Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2009

Jaulah Ke Semenanjung Sinai

KAHERAH : 15, 16, 17 Februari, Kembara Jaulah Ke Semenanjung Sinai dengan singkatan ( SEMAI 09) diadakan di bawah seliaan Biro Perhubungan Sambutan dan Rehlah KPIPM dengan kerjasama badan Kebajikan Pulau Pinang BKPPM dan Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan BKAWP. Pada tahun ini membawa kelainan dengan menggabungkan 3 BKAN serentak dan bertemakan “ HAYATI KEIDAHAN, AGUNGNYA NIKMAT TUHAN” . Ekspidisi pengembaraan ke Semenanjung Sinai ini bermula pada jam 3 pagi dan berakhir pada hari selasa jam 10.30 malam. Antara tempat yang dilawati ialah Panorama Barlif, Uyun Musa, Patung Lembu Samiri, Hamam Firaun dan acara kemuncak mendaki Jabal Musa dimana nabi Musa menerima taurat dari Allah S.A.W. Antara matlamat program ini memupuk silaturrahim di antara peserta setiap BKAN sekaligus memberi komitmen kepada PMRAM.

Rehlah HEWI Ke Mansurah

MANSURAH, 17 Februari 2009- Biro Perhubungan Sambutan dan Rehlah HEWI KPIPM 08/09 telah menganjurkan jaulah ke Maqam Aulia’, Mansurah dan Ra’su Bahr. Seramai 30 orang peserta telah menyertai jaulah pada kali ini. Tujuan diadakan jaulah ini adalah untuk mengenang kembali perjuangan para aulia’ dan ulama’ di dalam menyebarkan ilmu ke seluruh pelusuk dunia di samping menghayati kesan tinggalan sejarah yang terdapat di Mansurah. Penerangan telah disampaikan oleh Ustaz Azrul bin Ismail dan Ustaz Azizuddin bin Aznan selaku musyrif penerangan pada hari tersebut. Setelah taklimat berkenaan dengan adab-adab serta amalan-amalan sunat yang dituntut oleh Islam semasa menziarahi tempat yang mulia dijelaskan, para peserta memulakan perjalanan tepat pada pukul 8.00pagi dengan menaiki tiga buah tremco. Destinasi pertama yang dilawati ialah Maqam Syeikh Sya’rawi yang terletak di Kampung Daqadus di daerah Mit Al-Ghamr 30 km dari Mansurah. Bersebelahan maqam ini juga terdapat kawasan perkuburan umat Is

Sri Kandi's Day Meriah

KAHERAH, 15 Februari 2009- Seramai 57 orang siswi KPIPM dari pelbagai muhafazah telah menyertai program Sri Kandi’s Day di bawah anjuran Ketua Hewi Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) yang telah berlangsung selama dua hari. Hari pertama program tersebut telah diadakan di Dewan Solah Al-Masri, Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM). Objektif diadakan program ini adalah untuk memupuk kesedaran mahasisiwi peri pentingnya penjagaan wanita dari sudut Islam dan sains serta memberi pendedahan awal kepada mahasisiwi berkenaan penjagaan anak dan keluarga. Di samping itu, ia juga bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim dan mencungkil bakat terpendam di kalangan ahli hewi KPIPM. Majlis perasmian dimulakan dengan ucapan pengarah program, Ustazah Nur Mashithah binti Sidek dan diakhiri dengan ucapan perasmian yang disampaikan oleh Naib Pengerusi Hewi PMRAM, Ustazah Nor Faizah binti Mad Ali. Pelbagai slot telah dibentangkan sepanjang berlangsungnya program tersebut.

Pengajian Tafaqquh Fasa Pertama

KAHERAH :Bermula dari 1-13 Febuari telah mengadakan Majlis Tafaquh Fiddin ( Daurah Kitab Safinatun Naja' yang telah disampaikan oleh 2 orang ustaz jemputan khas.Pengajian bermula seawal jam 7.30 pagi -8.30 pagi kemudian sesi keduanya selepas Solat Maghrib. Ustaz jemputan yang dijemput khas itu ialah: AL-Fadhil Ustaz Mohd Faisal bin Zakariya mahasiswa Master Beirut sedang menulis tesisnya dan seorang lagi mrupakan X-student mahasiswa daripada Hadramout Yaman Al-Fadhil Ust Mohd Najmuddin bin Abd Aziz sekarang menuntut di Zamalek. Sambutan dari ahli yang mengikuti pengajian tersebut sungguh memberangsangkan .Semoga program di bawah anjuran Biro Pelajaran & Ilmiah ini dapat dilaksanakan di masa akan datang dengan lebih baik lagi .

