Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2010

Iftor Mahabbah AJKT dan AJK HEWI ke-5

26 Ogos 2010 – Hari ini kebanyakan AJKT dan AJK HEWI hanya berjalan kaki untuk menjayakan Iftor Mahabbah pada kali ini. Sebelum ini kebanyakannya pergi menaiki teksi kerana destinasi yang agak jauh. Hari ini pula destinasinya di Hayyu Sabie’ berhampiran dengan rumah Negeri Sembilan iaitu rumah Ustaz Hafizul Akhbar B. Abd Rahman serta pasangan. Pada mulanya,merancang untuk tiba awal namun terdapat beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan menyebabkan agak sedikit terlewat. Kami memohon maaf di atas lewat tiba. Sejurus selesai solat Maghrib berjemaah,tuan rumah telah menghidangkan juadah berbuka puasa. Setelah selesai menjamu selera,majlis diteruskan dengan sesi taaruf bersama tuan rumah. Majlis tersebut diselangi dengan senda-gurau yang menceriakan lagi sesi taaruf tersebut. Semoga tautan ukhuwah yang dibina ini berkekalan sehingga akhir hayat kita bersama. Kami mengucapkan jutaan terima kasih di atas senyuman yang ceria bagi menyambut kunjungan kami dan menjamu kami. Semoga Alla

Iftor Mahabbah AJKT ke-2

25 Ogos 2010 – Pada kali ini,Iftor Mahabbah diteruskan dengan kunjungan AJKT ke rumah ‘Bait Bujang’ yang diketuai oleh Ustaz Hanif B. Musa. Bait Bujang yang pada asalnya terletak di Hayyu Sabie’ namun sekarang telah berpindah ke Hayyu ‘Asyir (Walidain). Iftor Mahabbah hari ini agak meriah kerana bukan sahaja menerima kunjungan daripada AJKT tetapi turut menerima kunjungan daripada beberapa ahli lain yang turut dijemput di dalam Iftor Mahabbah kali ini. Kunjungan diterima pada jam 6.00 petang. Sementara menunggu azan Maghrib berkumandang,sesi taaruf sesama ahli kunjungan bersama tuan rumah dijalankan. Secara tidak langsung dapat memastikan ahli dan pimpinan saling kenal-mengenali dan juga memudahkan segala permasalahan dikongsi bersama. Semoga kemesraan ini menjadi kekuatan kepada kita bersama dalam menempuh segala ujian di dunia ini dan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Ucapan jutaan terima kasih kepada Ustaz Hanif selaku tuan rumah,di atas segala usaha dalam menyiapkan persedia

Iftor Mahabbah AJKT dan AJK HEWI ke-4

23 Ogos 2010 – Keadaan rumah Ustaz Ismail B. Nardin gamat apabila menerima kunjungan AJKT dan AJK HEWI dalam Iftor Mahabbah kali ini. Beliau serta isteri, Ustazah Nor Syuhada Bt. Hashim,menerima kunjungan AJKT dan AJK HEWI pada 6.10 petang. Rumah beliau terletak di Babu Talatah (berhampiran Masjid Salam) juga berhampiran dengan Kompleks Melayu di Tubu Ramli. Ramah mesra antara AJKT dan AJK HEWI bersama tuan rumah menjadi matlamat Iftor Mahabbah ini. Selingan senda-gurau juga menjadi penyeri dipetang hari. Harapan bersama agar keriangan ini tidaklah terhenti di sini,namun ianya berkekalan sehingga ke akhir hayat. Ucapan terima kasih menjadi tanda penghargaan di atas kesudian menerima kami dalam menjayakan Iftor Mahabbah pada hari ini. Semoga Allah menerima segala amalan kita di bulan Ramadhan ini.

