Thursday, April 21, 2022

LAPORAN | MAJLIS IFTAR BERSAMA TYT AMBASSADOR ZAMANI BIN ISMAIL, DUTA BESAR MALAYSIA KE MESIR

LAPORAN | MAJLIS IFTAR BERSAMA TYT AMBASSADOR ZAMANI BIN ISMAIL, DUTA BESAR MALAYSIA KE MESIR

KAHERAH, 19 APRIL 2022- Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2021/2022 telah menyertai Majlis Iftar bersama TYT Ambassador Zamani Ismail, Duta Besar Malaysia ke Mesir di bawah anjuran Pejabat Atase Pendidikan Negeri Perak yang telah diwakili oleh barisan pimpinan Ahli Jawatankuasa Tadbir dan Anggota Badan Penasihat KPIPM sesi 2021/2022. 

Objektif majlis ini adalah untuk menerapkan nilai ukhuwah Islamiah antara anak-anak Perak dengan pihak berwajib.

Majlis Iftar telah dimulakan dengan ucapan Pegawai Atase Pendidikan Negeri Perak, Ustaz Muhammed Tasyreef bin Mohamd Tarmizi. Majlis ini telah diadakan di Dewan Syeikh Idris al-Marbawi, Wisma Perak Baitul Ridzuan bermula jam 5.30 petang.

Kemudian, majlis diteruskan lagi dengan ucapan TYT Ambassador Zamani bin Ismail, Duta Besar Malaysia ke Mesir dan juga penyerahan sumbangan daripada TYT Ambassador Zamani bin Ismail kepada Keluarga Pelajar-Pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) khusus untuk Program Ihya' Tarbawi Ramadan 2022 (IHTIRAM'22). Majlis ini turut dihadiri oleh ahli keluarga TYT Ambassador Zamani bin Ismail, ahli keluarga Pegawai Atase Pendidikan Negeri Perak dan Penolong Pegawai Atase Pendidikan Negeri Perak dan penghuni Wisma Perak Baitul Ridzuan. 
 
Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan iftar ringan kemudian solat Maghrib berjemaah di Dewan Syeikh Idris al-Marbawi. Seusai solat Maghrib, majlis diteruskan lagi dengan iftar secara beramai-ramai di syaqah 1 dan syaqah 2 bagi ikhwah manakala di syaqah 5 bagi akhawat. Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan solat Isyak dan tarawih secara berjemaah. Solat Tarawih yang diselangi dengan tazkirah pendek telah disampaikan oleh Yang Dipertua Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2021/2022, Ustaz Meor Amin Nurrasyid bin Meor Azhar. Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan sesi bergambar dengan TYT Ambassador Zamani bin Ismail dan bersurai. 

Alhamdulillah pada pukul 9.10 malam, Majlis Iftar bersama TYT Ambassadir Zamani bin Ismail telah selesai dan berjalan lancar dengan izin-Nya. Pihak KPIPM merakamkan jutaan terima kasih di atas jemputan ke Majlis Iftar bersama TYT Ambassador Zamani bin Ismail, Duta Besar Malaysia ke Mesir. Mudah-mudahan, majlis ini dapat menjadi wasilah dalam mengukuhkan tautan ukhwah sesama anak Perak dengan TYT Ambassador Zamani bin Ismail serta menjadi pemangkin semangat bagi penuntut ilmu dan membina mahasiswa dan mahasiswi al-Azhar yang berilmu dan beramal.

#KPIPMKeluargaKita 
#Keluargakitakitajaga
#BersamaBersatuJayakanUsulYDP 
#BersamaBersatuJayakanPembawaanKPIPM 

BERILMU, BERAMAL, IKHLAS 
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-57 (MAT-57)

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-57 (MAT-57)  KELUARGA PELAJAR-PELAJAR ISLAM PERAK MESIR SESI 2022/2023 KAHERAH:-  Program Mesyuara...