Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2017

MINDA PIMPINAN | PERANAN MAHASISWA ISLAM

PERANAN MAHASISWA ISLAM “Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang”      Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, yang menciptakan segala kehidupan. Tuhan yang membelai jiwa kami dengan rahmat dan kemuliaan Islam. Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarga baginda S.A.W, pembawa risalah Islam daripada-Nya. Semoga kita bersama Baginda di Jannah kelak in shaa Allah.      Realiti hidup masa kini cukup mencabar para azhari dalam pembentukan sahsiah diri. Pelbagai tohmahan dan tuduhan diterima dari segi aspek jati diri, kegiatan harian dan persatuan bahkan aspek kemantapan rohani azhari itu sendiri dipersoalkan. Gelaran azhari cukup memberikan kesan mendalam bagi sesiapa sahaja yang menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir apabila pulang ke Malaysia kelak.      Tanggungjawab kita sebagai mahasiswa Islam bagi memperkasakan ilmu bukan sahaja kedapatan di waktu-waktu kuliah bahkan juga diluar waktu kuliah. Sering kita alpa dan leka hanya

MAKLUMAN | PERMOHONAN DERMASISWA MAIPk TELAH DIBUKA

PERMOHONAN DERMASISWA MAIPk 2017 TELAH DIBUKA PERMOHONAN DERMASISWA ZAKAT (FISABILILLAH) MAJLIS AGAMA ISLAM & 'ADAT ISTIADAT MELAYU PERAK BAGI MAHASISWA/WI PERAK PENGAJIAN ISLAM, SAINS KESIHATAN DAN LAIN-LAIN TELAH DIBUKA PADA : 16 JANUARI 2017 HINGGA 28 FEBRUARI 2017, PERMOHONAN KALI KEDUA DAN KE ATAS Makluman kepada seluruh mahasiswa/wi Perak, permohonan Dermasiswa Zakat (Fisabilillah) MAIPk telah dibuka. Bagi pelajar tajaan MAIPk dan Bantuan Umum Pelajar MAIPk (BUP) 2016/2017, anda semua dikecualikan kerana proses tersebut telahpun dijalankan sebelum ini. Sehubungan itu, para pemohon dikehendaki : 1. Mengemaskini borang online terlebih dahulu di laman web: http://isyura.maiamp.gov.my/fisabilillah 2. Dinasihatkan kepada pemohon agar mengisi borang online ini di Bahagian A dengan LENGKAP tanpa meninggalkan mana-mana bahagian kosong untuk memudahkan proses permohonan. 3. Sila lampirkan dokumen-dokumen berikut dalam bentuk Jpeg, Png atau Gif sahaja di Bahagian

KES ROMPAKAN BERSENJATA | HISBAH KPIPM

KES ROMPAKAN BERSENJATA Khamis, 19 Januari 2016 KAHERAH - Pada jam 3.00 pagi, sekumpulan geng berkulit hitam seramai 7 orang telah memecah masuk ke rumah pelajar Malaysia di kawasan Bawabah 2, Hayyu Asyir.  Seramai 4 orang suspek bersenjatakan parang panjang mengikat mangsa dan menempatkan mereka di sebuah bilik, manakala 3 orang lagi menggeledah rumah tersebut. Walaubagaimanapun, kesemua mangsa selamat dan anggaran kerugian sekitar LE 80 ribu. Justeru, Hisbah KPIPM mengucapkan takziah kepada mangsa dan menyarankan supaya semua ahli : 1. Sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling 2. Sentiasa kunci pintu dengan baik pada waktu malam dan ketika tiada di rumah.  3. Menyimpan barang dan dokumen penting di tempat yang selamat. 4. Elakkan dari mempamerkan kekayaan / barang berharga pada khalayak umum. 5. Memaklumkan segera kes yang berlaku kepada : - Pegawai Atase Negeri Perak En Munawir bin Mohamed Noh +201122141005 - Yang Dipertua KPIPM Ustaz Khairul Naim bin Abd Razak +