Menyedekahkan Bacaan Al-Quran

Program Ehya' Ramadhan pada tahun ini sekali membuka kepada sesiapa yang berminat untuk menyedekahkan bacaan Al-Quran kepada arwah-arwah. Setiap nama (arwah) dikenakan sebanyak LE 10 sahaja. Bayaran hanyalah kepada 5 nama pertama sahaja. Nama (arwah) selebihnya tidak akan dikenakan bayaran,sebaliknya mengikut sumbangan ikhlas pendaftar. Borang pendaftaran boleh didapati di pejabat KPIPM atau pejabat HEWI KPIPM atau boleh dimuat turun. Borang tersebut hendaklah diserahkan kepada Ustaz Khairul Ashraf B. Mohd Khir atau Ustazah Nuraimi Jalwati Bt. Mohd Rani sebelum 5 September 2010. Semoga segala usaha kita di dalam bulan Ramadhan mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda,insyallah.

Iftor Mahabbah AJKT dan AJK HEWI ke-3

22 Ogos 2010 – Walaupun dalam kesibukan untuk persediaan menerima mahasiswa baru yang akan tiba tidak lama lagi,namun AJKT dan AJK HEWI masih sempat mencari peluang bagi meluangkan masa bersama ahli pada hari ini. Iftor Mahabbah kali singgah di rumah Ustazah Noor Rihan Binti Mohd Isa. AJKT dan AJK HEWI pada mulanya merancang untuk hadir awal,namun terdapat beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan dan semuanya selamat sampai di rumah beliau yang berada di Hayyu Thamin pada jam 6.30 petang. Ketika sedang berbuka puasa,AJKT dan AJK HEWI berpeluang untuk beramah mesra dengan Ustaz Syamsul Adli B. Rozali serta isteri. Sesi taaruf dan beberapa maklumat dapat dikongsikan bersama dalam Iftor Mahabbah ini. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada Ustaz Syamsul Adli dan Ustazah Noor Rihan atas kesudian menerima kunjungan AJKT dan AJK HEWI pada hari ini. Semoga pertemuan kita menjadi sejarah yang dikenang dan tidak dapat dilupakan.

Kuih Raya Amal

Bersempena hari raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba,Biro Kebajikan,Kesenian dan Riadhah pada tahun ini, membuka sebarang tempahan kuih raya kepada sesiapa yang berminat. Pelbagai jenis kuih-muih yang disediakan oleh Biro Kebajikan,Kesenian dan Riadhah antaranya Cornflakes Honey,Hazelnut Cookies,Almond Cairo dan banyak lagi yang akan menghiasi suasana hari raya anda pada tahun ini. Seberang tempahan boleh dibuat dengan terus menghubungi Ustazah Syuhada Bt. Hashifuddin di talian +2011-9842074. Tempahan kini telah dibuka sehingga 1/9/2010 sahaja. Pastikan anda tidak melengahkan masa untuk membuat tempahan.

Iftor Mahabbah AJKT dan AJK HEWI ke-2

21 Ogos 2010 – AJKT dan AJK HEWI hari ini meneruskan jalinan ukhuwah bersama ahli KPIPM dengan Iftor Mahabbah di sebuah lagi rumah mutazawwijin iaitu Ustaz Zahid B. Abu Bakar serta pasangan,beliau merupakan Setiausaha Penasihat KPIPM 2010/2011 dan juga Timbalan Setiausaha PMRAM 2010. Majlis berbuka puasa kali ini juga menerima kehadiran Ahli Jawatankuasa Penasihat KPIPM 2010/2011 iaitu Ustaz Muhammad Mujahid B. Mohammad Fadzil serta pasangan. Kami mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian beliau serta pasangan dalam menerima kehadiran kami walaupun dalam keadaan sibuk menyelesaikan urusan-urusan berkaitan dengan PMRAM dan urusan keluarga. Hanya Allah S.W.T yang dapat membalas jasa baik beliau.

