Skip to main content

Posts

Showing posts from 2017

BANTAHAN PENGISYTIHARAN BAITULMAQDIS SEBAGAI IBU NEGARA ISRAEL

BANTAHAN PENGISYTIHARAN BAITULMAQDIS SEBAGAI IBU NEGARA ISRAEL Pengumuman Donald Trump terhadap Al-Quds sebagai ibu negara Israel merupakan suatu ujian ke atas orang-orang beriman. Namun sebaliknya, ia adalah ujian dan badai hebat bagi mereka yang lemah imannya, bahkan mereka akan tunduk menyerah. Sebelum ini, mereka mengamalkan politik neutral terhadap negara rejim tersebut, malahan ada yang mengikut jejak langkah rejim sedikit demi sedikit. Tindakan itu diibaratkan jika rejim memasuki lubang biawak dhab, mereka juga akan turut sama memasukinya. Hakikatnya, kita sendiri menyedari siapakah yang rela mengikut telunjuk negara haram itu. Kini sudah tiba masanya menghentikan tangan-tangan mereka yang tidak berperikemanusiaan, menzalimi anak-anak, para wanita dan fakir miskin di khemah-khemah daif. Mereka adalah golongan yang terpaksa berhadapan dengan rejim Zionis dan sekutunya. Bahkan kita melihat orang-orang yang mendiami istana-istana megah serta menara-menara pencakar langit tidak m

PENANGGUHAN PROGRAM FASA 1

[PEMAKLUMAN PENANGGUHAN PROGRAM FASA 1] Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Firman Allah S.W.T yang bermaksud : “Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat ( Surah Al-Mujadilah : ayat 11 ) Alhamulillah, segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan kepada kita nikmat Iman dan Islam serta menjadikan kita sentiasa dalam naungan-Nya. Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) adalah salah satu kesatuan yang telah dibina sekian lama yang berperanan mempersiapkan mahasiswa-mahasiswa Islam yang bersifat siap saga dalam menghadapi tanggungjawab di Malaysia kelak termasuk dalam aspek pendidikan. Sedia maklum, peringkat pengajian Al-Azhar sesi 2017/2018 akan menghampiri satu fatrah peperiksaan yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Mahasiswa/wi juga dalam proses bertungkus lumus dan berusaha menghadiri kuliah, mengulangkaji pelajaran, menghadiri kelas tutorial da
MAKLUMAN | PEMANGKUAN JAWATAN ANGGOTA BADAN PENASIHAT KPIPM SESI 2017/2018 Jabatan Setiausaha Agung KPIPM sesi 2017/2018 Pemangkuan jawatan adalah seperti berikut : 🔰 Ustaz Khairul Naim bin Abd Razak (Pengerusi Badan Penasihat KPIPM sesi 2017/2018) DIPANGKU OLEH : 🔰 Ustaz Muhammad Saiful Adli bin Ahmad Padli (Setiausaha Badan Penasihat KPIPM sesi 2017/2018) BERILMU, BERAMAL, IKHLAS "MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"

MAKLUMAN PEMANGKUAN JAWATAN AHLI JAWATANKUASA TADBIR KPIPM SESI 2017/2018

MAKLUMAN | PEMANGKUAN JAWATAN AHLI JAWATANKUASA TADBIR KPIPM SESI 2017/2018 Jabatan Setiausaha Agung KPIPM sesi 2017/2018 Pemangkuan jawatan adalah seperti berikut : 🔰 Ustaz Muhammad Nurul Ihsan bin Mohd Husin (Setiausaha Agung KPIPM sesi 2017/2018) DIPANGKU OLEH : 🔰 Ustaz Muhammad Nur Ikhwan bin Shamsuddin (Timbalan Setiausaha Agung KPIPM sesi 2017/2018) BERILMU, BERAMAL, IKHLAS "MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"

