Skip to main content

Posts

Showing posts from 2015

MB GABUNGAN - "KAMI RASAKAN SEPERTI HARI KELUARGA"

MUZAKARAH BERKELOMPOK  GABUNGAN|IKHWAH KAHERAH, 18 Disember 2015, Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir di bawah anjuran Biro Dakwah dan Tarbiah (BDT) dan Biro Tabung Kebajikan, Kesenian dan Riadah telah mengadakan Muzakarah Berkelompok Gabungan Ikhwah. Ahli yang hadir sekitar 90 orang. Muzakarah Berkelompok Gabungan ini bertujuaan untuk mengukuhkan lagi hubungan antara ketua dan ahli Muzakarah berkelompok diperingkat KPIPM. Selain itu, medium ini digunakan sebaiknya utuk mengeratkan lagi hubungan ahli dengan kepimpinan KPIPM sesi ini. Sebelum memulakan program ini, pihak pimpinan telah bertungkus lumus merancang aktiviti dan menyedia peralatan aktiviti untuk melancarkan lagi program yang akan dijalankan. Program yang mengambil masa tidak begitu lama namun kesan dan objektifnya sangat memberangsangkan, di samping dapat mengukuhkan ukhuwwah dalam kalangan ahli, program seperti ini juga dapat merehatkan fikiran ahli yang mana sekarang ini sedang bertungkus-lumus membuat persia

BAGAIMANA RASULULLAH SAW MENYEMPURNAKAN AKHLAK YANG MULIA

BAGAIMANA RASULULLAH ﷺ MENYEMPURNAKAN AKHLAK YANG MULIA?      Ramai orang menganggap akhlak yang baik, cantik, molek, mulia itu hanya dispesifikkan kepada berapa akhlak yang dipandang baik dan sejuk di pandangan orang lain. Seperti penyayang, pemurah, pemaaf dan sebagainya. Namun kita tidak menerokai kesemua akhlak yang mulia di sisi Allah SWT yang termaktub di dalam Al-Quran Al-Karim.      Rasulullah ﷺ adalah role model utama kepada umat Islam yang mempunyai akhlak yang paling sempurna. Allah SWT memuji ketinggian akhlak Rasulullah ﷺ di dalam Al-Quran :                                                                 (وَإِنَّكَ لَعَلَىٰ خُلُقٍ عَظِيمٍ) "Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia." [Surat Al-Qalam : 4]      Para Nabi-nabi yang sebelumnya juga disifatkan dengan sifat-sifat akhlak yang terpuji, tetapi mengapa Allah SWT menggunakan kalimah 'azim satu-satunya kepada Nabi Muhammad ﷺ? Apakah rahsia disebaliknya?      Perkata

PARLIMEN GREECE BERSETUJU IKTIRAF PALESTIN

Selasa, 22 Disember 2015. ATHENS: Parlimen Greece dalam satu sesi khas pada Selasa meluluskan resolusi yang menyeru kerajaannya untuk mengiktiraf negara Palestin. Presiden sidang berkenaan, Nikos Voutsis berkata kesemua parti dalam parlimen Greece telah memberi sokongan penuh kepada resolusi itu. Voutsis berkata resolusi itu menggesa kerajaan Greece untuk "menggunakan prosedur yang sesuai bagi mengiktiraf Palestin dan menggiatkan usaha-usaha diplomatik bagi meneruskan perbincangan damai" di rantau itu. Persidangan khas parlimen Greece itu turut dihadiri Presiden Palestin, Mahmoud Abbas. Perdana Menteri Greece, Alexis Tspiras, sebelum ini mengumumkan pihaknya tidak akan lagi merujuk dokumen-dokumen rasmi kepada pihak berkuasa Palestin, namun ia akan merujuk sebagai Palestin sahaja. Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dan perbincangan bersama Mahmoud pada Isnin. Jelasnya, lawatan Mahmoud ke Greece adalah sebagai simbolik bagi "mengukuhka

