Saturday, March 16, 2019

MAKLUMAN PEMANGKUAN JAWATAN ANGGOTA BADAN PENASIHAT KPIPM SESI 2018/2019

MAKLUMAN | PEMANGKUAN JAWATAN ANGGOTA BADAN PENASIHAT KPIPM SESI 2018/2019
Jabatan Setiausaha Agung KPIPM sesi 2018/2019

Pemangkuan jawatan adalah seperti berikut :

🔰Ustaz Khairul Naim bin Abd Razak
(Pengerusi Badan Penasihat KPIPM sesi 2018/2019)

Dipangku oleh :
🔰Ustaz Mohamad Bukhari Ridha bin Mohd Bakri
(Setiausaha Badan Penasihat KPIPM sesi 2018/2019)

#KPIPMkeluargakita
#BersamaBersatuJayakanUsulKPIPM

BERILMU, BERAMAL, IKHLAS
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"

Monday, March 4, 2019

LAPORAN PROGRAM HARI KELUARGA ANAK-ANAK PERAK DI MESIR 2019 ( MESRA ’19)

LAPORAN | PROGRAM HARI KELUARGA ANAK-ANAK PERAK DI MESIR 2019 ( MESRA ’19)
Jabatan Yang Dipertua KPIPM sesi 2018/2019

KAHERAH – Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2018/2019 telah berjaya menganjurkan program Hari Keluarga Anak-anak Perak di Mesir 2019 (MESRA ’19).  MESRA ’19 pada sesi kali ini berkonsepkan “Unsur Alam” yang telah berlangsung dengan jayanya selama enam hari bermula 29 Januari sehingga 5 Februari bertempat di Wisma Darul Ridzuan.  Program yang bertemakan “Nyeghongen-Nyeghongen, Kite Bersame” ini, melibatkan seluruh ahli KPIPM selari dengan objektif yang digariskan pada kali ini iaitu mencungkil bakat ahli dalam pelbagai bidang, memaksimumkan medium kebajikan dalam kalangan ahli, membentuk ahli yang berpengetahuan dalam ilmu kontemporari, memupuk kefahaman Islam yang syumul berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta memperkukuhkan peranan KPIPM sebagai wadah kesatuan anak Perak di Mesir. 

Kemeriahan MESRA ’19 kian terasa dengan berlangsungnya perjumpaan rumah sukan ikhwah pada 28 Januari 2019 dan akhawat pula pada hari berikutnya pada 29 Januari 2019 bertempat di Headquarters masing-masing. Program bermula dengan  Malam Perasmian dan Gimik Pelancaran Hari Keluarga Anak-anak Perak di Mesir 2019 (MESRA ’19) pada hari Selasa, 29 Januari 2019.  Hadirin disajikan dengan ucapan alu-aluan daripada Pengarah MESRA ’19, Ustaz Muhamad Ridhuwan bin Mohamad Noor serta Yang Dipertua KPIPM sesi 2018/2019, Ustaz Muhammad Abrorr bin Mohd Ishak. Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Ustaz Khairul Naim bin Abd Razak selaku Pengerusi Badan Penasihat KPIPM sesi 2018/2019 dan seterusnya merasmikan (MESRA ’19). Seusai majlis perasmian,  majlis diteruskan lagi dengan tayangan video pengenalan MESRA ’19 dan diakhiri dengan jamuan ringan. 

Pada hari kedua,  MESRA ’19 dihangatkan lagi dengan aktiviti Sukan Anak Perak 2019 (SUPER ’19) diperingkat ikhwah dan aktiviti indoor disebelah akhawat.  Aktiviti SUPER ’19 yang diadakan di Istad Abbasiah diserikan dengan aktiviti perarakan kontinjen rumah sukan, majlis perasmian dan Speaker Corner dibawah seliaan Unit Penerangan dan Penerbitan (UPP) dengan memetik isu seputar “Dakwah Machiavellian” yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Nur Ikhwan bin Shamsuddin.  Antara acara yang dipertandingkan adalah balapan padang, lontar peluru, bola tampar, sepak takraw, tarik tali dan lain-lain.  Berlangsungnya indoor akhawat di Dewan Syeikh Idris Al-Marbawi bermula jam 12 tengahari.  Antara aktiviti yang diketengahkan adalah Ihtifal, ping pong, melukis poster, quilling, dam haji, congkak, batu seremban dan lain-lain lagi. 

