Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2012

Hantar Borang Pendaftaran Pelajar Ke Universiti Al-Azhar Kepada Education Malaysia Egypt (EME)

Perhatian kepada para pelajar Negeri Perak yang tidak berjaya dalam Imtihan Qabul (ujian saringan) ke Universiti al-Azhar sebelum ini, anda boleh boleh dapatkan borang permohonan dan pendaftaran pelajar ke Universiti Al-Azhar   dengan membuat muat turun borang di pautan ini { borang Permohonan Dan Pendaftaran Pelajar Ke Universiti Al-Azhar } Berdasarkan maklumat terkini yang diterima, pemohon boleh mengisi borang tersebut dan menyerahkan kepada Education Malaysia Egypt (EME) ketika tiba di Mesir. Pemohon dikehendaki tiba dan menyerahkan borang kepada Education Malaysia Egypt (EME) sebelum 10 september ini . Pemohon juga diingatkan supaya membawa bersama setiap dokumen yang tertera di dalam borang tersebut ke Mesir. Justeru, Keluarga Pelajar-Pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) berharap kepada seluruh pemohon agar mengambil perhatian terhadap perkara diatas. Sebarang maklumat berhubung urusan penerbangan dan lain-lain boleh merujuk kepada Jabatan Agama Islam Perak (JAIP

Kenyataan Rasmi Berkenaan Isu BKPJM

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Segala puji bagi Allah yang telah memberikan kesempatan untuk sama-sama kita terus menghirup udara di muka bumi Allah S.W.T . Perjuangan menegakkan agama Allah SWT adalah satu tugas yang mencabar, memerlukan kepada kesabaran. Pengorbanan pula adalah sangat-sangat dituntut. Dan perjuangannya penuh dengan mehnah dan tribulasi. Maka Islam telah menetapkan jiwa-jiwa yang berjuang di dalam perjuangan yang penuh suci ini, akan diganjari pahala dan syurga yang berlipat kali ganda malah akan kekal untuk selama-lamanya. Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah, Baru-baru ini, sekali lagi terdapat cubaan tangan-tangan kotor yang cuba untuk merosak dan merobek kesatuan yang telah terbina selama ini. Kali ini, tangan-tangan ini cuba menguji keutuhan kesatuan Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor Di Mesir. Sejak kedatangan 2 pegawai HEP Johor ke Mesir pada 2011, bermulalah bibit-bibit penafian hak terhadap anak-an

Tempahan Jaket KPIPM Kini Dibuka. Tempah Segera!!

Mahasiswa Azhari Penyambung Perjuangan Rasulullah S.A.W

Kegemilangan Islam yang termaktub dalam helaian sirah ketika zaman baginda S.A.W adalah suatu bukti yang hebat bagi perjuangan Nabi Muhammad S.A.W dimana tercatat di lembaran sejarah Islam. Kita dapat jelajahi bagaimana ujian demi ujian yang melingkari di setiap rangkaian dakwah Baginda sehingga Baginda berjaya mengislamkan umat jahiliyah walaupun tanpa mewasiatkan kesenangan, kekayaan dan keselesaan. Masa banyak mengheret beberapa ketamadunan yang unggul tersembam ke bumi. Sebelum kebangkitan Baginda S.A.W lagi sudah banyak terbina kesan-kesan peninggalan daripada ketamadunan dahulu seperti piramid dan Taj Mahal. Bahkan semuanya adalah kesenangan sementara bagi umat dahulu hatta umat Islam di Cordova dan Istanbul. Islam menyarankan ketamadunan itu sesuatu yang dicita-citakan tetapi semua perkara itu perlu dikuasai oleh umat Islam mengikut garis panduan dari syariat Islam sebagai wasilah untuk mencapai apa yang diinginkan. Perkara yang perlu dicita-citakan adalah redha Alla

Tentatif Amal '12

[20 Ogos 2012] Malam Amal Kemanusiaan KPIPM

[20 Ogos 2012] Rumah Terbuka Aidilfitri 1433H KPIPM

Malam Perutusan Aidilfitri 1433H KPIPM

Penyerahan Memorandum Bantahan Kepada Pegawai HEP Perak

KAHERAH , 7 Ogos 2012 -Satu perjumpaan telah diadakan  antara mushrif/ah Wisma Darul Ridzuan dan kepimpinan KPIPM  bersama Encik Abdul Muhaimin Bin Abdul Majid, Pegawai Hal Ehwal Pelajar(HEP) Perak Mesir.  Pertemuan yang diadakan selepas solat zohor itu berlangsung di Pejabat HEP Perak . Perjumpaan yang bertujuan membawa suara ahli bilik masing-masing dalam isu pemasangan wireless oleh pihak Pejabat HEP. Sebelum itu, pihak KPIPM telah menganjurkan liqa’ mahabbah diantara wakil kepimpinan KPIPM bersama penghuni setiap bilik Wisma Darul Ridzuan. Antara tujuan diadakan ialah bagi mendengar permasalahan ahli, membincangkan isu pemasangan wireless dan menerima segala cadangan.  Borang culaan dan Risalah Biah solehah turut diedarkan untuk mendapatkan respon ahli berhubung peraturan wisma dan  biah solehah. Pihak KPIPM telah membuat penilaian hasil culaan berhubung isu yang berlaku setelah mendapatkan respon setiap penghuni Wisma Darul Ridzuan. Seramai 87 orang penghuni

