Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2014

UKHUWAH TUNJANG KESATUAN

                  Hakikat ukhuwah islamiah adalah ikatan pada hati dan jiwa berlandaskan aqidah yang satu. Hubungan yang dijalin atas dasar ini merupakan ikatan yang paling kuat dan sangat berharga. Ianya meliputi rasa saling mengasihi, menyayangi dan saling memerlukan antara satu sama lain sesama muslim tanpa mengira pangkat, keturunan dan warna kulit.                 Islam telah meletakkan antara salah satu kesempurnaan akhlak seorang muslim ialah mencintai kebaikan yang dilakukan oleh saudaranya sebagaimana dia mencintai melakukan perkara-perkara kebaikan untuk dirinya sendiri. Demikianlah juga membenci keburukan yang dilakukan oleh saudaranya sepertimana dia membenci untuk melakukan keburukan. Dalam menjalinkan hubungan silaturahim  sikap berlapang dada dan kesejahteraan hati sesama muslim merupakan serendah-rendah ukhuwah manakala yang paling tinggi pula ialah ithar ataupun sikap mengutamakan orang lain lebih daripada diri sendiri dalam segala hal. Demikianlah konsep

SOLAT SUNAT HIFZI DAN KAEDAHNYA

SOLAT SUNAT HIFZI Disunatkan bagi mereka yang ingin menguatkan hafalan mereka, terutama yang menghafal al-Quran (golongan huffaz), agar mengerjakan Solat sunat Taqwiyatul Hifzi.    Kaedahnya : 1. Mengerjakan solat ini empat rakaat, dengan dua kali tahiyat akhir. 2. Mengerjakan pada malam Jumaat, sebaik-baiknya pada sepertiga malam. 3. Mengerjakannya 3, 5 atau 7 malam Jumaat secara berturut-turut. 4. Membaca pada rakaat pertama  : SURAH YAASIN. 5. Membaca pada rakaat kedua      : SURAH AD-DUKHAN. 6. Membaca pada rakaat ketiga      : SURAH AS-SAJADAH. 7. Membaca pada rakaat keempat : SURAH AL-MULK. 8. Setelah selesai solat, bacalah doa tersebut.          Doa Kuat Hafalan اللَّـهُـمَّ   إنـِّـي  أَسْــأَلـُكَ  بِـأَنِـّي  أَشْــهَـدُ  أَنـَّكَ  أَنـْتَ  الله ُ  الأَحَــدُ  الـصَّـمَـدُ،  الّـذِيْ  لَـمْ  يَـلِـدْ،  وَلَـمْ يُـوْلَـدْ،  وَلَـمْ  يَـكُـنْ  لَـهُ  كُـفُـوًا  أَحَــدٌ. الَّلـهُـمَّ  صَـلِّ  وَسَـلِّـمْ  عَـلَى  سَــيِّـدِنَـا

TAFAQQUH AN-NISA' : GILAP BAKAT MAHASISWI.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W:  “Siapa yang dikehendaki Allah padanya kebaikan,maka Allah memberi kefahaman dalam agama”. Kaherah - 10 Mac :  Biro Pelajaran dan Ilmiah Keluarga Pelajar-Pelajar Islam Perak Mesir Sesi 2014 untuk kesekian kalinya mengadakan kelas pengajian Tafaqquh An-Nisa'  sebagai ahli-ahli Perak khususnya akhawat untuk menambah ilmu dan thaqafah dalam diri. Kelas pengajian Tafaqquh An-Nisa' pada sesi kali ini menampilkan tenaga pengajar dari kalangan mahasiswi Perak sendiri. Antara objektif yang ingin dibawa oleh Biro Pelajaran dan Ilmiah pada sesi kali ini adalah melahirkan mahasiswi yang berkemahiran dalam segenap sudut terutamanya dari sudut pengucapan awam dan membaca kitab bahasa arab melalui pembentangan kutaib bertepatan dengan tema HEWI PMRAM " Keunggulan Syakhsiah Tunjang Wahdah ". Kelas pengajian Tafaqquh An-Nisa' ini dimulakan dengan pembentangan kutaib " LASNA FI ZAMAN ABRAHAH " oleh Ustazah Norul Aimi bint

PROGRAM EHYA JUMU'AH : Majlis Pelancaran Kempen Biro KPIPM

Kaherah – 3 April 2014 : Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir telah mengadakan Program Ehya’ Jumaah sekaligus mengadakan Majlis Pelancaran Kempen Biro di bawah KPIPM. Program ini telah dijayakan pada sesi-sesi sebelumnya dan diteruskan lagi pada sesi kali ini dibawah kelolaan Biro Dakwah dan Tarbiah. Perlaksanaan ini sedikit sebanyak dapat memberi impak yang positif kepada ahli KPIPM kerana memperkenalkan kempen bagi setiap biro dan dalam masa yang sama dapat membina syakhsiah mahasiswa dari acuan azhari khususnya.                 Program ini dimulai dengan solat maghrib berjemaah,membaca surah yasin dan diteruskan dengan pengisian tazkirah yang disampaikan oleh Ustazah  Nur Aini Kamilah bt Abd Razak . Perkongsian yang dibawa berkaitan dengan kisah salafussoleh.Beliau menekankan mengenai aspek syakhsiah diri dari segi amalan kebaikan, amanah, menjauhi perkara-perkara ghibah, mengelakkan diri dari sifat marah dan saling menghormati.Akhlak yang mulia merupakan uslub yan