AHLI JAWATANKUASA TADBIR KPIPM SESI 2015/2016

YANG DIPERTUA (Perhubungan Luar & Unit Perancang) Mohammad Ainuddin bin Mohd Ishak   +201117869112/+201146626390 ainuddinishak@yahoo.com      TIMBALAN YANG DIPERTUA (Unit Penerangan & Unit Penerbitan) Muhammad 'Arif bin Yaaziz +201140734340 ibnuyaaziez@gmail.com SETIAUSAHA AGUNG Khairul Naim bin Abd Razak +201100403093 khairul_.hd93@gmail.com TIMBALAN SETIAUSAHA Muhammad Saiful Adli bin Ahmad Padli +201157756289 sepoi_apu@yahoo.com BENDAHARI KEHORMAT Mohamad Khairul Hafiz bin Abd Razak +201127255351 khairul_9455@yahoo.com KETUA BIRO DAKWAH DAN TARBIAH Muhammad Abrorr bin Mohd Ishak +201125551562 pemudaperak_94@yahoo.com KETUA BIRO TABUNG KEBAJIKAN, KESENIAN DAN RIADAH Mohamad Bukhari Ridha bin Mohd Bakri +201125422274 bukhari.may19@gmail.com KETUA BIRO PELAJARAN DAN ILMIAH Muhammad Syafiulsyafi bin Othaman +201147977399 syafiman_94@yahoo.com KETUA BIRO PERUMAHAN Muhammad Hisyam bin Hashim +201125942226 hisyamhasyim95@gma

AHLI JAWATANKUASA HEWI KPIPM SESI 2015/2016

KETUA HEWI Syariza binti Ayub +201121470816 syarizayub91@gmail.com TIMBALAN KETUA HEWI Norfadilah binti Mohd Nasir +201121471069 durratulhikmah92@yahoo.com SETIAUSAHA HEWI Nurul Izzaty binti Osman +201127066847 nurulizzatyosman93@gmail.com TIMBALAN SETIAUSAHA   (BENDAHARI) HEWI Nurul Amirah binti Zulkifly +201159484532 myra_zuzila@yahoo.com KETUA BIRO DAKWAH DAN TARBIAH HEWI Siti Aisyah binti Ahmad +2011272116160 assiddiqoh94@gmail.com KETUA BIRO TABUNG KEBAJIKAN, KESENIAN DAN RIADAH HEWI Siti Hajar binti Ahmad Daud +201009397523 hajardaud1605@gmail.com KETUA BIRO PELAJARAN DAN ILMIAH HEWI Ainaa Syahirah binti Mat Said +201097446469 annasyaheerah95@gmail.com KETUA BIRO PERUMAHAN HEWI Siti Aishah binti Abdullah +2011096334473 jihadfisabilillah@gmail.com  KETUA BIRO PERHUBUNGAN, SAMBUTAN DAN REHLAH HEWI Nur Afifah Najihah binti Ahmad Khalil +201002603758 fifanaj25@gmail.com 

BADAN PENASIHAT KPIPM SESI 2015/2016

PENGERUSI PENASIHAT Muhammad Hanif bin Abdullah +201149476292 ibnuabdullah_90@yahoo.com SETIAUSAHA PENASIHAT Hussaini bin Mohamed Hussain +201140151395 hussaini_egypt@yahoo.com AJK PENASIHAT Mohamad Hazim bin Mohd Halim +201117936552    hazimhalim91@yahoo.com AJK PENASIHAT Muhammad 'Asri bin Mohd Salim +201146695662 innimuslim@yahoo.com AJK PENASIHAT Nurul Fadhillah binti Mohd Khairi +201152145121 fadhillahkhairi91@gmail.com AJK PENASIHAT Norul Aimi binti Mohd Razi +201117446492/+201015068718 mim_girlz@yahoo.com

