Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2012

Sepanduk Kreatif Sempena Maulidur Rasul

Makluman kepada seluruh ahli KPIPM, Biro Dakwah dan Tarbiah KPIPM akan mengadakan Pertandingan Sepanduk Kreatif sempena Sambutan Maulidur Rasul. Terbuka kepada seluruh ahli KPIPM yang menetap di Wisma Darul Ridzuan dan rumah sewa sekitar Kaherah. Setiap syaqah/rumah sewa dikehendaki menghantar sekurang-kurangnya 1 penyertaan. Bertemakan ‘Maulidur Rasul’. Reka bentuk sepanduk mengikut kreativiti masing-masing. Kertas mahjong disediakan (1 only) Pemenang akan ditentukan oleh juri pertandingan dan keputusan adalah muktamad. Tarikh tutup penyertaan 3/2/2012 (Jumaat) jam 12 tengahari. Penyertaan boleh dihantar terus kepada : ·          Saudara Adil Fadzil 014-6286249 ·          Saudara Ali Fathullah 014-1742708 ·          Saudari Rukhaiyah 014-8458048 ·          Saudari Umi Atikah 011-22528674 Hadiah menarik menanti anda.

Bersama Membantu Memperjuangkan Agama Allah

KAHERAH, 26 Januari- Dalam usaha membentuk generasi pemuda yang berkualiti dan berintegriti, Biro Dakwah dan Tarbiah Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) dengan jayanya telah mengadakan program Ehya’ Al-Jum’ah  yang merupakan salah satu aktiviti mingguan yang melibatkan seluruh ahli KPIPM dengan tujuan merapatkan hubungan sesama ahli disamping beberapa pengis ian rohani. Bertempat di Dewan Syeikh Sya’rawi, Wisma Darul Ridzuan A, program dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah, alunan burdah dan bacaan yasin secara beramai-ramai yang dipimpin oleh saudara Mohd Adil Bin Mohd Fadzil merangkap Ketua Biro Dakwah dan Tarbiah KPIPM sesi 2011/2012. Majlis diteruskan lagi dengan tazkirah yang disampaikan oleh  Saudari Saidatul Yuhanis Binti Dahwani sebagai santapan rohani kepada semua ahli yang hadir. Beliau telah berpesan mengenai  kriteria-kriteria yang perlu ada oleh seseorang pejuang yang ingin mencapai kemenangan dalam sesebuah perjuangan. Setelah

Hubungan Dengan Allah (HDA)

" Ya Allah bantulah aku, walaupun ujian ini berat bagiku tetapi aku tahu ini adalah suatu yang terbaik yang Kau berikan kepadaku,Kau berikanlah kekuatan agar aku tidak futur dalam meneruskan           kehidupan dan terus istiqomah dalam mengabdikan diri kepadaMu.." bisik hati kecil Uwais dengan pengharapan doa kepada Rabbnya. " Sabarlah Uwais, ana tahu enta seorang yang kuat, HDA sangat penting, pelihara dan jagalah ia sebaik-sebaiknya. InsyaAllah pasti ada jalan penyelesaian terhadap ujian enta ni. Jaga HDA, jaga HDA ok!" Begitulah, kata-kata semangat yang diulang-ulang Umar kepada Uwais. Kadang-kadang, ianya      menjadi kata-kata keramat yang membina semangat dalam sesuatu masalah dan kadang-kadang ia sebagai pengubat hati yang resah ketika kita menghadapi waktu-waktu sukar seperti final exam. Kata keramat “ jaga HDA sahabat-sahabat! ” sering terpancar dari mulut tatkala ingin memohon doa. Di sini, dengan kudrat yang Allah beri, sama-samalah kita muh

Pertukaran Jadual Daurah In Winter Season 2012

( Klik pada gambar untuk lebih jelas) Sukacita dimaklumkan, bahawa jadual Daurah Musim Sejuk 2012 KPIPM telah berlaku pertukaran waktu dan jadual yang dikeluarkan pada iklan sebelum ini harap dapat diabaikan. Sehubungan itu, seluruh ahli KPIPM diharapkan dapat mengambil perhatian terhadap perubahan yang dibuat.    Kerjasama daripada semua pihak amat diharapkan agar perubahan jadual ini dapat disebarkan. Ayuh bersama memeriahkan majlis ilmu.

Daurah In Winter Season 2012

( Klik pada gambar untuk lebih jelas) Sempena cuti musim sejuk ini, Biro Pelajaran dan Ilmiah KPIPM akan menganjurkan Daurah kitab bagi mengisi masa lapang seluruh ahli KPIPM. Senarai kitab daurah dan pembentang boleh di rujuk pada iklan yang tertera di atas. Kitab daurah boleh di dapati di tempat pengajian. Ayuh, sama-sama kita menghadiri majlis ilmu sebagai bekalan untuk kita semua pada hari mendatang. InsyaAllah.   