Nantikan Kedatangan Amal '12

KPIPM Menziarahi Keluarga Arwah Abdul Aziz Abdullah

IPOH , 11 Ogos – KPIPM baru-baru berkesempatan untuk menziarahi keluarga arwah Abdul Aziz Abdullah  di tanah air . KPIPM yang diwakili oleh saudara Muhammad Firdaus Bin Aznan, Pengerusi Penasihat KPIPM dan ditemani oleh saudara Mohd Sayuti bin Zawahib, mantan Setiausaha Agung KPIPM sesi 2009/2010. Di dalam ziarah tersebut, KPIPM sempat bertemu bersama ayah arwah, Abdullah bin Husien. Pertemuan tersebut juga disertai bersama oleh beberapa ahli keluarga yang lain. KPIPM juga menyerahkan USD 481.00 iaitu sumbangan yang telah diterima hasil daripada sumbangan seluruh mahasiswa/wi di Mesir sebelum ini. Sumbangan tersebut juga telah banyak membantu arwah Abdul Aziz dari mula beliau menerima rawatan di Mesir sehinggalah dibawa pulang ke tanah air bagi rawatan susulan. Hasil dari pertemuan ringkas itu, keluarga arwah telah menyerahkan semula wang sumbangan tersebut bagi tujuan kebajikan khusus untuk ahli KPIPM yang memerlukan di Mesir. Semoga roh arwah Abdul Aziz dirahmat

Himpunan Remaja Ramadhan Siri Ke 3

PEMANDU : Pembinaan Karakter Dalam kalangan Ahli KPIPM

KAHERAH, 2 Ogos 2012 - Program Pemantapan Du’at (PEMANDU) siri 4 telah berlangsung dengan jayanya di  Dewan Syeikh Sya’rawi, Wisma Darul Ridzuan A sejurus solat sunat tarawih berjemaah. Siri kali ini telah  mengetengahkan pembentangan  kertas kerja yang bertajuk “Dakwah kita di era baru : Karakter seorang da’ie.  Kehadiran pada  malam itu amat memberangsangkan iaitu seramai  70 orang mahasiswa-mahasiswi. Pengisi  malam tersebut iaitu Saudara Abdul Hadi bin Jusoh, Ketua Badan Penerangan Dan Penerbitan PMRAM 2012 telah membentangkan dengan baik. Corak pembentangan dua hala pada malam itu memberikan respon yang sangat memuaskan dalam kalangan mahasiswa yang hadir. Perkara yang diberi penekanan dalam pembentangan tersebut ialah berhubung kekangan atau cabaran dakwah, persiapan dakwah, peribadi seorang pendakwah, ciri penting seorang pendakwah ,masalah pendakwah , methodologi dakwah dan kemahiran yang perlu ada pada seorang pendakwah  masa kini. Selesai pembentangan

Implikasi Buruk Penggunaan Telefon Bimbit Di Sekolah

Telefon bimbit atau telefon mudah alih merupakan alat komunikasi utama untuk masyarakat berinteraksi serta berkomunikasi sama ada dalam mahupun luar negara. Perkembangan dunia teknologi maklumat saban tahun telah menginterpretasi kehidupan individu ke arah lebih tersusun dan sistematik. Dengan kecanggihan teknologi ini, ianya telah mengubah lanskap dan pola norma kehidupan individu ketika berhadapan dengan seribu satu kecanggihan. Baru-baru ini kita dihebahkan dengan satu cadangan yang hangat diperbincangkan dalam draf Peraturan Pendidikan Disiplin Murid 2012 mengenai kesediaan pihak kerajaan membenarkan pelajar sekolah membawa telefon dan gajet untuk sesi 2013 atas faktor keselamatan. Isu ini dikemukakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia,Dr.Wee Kah Siong yang kini sudah  berada pada peringkat akhir sebelum dibawa ke pejabat Peguam Negara untuk diluluskan. Kita tidak melihat atas faktor keselamatan menjadi kewajaran pihak kerajaan membenarkan membawa telefo

Program GEN-i Pemangkin Generasi Pelapis

KAHERAH, 6 ogos 2012 – baru-baru ini telah berlangsung program GEN-i  dikelolakan di bawah Jabatan Fasilitator (akhawat) KPIPM khas bagi akhawat sahaja. Bersempena bulan yang baik ini , ‘’Ramadhan Kareem’’ moga para peserta merebut peluang ini untuk membuat amal jami’e yang mana diganjarkan  kepada hamba-hamba  Allah yang melakukan amal kebaikan. Antara objektif yang ditekankan  :       1.        Menghubungkan ukhwah antara peserta-peserta dan ahli KPIPM.       2.       Membina kefahaman dan fikrah yang benar tentang Islam.       3.       Membina generasi pelapis demi kesinambungan survival KPIPM dan PMRAM. Begitu juga tarbiah atau pendidikan, hasil usaha tarbiah  yang berterusan dapat menghasilkan generasi yang berpengetahuan, berkemahiran malah generasi yang mampu mengharungi apa sahaja denai atau onak duri yang akan dihadapinya. Generasi yang terdidik dengan al-Quran dan as-Sunnah akan menjadi generasi yang berdaya saing untuk terus meletakkan Islam di segala

