Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2011

Penghantaran Pelajar Ke Mesir : PMRAM Kecewa Dengan Kenyataan Terbabit

PMRAM kecewa dengan kenyataan yang telah telah dikeluarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu (MAIDAM),Wan Harujan Sulaiman dalam satu keratan akhbar  yang telah disiarkan oleh Sinar Harian yang bertarikh 25 Disember lalu. Dalam kenyataannya yang bertajuk “ Henti hantar pelajar ke Mesir “  beliau telah menyenaraikan beberapa alasan untuk tidak menghantar pelajar-pelajar Terengganu ke Mesir, antaranya ialah : 1. Sistem pengajian yang ketinggalan 2. Mengikut jejak langkah Yayasan Terengganu 3. Fokus untuk menghantar pelajar ke Jordan 4. Pelajar terlibat dengan aktiviti yang merugikan kerajaan. 5. Keadaan keselamatan yang tidak terjamin                                                                    PMRAM beranggapan keputusan tersebut bersifat pra matang dan jelas menunjukkan bahawa pihak-pihak tertentu seolah-olah tidak mengiktiraf peranan dan tanggungjawab yang telah dimainkan oleh Al-Azhar sebagai gedung ilmu tertua di dun

Manhal : Sambutan Tahun Baru (1 JANUARI)

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang masih mengurniakan kepada kita anugerah yang amat besar iaitu nikmat masa agar dengannya kita mampu menjadikannya wasilah kepada Redha dan Maghfirah Allah taala. ASAS PEREDARAN MASA Islam menjadikan peredaran bulan sebagai tempoh kepada perkiraan kalendar Hijrah (Taqwim Qamariah). Perkiraan tersebut mula dikira sempena tahun penghijrahan Rasulullah dan para sahabat ke  Madinah lantas terbinalah disana Daulah Islamiah yang pertama.  Adapun peredaran matahari menjadi perkiraan kepada bulan Masihi iaitu Taqwim Syamsiah. Ianya telah diperkenalkan semenjak zaman pemerintahan kerajaan Rom yang diambil sempena kelahiran Nabi Isa a.s. bermula semenjak 20 abad yang lalu. Namun calendar Masihi yang diguna sekarang adalah yang diperkenalkan oleh Pope Gregory XIII bemula pada tahun 1582 Masihi. Asas Kalendar Islam dan Masihi ini sebenarnya telah digambarkan al-Quran sebagaimana Firman Allah taala bermaksud: “Dialah (Allah) yang me

Ukhwah Ikatan Rabbani

Dengan nama ALLAH yang Amat Pemurah lagi Amat Penyayang. Setinggi kesyukuran dihadapkan kepada ALLAH Taala atas kurniaan nikmat iman, islam dan masih diberikan nikmat nyawa untuk terus menghembuskan nafas-nafas Islam untuk menyampaikan dakwah. Dalam menyampaikan dakwah-dakwah Islam kita diseru untuk lakukannya secara berjemaah kerana disitu akan wujudnya kekuatan. Antara tunjang kekuatan dalam berjemaah ialah Ukhuwwah. Inilah antara agenda utama apabila Rasulullah sampai ke Madinahal-Munawwarah iaitu membina ikatan ukhwah antara Muhajirin dan Ansar. Firman Allah Taala yang bermaksud : "Sesungguhnya orang-orang Mukmin adalah bersaudara" (al-Hujurat : 10)”  Apakah itu ukhwah? Ukhwah ataupun persaudaraan menurut  Imam Hassan Al-Banna ialah hati-hati dan roh-roh yang dihubungkan dengan ikatan akidah. Akidah adalah hubungan yang paling ampuh dan berharga. Persaudaraan adalah saudara iman dan perpecahan adalah saudara kufur. Kekuatan yang pertama ialah kekuata

BTKKR : Islam Dan Kesihatan

Islam merupakan satu agama yang merangkumi semua aspek kehidupan . Ini termasuk penjagaan dari sudut kesihatan yang mana Islam amat menitikberatkan kesejahteraan tubuh badan sebagaimana Islam menjaga jiwa dan akal . Justeru itu kita amat dituntut supaya menjaga kesihatan kerana ‘sihat’ merupakan anugerah berharga dari Allah . Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud : “Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu” (hadis riwayat bukhari) Apabila kita membicarakan mengenai kesihatan, pastinya riadhah adalah pilihan utama kita untuk menjadi seorang individu yang sihat tubuh badan .  Namun perlu juga diingatkan disamping kita menjaga anugerah kesihatan yang diberikanNya, kadangkala kita akan diuji dengan sedikit kesakitan . Ini kerana , fenomena pemakanan hari ini yang tidak berapa sihat walaupun sedap, ditambah pula dengan pencemaran udara dan lain-lain , maka jika pun beriadhah ia boleh juga menyebabkan tidak sihat. Akhirnya ,ji

