Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2013

MESRA '13: Satu Keluarga, Satu Ukhuwwah

21 Februari 2013 – Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2012/2013 telah menjayakan sebuah program hari keluarga iaitu MESRA ’13 dengan bertemakan “Wehdatul Usrah, Wehdatul Ukhuwwah.” Program ini diadakan dengan bertujuan untuk menyatupadukan ahli KPIPM yang berada di bumi Mesir ini. Program MESRA ’13 ini telah berlangsung selama seminggu, iaitu pada 14-21 Februari baru-baru ini. Program yang melibatkan kesemua anak-anak Perak di bumi Mesir ini telah diadakan di 4 buah tempat iaitu muhafazah Zagazig, Tanta, Mansurah, Iskandariah dan seterusnya di Kaherah. Antara aktiviti yang diselitkan melalui program ini adalah seperti Jaulah AJKT ke muhafazah, Muhasabah Separuh Penggal (MSP), Sukaneka, Piala KPIPM, Rabie’ Camp dan Malam Kesenian. Pembukaan tirai program ini dimulai dengan Ribat KPIPM yang diadakan pada 15 Februari 2013 seterusnya disusuli dengan Usrah Gabungan yang melibatkan ahli dalam permainan futsal. Program ini dirasmikan oleh Badan Pengurus PMRAM

MESRA'13: Senarai nama kumpulan Akhawat

 Berikut adalah senarai nama kumpulan akhawat bagi MESRA'13 Jangan lupa cari nama anda! Ayuh kita bertemu di MESRA'13. ^^ Sila klik pada gambar untuk paparan penuh.

MESRA'13: Tentatif Penuh Perjalanan Program

TENTATIF PENUH MESRA'13 Bakal berlangsung bermula dari 15-21 Februari *Sila klik pada gambar untuk paparan penuh Ayuh anak-anak Perak tidak kira Pengajian Islam mahupun Sains Kesihatan.  Mari sama-sama kita hadir bagi memeriahkan MESRA'13 kali ini. "WEHDATUL USRAH, WEHDATUL UKHUWAH" "BERILMU, BERAMAL, IKHLAS" "MEMARTABAT KEILMUAN, MEMIMPIN KESATUAN"

D' TOUR '13: Keindahan dinikmati, Ukhuwah terpatri

Kaherah, 9 Februari 2013 – Bersempena dengan cuti musim sejuk, Biro Perhubungan, Sambutan dan Rehlah KPIPM sesi 2012/2013 telah menganjurkan D’ TOUR ’13. Program yang berlangsung selama 2 hari itu telah disertai seramai 21 orang. Antara objektif jaulah ini adalah untuk memupuk semangat kekeluargaan sesama mahasiswa di rantau ini dan ianya selari dengan tema yang telah digariskan oleh pihak penganjur iaitu “ Keindahan dinikmati, Ukhuwah terpatri “. Antara tempat-tempat yang menarik yang dilawati sekitar Mansurah dan Dumyat adalah seperti maqam Syeikh Mutawalli Sya’rawi, maqam Syeikh Jadul Haq Ali Jadul Haq, Raasul Bahr, Pantai Dumyat dan lain-lain lagi. Pada hari pertama, para peserta telah menginap di homestay  Pantai Raasul Bahr. Pada malamnya, pelbagai aktiviti luar telah dijalankan. Keletihan sepanjang perjalanan dari Kaherah ke Dumyat sedikit terubat apabila melihat gelagat beberapa peserta yang menghiburkan. Keesokan harinya, para peserta dibawa oleh musyrif pen

PEMANDU '13: Sinergi Dakwah Menjana Daie Kontemporari

Kaherah, 7 februari 2013 – KPIPM dengan jayanya mengadakan Program Pemantapan Du’at (PEMANDU ) bagi siri pertama dengan tajuk ‘Dakwah Dinamik’. Program ini telah diadakan di Dewan Syeikh Sya’rawi. Turut berlangsung, Majlis Pelancaran Perasmian Program Pemantapan Du’at bagi sesi 2012/2013, yang telah dirasmikan oleh Ustaz Muhammad Hanif Bin Abdullah selaku Yang Dipertua KPIPM dengan upacara menandatangani banting dan melengkapkan gimik perasmian PEMANDU. Dengan tema “Sinergi Dakwah Menjana Daie Kontemporari”, PEMANDU yang merupakan program anjuran Biro Dakwah dan Tarbiah (BDT) dengan kerjasama Biro Tabung Kebajikan,Kesenian dan Riadhah (BTKKR) KPIPM, telah meletakkan 3 objektif yang menjadi sasaran utama pada sesi ini.Antara objektif tersebut ialah untuk membentuk syakhsiah muslim yang berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah,melahirkan mahasiswa Islam yang berkredibiliti dan disegani oleh masyarakat,dan menerapkan kamahiran semasa bagi menghasilkan mahasiswa yang kreatif. Pro

Kalam Pengerusi Badan Hisbah KPIPM

Segala puji bagi Allah yang telah memberikan kesempatan untuk sama-sama kita terus menghirup udara di muka bumi Allah S.W.T  Selawat dan salam kita panjatkan buat junjungan besar Nabi Muhammad  SAW , barisan pimpinan khulafa’ Ar-Rasyidin, serta ahli keluarga dan kaum kerabat yang telah bersama-sama dalam mendaulatkan Islam sehingga pada hari ini ia diteruskan oleh generasi–generasi pelapis kepada perjuangan yang penuh suci ini. Operasi pencegahan maksiat adalah salah satu tuntutan agama berdasarkan konsep amar makruf nahi munkar. Maka sepatutnya ia akan mendatangkan pahala kepada sesiapa yang terlibat dalam operasi berkenaan. Tetapi, untuk mendapatkan pahala daripada Allah, sesuatu ibadat itu perlu mengikut segala syarat-syarat yang telah ditetapkan. Jika tidak, ia bukan sahaja akan menjadi sia-sia, malah mungkin sebaliknya membebankan kita dengan dosa-dosa. Maksud firman Allah swt : "Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan orang yang menyeru kepada kebaji

AKAN DATANG....

AKAN DATANG...... NANTIKAN KEMUNCULANNYA PERTENGAHAN FEBRUARI HARI KELUARGA KPIPM MESRA '13