Majlis Wada' BP Angkat PMRAM Cawangan Perak

Makluman kepada seluruh ahli KPIPM, Biro Dakwah dan Tarbiah KPIPM akan mengadakan MAJLIS WADA’ bersama USTAZ MOHD HAFIZZUL AZRI B.  AZMAN, (BP Angkat KPIPM 2011/2012) pada 26.1.2012 (KHAMIS) bertempat Dewan Syeikh Sya’rawi, Wisma Darul Ridzuan ( A ) selepas Solat ‘Isyak. Anda semua dijemput hadir.

Tahniah Pasangan Mohd Sayuti dan Nurul Izzah Dengan Kelahiran Anak Pertama

(   Muhammad Jibril bin Muhammad Sayuti) KAHERAH -25 JAN, Tiada lafaz yang mampu diungkap melainkan kalimah syukur kepada Allah S.W.T di atas kurniaan zuriat bagi menyambung perjuangan Islam di muka bumi ini. Demikianlah yang dirasai oleh pasangan Mohd Sayuti Zawahib dan Nurul Izzah Abdullah dengan kelahiran anak pertama mereka pada Jam 3 pagi tadi. Anak lelaki Kelahiran pasangan Mohd Sayuti Zawahib dan Nurul Izzah Abdullah selamat dilahirkan secara normal seberat 2.6 kg di Hospital Fatimah Az-Zahrah, Abbas Al-Aqqad, Madinah Nasr, Kaherah. Wakil persatuan  saudara Mohamad Omar Bin Adam, Yang Dipertua KPIPM,  Saudari  Nurhafsah Binti Awalludin, Setiausaha Hewi , Saudara Muhammad Mujahid Bin Mohamad Fadzil , Ketua Unit Bait Muslim KPIPM serta isteri dan sahabat yang lain turut berada di Hospital bagi menyambut kelahiran anak pertama pasangan Sayuti dan Izzah. Berdasarkan maklumat yang diterima, bayi akan dibawa pulang ke rumah pada pagi ini. “KPIPM mengucapka

Hakikat Sebenar Malu

Daripada Abdullah bin Mas'ud  r.a, beliau berkata : Sabda Nabi Muhammad s.a.w :  "Malulah terhadap Allah dengan sebenar-benar malu." Kami bertanya : "Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami pemalu Alhamdulillah." Sabda Nabi : "bukan begitu" (maksud malu sebenar). Namun malu terhadap Allah dengan sebenar-benar malu ialah : kamu menjaga kepala dan segala pancainderanya, perut dan anggotanya. Ingatlah dengan mati dan perkara yang rosak. Sesiapa yang inginkan akhirat, tinggalkanlah perhiasan dunia. Oleh itu , sesiapa yang melakukan perkara tersebut , dia telah malu   dengan Allah dengan sebenar-benar malu. (Riwayat at-Tarmizi) Dalam hadis ini, Rasulullah telah menjelaskan kepada kita hakikat sebenar malu dalam rupa paras yang unggul dan mithali. Sifat malu ini juga  tergolong dalam beberapa ciri akhlak mulia yang sangat ditekanknan dalam  5 item bi'ah solehah iaitu pembentukan syakhsiah. Jadi, bagaimanakah pelaksanaannya??? Ayuh kita susurinya

Remaja Perempuan Syahid Kesan Fosforus Putih

Laporan jam 09:32 pagi, waktu Palestin Jam 09:32 pagi, waktu Mesir GAZA - Seorang remaja perempuan Palestin, Hanin Kamal Abu Jalalah telah syahid awal pagi ini(22/01/2012, Ahad)   di hospital   Hadassah   Israel, BaitulMaqdis kesan daripada fosforus putih( white phosporus )   sewaktu perang Gaza tiga tahun yang lalu. Remaja yang berusia 16 tahun(17 tahun menurut sumber   PALTIMES )   menetap di Mukhayyam El-Buraij, Gaza Tengah menderita sejak tiga tahun yang lalu ekoran kerosakan pada paru-parunya. Baru-baru ini ketika menjalani rawatan di hospital Hadassah, keadaan mangsa terjejas teruk setelah mengalami koma. Kesakitan yang dihadapi mangsa akibat terhidu posporus putih yang digunakan oleh tentera rejim zionis semasa perang Gaza, akhir 2008 - awal 2009.   Bapa kepada Hanin, Kamal Abu Jalalah dalam kenyataan khasnya kepada agensi berita   SAFA menuduh pihak pengurusan hospital Israel bertindak cuai dan melengah-lengahkan merawat anaknya. Tambahan lagi, pihak penguru

