Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2021

LAPORAN | PROGRAM SAMBUTAN IBADAH KORBAN 2021 (QANITIN’21)

KAHERAH – Program Sambutan Ibadah Korban 2021 (QANITIN’21) anjuran Biro Tabung Kebajikan, Kesenian dan Riadah & Jabatan Yang Dipertua Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2020/2021 dengan bertemakan “Ketaatan Pencetus Pengorbanan”.    Program Sambutan Ibadah Korban 2021 (QANITIN’21) ini bermula pada 19 Julai 2021 bersamaan 9 Zulhijah 1442H sehingga 22 Julai 2021, 12 Zulhijah 1442H. Program kali ini tidak dapat dijalankan seperti tahun-tahun sebelumnya berikutan pandemik wabak COVID-19 yang masih tersebar di seluruh dunia. Oleh hal yang demikian, aktiviti pada tahun ini menjadi sedikit terbatas bagi mematuhi etika yang telah ditetapkan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah dan kerajaan Mesir. Walaubagaimanapun, program masih dapat dijalankan melalui keluasan teknologi masa kini dengan menjadikan media sosial sebagai medium untuk melaksanakannya.    Objektif utama yang ingin dicapai di peringkat Program Sambutan Ibadah Korban 2021 (QANITIN'21) ini adalah menghidupkan suasan