Objektif Penubuhan KPIPM

Tujuan ialah memberi perkhidmatan kemasyarakatan dan pelajaran. a. Menyatukan anak-anak Perak yang sedang bermukim atau belajar di Republik Arab Mesir atas asas-asas Ukhuwwah Islamiah. b. Membangunkan keperibadian Islam di kalangan aggota di samping mempertingkatkan taraf pemikiran dan pencapaian ilmu pengetahuan Islam khasnya. c. Bekerjasama bagi menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh setiap ahli. d. Mentadbir bantuan kewangan dan sebagainya kepada pelajar-pelajar yang benar-benar memerlukan pertolongan dari kalangan ahli. e. Memberi kerjasama dengan: i. Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) dan ii. Mana-mana pertubuhan yang lain sama ada di dalam atau di luar negeri. f. Berusaha menjalinkan ikatan Ukuwwah Islamiah di kalangan umat Islam. g. KPIPM dalam pergerakannya tidak akan melibatkan diri dalam mana-mana kegiatan parti politik atau menganggotainya.

Sejarah KPIPM

KRONOLOGI KPIPM SEIRING DENGAN PENUBUHAN WISMA DARUL RIDZUAN Wisma Darul Ridzuan atau dulunya dikenali sebagai rumah Perak mempunyai sejarah tersendiri di bumi Mesir ini. Terletak di No. 31 Mustasyar Hafiz Badawi Street, Seventh District, Nasr City, Cairo, Arab Republic Of Egypt. Manakala, Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) merupakan satu-satunya persatuan yang menaungi dan memelihara, serta mengambil berat tentang kebajikan anak-anak Perak yang menuntut ilmu di bumi Mesir ini, sama ada pengajian agama atau akademik. KPIPM dan Wisma Darul Ridzuan mempunyai kaitan sejarah yang tidak dapat dipisahkan. Sekarang KPIPM telah mencapai usianya 40 tahun, dan Wisma Darul Ridzuan sudah bertapak 24 tahun di Mesir ini. Walaupun kewujudan Wisma Darul Ridzuan ini agak terlewat berbanding dengan penubuhan KPIPM, namun telah terukir padanya sejarah-sejarah yang tidak dapat dilupakan oleh generasi terdahulu dan generasi akan datang. Justeru, barisan kepemimpinan pada hari ini i

Logo KPIPM

DEFINISI BENTUK PERISAI : BENTENG ISLAM. REBEN MERAH : LIKU CABARAN. BULAN SABIT : LAMBANG AGAMA ISLAM. BUNGA PADI : KEBAJIKAN. COKMAR : KERAJAAN NEGERI PERAK. MENARA AL-AZHAR : INSTITUSI AL-AZHAR. KITAB : LAMBANG AL-QURAN DAN SUNNAH YANG MENJADI DASAR KPIPM. BULU AYAM : MELAMBANGKAN PENGUASAAN ILMU TURATH (LAMA). PENA : MELAMBANGKAN PENGUASAN ILMU MUASARAH (BARU). RANTAI : HUBUNGAN UKHUWWAH YANG ERAT TERJALIN. DEFINISI WARNA HIJAU : KEISLAMAN. MERAH : KEBERANIAN DAN KESUNGGUHAN. BIRU : PERPADUAN. KUNING BUNGA PADI : KECERMELANGAN. KELABU BULAN SABIT : KEUTUHAN DAN KESABARAN. PUTIH, KUNING, HITAM : WARNA BENDERA NEGERI PERAK.

Penaung KPIPM

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU PERAK (MAIPk) Kompleks Islam Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan KEDUTAAN BESAR MALAYSIA KAHERAH (KBMK) Malaysian Student's Department 21 El A'nab Street, Mohandessin, Giza, Arab Republic Of Egypt PERSEKUTUAN MELAYU REPUBLIK ARAB MESIR (PMRAM) No. 17, Hunain Ibn Ishak Street, 7th District, Nasr City, Cairo, Arab Republic Of Egypt