100 TAHUN DEKLARASI BALFOUR

" DEKLARASI BALFOUR" GENAP 100 TAHUN PROJEK PENJAJAHAN BUMI PALESTIN Deklarasi Balfour telah diisytiharkan pada tahun 1917. Maka, genaplah 100 tahun peristiwa yang merupakan permulaan kepada tragedi penghalauan dan penyingkiran berjuta-juta rakyat Palestin. Pengisytiharan Balfour adalah pernyataan dalam bentuk surat yang ditulis pada 2 November 1917 oleh Setiausaha Luar Inggeris bernama Arthur Balfour kepada Lord Rothschild. •Isi Kandungan Deklarasi. Kementerian Luar Negara, 2 November 1917, "Yang Terhormat Lord Rothschild, Saya sangat bahagia mewakili pemerintah (British) untuk menyampaikan rasa simpati terhadap cita-cita Yahudi Zionis. Aspirasi ini telah dikemukakan kepada kabinet dan dipersetujui. Bahawa pemerintah (British) memberi perhatian dengan penuh simpati untuk mendirikan tanah air nasional bagi Yahudi di Palestin. Pemerintah (British) akan berusaha sehabis baik demi merealisasikan cita-cita ini. Namun perlu dijelaskan bahawa tiada sebarang tindakan

MAKLUMAN PEMANGKUAN JAWATAN ANGGOTA BADAN PENASIHAT KPIPM SESI 2017/2018

MAKLUMAN PEMANGKUAN JAWATAN ANGGOTA BADAN PENASIHAT KPIPM SESI 2017/2018 Pemangkuan jawatan adalah seperti berikut : 🔰Ustazah Nurul Izzaty binti Osman (Ahli Jawatankuasa Badan Penasihat KPIPM sesi 2017/2018) DIPANGKU OLEH : 🔰 Ustazah Siti 'Aisyah binti Abdullah BERILMU, BERAMAL, IKHLAS "MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"

JAULAH ILMIAH KE QAL'AH SULTAN SOLAHUDDIN AL-AYUBI

[ JAULAH ILMIAH KE QAL'AH SULTAN SOLAHUDDIN AL-AYUBI ] KAHERAH -  7 Oktober 2017, Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir telah mengadakan satu aktiviti yang diberi nama JAULAH ILMIAH KE QAL'AH SULTAN SOLAHUDDIN AL-AYUBI. Aktiviti ini di bawah seliaan Biro Perhubungan, Sambutan dan Rehlah KPIPM sesi 2017/2018.    Aktiviti ini telah bermula pada jam 8.00 pagi sebagai waktu berkumpul untuk semua peserta. Bilangan peserta yang menyertai jaulah ini adalah sebanyak 35 orang dan ianya terbuka kepada IKHWAH sahaja. Kemudian, peserta dibahagikan mengikut ketua kumpulan yang telah ditetapkan. Musyrif Penerangan pada jaulah kali ini adalah al-Fadhil Ustaz Mohd Amilrol Anua bin Osman.    Pelbagai tempat yang menarik telah dilawati pada jaulah kali ini. Antaranya ialah Masjid Ibnu Qalaun, Muzium Tentera, Muzium Polis Negara, Muzium Penjara Istana dan Masjid Mohamad Ali Pasya. Setiap tempat yang dilawati akan diadakan sedikit penerangan dari peringkat Musyrif Penerangan sebagai maklum
STURUKTUR ORGANISASI AHLI JAWATANKUASA TADBIR dan AHLI JAWATANKUASA HEWI KPIPM sesi 2017/2018 BERILMU, BERAMAL, IKHLAS "MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"