KENYATAAN BERSAMA YDP BKAN | HENTIKAN PERSEPSI NEGATIF TERHADAP SEKOLAH AGAMA

KENYATAAN BERSAMA YANG DIPERTUA BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI DI MESIR HENTIKAN PERSEPSI NEGATIF TERHADAP SEKOLAH AGAMA 1) Islam adalah agama yang mementingkan keharmonian dan keamanan manusia sejagat. Islam bukanlah agama yang melampaui batas bahkan ia melengkapi fitrah manusia serta sesuai dianuti untuk kebaikan dunia dan akhirat. Firman Allah SWT: فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا ۚ فِطْرَتَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا ۚ لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّهِ ۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ “(Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah ugama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) ugama Allah, iaitu ugama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah ugama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (Surah Ar-Ru

PERKONGSIAN KHUTBAH JUMAAT | NIKMAT KETENANGAN YANG SEBENAR

PERKONGSIAN INTIPATI KHUTBAH JUMAAT TAJUK : NIKMAT KETENANGAN YANG SEBENAR      Keseluruhan khutbah pada hari ini boleh disimpulkan dalam 2 persoalan dan jawapan yang diajukan sendiri oleh khatib : 1. Nikmat ketenangan adalah suatu nikmat yang sering dibualkan oleh seluruh peringkat manusia. Sama ada orang kaya miskin, tua muda, lelaki perempuan dan lain-lain. Akan tetapi kebanyakan manusia meletakkan bahawa nikmat ketenangan itu hanya dapat diperolehi dengan adanya harta dan anak-anak serta menumpukan keseluruhan hidup mereka untuk keduanya. Adakah perkara ini sebenar-benar ketenangan?      Khatib membawakan beberapa potong ayat Al-Quran sebagai renungan dan jawapan bagi persoalan ini, antaranya : - Dunia dan isinya hanyalah perhiasan dan ujian, الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ "Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; " [Al-Kahfi : 46] إِنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلَادُكُمْ فِتْنَةٌ ۚ وَاللَّهُ عِنْدَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ &q

PERKONGSIAN KHUTBAH JUMAAT | RASUAH ITU HARAM LAGI MEMBINASAKAN

PERKONGSIAN INTIPATI KHUTBAH JUMAAT TAJUK : RASUAH ITU HARAM LAGI MEMBINASAKAN وَتَرَىٰ كَثِيرًا مِنْهُمْ يُسَارِعُونَ فِي الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَأَكْلِهِمُ السُّحْتَ ۚ لَبِئْسَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ "Dan engkau lihat kebanyakan dari mereka berlumba-lumba pada melakukan dosa dan pencerobohan serta memakan yang haram. Demi sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah lakukan." [Al-Maidah : 62 ] وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُوا بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا فَرِيقًا مِّنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالْإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ "Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)." [Al-Baqarah: 188]      Dalil daripada hadis Nabi S.A.W. tentang rasuah : Darip

2 JANUARI 1492 | KEJATUHAN ISLAM DI ANDALUSIA

HARI INI DALAM SEJARAH Pada tahun 900 Masihi, Islam telah mencapai puncak kegemilangannya di tanah Andalusia.Umat Islam di daerah tersebut mencapai kira-kira sebanyak 5 juta orang bersamaan 80% daripada penduduk tempatan. Dinasti Umayah II pada ketika itu menjadi penguasa tunggal di Andalusia di mana kerajaannya mencapai kondisi sosial yang paling maju dan stabil di daratan Eropah namun pada tahun 1000 Masihi, kerajaan Andalusia telah menempah kegagalannya dalam mengekalkan posisi mereka. Kerajaan ini telah runtuh dan terpecah menjadi negara-negara kecil yang digelar Thaifah. Lebih menyedihkan lagi apabila satu per satu Thaifah ini telah berjaya ditakluki oleh kerajaan Kristian Eropah (Reconquesta) dan perkara ini berlaku sepanjang 200 tahun kecuali di sebuah negara kecil di hujung selatan tanah Andalusia iaitu kerajaan Granada. Pada era tahun 1200-an, Granada berjaya menghindarkan negara mereka daripada penaklukan kerajaan-kerajaan Kristian Eropah. Bagi mempertaha