PERHATIAN : Bancian Bagi Urusan Visa

Berikutan kesulitan yang dihadapi oleh mahasiswa-mahasiswi Malaysia sewaktu berurusan di pejabat imigresen Mesir untuk memperbaharui tempoh visa belajar, Persekutuan Melayu Republik ArabMesir(PMRAM) telah melakukan perbincangan bagi mengatasi kesulitan tersebut . Oleh yang demikian, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir(PMRAM) akan mengadakan satu bancian di peringkat PMRAM untuk mengumpul maklumat penuh berkaitan bilangan mahasiswa dan mahasiswi yang telah tamat tempoh visa mereka. Maklumat yang diperlukan seperti di bawah: 1. Nama penuh 2. Nombor passport 3. Tempoh tamat visa Bancian akan dibuat melalui borang yang diedarkan selama lima hari, bermula pada hari Isnin, 23 Januari 2012 sehingga hari Jumaat, 27 Januari 2012. Justeru itu, pihak KPIPM mengharapkan kerjasama daripada seluruh mahasiswa dan mahasiswi perak untuk memberikan maklumat yang diperlukan kepada Biro Tabung Kebajikan, Kesenian dan Riadhah KPIPM melalui Saudara Amar Arif Bin Ahmad Po’aad di

MAKLUMAN TERKINI : Sistem Dermasiswa Online MAIPk Telah Dibuka

Adalah dengan ini pihak Jabatan Setiausaha Agung KPIPM dimaklumkan bahawa permohonan Sistem Dermasiswa Online MAIPk bagi sesi 2011/2012 telah dibuka oleh pihak jawatankuasa Dermasiswa MAIPk. 1.       Bagi yang pernah mendaftar, ikuti arahan seperti yang tertera di    laman web   http://www.maiamp.gov.my/dermasiswa/ /iaitu terdapat   link   untuk semakan no kad pengenalan, sistem akan menghasilkan nombor permohonan baru bagi tahun 2012 . 2.      Pemohon perlu mengemaskini sebarang maklumat, terutama sekali di bahagian E di mana perlu menambah tahun pengajian. 3.      Mengemaskini bahagian F, sejarah pengajian terkini. 4.      Pemohon yang pertama kali membuat permohonan, anda perlu mengisi sistem Dermasiswa Online MAIPk dengan menanda di ruangan PERTAMA KALI MENDAFTAR, mengisi segala butiran yang terdapat di dalam sistem . Justeru itu, pihak Jabatan Setiausaha Agung KPIPM mengharapkan agar setiap pemohon dapat mengambil perhatian terhadap pe

Syariah : Makna dan Dasarnya

بسم الله الرحمن الرحيم ، الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله ، وعلى آله ومن ولاه Di dalam melaksanakan syariah Islam di dalam negara, terdapat aulawiyat yang perlu dipatuhi oleh mereka yang diizinkan Allah memegang tampuk kekuasaan.Berikut adalah sedikit perkongsian yang diolah kembali daripada rakaman temuramah bersama Dr Yusof al-Qardhawi di bawah tajuk “Syariah: Makna dan Dasarnya,” menerusi rancangan Syariah Dan Kehidupan, saluran al-Jazeera. Muqaddimah Terlebih dahulu beliau mengucapkan tahniah kepada saudara-saudara kita di Mesir yang telah berjaya menjalani pilihanraya dengan ketiga-tiga peringkat dan memilih calon-calon yang disokong oleh sebahagian besar rakyat.Tidak mungkin seluruh semuanya manusia bolehbersepakat di atas suatu perkara, ini sememangnya tabiat manusia.Maka, jika sebahagian besar manusia menyokong, sudah menandakan satu kebaikan, Insya Allah.Beliau mengucapkan tahniah dan mendoakan mereka mendapat petunjuk dalam melalui peringkat yang se

Kenapa Aku Tidak Najah Dalam Imtihan ??

Firman Allah s.w.t :  “ Dan berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang - orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dina “ Apabila tiba musim peperiksaan, pasti akan datang satu perasaan takut, berebar - debar, bosan, kenapa wujud peperiksaan dan sebagainya lagi keluar dalam benak fikiran kita. Mungkin ianya akan terngiang - ngiang dalam fikiran kita”kenapa aku tak najah - najah ni? Bukannya aku tak belajar. Siang malam aku belajar tapi hasilnya aku tak najah-najah jugak.” Pernahkah kita apabila melihat soalan,  kita tidak dapat menjawabnya? Itu merupakan masalah - masalah yang dialami oleh kita semua. Sememangnya  kita mengulangkaji pelajaran siang dan malam tetapi kita tidak mengambil cakna beberapa perkara sehingga kita merasa hairan mengapa masih lagi tidak berjaya dalam imtihan. 1)Kurang harapan kita pada Allah.  Memang benar kita mengulangkaji pelajaran siang dan malam bahkan sehingga