Iftor Mahabbah AJKT

20 Ogos 2010 – Iftor Mahabbah diteruskan lagi dengan kunjungan AJKT ke rumah ahli. Dan kali ini majlis berbuka puasa di rumah “Bait Villa Vista Karisma” yang bertempat di Hayyu Sabie’ (mahattah). Bait Villa Vista Karisma yang diketuai oleh Mohamad B. Dollah serta ahli bait telah menerima ketibaan AJKT kira-kira jam 6.00 petang. Sementara menunggu waktu berbuka puasa,barisan AJKT mengambil peluang untuk beramah mesra bersama ahli bait dengan bertanya khabar dan masalah yang berlaku. Beberapa masalah dilontarkan kepada AJKT untuk dikongsi bersama dan beberapa jalan penyelesaian dapat dibuat. Semoga kebersamaan pimpinan dengan ahli dalam menyelesaikan masalah,menjadikan kita lebih akrab dan lebih memahami antara satu sama lain. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada Bait Villa Vista Karisma di atas kesudian menerima kunjungan kami. Semoga ia menjadikan kita sentiasa bersama di dalam apa jua masalah dan keadaan.

Perpindahan penghuni Wisma B ke Wisma A

19 Ogos 2010 – Sedar atau tidak sedar,kita telah hampir memasuki bulan September yang mana dijangkakan mahasiswa-mahasiswi baru dari Malaysia akan tiba pada akhir bulan ini. Oleh yang demikian, Ketua Biro Perumahan sesi 2010/2011, Mohd Hidayat B. Azizan telah menjalankan proses perpindahan penghuni Wisma B bagi memberi ruang dan tempat yang selesa kepada mashasiswa-mahasiswi baru. Proses ini telah dirangcang awal bagi memastikan segala berjalan lancar. Pada 16 Ogos 2010, penghuni ikhwah dari Wisma B telah berpindah ke Wisma A dengan kerjasama Biro Perumahan dan penghuni. Perpindahan ini dilakukan pada sebelah malamnya iaitu selepas tamat kelas Syeikh Nuruddin kira-kira jam 11.30 malam. Hampir semua penghuni dan pimpinan turut serta di dalam perpindahan ini. Ini merupakan salah satu tanda sikap prihatin dan tanggungjawap yang wujud dikalangan ahli. Sekaligus membuktikan hubungan ukhuwah sesama kita masih tinggi dan kukuh. Pada 18 Ogos 2010 pula penghuni akhawat dari Wisma B tela

Iftor Mahabbah AJKT dan AJK HEWI

19 Ogos 2010 - Sempena Ramadhan Karim,kita digalakkan untuk menambahkan amalan-amalan bagi merebut ganjaran yang telah dijanjikan oleh Allah S.W.T. Diantaranya, merapatkan ukhuwah silaturrahim sesama muslim bagi memastikan hubungan kita sentiasa kukuh. Oleh yang demikian, AJKT dan AJK HEWI sesi 2010/2011 telah memulakan langkah menuju ke arah mengukuhkan ukhuwah antara pimpinan dan ahli KPIPM. Hari ini AJKT dan AJK HEWI telah berbuka puasa bersama gabungan ahli mutazawwijin iaitu Ustaz Firdaus B. Abd Razak serta pasangan,Ustaz Khalil B. Yahaya serta pasangan, dan Ustaz Muhammad Mujahid B. Mohammad Fadzil serta pasangan. Majlis berbuka puasa tersebut bertempat di rumah ustaz Firdaus B. Abd Razak serta pasangan di Hayyu ‘Asyir. Kami AJKT dan AJK HEWI mengucapkan jutaan terima kasih kepada ketiga-tiga pasangan dalam melayani dan kesanggupan menerima kami sebagai tetamu. Semoga ukhuwah sesama kita sentiasa utuh dan kukuh.