Adakah Kita Golongan Yang Bekerja

  Adakah Kita Golongan Yang Bekerja Golongan Yang Beralasan             Soalan ini biasanya lahir dalam bentuk sindiran atau rasa curiga daripada mereka yang berada dalam jamaah. Soalannya : Adakah jamaah ini jamaah yang praktikal? Atau adakah anggota jamaah ini adalah orang-orang yang praktikal juga? Orang yang bertanya ini mungkin terdiri daripada salah satu kumpulan manusia berikut :- Pertama       :Seorang yang tidak bertanggungjawab dan hanya mementingkan   diri sendiri. Kedua           :Orang yang hidup dalam dunia sendiri, mereka tiada tujuan, tiada  wawasan dan tiada      pegangan. Ketiga            :Orang yang gemar bermain bahasa, suka melahirkan kata-kata yang berbelit dan cenderung melahirkan ucapan yang hebat-hebat supaya para pendengar akan memuji mereka sebagai orang yang bijak. Keempat       :Orang yang mahu melemahkan semangat orang yang menyeru mereka supaya kelemahan pendakwah ini nanti akan menjadi alasan untuk mereka terus berp

العلم نور ونور الله لايهدى للعاصي

28 Disember 2010 : Mengenang Peristiwa Pengiktirafan BKAN Melaka Ditarik

JOM BERSAMA BERSATU MEMPERTAHANKAN KELANGSUNGAN BKKIMM

Imtihan Tajribi PMRAM 2011

Bagi meneruskan Misi Mumtaz Imtihan, PMRAM di bawah Badan & Unit Pendidikan & Komunikasi Bahasa akan mengadakan Imtihan Tajribi khusus buat mahasiswa Pengajian Islam Tahun 1 pada 28 Disember 2011 bertempat di Rumah Pahang bagi mahasiswi Syukbah Syariah dan Rumah Selangor bagi mahasiswi Syukbah Usuluddin & Bahasa Arab. Jangan lepaskan peluang untuk menjayakannya sebagai langkah permulaan bagi persediaan menghadapi imtihan yang bakal menjelang tiba. "Akademik Cemerlang Mahasiwa Gemilang" "Kesatuan Ukhuwah Manifestasi Tarbiyah" sumber : hewipmram55

Kejayaan Gemilang Untuk Islam

KAHERAH , 27 Dis - Untuk membentuk generasi yang berintegriti keperluan dalam mempertingkatkan tahappengetahuan agar ianya setanding dengan keperluan semasa. Sejajar dengan pembawakan PMRAM " Kemantapan Fikrah Membina Syakhsiah " adalah merupakan satumomentum untuk menjana taraf pendidikan mahasiswa Islam agar dapat diaplikasikan dalam kehidupan masyarakat dunia. Penguasaan ilmu yang berkualiti dapat menjamin pembentukkan jatidiri mengikut acuan Islam bersandarkan Al-Quran dan Hadis. Hanya tinggal beberapa hari seluruh mahasiswa Pengajian Islam bakal menghadapi peperiksaan semester pertama untuk sesi 2011/2012 Universiti Al-Azhar. Barisan kepimpinan PMRAM mendoakan agar seluruh mahasiswa Islam dipermudahkan segalanya sekaligus dapat melakar kejayaan yang gemilangdalam peperiksaan ini. Semoga dengan kejayaan yang bakal tercipta kelak dapat meneruskan kelangsungan perjuangan Islam untuk terus memartabatkan Islam seantero dunia. Sumber : pmram.org

Syahid, 3 Cedera Dalam Serangan Udara Di Gaza

GAZA - Serangan udara zionis malam ini yang menyasarkan sebuah kenderaan tayar tiga 'Tuk-Tuk' sewaktu melewati di pusingan jalan Abu Sharkh, jalan As-Saftawy, Mukhayyam Jabaliya, utara bandar Gaza telah mengakibatkan seorang penduduk syahid, manakala tiga lagi cedera. Sumber perubatan berkata, pemuda yang syahid berasal dari bandar Gaza, Abdullah Al-Talbani, 22 dibawa ke hospital Kamal Udhwan dalam keadaan rentung. Mangsa-mangsa yang cedera turut dibawa ke hospital yang sama. Berhubung kejadian, saksi menceritakan bahawa sewaktu kejadian, pesawat-pesawat tempur zionis sedang berlegar-legar dari setiap pelusuk ruang udara Semenanjung Gaza. Sedemikian itu, laporan dari web berita Israel  'YEDIOTH AHRONOTH'(YNET) menukil dari tentera rejim zionis, serangan yang dilancarkan ini hasil gandingan kerjasama dengan agensi keselamatan,  SHABAK (Sherut haBitachon haKlali/ istilah english: Israel Security Agency[ISA] or the Shin Bet). Sementara itu, sayap tentera kepad

SEMUA CALON MENANG TANPA BERTANDING

Pihak Suruhanjaya Pilihanraya PMRAM 2011 dengan ini mengisytiharkan semua calon Badan Pengurus dan AJKT HEWI PMRAM 2012 menang tanpa bertanding. *klik pada gambar untuk lebih jelas Dikeluarkan oleh: Setiausaha Suruhanjaya Pilihanraya  PMRAM 2011 sumber : sprpmram2011