MAKLUMAN PEMBUKAAN PERMOHONAN DERMASISWA MAIPk 2016

PERMOHONAN DERMASISWA ZAKAT (FISABILILLAH) MAJLIS AGAMA ISLAM & 'ADAT ISTIADAT MELAYU PERAK BAGI MAHASISWA/WI PERAK PENGAJIAN ISLAM, SAINS KESIHATAN DAN LAIN-LAIN TELAH DIBUKA PADA 21 DISEMBER 2015 HINGGA 10 JANUARI 2016,  KHUSUS UNTUK PERMOHONAN KALI KEDUA DAN BERIKUTNYA Makluman kepada seluruh mahasiswa/wi Perak, permohonan Dermasiswa Zakat (Fisabillah) MAIPk telah dibuka. Bagi sesiapa yang ingin memohon : Sila layari : www.maiamp.gov.my/dermasiswa untuk tindakan selanjutnya. Sehubungan itu para pemohon dikehendaki : 1.       Mengemaskini borang online terlebih dahulu di laman web: www.maiamp.gov.my/dermasiswa 2.       Dinasihatkan kepada pemohon agar mengisi borang online ini dengan LENGKAP tanpa meninggalkan mana-mana bahagian kosong untuk memudahkan proses permohonan. 3.       Sila cetak (print) borang permohonan online anda yang telah lengkap, kemudian lampirkan dokumen-dokumen berikut: 1.       SALINAN TERJEMAHAN PENGESAHAN PENGAJIAN SEMASA 2.      

KEMBARA AULIYA' TANTA : "AULIYA' DIJEJAKI, THAQAFAH DIMILIKI"

TANTA- Ketua Hal Ehwal Wanita Islam KPIPM sesi 2015/2016, di bawah seliaan Biro Perhubungan, Sambutan dan Rehlah telah mengadakan ziarah maqam ke Tanta dengan penyertaan seramai 49 orang peserta. Ziarah ini diberi nama Kembara Auliya’ Tanta (KEMBARA’15).   Ziarah yang bertemakan “Auliya’ Dijejaki, Thaqafah Dimiliki” ini seiring dengan objektif yang telah dirangka iaitu menambah thaqafah dengan mendalami kehidupan dan perjalanan ulama’, meningkatkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan ahli. Para peserta program bertolak dari Kaherah sekitar jam 8 pagi dengan menaiki dua buah coaster dan sebuah van.   Maqam auliya’ pertama yang kami ziarahi ini sangat masyhur dengan panggilan ‘Penyair Rasulullah’. Beliau merupakan pengasas Tarikat Khotibiyah dan telah menghimpunkan lebih 500 khutbah Nabi S.A.W serta berpegang dengan mazhab Hanafi. Beliau adalah Syeikh Mohd Kholil Khotib. Taklimat penerangan mengenai maqam-maqam yang diziarahi ini telah disampaikan

JELAJAH BAHNASA : "MENELUSURI SEJARAH, MENYINGKAP IBRAH"

JEJAK BAHNASA’15|MENELUSURI SEJARAH, MENYINGKAP IBRAH KAHERAH, 12 Disember 2015,Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2015/2016 di bawah anjuran Biro Perhubungan, Sambutan dan Rehlah (BPSR) telah mengadakan ziarah Bahnasa El-Minya dengan ahli seramai  49 orang di peringkat ikhwah.      Ziarah Bahnasa kali ini telah diberi nama Jejak Bahnasa’15 dengan bertemakan ”Menelusuri  Sejarah, Menyingkap Ibrah”. Antara objektif yang digariskan dalam program ini adalah untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Sang Pencipta dengan menghayati ciptaannya, seterusnya adalah untuk menambahkan thaqafah dengan meneladani kehidupan dan mengeratkan ukhuwah dalam kalangan ahli KPIPM. Para peserta program telah berkumpul di Baitul Rahman pada pukul 5.30 pagi dan bertolak dari Kaherah ke Bahnasa pada pukul 6.00 pagi dengan menaiki sebuah bas.      Sebelum sampai ke destinasi Badan Kebajikan Anak Negeri BKAN Melaka telah menghubungi pengarah program Jejak Bahnasa’15 dengan memaklumkan bahawa pih

ILMU & KEPENTINGANNYA

Ilmu & Kepentingannya "طلب العلم فريضة على كل مسلم" (HR Al-Baihaqi)      Kebanyakan manusia mengetahui ilmu itu adalah sesuatu benda yang penting. Kerana dengan ilmu itu akan terbitnya amalan yang berasaskan ilmu. Tetapi ramai dalam kalangan kita tidak mengerti apa yang dimaksudkan dengan tuntutan ilmu itu. Apa itu tuntutan ilmu?      Mengungkap keratan ayat di atas yang menunjukkan bahawa setiap manusia yang bergelar seorang muslim, terletak pada bahunya untuk mencari atau mendalami ilmu. Dalam pada yang sama, kita ketahui bahawa rata-rata seorang muslim itu semakin gigih untuk mencari atau mendalami ilmu. Akan tetapi apakah yang kita inginkan? Kemegahan? Pangkat? Harta? Ramai juga dalam kalangan kita terkeluar landasan daripada apa yang kita niatkan.      Ramai yang pada awalnya, berniat hanya kerana Allah, akan tetapi mereka kalah di pertengahannya dengan segala onak dan duri yang telah dirancangkan oleh syaitan. "Masa itu seperti pedang, sekiran