MAKLUMAN DIREKTORI AHLI JAWATANKUASA TADBIR, AHLI JAWATANKUASA HEWI DAN ANGGOTA BADAN PENASIHAT KPIPM SESI 2017/2018

MAKLUMAN DIREKTORI AHLI JAWATANKUASA TADBIR, AHLI JAWATANKUASA HEWI DAN ANGGOTA BADAN PENASIHAT KPIPM SESI 2017/2018

MAKLUMAN ANGGOTA PENASIHAT KPIPM SESI 2017/2018

MAKLUMAN ANGGOTA PENASIHAT KPIPM SESI 2017/2018

MAKLUMAN PERJAWATAN AHLI JAWATANKUASA TADBIR DAN AHLI JAWATANKUASA HEWI KPIPM SESI 2017/2018

MAKLUMAN PERJAWATAN AHLI JAWATANKUASA TADBIR DAN AHLI JAWATANKUASA HEWI KPIPM SESI 2017/2018

KARYA AHLI | MERDEKA HARI INI SUDAH BERBEZA

[ MERDEKA HARI INI SUDAH BERBEZA ] ................................................................................................................................................................... "Murid-murid semua, minggu depan 31 Ogos. Hari apa ya?" Bersemangat guru besar kami bertanya. "Hari Kemerdekaan, cikgu!" "Ok, baik. Jadi, minggu depan kita akan buat marching sekitar sekolah kita sambil menyanyikan lagu-lagu bersempena merdeka. Semua diminta bersedia ok?" Pengumuman yang dibuat menimbulkan tanda tanya kepada kami. Bagaimana nak marching ramai-ramai ini? "Ok, cikgu." Balas kami tanpa bertanya lanjut. Hari demi hari berlalu. Terasa seminggu ibarat sehari. Tarikh 31 Ogos 2006 akhirnya menjengah jua. Kami semua memakai baju T-shirt dan tracksuit pada pagi ini. Takkanlah nak berjalan satu sekolah pakai baju kurung kan? Persoalan kami akhirnya terjawab juga. Kami membuat barisan seperti bersedia untuk kawad kaki. Tidak sabar

MAKLUMAN | PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA KHAS PILIHANRAYA KPIPM SESI 2016/2017

[ MAKLUMAN PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA KHAS PILIHANRAYA KPIPM SESI 2016/2017 ] 🔰Dengan ini dimaklumkan bahawa barisan AJKT KPIPM sesi 2016/2017 telah bersetuju melantik : 💼 PENGARAH KPR : - Hanif bin Khairuddin - No KPIPM 2859 💼 TIMBALAN PENGARAH KPR : - Nabilah binti Mohd Mokhtar - No KPIPM 2104 🔰Sehubungan dengan itu, gerak kerja AJK KPR KPIPM sesi ini akan bermula dalam jangka masa yang terdekat ini. "Bersih, Cekap, Adil" BERILMU, BERAMAL, IKHLAS "MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"

YDP BKAN | KELANGSUNGAN PROGRAM BERSAMA BKAN

KENYATAAN BERSAMA YANG DIPERTUA BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI KELANGSUNGAN PROGRAM BERSAMA BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI   11 Ogos 2017 (Jumaat) - Perjumpaan Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Negeri telah diadakan bertempat di Asrama Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Hayyu Sabiek Kaherah. Perbincangan  yang telah dipengerusikan oleh Ustaz Muhammad Arif bin Hamzah selaku Yang Dipertua Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor Di Mesir (BKPJM)  adalah bertujuan menyelaraskan beberapa program mega secara bersama.    Perbincangan ini bagi menekankan berkenaan kelangsungan kebersamaan Badan Kebajikan Anak Negeri dalam membawa kebajikan kepada ahli disamping memperkukuhkan ukhuwah dalam kalangan mahasiswa/wi sebagaimana yang telah dibawa dalam Resolusi Kongres Badan Kebajikan Anak Negeri yang lepas.   Sebagaimana program-program yang telah dilaksanakan sebelum ini, peringkat Yang Dipertua telah bersetuju untuk melaksanakan beberapa program sama ada melibatkan semua negeri atau beberapa n

MAKLUMAN | PEMANGKUAN JAWATAN

PEMANGKUAN AHLI JAWATANKUASA HEWI KPIPM SESI 2016/2017 Pemangkuan jawatan adalah seperti berikut : 🔰Ustazah Nur Afifah Najihah binti Ahmad Khalil (Setiausaha HEWI KPIPM sesi 2016/2017) DIPANGKU OLEH : 🔰 Ustazah Nurul Izzaty binti Osman (Ketua HEWI KPIPM sesi 2016/2017) BERILMU, BERAMAL, IKHLAS "MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"

MINDA PIMPINAN | AKHLAK MULIA YANG SEMAKIN MENGHILANG

AKHLAK DALAM KALANGAN MANUSIA KIAN HILANG Bismillahirrahmanirrahim… Assalamualaikum Waramatullahi Wabarakatuh..      Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, Penguasa Hari Pembalasan. Selawat dan salam dipanjatkan ke atas Nabi Muhammad, penutup sekalian nabi dan rasul, ahli keluarga Baginda, para sahabat, dan para pejuang agama Allah sepanjang zaman.      Manusia adalah makhluk Allah yang teristimewa yang memiliki tabiat dan mentaliti yang mempengaruhi amalan dan tingkah lakunya, maka keperibadian inilah yg menjadi perbicaraan dan perbincangan yang utama dalam sesebuah akhlak.      Memang tidak dapat disangkalkan lagi bahawa akhlak merupakan nadi utama dalam pembangunan rohani manusia. Setiap tamadun umat manusia dari dahulu sehingga kini ianya terbina daripada asas akhlak ataupun dikenali sebagai tamadun kemanusiaan.      Di sini, bukanlah takrif akhlak yang cuba kita kupaskan, namun masalah akhlak yang semakin hilang dalam kalangan manusia itu sendiri baik dewasa, remaja ma

Madrasah Ramadan Marhalah Maghfirah

IHYA TARBAWI RAMADAN 2017 KAHERAH -  25 Mei 2017 hingga 23 Jun 2017, Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir telah mengadakan satu program bersempena bulan Ramadan dengan kerjasama Pejabat Atase Pendidikan Negeri Perak. Program tersebut telah diberi nama  Ihya' Tarbawi Ramadan 2017 dengan singkatan IHTIRAM'17 . Program ini di bawah seliaan Biro Dakwah & Tarbiah KPIPM sesi 2016/2017 bertemakan  "Madrasah Ramadan Marhalah Maghfirah” .    IHTIRAM'17 telah bermula dua hari sebelum Ramadan dan aktiviti IHTIRAM'17 bermula pada hari kedua Ramadan 28 Mei 2017.  Majlis Pelancaran dan Malam Perutusan IHTIRAM'17  telah diadakan pada hari Khamis 25 Mei 2017 bersamaan 28 Syaban 1438 H pada waktu malam setelah selesai bacaan yasin bagi program Ehya' al-Jum'ah. Majlis tersebut bermula dengan ucapan daripada Pengarah IHTIRAM'17, Ustaz Muhammad Nurul Ihsan bin Mohd Husin dan diteruskan dengan ucapan daripada YDP KPIPM Ustaz Khairul Naim bin Abd Razak sete

MAKLUMAN | PEMANGKUAN JAWATAN

MAKLUMAN | PEMANGKUAN AHLI JAWATANKUASA TADBIR & AHLI JAWATANKUASA HEWI KPIPM SESI 2016/2017 Pemangkuan jawatan adalah seperti berikut : [ AHLI JAWATANKUASA TADBIR ] 🔰Ustaz Mohamad Akmal Aliff bin Saleh (Bendahari Kehormat KPIPM sesi 2016/2017) ▶ Ustaz Muhammad Faiz bin Mohd Salim (Timbalan Setiausaha Agung KPIPM sesi 2016/2017) [ AHLI JAWATANKUASA HEWI ] 🔰Ustazah Arifah binti Ishak (Ketua Biro Ekonomi HEWI KPIPM sesi 2016/2017) ▶ Ustazah Siti Nur'Amirah Athirah binti Md Natar (Timbalan Setiausaha (Bendahari) HEWI KPIPM sesi 2016/2017) BERILMU, BERAMAL, IKHLAS "MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"

LAPORAN | SUMBANGAN TABUNG ANAK MELAKA

SUMBANGAN TABUNG ANAK MELAKA : SIMBOL KEBERSAMAAN BKAN SABTU, 15 April 2017 - Penyerahan hasil kutipan sumbangan Tabung Anak Melaka di dalam program Kongres Badan Kebajikan Anak Negeri pada baru-baru ini telah diserahkan kepada pihak Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM).      Sumbangan tersebut telah diserahkan oleh wakil Yang DiPertua Badan Kebajikan Anak Negeri, Ustaz Muhammad Syazwan Faiz bin Shahrom, Yang DiPertua Majlis Kebajikan Keluarga Kedah (MKKK) kepada Ustaz Muhammad Anuar bin Abdullah, Yang DiPertua Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM). Penyerahan telah diadakan pada 8 April 2017 yang lalu bertempat di Rumah Melaka Sementara, Hayyu Sabie dengan hasil kutipan sebanyak LE 14,700.      Sehubungan dengan itu, seluruh Badan Kebajikan Anak Negeri mendoakan agar segala urusan dipermudahkan. Moga-moga dengan sumbangan ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM). “Muafakat Asas Kejayaan”

MINDA PIMPINAN | KASIH SAYANG TANPA SEMPADAN

UKHUWAH : KASIH SAYANG TANPA SEMPADAN Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.      Segala puji bagi Allah S.W.T kita ucapkan atas limpah dan kurnianya dapat lagi kita bersama-bersama menghirup udara dan menikmati pemadangan serta panorama yang indah dan cantik atas kurniaan daripada Allah S.W.T, maka bersyukurlah kita semua wahai manusia yang beriman.      Syukur merupakan sifat yang mana pada hari ini manusia kian alpa, kian lupa akan nikmat-nikmat yang Allah S.W.T berikan kepada kita semua. Tanpa kita sedar hayat dan umur kita kian berlalu pergi tanpa kita sedari bahawasanya telah banyak nikmat yang kita kecapi setelah sekian lama kita berada di bumi Allah S.W.T ini. Allah S.W.T berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 172 yang bermaksud ; (( Wahai orang-orang yang beriman, makan lah diantara rezeki yang baik-baik yang kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah S.W.T, jika benar-benar kepadanya kamu menyembah)) Maka jelas bahawa setiap manu

YDP BKAN | RESOLUSI KONGRES BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI

KENYATAAN BERSAMA YDP BKAN : RESOLUSI KONGRES BKAN      Berikutan telah berlangsungnya Kongres Badan Kebajikan Anak Negeri, peringkat kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan program tersebut. Kehadiran yang melebihi seribu orang menunjukkan bahawa semangat persaudaraan dan kesatuan yang telah dibina sekian lama masih kukuh terpasak dalam kalangan mahasiswa Malaysia di Mesir.      Kongres Badan Kebajikan Anak Negeri ini diadakan bagi membincangkan dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik bagi menangani isu-isu yang berlaku di kalangan mahasiswa. Pelbagai pandangan dan cadangan telah dilontarkan agar perkara tersebut dapat dilaksanakan secara bersama.       Hasil dari pembentangan wakil-wakil Yang Dipertua BKAN dan perbahasan daripada wakil-wakil BKAN berkaitan isu yang telah dibentangkan. Peringkat Majlis Yang Dipertua BKAN telah bersepakat untuk mengeluarkan beberapa resolusi untuk digerakkan secara bersama.      Justeru, kami

MSP'17 - Refleksi Bersama Ahli

LAPORAN PROGRAM MUHASABAH SEPARUH PENGGAL (MSP ‘17) KAHERAH – Jabatan Setiausaha Agung Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2016/2017 telah menganjurkan program yang dinamakan Muhasabah Separuh Penggal (MSP ‘17). MSP’17 kali ini telah berlangsung dengan jayanya pada tarikh 16 Mac 2017 bertempat di Dewan Syeikh Idris al-Marbawi, Baitul Ridzuan. Program yang bertemakan “ Refleksi Memacu Resolusi ” ini melibatkan seluruh ahli KPIPM selari dengan objektif yang digariskan pada kali ini iaitu meribat ukhuwah antara pimpinan dan ahli, melahirkan ahli yang memahami dan menghayati konsep amal islam serta menilai dan memperbaiki perjalanan pentadbiran KPIPM bagi tempoh separuh penggal.      MSP’17 bermula jam 7.30 malam pada hari Khamis, 16 Mac 2017 bersamaan 17 Jamadil Akhir 1438H di Dewan Syeikh Idris Al-Marbawi. Program ini dipengerusikan oleh saudara Mohamad Bukhari Ridha bin Mohd Bakri selaku Setiausaha Agung Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2016/2017. Majlis di

KENYATAAN YDP BKAN | KONGRES BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI

KENYATAAN YDP BKAN : KONGRES BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI 22 Mac 2017 - Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) merupakan wadah kesatuan pelajar Malaysia di Mesir yang menyediakan platform dalam membincangkan perihal permasalahan-permasalahan yang berlaku dalam kalangan mahasiswa. Antaranya adalah berkenaan pendidikan, kebajikan, dan keselamatan. Pada Ahad 19 Mac 2017 yang lalu, telah diadakan pertemuan berkala barisan Yang di-Pertua BKAN yang bertempat di perpustakaan Asrama Rumah Wilayah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertua Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) Ustaz Abdul Wafi Bin Alias. Antara perbincangan yang diutarakan adalah berkenaan kesatuan mahasiswa di Mesir. Oleh itu, seluruh Yang di-Pertua BKAN sebulat suara bersepakat untuk menganjurkan sebuah perhimpunan mega mahasiswa Malaysia di Mesir dengan nama Kongres Badan Kebajikan Anak Negeri. Kongres ini dianjurkan bagi mendapatkan suara ahli berkaitan permasalahan yang berlaku di peringkat BKAN masi

LANJUTAN PERMOHONAN ITHAR SEHINGGA 31 MAC 2017

LANJUTAN PERMOHONAN SUMBANGAN WANG ITHAR Untuk makluman, pihak Lembaga Tabung Ithar KPIPM telah memutuskan untuk membuat lanjutan permohonan ithar selepas penyerahan wang ithar kali pertama tempoh hari. Permohonan ini dibuka semula bermula hari ini SEHINGGA 31 MAC 2017 (JUMAAT). Sehubungan itu, kepada para pemohon yang ingin memohon anda dikehendaki : 1. Mendapatkan borang melalui : - Bendahari Kehormat KPIPM (Bendahari LTI) - Timbalan Setiausaha (Bendahari) HEWI KPIPM (Timbalan Bendahari LTI) - Ahli Majlis Perwakilan (Mandub/Mandubah) cawangan masing-masing. ATAU - Memuat turun borang di pautan ini : https://drive.google.com/file/d/0B2uAUDDc2GcnYUxqLXROVVZNbGM/view?usp=drivesdk 2. Dinasihatkan kepada pemohon agar mengisi borang ini dengan LENGKAP tanpa meninggalkan mana-mana bahagian kosong untuk memudahkan proses permohonan. 3. Borang yang telah lengkap dikumpulkan kepada Ahli Majlis Perwakilan cawangan masing-masing untuk diserahkan kepada Ahli Lembaga. Berikut adalah m

PERMOHONAN ITHAR TELAH DIBUKA

PEMBUKAAN PERMOHONAN SUMBANGAN WANG ITHAR Berikutan pembawaan usul saudara Khairul Naim bin Abd Razak (YDP KPIPM) yang telah disepakati bersama dalam Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) kali ke- 50, yang berbunyi : "Memperkukuhkan peranan Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sebagai wadah kesatuan anak-anak Perak di bumi Mesir dengan : 1) Memperkasakan peranan Lembaga Tabung Ithar dan Unit Kebajikan.  2) Memantapkan Muzakarah Berkelompok dan Unit Biah Solehah bagi membangunkan modal insan. " Oleh itu, KPIPM komited untuk meneruskan agenda Lembaga Tabung Ithar ini bagi menjaga anak-anak Perak khususnya. Permohonan telah dibuka bermula hari ini sehingga 14 Mac 2017 (Selasa). Sehubungan itu, para pemohon dikehendaki : 1. Mendapatkan borang melalui : - Bendahari Kehormat KPIPM (Bendahari LTI)  - Timbalan Setiausaha (Bendahari) HEWI KPIPM (Timbalan Bendahari LTI)  - Ahli Majlis Perwakilan (Mandub/Mandubah) cawangan masing-masing. ATAU - Memuat turun borang di pautan ini : http

KENYATAAN YDP BKAN | HAMASAH MEGA

KENYATAAN YDP BKAN : PROGRAM HARI THAQAFAH MAHASISWA (HAMASAH)  MEGA BAKAL DILAKSANAKAN Isnin, 27 Feb 2017 - Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) merupakan wadah kesatuan anak Malaysia di Mesir yang sentiasa menjaga kebajikan ahlinya dalam pelbagai aspek. Antaranya melalui mekanisme akademik, thaqafah, tarbiah , kemasyarakatan dan lain-lain. Tarikh 27 Februari 2017, satu perjumpaan bersama telah diadakan oleh Majlis Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) bertempat Dewan Tuanku Syed Faizuddin Putra,  Asrama Rumah Negeri Perlis. Antara perbincangan yang diutarakan adalah berkaitan inisiatif peningkatan thaqafah mahasiswa dan mahasiswi di Mesir. Dalam perbincangan tersebut, seluruh YDP bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas secara berpusat dalam menggerakkan program HAMASAH MEGA dengan lebih tersusun. Antara objektif program ini adalah melahirkan mahasiswa/wi beramal yang memahami dengan jelas 4 perkara iaitu : 1. Penyusunan Aulawiyat dalam kehidupan seharian. 2

LAPORAN | MESRA'17

LAPORAN PROGRAM HARI KELUARGA ANAK-ANAK PERAK DI MESIR (MESRA ‘17) KAHERAH – Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2016/2017 dengan kerjasama Pejabat Atase Pendidikan Negeri Perak telah menganjurkan program yang dinamakan Hari Keluarga Anak-anak Perak di Mesir (MESRA’17). MESRA’17 kali ini berkonsepkan “Pahlawan Moden” yang telah berlangsung dengan jayanya selama lima hari bermula 5 Februari sehingga 9 Februari 2017 bertempat di Wisma Darul Ridzuan. Program yang bertemakan “Pugari Ukhuwah, Sinari Mahabbah” ini melibatkan seluruh ahli KPIPM selari dengan objektif yang digariskan pada kali ini iaitu memperkukuhkan peranan KPIPM sebagai wadah kesatuan anak-anak Perak di bumi Mesir, menerapkan kefahaman Islam yang syumul berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah, meluaskan capaian pengetahuan ahli dalam ilmu kontemporari, seterusnya, memaksimumkan medium ekonomi dan kebajikan kepada ahli, mengasah bakat ahli dalam bidang yang pelbagai serta menjayakan Kempen Ma’an Najah & Kebersih

LAPORAN | WINTER BREAK DAURAH 2017 (WADAH17)

