Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2020

PERKONGSIAN KULIAH | 'ASOBAH DI DALAM FARAID

PERKONGSIAN KULIAH | 'ASOBAH DI DALAM FARAID Biro Pelajaran dan Ilmiah KPIPM sesi 2020/2021 Perkongsian oleh: Ustazah Nuralya Faqihah binti Abdul Rahim, Mahasiswi Kuliah Syariah Islamiah Tahun 3, Universiti Al-Azhar Kaherah Mesir. 🔸Definisi 'Asobah : Sesiapa yang tiada padanya saham tertentu. 🔸Kaedahnya : Apabila dia berseorangan maka, semua harta waris adalah miliknya. Apabila bersamanya Ahli Fardh, maka baginya baki selepas Ahli Fardh mengambil bahagian mereka masing-masing. Apabila tiada baki, maka tiadalah bahagian untuknya daripada harta peninggalan tersebut kecuali apabila dia adalah ahli taksib iaitu anak lelaki (ابن), maka tiada seorang pun yang menghalangnya untuk mendapat harta peninggalan tersebut. ◾Dalil tentang pensyariatan 'asobah berpandukan Al-Quran dan Hadis :  1. Firman Allah SWT yang berbunyi:   ( يُوصِيكُمُ ٱللَّهُ فِيٓ أَوۡلَٰدِكُمۡۖ لِلذَّكَرِ مِثۡلُ حَظِّ ٱلۡأُنثَيَيۡنِۚ ) Maksudnya : Allah SWT perintahkan kamu mengenai (pembahagian hart

MAKLUMAN | DIREKTORI BARISAN AHLI JAWATANKUASA BIRO KPIPM SESI 2020/2021

MAKLUMAN | DIREKTORI BARISAN AHLI JAWATANKUASA BIRO KPIPM SESI 2020/2021 Jabatan Setiausaha Agung KPIPM sesi 2020/2021 Firman Allah SWT: إِنَّ ٱلْأَبْرَارَ لَفِى نَعِيمٍ Sesungguhnya orang-orang yang banyak berbakti  benar-benar berada dalam syurga yang penuh kenikmatan (al-Infitar : ayat 13) Makluman kepada seluruh ahli, berikut merupakan direktori barisan ahli jawatankuasa biro-biro di bawah KPIPM sesi 2020/2021. Semoga dengan amanah dan tanggungjawab yang ditaklifkan dapat disempurnakan dengan baik. #BulanPengenalanKPIPM #KPIPMKeluargaKita #BersamaBersatuJayakanUsulYDP #BersamaBersatuJayakanPembawaanKPIPM  BERILMU, BERAMAL, IKHLAS "MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"

TEKS PENUH | UCAPTAMA YANG DIPERTUA KPIPM SESI 2020/2021

TEKS PENUH | UCAPTAMA YANG DIPERTUA KPIPM SESI 2020/2021 Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2020/2021 Bismillahirrahmanirrahim,  Yang dihormati, barisan Ahli Jawatankuasa Tadbir KPIPM sesi 2020/2021 dan Ustazah Syahidatul Aimi binti Khairuddin, Ketua Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) KPIPM sesi 2020/2021, beserta barisan Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita Islam. Barisan penasihat, para nuqaba, seterusnya sahabat sahabiah ahli keluarga KPIPM yang dirahmati Allah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi, dengan limpah dan kurnia-Nya, Allah SWT masih mengizinkan kita untuk sama-sama menikmati dua nikmat yang sepatutnya kita syukuri iaitu nikmat iman juga Islam. Tanpa kedua nikmat ini, pasti sia-sialah segala perbuatan atau ibadah kita di atas dunia ini. Sebagai cara untuk kita menzahirkan rasa syukur kita adalah dengan kita melaksanakan segala ibadah dan tuntutan yang Allah telah tetapkan kepada kita. Firman Allah SWT : وَأَعِدُّ

KENYATAAN RASMI | MAKLUMAN : PERMOHONAN DERMASISWA LUAR NEGARA (ONLINE) KINI DIBUKA

Bismillahirahmanirrahim. Makluman kepada semua, permohonan Dermasiswa Luar Negara bagi Mahasiswa/wi peringkat pengajian Ijazah telah dibuka pada : 5 DISEMBER 2020 hingga 14 DISEMBER 2020 1. Permohonan adalah khusus bagi  MAHASISWA/WI PERINGKAT PENGAJIAN IJAZAH (KEMASUKAN PENGAJIAN TAHUN 2015 DAN KE BAWAH) Anda boleh mengisi permohonan secara online di pautan berikut : http://isyura.maiamp.gov.my/fisabilillah Dokumen yang diperlukan : 🔸Surat pengesahan pengajian terkini (Tasdiq/Isbat Tolib) 🔸Slip keputusan peperiksaan terkini 🔸Surat pengesahan pendapatan atau slip gaji/pencen ibu/bapa/penjaga 🔸Salinan surat pengesahan tinggal (Mastautin) di Negeri Perak 🔸Salinan nombor akaun bank 📌Permohonan yang telah lengkap perlu dicetak satu salinan (tekan butang PRINT) dan dihantar sendiri ke Pejabat Atase Pendidikan Perak untuk proses selanjutnya. Sumber : Facebook Zakat Perak-MAIPk 2. Mahasiswa/wi digalakkan untuk mencetak (print) borang permohonan anda untuk simpanan peribadi. 3. Mahasiswa