MAKLUMAN PENANGGUHAN PROGRAM DI PERINGKAT KPIPM

MAKLUMAN PENANGGUHAN PROGRAM DI PERINGKAT KPIPM Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang            Sesi pengajian fasa pertama bagi 2015/2016 kini semakin rancak dalam tempoh persediaan menuju ke musim peperiksaan. Semua mahasiswa/wi sedang bersiap sedia dengan setiap medium yang ada bagi memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan.                      Sehubungan dengan itu, Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2015/2016 dengan ini memaklumkan bahawa tanggal 15 Safar 1437 H bersamaan 27 November 2015 sebagai tarikh penangguhan sebarang program di peringkat KPIPM dengan pengecualian program yang berbentuk ilmiah dan motivasi. Ini bagi memberi persediaan dan semangat kepada mahasiswa/wi dalam menghadapi peperiksaan yang akan tiba tidak lama lagi.           Oleh yang demikian, KPIPM mengharapkan seluruh mahasiswa/wi dapat memanfaatkan setiap peluang yang ada dan memberikan sepenuh perhatian dalam pelajaran. Peringkat KPIPM juga mend

YDP KPIPM YAKIN MAHASISWA USMB 2015 BAKAL JADI KEPIMPINAN MASYARAKAT AKAN DATANG

YDP KPIPM YAKIN MAHASISWA USMB 2015 BAKAL JADI KEPIMPINAN MASYARAKAT AKAN DATANG KAHERAH, 31 Oktober 2015 - Program USMB KPIPM 2015 yang dijalankan selama 3 bulan akhirnya melabuhkan tirainya. Para peserta akhirnya mendapat pelbagai input sepanjang program ini berlangsung dengan harapan agar mereka dapat meneruskan perjuangan sebagai seorang mahasiswa yang proaktif.       Pada kali ini, program penutup bagi USMB ini disudahi dengan aktiviti santai iaitu Jaulah ke Ain Sukhnah. Program ini bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah di kalangan mahasiswa baru dan juga memberikan suntikan semangat kepada mereka untuk meneruskan kehidupan sebagai mahasiswa.      Program yang dimulakan dengan aktiviti sukaneka ini dilaksanakan dengan bergitu jayanya. Seterusnya program ini dijayakan lagi dengan acara dewan dan program penutup USMB ini akhirnya dirasmikan oleh Yang Dipertua KPIPM sesi 2015/2016, Ustaz Ainuddin Bin Ishak.      "Peringkat KPIPM mengharapkan agar kalian selepas ini bakal

MAKLUMAN PEMANGKUAN TIMBALAN YANG DIPERTUA KPIPM SESI 2015/2016

Makluman Pemangkuan Timbalan Yang Dipertua (Unit Penerangan dan Penerbitan) KPIPM sesi 2015/2016 BERILMU, BERAMAL, IKHLAS  "MEMURNIKAN PEMIKIRAN MELESTARIKAN KESATUAN"

KALAM RASMI YANG DIPERTUA KPIPM SESI 2015/2016

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang . Segala puji bagi Allah SWT tuhan sekalian alam, DIA-lah yang telah mengurniakan kepada kita dua nikmat terbesar dalam kehidupan iaitu nikmat Iman dan Islam. Selawat dan salam dipanjatkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang telah menginfaqkan seluruh kehidupannya untuk meninggikan dan memperkasakan agama Allah SWT. Tidak dilupakan juga, kepada para sahabat Nabi dan insan-insan yang meniti jalan dakwah dan jejak langkah mereka di sepanjang zaman. Firman Allah SWT:   "Allah SWT tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Ia mendapat pahala (dari kebaikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): " Ya tuhan kami, jangan Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulny

RIADAH KPIPM : FUTSAL NIGHT 2015 "Malam Bersama Semua"

        FUTSAL NIGHT : MALAM BERSAMA SEMUA          Pada tanggal 15 okotber 2015 yang lalu, Biro Tabung Kebajikan, Kesenian dan Riadah Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2015/2016 (BTKKR) telah mengadakan program Futsal Night kepada seluruh anak-anak Perak Mesir bagi mengeratkan ukhuwah antara satu sama lain di samping mengumpulkan anak-anak Perak di sekitar Kaherah dan juga muhafazah.           Malam Rabu tersebut telah menyaksikan kehadiran lebih 100 orang anak-anak Perak bagi menjayakan program Futsal Night anjuran BTKKR ini. Anak-anak Perak dibahagikan kepada 14 kumpulan yang disusun mengikut nama buah-buahan di dalam bahasa arab seperti tuffah, mauz, bittikh dan sebagainya.           Futsal pada kali ini tidak dapat meneruskan perlawanan separuh akhir dan akhir kerana kesuntukan masa. Jadi pemenang adalah mengikut kumpulan yang telah diberikan. Kumpulan A telah dimenangi oleh kumpulan Karoz dan naib johan, kumpulan Mauz, manakala bagi kumpulan B, johan kumpula