Solat Tarawih Di Masjid Al-Azhar Dan Masjid Ar-Rahman Ar-Rahim

Perkhidmatan Tramco Ke Muqattam

Fahami Fiqh Syura

Salam Ramadhan buat sahabat-sahabat yang dikasihi. Sedar atau tidak, kita telah pun berada di pertengahan Ramadhan, moga sama-sama kita melipat gandakan amalan kita bagi mencari lailatul qadar yang dirindui oleh setiap abid pada setiap zaman dan ketika tibanya bulan mulia ini. Mewujudkan Biah Solehah atau persekitaran yang baik adalah suatu yang wajib. Ia termasuk dalam amar makruf dan nahi mungkar. Bahkan menjalankan tugas amar makruf dan nahi mungkar itu adalah untuk mewujudkan Biah Solehah. Tak kira di mana sekalipun sama ada di rumah, sekolah, universiti, tempat kerja dan di mana sahaja, di dalam bangunan atau di luar bangunan, dalam suatu kawasan atau luar kawasan, wajiblah kita mewujudkan Biah Solehah. Amat tidak patut apabila satu pihak yang berusaha untuk mewujudkan Biah Solehah dan pada masa yang sama ada pihak yang lain yang meruntuhkan Biah Solehah yang hendak dibina. Tetapi, itulah realiti dan hakikat yang berlaku dalam kehidupan kita seharian. Begitu

PMRAM Kecewa Respon Daripada Pegawai Johor

KAHERAH, 2 Ogos 2012 – PMRAM melahirkan rasa kecewa dengan respon yang telah diberikan oleh Pegawai Hal EhwalPelajar Johor di Mesir iaitu Hj Husni Tamrin berhubung permohonan PMRAM untuk mengadakan kunjung hormat ke pejabatbeliau pada 31 Julai lalu. Pihak PMRAM saban tahun mengatur pertemuan dan perjumpaan bersama pegawai-pegawai negeri, khususnya selepasberlakunya pertukaran tampuk kepimpinan. Kunjung hormat yang dirancang ini untuk membincangkan beberapa perkarapenting berkaitan dengan hak dan aduan mahasiswa selain daripada sesi ramah mesra bersama pegawai sebagai wakil kerajaannegeri di sini. Pada 17 Julai lalu, PMRAM telah menerima  2 borang hak aduan mahasiswa daripada AJKT Johor dan juga Yang Dipertua Badan Kebajikan PelajarJohor di Mesir (BKPJM) yang bernaung di bawah PMRAM. Isu yang dilaporkan adalah berhubung notis yang dikeluarkan oleh pejabat  pembantupegawai yang mengarahkan pejabat BKPJM untuk dikosongkan berkuatkuasa 15 Julai lalu. Sebagai penaung kepad

Ramadan Membentuk Jiwa Kehambaan

Kedatangan Ramadan saban tahun disambut dengan pelbagai aktiviti keagamaan. Sudah tentu ianya memberikan impak yang sangat berguna kepada masyarakat. Namun begitu,andai dilihat dari satu sudut yang lain apakah hanya bulan Ramadan sahaja medan untuk meningkatkan amalan berbanding dengan bulan-bulan lain?. Persoalan ini timbul kerana realiti kini, Ramadan dianggap satu tempoh penghormatan yang perlu diraikan tanpa melihat sudut intipati Ramdan itu sendiri. Implikasinya kita akan dapat melihat apabila berlalunya Ramadan masyarakat akan kembali dengan aktiviti yang biasa dilakukan sebelum Ramdan.  Jika berterusan keadaan ini maka Ramadan yang kita lalui kini tidak mampu memberikan satu kesan yang cukup besar pada diri kita sendiri. Pengisian sepanjang Ramadan ini harus dimanfaatkan sebaik mungkin bagi membentuk jiwa kehambaan yang sejati. Ini kerana pentarbiahan Ramadan cukup sempurna daripada segala aspek sama ada rohani mahupun jasmani. Dalam Ramadan umat Islam

Hisbah Member's : Daftar Segera

Ehya' Ramadan KPIPM: Ceramah Badar Kubra

Himpunan Remaja Ramadan 2 Sempena Ehya' Ramadan KPIPM  2 & 3 Ogos 2012 bersamaan 14 dan 15 Ramadan 1433 H Pengisian menarik : Iftar jamie  Qiamullail Sahur Jamaie Ceramah Badar Kubra (selepas solat subuh) Oleh:  Saudara Abdul Naafiq Taqiuddin Bin Roslan  Ketua Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa  PMRAM 2012