست ملك اﻷتراك بل ملك العرب وبيت المقدس ليس ملك العرب بل ملك

Kewajipan Muslim Terhadap Masa

Masa amat penting di dalam sepanjang kehidupan manusia. Oleh itu, setiap muslim berkewajipan menjaganya dengan penuh teliti, supaya masa-masanya dapat dipertingkatkan lagi prestasi keimanan, amalan dan pelaksanaan. Melihat kepada kepentingan masa, Allah SWT telah bersumpah di permulaan Al-Quran dalam surah Al-Asr: والعصر* إن اﻹنسان لفي خسر * "Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian.” (Surah Al-Asr: 1-2) Tugas utama yang dipikul oleh setiap umat Islam adalah menjaga masa. Masa perlu diberi perhatian lebih daripada harta benda. Setiap detik-detik perjalanan masa, setiap muslim wajib mengawasinya supaya dapat dimanfaatkan untuk agama dan dunianya, untuk kebaikan ummah, di sudut pembangunan rohani dan kebendaan. Para salafussoleh sangat menjaga masa dan menghargainya sepertimana kata-kata Imam Hassan Al-Basri: "Aku melihat suatu kaum yang sangat menjaga masa hingga melebihi dari kamu menjaga wang ringgit kamu itu!"

Makluman Lanjutan Tarikh Permohonan Dermasiswa MAIPk 2013/2014 Kali Ke-2

Makluman kepada seluruh mahasiswa/wi Perak: Memandangkan terdapat beberapa masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan, pihak pengurusan zakat telah melanjutkan tarikh permohonan Dermasiswa Zakat Perak bagi sesi 2013/2014 sehingga 28 Februari 2014. Diingatkan kepada pemohon untuk segera melengkapkan permohonan secara online serta salinan dokumen yang lengkap pada tarikh yang ditetapkan. Sebarang permasalahan dan pertanyaan, sila rujuk: 1) Setiausaha Agung KPIPM – Ustaz Mohammad Ainuddin Bin Mohd Ishak (01146626390) 2) Setiausaha HEWI KPIPM – Ustazah Nor Atiqah Binti Hamdan (01141738859) 3) Pembantu Tadbir Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) Perak Egypt  – Ustaz Abdul Munaim Bin Nordin (01147886907) "BERILMU BERAMAL IKHLAS" "MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN"

Menyedari Hakikat Diri Dalam Dakwah

Bagi merealisasikan cita-cita Islam dan melaksanakan tugas-tugas Islam, seseorang itu perlu bermuhasabah ke atas dirinya sendiri dan menyedari sejauh mana kedudukannya dalam Islam. Dia juga harus mendakwah orang lain seperti dia mendakwah dirinya sendiri, terutama dari segi iltizamnya kepada Islam supaya menginsafi firman Allah Taala: " أتأمرون الناس بالبر وتنسون أنفسهم وأنتم تتلون الكتاب أفلا تعقلون " "Mengapa kamu menyuruh orang lain mengerjakan kebaikan sedangkan kamu melupai diri kamu sendiri, padahal kamu membaca kitab, apakah kamu tidak berfikir?" (Surah Al-Baqarah : 44) Dan janganlah pula amal yang dikerjakan itu menjadi sia-sia seperti firman Allah SWT: الذين ضل سعيهم في الحياة الدنيا وهم يحسبون أنهم يحسنون صنعا "Orang-orang yang telah sia-sia perbuatan mereka dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka mereka berbuat sebaik-baiknya." (Surah Al-Kahfi:104) Mereka yang benar-benar rugi ialah apabila mereka yang

PERMOHONAN ITHAR KINI DIBUKA : Muat Turun Borang

Makluman buat seluruh ahli KPIPM,  Lembaga Tabung Ithar KPIPM kini membuka permohonan Ithar bagi sesi kali ini. SYARAT PERMOHONAN -Pemohon mestilah ahli KPIPM. -Mengisi borang yang disediakan dengan lengkap dan ditandatangani oleh Bendahari KPIPM atau Ahli Majlis Perwakilan ( bagi ahli di cawangan). - Permohonan mestilah diluluskan di dalam mesyuarat Ahli Lembaga Tabung Ithar. Kategori Pemohon :   - Pemohon yang menerima zakat atau bantuan dan telah membayar wang ithar.  - Pemohon yang tidak dapat zakat atau sebarang bantuan. TARIKH PERMOHONAN :  1 Februari 2014 - 8 Februari 2014 Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan borang permohonan, sila hubungi : -Ustaz Mohamad Hazim bin Mohd Halim BENDAHARI KEHORMAT KPIPM SESI 2012/2013 +201117936552 -Ustazah Nazuha binti Mohd Suhimi BENDAHARI HEWI KPIPM SESI 2012/2013 +201119786761 ATAU -menghubungi Ahli Majlis Perwakilan cawangan anda -muat turun borang di blog rasmi KPIPM  Untuk muat turun borang permohonan

Program Pemantapan Du'at (PEMANDU) Membentuk Daie Versatile

KAHERAH, 1 Februari 2014 – Telah berlangsung dengan jayanya Program Pemantapan Du’at (PEMANDU) siri terakhir bagi sesi 2012/2013 pada Khamis yang lalu, 30 Januari 2014 . Siri terakhir ini adalah merupakan siri keempat bagi PEMANDU pada sesi kali ini. Program ini telah berlangsung di Dewan Wisma Darul Ridzuan B bermula pada jam 8 malam. Pada kali ini, PEMANDU telah membawakan sebuah Talkshow yang bertajuk "Dai’e Versatile", yang mengetengahkan erti pendakwah yang serba boleh serta dapat menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. Antara barisan panel bagi talkshow tersebut adalah Ustaz Fariz Bin Ramli , Ustaz Helmy Bin Abdul Wahab dan Ustazah Nur Aini Kamilah Binti Abdul Razak serta dikendalikan oleh 3 orang moderator yang menceriakan suasana. Antara pengisian yang diketengahkan oleh ahli panel adalah mengenai ciri-ciri pendakwah yang sebenar serta persediaan untuk menjadi pendakwah yang cemerlang serta berkebolehan. Seusai talkshow, program disusuli dengan ucapan Penga