PEMAKLUMAN PEMANGKUAN AJK BADAN PENASIHAT KPIPM SESI 2015/2016

PEMAKLUMAN PEMANGKUAN AJK BADAN PENASIHAT KPIPM SESI 2015/2016

STRUKTUR ORGANISASI KPIPM SESI 2015/2016

STRUKTUR ORGANISASI KPIPM SESI 2015/2016 BERILMU, BERAMAL, IKHLAS  "MEMURNIKAN PEMIKIRAN MELESTARIKAN KESATUAN "

DIREKTORI : BADAN PENASIHAT KPIPM SESI 2015/2016

Anggota Badan Penasihat KPIPM Sesi 2015/2016 

DIREKTORI : AHLI JAWATANKUASA TADBIR & AHLI JAWATANKUASA HEWI KPIPM SESI 2015/2016

1) Ahli Jawatankuasa Tadbir KPIPM sesi 2015/2016 2) Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) KPIPM sesi 2015/2016 BERILMU, BERAMAL, IKHLAS  "MEMURNIKAN PEMIKIRAN MELESTARIKAN KESATUAN"

INDAH’15 - Penghayatan Sirah Aidiladha Menyulam Mahabbah Ahli KPIPM

KAHERAH- 23 September 2015, bersempena dengan perayaan Aidiladha, Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir telah menganjurkan program Inspirasi Aidiladha 2015 (INDAH’15) dengan kerjasama Atase Pendidikan Negeri Perak. Program yang bertemakan “Hayati Sirah, Sulami Mahabbah” ini telah dirasmikan oleh Yang Dipertua KPIPM, Ustaz Muhammad Ainuddin Bin Mohd Ishak yang bertempat di Dewan Syeikh Idris Al-Marbawi, Baitul Ridzuan. Sebanyak 40 ekor kambing dan 3 ekor unta telah dijadikan korban pada tahun ini. Pada pagi hari raya pertama, ahli KPIPM bergegas ke Masjid Ibadurrahman, Hayyu  Sabei' bagi menunaikan solat sunat Aidiladha bersama penduduk sekitarnya. Manakala di sebelah malamnya pula Ceramah Perdana di bawah kelolaan Biro Dakwah dan Tarbiyah KPIPM sesi 2015/2016 diadakan bagi mencapai objektif yang dibawa oleh INDAH’15. Seterusnya, pada hari raya kedua, seawal jam 6 pagi ahli bergotong-royong menjalankan proses penyembelihan dan melapah sehingga masuk waktu solat jumaat. S

MAT'49 & MTH'28 - “MUSYAWARAH MEMACU KEGEMILANGAN KESATUAN”

KAHERAH, 19 SEPTEMBER 2015 – Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir  sesi 2014/2015 di bawah Jabatan Setiausaha Agung telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) kali ke-49 dan Mesyuarat Tahunan Hewi (MTH) kali ke-28.  Objektif program ini diadakan adalah untuk mengeratkan ukhuwah antara ahli dan pimpinan.  Selain itu, untuk memberi pendedahan kepada ahli tentang gerak kerja persatuan, dan merupakan medium muhasabah dan cadangan bagi meningkatkan kualiti gerak kerja berorganisasi.  Program ini berlangsung di Dewan Syiekh Idris Al- Marbawi, Baitul RIdzuan dengan bertemakan “MUSYAWARAH MEMACU KEGEMILANGAN KESATUAN”.               Bermula 8.00 pagi, Kaunter Pendaftaran Ahli KPIPM telah dibuka. Meraka telah diberi taklimat awal berkenaan disiplin dan protokol sepanjang program itu berlangsung. Seterusnya, program itu di serikan lagi dengan Majlis perasmian. Program ini dirasmikan oleh Atase Pendidikan Negeri Perak En.Munawer bin Mohamed Noh. Selepas itu, bermulalah acara yang

Anggota Badan Penasihat KPIPM Sesi 2015/2016

Anggota Badan Penasihat KPIPM Sesi 2015/2016

Ahli Jawatankuasa Tadbir dan Ahli Jawatankuasa HEWI KPIPM Sesi 2015/2016

Ahli Jawatankuasa Tadbir dan Ahli Jawatankuasa HEWI KPIPM Sesi 2015/2016