MESRA ’19 diteruskan pada hari berikutnya iaitu hari ketiga dengan Sukan Anak Perak 2019 (SUPER ’19) akhawat dan aktiviti indoor disebelah ikhwah.  SUPER ’19 akhawat turut dijalankan di Istad Abbasiah dimulai dengan majlis perasmian dan perarakan kontinjen rumah sukan. Seterusnya, pengisian Speaker Corner yang bertajuk “Dakwah Machiavellian” disampaikan oleh Ustazah Mimi Nur Suhada binti Shoa’id.  Aneka aktiviti yang dijalankan adalah balapan padang, lontar peluru dan sukaneka, sementara aktivit indoor ikhwah bertempat di Dewan Syeikh Sya’rawi, Baitul Rahman.  Antara yang menarik adalah pertandingan tilawah Al-Quran, khutbah,pantun, dart, melukis poster, gubahan buah dan lain-lain. 

Pembukaan tirai hari keempat MESRA ’19 dimulai dengan Tazkirah Perdana yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohamad Yusran bin Mohd Berkuri yang bertajuk “Hidup Mulia atau Mati Syahid” yang diadakan di Dewan Syeikh Sya’rawi, Baitul Rahman. Sejurus selepas itu, Gotong-royong Kebajikan dijalankan di sekitar kawasan Wisma dan Mahkamah. Bagi memastikan kelancaran gotong-royong, pembahagian kawasan bagi setiap rumah sukan telah ditetapkan.

Piala KPIPM ( Futsal ) dan Piala An-Nisa’ ( Bola Baling ) menghiasi hari kelima MESRA ’19 dan ia merupakan perlawanan yang dinanti-nantikan oleh semua mahasiswa/wi Perak di Perlembahan Nil. Piala KPIPM berlangsung di Sport Arena, Az-Zahra’, Hayyu ‘Asyir sementara di peringkat akhawat berlangsung di Padang Zahra’, Hayyu ‘Asyir. Sambutan Piala KPIPM sangat memberangsangkan dengan penyertaan 20 pasukan.  Perlawanan akhir menyaksikan pertembungan diantara pasukan Malaysia Negara Islam FC dan Pakda FC dan pasukan Malaysia Negara Islam FC Berjaya menjuarai dengan mata   1-0 sekaligus merangkul Piala KPIPM pada sesi kali ini. Penyertaan diperingkat Piala An-Nisa’ adalah sebanyak 6 pasukan. Manakala untuk perlawanan akhir, pasukan Doraemon HC berjaya menumbangkan pasukan Konoha HC dengan mata 2-1, sekaligus merangkul gelaran Juara Piala An-Nisa’ pada sesi kali ini. Bagi anugerah pemain terbaik Piala KPIPM dirangkul oleh Saudara Muhammad Adam bin Muhd Ali dan penjaring terbanyak oleh Saudara Abdul Aziz bin Abd Razak sebanyak 9 jaringan. Bagi pemain terbaik Piala An-Nisa’ diemenangi oleh Saudara Siti Hajar binti Mohd  Jahuri manakala penjaring terbanyak dengan 9 jaringan dimenangi oleh Saudari Siti Aishah binti Abdullah. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

MESRA ’19 kini menutup tirai. Sebelum itu, disebelah petang, telah dilaksanakan“Charity Day” yang bertempat di Wisma Darul Ridzuan. Antara perkhidmatan yang disediakan ialah Medical Check-up, bekam, akupuntur dan gunting rambut. Pada sebelah malam pula, Majlis Penutupan MESRA ’19 telah dirasmikan oleh Pegawai Atase Pendidikan Negeri Perak, En.Mohammed Tasyreff bin Mohamd Tarmizi diikuti dengan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang sepanjang program MESRA ’19. Perbarisan di peringkat ikhwah dimenangi oleh Rumah Hijau manakala di sebelah akhawat pula dimenangi oleh Rumah Kuning. Markah tertinggi keseluruhan rumah sukan pada sesi kali ini telah disandang oleh Rumah Biru iaitu “Water Bender”. Tahniah diucapkan kepada seluruh ahli rumah sukan diatas kejayaan yang diperoleh. Majlis berakhir sekitar jam 10.00 malam dengan persembahan nasyid daripada kumpulan nasyid Al-Wadi dan tayangan video penutupan MESRA ’19 serta sedikit jamuan ringan.

Maka berakhirlah sudah program MESRA ’19 sesi 2018/2019. Diharapkan agar program ini dapat mengeratkan tautan ukhuwah Islamiah serta memperkukuh peranan KPIPM sebagai wadah kesatuan anak-anak Perak di bumi Mesir. Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan MESRA ’19 dan semoga program sebegini dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang. Sekian, terima kasih.

“Nyeghongen-nyeghongen, Kite Bersame”

BERILMU, BERAMAL, IKHLAS
“MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN”

Disediakan oleh :
Setiausaha MESRA'19,
Jabatan Yang Dipertua KPIPM sesi  2018/2019













MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...