KAHERAH- Biro Pelajaran dan Ilmiah KPIPM sesi 2016/2017 dengan kerjasama Pejabat Atase Pendidikan Negeri Perak telah menganjurkan program ilmiah selama enam hari bermula dari 25 Januari  sehingga 30 Januari 2017 di Dewan Syeikh Idris al-Marbawi, Baitul Ridzuan. Program yang  diberi nama Winter Break Daurah (WADAH ‘17) diadakan bagi menambah thaqafah dan ilmu pengetahuan agama dalam kalangan ahli KPIPM.            Program yang bertemakan “Mahasiswa Berthaqafah Peneraju Transformasi Ummah”  ini melibatkan seluruh ahli KPIPM selari dengan objektif yang digariskan pada program kali ini iaitu memperkasakan medium sebaran ilmu turathi dan kontemporari kepada ahli serta memaksimumkan suasana ilmu di dalam Wisma Darul Ridzuan di samping melahirkan ahli yang berkemahiran  dalam pelbagai bidang.            Program ini bermula selepas solat subuh pada hari Rabu, 25 Januari 2017 seawal jam 6.30 pagi dengan Daurah Kitab Matan Rahabiah. Kitab ini dikupas oleh Ustaz Aiman Bin Yahaya, Mahasiswa Us

MAKLUMAN | PEMANGKUAN JAWATAN

Makluman Pemangkuan Jawatan Ahli Jawatankuasa Badan Penasihat KPIPM sesi 2016/2017 BERILMU, BERAMAL, IKHLAS "MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"

MINDA PIMPINAN | PERANAN MAHASISWA ISLAM

PERANAN MAHASISWA ISLAM “Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang”      Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, yang menciptakan segala kehidupan. Tuhan yang membelai jiwa kami dengan rahmat dan kemuliaan Islam. Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarga baginda S.A.W, pembawa risalah Islam daripada-Nya. Semoga kita bersama Baginda di Jannah kelak in shaa Allah.      Realiti hidup masa kini cukup mencabar para azhari dalam pembentukan sahsiah diri. Pelbagai tohmahan dan tuduhan diterima dari segi aspek jati diri, kegiatan harian dan persatuan bahkan aspek kemantapan rohani azhari itu sendiri dipersoalkan. Gelaran azhari cukup memberikan kesan mendalam bagi sesiapa sahaja yang menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir apabila pulang ke Malaysia kelak.      Tanggungjawab kita sebagai mahasiswa Islam bagi memperkasakan ilmu bukan sahaja kedapatan di waktu-waktu kuliah bahkan juga diluar waktu kuliah. Sering kita alpa dan leka hanya

MAKLUMAN | PERMOHONAN DERMASISWA MAIPk TELAH DIBUKA

PERMOHONAN DERMASISWA MAIPk 2017 TELAH DIBUKA PERMOHONAN DERMASISWA ZAKAT (FISABILILLAH) MAJLIS AGAMA ISLAM & 'ADAT ISTIADAT MELAYU PERAK BAGI MAHASISWA/WI PERAK PENGAJIAN ISLAM, SAINS KESIHATAN DAN LAIN-LAIN TELAH DIBUKA PADA : 16 JANUARI 2017 HINGGA 28 FEBRUARI 2017, PERMOHONAN KALI KEDUA DAN KE ATAS Makluman kepada seluruh mahasiswa/wi Perak, permohonan Dermasiswa Zakat (Fisabilillah) MAIPk telah dibuka. Bagi pelajar tajaan MAIPk dan Bantuan Umum Pelajar MAIPk (BUP) 2016/2017, anda semua dikecualikan kerana proses tersebut telahpun dijalankan sebelum ini. Sehubungan itu, para pemohon dikehendaki : 1. Mengemaskini borang online terlebih dahulu di laman web: http://isyura.maiamp.gov.my/fisabilillah 2. Dinasihatkan kepada pemohon agar mengisi borang online ini di Bahagian A dengan LENGKAP tanpa meninggalkan mana-mana bahagian kosong untuk memudahkan proses permohonan. 3. Sila lampirkan dokumen-dokumen berikut dalam bentuk Jpeg, Png atau Gif sahaja di Bahagian