Skip to main content

Posts

Showing posts from 2013

Itu Bukan Jalan Dakwah

سم الله الرحمن الرحيم الحمد لله والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين , أما بعد Perjalanan sebagai seorang naqib atau naqibah merupakan suatu jalan yang cukup mencabar serta betul-betul menguji ketahanan diri. Seringkali kita sebagai nuqaba' atau naqibat mengharapkan kalau boleh setiap hari, jam bahkan detik, hidup ini sentiasa dalam keadaan yang menyoronokkan dan menggembirakan hati. Apa yang saya maksudkan disini ialah hidup sebagai seorang yang senang, tiada yang marah, semua orang suka, selalu dipuji, selalu dirai, selalu disapa, selalu dihargai dan sebagainya. Tapi, percayalah wahai nuqaba' dan naqibat sekalian, sebenarnya jalan yang kita pilih bukanlah jalan yang mempunyai sifat-sifat yang sedemikian. Jalan yang kita pilih adalah jalan dakwah dan tarbiyah iaitu jalan yang pasti tidak ramai yang akan melaluinya. Firman Allah SWT dalam Al-Taubah ayat 42 : "Sekiranya apa yang kamu seru kepada mereka mempunyai keuntungan

Neo-Orientalisme: Wacana Baru Barat Dalam Menguasai Politik Antarabangsa

Pendahuluan Neo-orientalisme merujuk kepada usaha barat untuk menguasai dunia khasnya dunia Islam pada era 11 September. Dunia Islam diletakkan sebagai sasaran penting yang perlu dicapai kerana cabaran yang terbesar kepada US datang dari orang Islam. Sebelum ini, istilah orientalisme digunakan yang merujuk kepada usaha penjajahan yang membawa misi politik, ekonomi dan agama. Ketika itu, sempadan geografi sangat signifikan kerana siapa yang menguasai sesuatu geografi maka ia menguasai keseluruhan kawasan itu. Kalau dulu, penguasaan sesuatu geografi sangat penting kerana siapa yang menguasai kawasan yang banyak menandakan bahawa mereka menjadi kuasa besar. Namun, di zaman globalisasi ini, semua perkara dapat dilakukan dengan pantas merentasi sempadan geografi walaupun tidak berada di lokasi itu. Justeru, sesiapa yang menguasai media dan mengawal maklumat, ia boleh menjadi kuasa besar. Ringkasnya, orientalisme merujuk kepada usaha barat untuk menguasai dunia timur secara tradision

Islam Tidak Akan Tertegak Dengan Kata-kata

Matlamat dalam menegakkan Islam adalah matlamat yang perlu disedari dan dicapai oleh sekalian umat Islam. Bermula pada era kejatuhan khilafah lagi pada tahun 1924, umat Islam masih lemah dan mundur untuk bangkit semula menguasai pemerintahan dunia. Ianya memerlukan kesedaran serta perjuangan yang lama untuk menjadikan Islam kembali berada di atas dan tidak akan ditindas lagi oleh musuh Islam. Dalam merealisasikan matlamat perjuangan tersebut, tidak dapat tidak ianya melakukan satu gerak kerja yang mampu untuk mencapainya sekalipun susah. Amal yang dilakukan oleh umat Islam pula perlu selari dengan kefahaman dan garis panduan Islam yang betul, supaya ianya tidak lari daripada matlamat yang asal. Di dalam Al-Quran, Allah S.W.T banyak menyebut berkaitan dengan kewajiban dan keperluan amal itu sendiri. Firman Allah S.W.T yang bermaksud: (وَقُلِ اعْمَلُوا فَسَيَرَى اللَّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ وَالْمُؤْمِنُونَ ۖ وَسَتُرَدُّونَ إِلَىٰ عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَ

Jejak Auliya' 13: "Meneroka Keizzahan Auliya"

Kaherah, 8 Disember 2013 - Bersempena dengan peperiksaan yang bakal menjelma, Biro Perhubungan, Sambutan & Rehlah KPIPM telah menganjurkan Jejak Auliya '13 untuk sesi 2012/2013. Program menjelajah maqam sekitar Kaherah ini telah dijalankan selama dua hari iaitu pada 8 Disember untuk ikhwah dan 14 Disember untuk akhawat. Antara objektif yang digariskan adalah menanamkn sifat cintakan ilmu dan ulamak serta sentiasa berlumba-lumba menambah thaqafah. Ini selari dengan tema yang digunakan iaitu "Meneroka Keizzahan Auliya'." Seawal jam 8 pagi rombongan bertolak ke maqam-maqam yang telah ditentukan. Antara maqam yang dilawati adalah maqam Sadah Alghumari, Ibn Hisyam, Imam Sya'rani, Imam Ramli dan lain-lain lagi. Rombongan berhenti makan tengahari dan solat asar di masjid Dandrawi yang berdekatan dengan maqam Imam Syafie. Seusai solat asar, rombongan menuju ke destinasi terakhir iaitu di kawasan Muqattam. Antara maqam yang terdapat disini adalah maqam

Beruzlah Bukan Mengasingkan Diri Daripada Orang Lain

Musim imtihan sedang rancak berjalan. Semestinya rata-rata dikalangan kita yang sedang sibuk mengulangkaji pelajaran. Mahasiswa mempunyai pelbagai situasi pembelajaran. Ada di antara kita yang suka belajar secara berkumpulan (study group) kerana ingin mengambil manfaat daripada kawan-kawan lain. Ada juga di antara kita yang tidak suka akan suasana bising lalu pergi ke tempat-tempat yang aman dan sunyi untuk belajar. Ada juga di antara kita yang terlalu fokus dalam belajar sehingga melupakan orang lain. Antara ketiga-tiga situasi ini mempunyai kebaikan dan keburukannya. Hakikatnya, situasi pembelajaran yang perlu diaplikasikan dalam hidup mahasiswa adalah secara baik dan tidak memberi kesan negatif pada dirinya dan orang lain. Bagi situasi belajar menjauhkan diri daripada orang adalah suatu perkara yang memberikan kesan negatif kepada mereka yang suka mengaplikasikannya. Apabila ditanya, mengapa kamu melakukan sedemikian? Lalu kita menjawab: “Ini adalah uzlah....” Kita silap