Carta Organisasi AJK HEWI sesi 2010/2011

Sila klik gambar untuk lebih jelas

Carta Organisasi AJKT sesi 2010/2011

Sila klik gambar untuk lebih jelas

Mesyuarat Agung Tahunan Kali - 44

“ Kemantapan Fikrah Membina Syakhsiah ”, itulah tema yang digunakan bagi Mesyuarat Agung Tahunan kali Ke - 44 yang telah berlangsung pada 9hb Ogos 2010 yang lalu. Mesyuarat Agung Tahunan atau (MAT)telah dihadiri seramai 105 orang ikhwah dan 79 orang akhawat. Majlis tersebut telah dimulakan oleh Ustaz Khairul Ashraf Bin Mohd Khir selaku Yang DiPertua bagi sesi 2009/2010 sebelum menyerahkan majlis tersebut kepada pengerusi sidang bagi meneruskan aturcara majlis. Dapat dilihat dalam mesyuarat tersebut begitu ramai ahli KPIPM yang memberikan respon yang terbaik dengan menanyakan persoalan-persoalan dan memberikan cadangan-cadangan yang bernas kepada pihak pimpinan dalam meneruskan pelayaran bahtera KPIPM. Namun, ramai yang mengatakan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan kali ini mencatat sejarah, yang mana Pembentangan Laporan Aktiviti Tahunan AJKT 2009/2010 dapat diselesaikan pada waktu Zohor iaitu sebelum ahli mesyuarat berhenti rehat. Yang mana sebelum-sebelum ini pernah memakan masa m

Makluman Pilihanraya KPIPM

Berikut merupakan makluman lengkap pilihanraya KPIPM sesi 2009 / 2010 yang akan dilaksanakan bagi melantik pimpinan KPIPM sesi akan datang. Tarikh : 9 Ogos 2010 Masa : 0730 hingga 1430 Tempat : Syaqah 8 ( Ikhwah ) Syaqah 6 ( Akhawat ) Semua ahli KPIPM dijemput hadir bagi membuang undi. Syarat - syarat mengundi ( link )

Senarai Keahlian Yang Diluluskan Sesi 2009 / 2010

Berikut merupakan senarai nama keahlian yang telah diluluskan pada sesi ini. 145 keahlian yang diluluskan dan 19 daripadanya erupakan ahli bersekutu.

Makluman Bantahan Calon

AJK Khas Pilihanraya KPIPM 2009/2010 membuka tempoh bantahan untuk calon Ahli Jawatankuasa Tadbir dan AJK HEWI KPIPM sesi 2010/2011. Maklumat lanjut adalah seperti berikut : Tarikh : 3 Ogos 2010 Masa : 8.00 Hingga 10.00 Pagi. Tempat : - Maktabah Syeikh Ismail Al Adawi ( Ikhwah ) - Syaqah 6 ( Akhawat ) Syarat - syarat ( Link )

Calon Ajkt Dan Ajk HEWI Diumumkan

Kaherah, 3 Ogos - Ahli Jawatan Kuasa Khas Pilihanraya semalam telah mengumumkan keputusan calon - calon Ajkt dan Ajk Hewi yang akan mentadbir KPIPM pada sesi 2010 / 2011. Berikut merupakan senarai calon Ajkt dan Ajk Hewi :- 1. Calon Yang Dipertua ( Menang tanpa bertanding ) Khairul Ashraf Bin Mohd Khir 2. Calon Ahli Jawatankuasa Tadbir sesi 2010 / 2011 ( Bertanding ) -Mohd Amilrol Anua Bin Osman -Fareez Izhar Bin Zainuddin -Mohammad Omar Bin Adam -Khairul Azmi Bin Othman -Ibnu Abbas Bin Azizuddin -Mohamad Bin Dolah -Mohd Hidayat Bin Azizan -Mohamad Amirul Fahmi Bin Zulkefli -Muhammad Hanif Bin Abdullah 3. Calon Ketua Hewi ( Menang tanpa bertanding ) Norol Aimi Binti Muhamad Razi