Sunday, January 1, 2012

Terus Ikuti Informasi Terkini Palestin - Naib Presiden III


KAHERAH, 31 Disember - Mengenai isu umat Islam di Palestin hari ini semakin menjadi tumpuan dunia. Isu penindasan oleh rejim yang zalim ke atas penduduk di Gaza terutamanya tidak pernah berhenti semenjak penubuhan negara haram tersebut.

PMRAM sentiasa melaporkan informasi terkini khusus berkaitan umat Islam di Palestin melalui unit Mini Pavillion yang dikelolai di bawah Lajnah Kebajikan Dan Kemanusiaan.

Naib Presiden III, merangkap Ketua Lajnah Kebajikan Dan Kemanusiaan, Saudara Syeikh Mujahid meminta kepada semua mahasiswa/wi Islam agar terus mengikuti perkembangan semasa bahkan menjadikan isu umat Islam di Palestin menjadi fokus utama kerana ia melibatkan saudara sesama muslim yang teraniayai sejak sekian lama.

"PMRAM akan terus menjadi medium bagi mahasiswa/wi Islam Malaysia di Mesir untuk menyalurkan bantuan khususnya dari sudut kewangan. Bahkan unit khas PROSMA ditugaskan untuk menjual barangan terpakai  yang mana kesemua hasil jualan akan disalurkan kepada Palestin," ujar beliau.

Cakna isu semasa juga menjadi pembawakan PMRAM sesi ini agar mahasiswa dan mahasiswi Islam tidak ketinggalan maklumat semasa dengan isu-isu semasa umat Islam. Sehingga ke hari ini Mini Pavillion antara unit di bawah PMRAM yang terus bekerja keras untuk menyalurkan maklumat semasa berkaitan umat Islam di Palestin.

"Mini Pavillion bukan sahaja dijadikan rujukan oleh mahasiswa dan mahasiswi Islam di Mesir, bahkan masyarakat Islam Malaysia di negara kita serta Timur Tengah turut menjadikannya rujukan," tambah beliau lagi.

Selain itu, mahasiswa/wi Islam yang mahu terus menyumbangkan derma atau sebarang sumbangan bolehlah terus merujuk kepada Exco Kebajikan cawangan masing-masing.

sumber : pmram.org

No comments:

Post a Comment

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELAJAR ISLAM PERAK MESIR SESI 2023/2024

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELA...