Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2017

MINDA PIMPINAN | AKHLAK MULIA YANG SEMAKIN MENGHILANG

AKHLAK DALAM KALANGAN MANUSIA KIAN HILANG Bismillahirrahmanirrahim… Assalamualaikum Waramatullahi Wabarakatuh..      Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, Penguasa Hari Pembalasan. Selawat dan salam dipanjatkan ke atas Nabi Muhammad, penutup sekalian nabi dan rasul, ahli keluarga Baginda, para sahabat, dan para pejuang agama Allah sepanjang zaman.      Manusia adalah makhluk Allah yang teristimewa yang memiliki tabiat dan mentaliti yang mempengaruhi amalan dan tingkah lakunya, maka keperibadian inilah yg menjadi perbicaraan dan perbincangan yang utama dalam sesebuah akhlak.      Memang tidak dapat disangkalkan lagi bahawa akhlak merupakan nadi utama dalam pembangunan rohani manusia. Setiap tamadun umat manusia dari dahulu sehingga kini ianya terbina daripada asas akhlak ataupun dikenali sebagai tamadun kemanusiaan.      Di sini, bukanlah takrif akhlak yang cuba kita kupaskan, namun masalah akhlak yang semakin hilang dalam kalangan manusia itu sendiri baik dewasa, remaja ma

Madrasah Ramadan Marhalah Maghfirah

IHYA TARBAWI RAMADAN 2017 KAHERAH -  25 Mei 2017 hingga 23 Jun 2017, Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir telah mengadakan satu program bersempena bulan Ramadan dengan kerjasama Pejabat Atase Pendidikan Negeri Perak. Program tersebut telah diberi nama  Ihya' Tarbawi Ramadan 2017 dengan singkatan IHTIRAM'17 . Program ini di bawah seliaan Biro Dakwah & Tarbiah KPIPM sesi 2016/2017 bertemakan  "Madrasah Ramadan Marhalah Maghfirah” .    IHTIRAM'17 telah bermula dua hari sebelum Ramadan dan aktiviti IHTIRAM'17 bermula pada hari kedua Ramadan 28 Mei 2017.  Majlis Pelancaran dan Malam Perutusan IHTIRAM'17  telah diadakan pada hari Khamis 25 Mei 2017 bersamaan 28 Syaban 1438 H pada waktu malam setelah selesai bacaan yasin bagi program Ehya' al-Jum'ah. Majlis tersebut bermula dengan ucapan daripada Pengarah IHTIRAM'17, Ustaz Muhammad Nurul Ihsan bin Mohd Husin dan diteruskan dengan ucapan daripada YDP KPIPM Ustaz Khairul Naim bin Abd Razak sete