Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2014

Hijrah Mahasiswa

     Sudah hampir seminggu kita berada di tahun 1436 Hijrah ini. Teringat ketika mana ia menjelang, seluruh umat Islam menyambut perayaan tahun baru dengan penuh penghayatan dengan mengikut garis panduan Islam itu sendiri seperti yang disunatkan untuk dimulai dengan bacaan doa menjelang akhir tahun dan juga doa menjelang awal tahun, diikuti bacaan surah Yaasin dan solat hajat, sebagai persiapan untuk menyambut tahun baru ini.      Secara zahirnya, ketibaan tahun baru itu menandakan peralihan masa yang menjadikan hari ini kepada semalam dan peristiwa semalam yang telah berlaku itu akan menjadi kenangan dalam lipatan sejarah. Namun apa yang lebih signifikan dari itu adalah persediaan diri kita untuk memperbaiki keadaan diri sebagai seorang insan, seorang mahasiswa dan lebih-lebih lagi sebagai seorang makhluk Allah Ta’ala.      Oleh itu sebagai seorang mahasiswa, rasa tidak bermakna jika tahun baru tidak diiringi dengan semangat, azam dan minda yang baru. Sama ada azam tahun yang lal

Kalam Rasmi Yang Dipertua KPIPM sesi 2014/2015

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang      Segala pujian dan rasa syukur dipanjatkan kehadrat Illahi Pemilik dan Pengurnia segala nikmat. Selawat dan salam yang berpanjangan buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW , ahli keluarga baginda, para sahabat, serta pembantu dan pengikutnya yang setia yang telah bersama-sama susah dan senang dalam siri-siri perjuangan untuk mendaulatkan Islam dan menjadikannya sebagai Ad-Deen bagi seluruh pelusuk dunia ini. Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Maaidah, ayat ketiga yang bermaksud: " Pada hari ini telah-Ku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah-Ku cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah-Ku redhai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barangsiapa terpaksa kerana kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ."      Islam merupakan satu-satunya agama yang diiktiraf, yang mempunyai sistem yang menyeluruh lagi mencakupi segenap aspek kehidupan adalah suatu kenyata

ADAB MEMBACA AL-QURAN

      Diriwayatkan daripada Saidina Uthman Bin Affan R.A berkata: Sabda Nabi Muhammad S.A.W: “Sebaik-baik daripada kamu adalah mereka yang mempelajari Al-Quran.” (Riwayat Bukhari)         Al-Quran adalah kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W yang menjadi cahaya petunjuk kepada umat manusia. Maka, umat Islam wajib untuk mengikut isi yang terkandung di dalam Al-Quran supaya ianya menjadi panduan sepanjang hidup hatta di akhirat kelak.         Al-Quran yang merupakan kalam Allah yang agung perlu dijaga akan ketulenannya dan menjaga adab-adab dalam membaca dan mempelajarinya. Rasulullah S.A.W pernah membahagikan golongan yang membaca Al-Quran ini kepada beberapa bahagian. Sepertimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:   “Perumpamaan orang mu’min yang rajin membaca Al-Quran adalah seperti buah Al-Atrujah yang mana aromanya yang wangi dan rasanya yang sedap, dan perumpamaan orang mu’min yang tidak rajin membaca Al-Quran adalah seperti buah tamar yang mana tiada aroman

Carta Organisasi Ahli Jawatankuasa Tadbir dan Ahli Jawatankuasa HEWI KPIPM Sesi 2014/2015

Program Perayaan Mahabbah Aidil Adha KPIPM 2014 (PERMAI'14): Menghayati Tadhiyah Menyimpul Mahabbah

Sabtu, 4 Oktober 2014 - Sempena perayaan Aidil Adha, Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) telah menganjurkan program Perayaan Mahabbah Aidil Adha 2014 (PERMAI'14) dengan kerjasama Atase Pendidikan Negeri Perak bertemakan "Pengorbanan Dihayati, Mahabbah Bersemi". Sebanyak 50 ekor haiwan terdiri daripada unta, lembu dan kambing dijadikan korban pd tahun ini.        Pada pagi hari raya pertama, ahli KPIPM telah disajikan dengan tazkirah subuh yang disampaikan oleh Yang Dipertua KPIPM, Ustaz Muhammad 'Asri b. Mohd Salim sebelum bergegas ke Masjid Musa an-Nusair, Haiyu Sabie' bagi menunaikan solat sunat Aidul Adha, anjuran PMRAM. Seusai solat, seluruh ahli menuju ke Baitul Rahman bagi menjalankan proses pnyembelihan dan melapah secara bergotong-royong. Seluruh ahli memberikan kerjasama yang sangat memberansangkan. Pada hari yg sama juga, daging diagihkan kepada yang mengambil bahagian panggu dan seluruh ahli KPIPM. Seusai proses melapah, sekali lagi semu