Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2016

CARTA ORGANISASI AHLI MAJLIS PERWAKILAN KPIPM SESI 2015/2016

 AHLI MAJLIS PERWAKILAN KPIPM SESI 2015/2016 BERILMU, BERAMAL, IKHLAS  "MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"

RISE'16 | MENELUSURI IBRAH KALIMULLAH

RISE'16 | MENELUSURI IBRAH KALIMULLAH KAHERAH : Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) di bawah kelolaan Biro Perhubungan, Sambutan dan Rehlah telah berjaya menganjurkan Jaulah ke Semenanjung Sinai pada 12,13, dan 14 Mac 2016 yang lepas.  Jaulah yang diadakan selama 3 hari 2 malam ini diberi nama "Road to Sinai"  (RISE’16) yang bertujuan untuk mengukuhkan ukhuwah dalam kalangan ahli KPIPM serta menyingkap ‘ibrah dan pengajaran daripada kisah para nabi dan kaum-kaum terdahulu sekaligus dapat mempraktikkan sunnah mengembara. Firman Allah SWT dalam Surah Ar-Rum ayat ke 42: Katakanlah: "Mengembaralah kamu di muka bumi kemudian lihatlah Bagaimana kesudahan orang-orang Yang telah lalu (yang telah dibinasakan); kebanyakan mereka adalah orang-orang musyrik".      RISE ‘16 ini telah disertai seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada semua peringkat ahli sama ada mahasiswa baru mahupun mahasiswa yang lama. Perjalanan dimulakan tepat jam 2.45 pagi p

KEMPEN "FREEDOM" | PENGEBOMAN ANKARA

KEMPEN "FREEDOM" | PENGEBOMAN ANKARA ANKARA:  Sekurang-kurangnya 34 orang terkorban manakala 125 cedera akibat letupan bom di Ankara, Turki pada Ahad. Bom itu meledak di Dataran Ataturk Bulvari dekat pusat bandar Ankara dan letupannya boleh didengari dari jarak beberapa kilometer. Kesan letupan berkenaan, termasuk serpihan bahan yang terbakar telah terserak ke radius beberapa ratus meter dan jatuh ke bangunan Kementerian Dalam Negeri, mahkamah serta bangunan pejabat perdana menteri yang lama. Menurut stesen televisyen tempatan NTV, letupan dipercayai akibat letupan sebuah bom kereta. Ia diletupkan berdekatan sebuah bas dan turut mencetuskan kebakaran beberapa kenderaan berdekatan. Berikutan kejadian itu, pihak berkuasa Turki menutup kawasan pejabat kerajaan berkenaan serta melarang media daripada membuat laporan insiden berkenaan. Dua pegawai kanan keselamatan memberitahu Reuters bahawa siasatan awal mencadangkan bahawa insiden itu dilakukan Parti Pekerja K

PERKONGSIAN KULIAH MENJAYAKAN KEMPEN & USUL

PERKONGSIAN KULIAH MENJAYAKAN KEMPEN & USUL KAHERAH- Biro Pelajaran dan Ilmiah KPIPM sesi 2015/2016 telah menganjurkan program ilmiah pada hari Khamis, 10 Februari 2016 di Dewan Syeikh Sya’rawi, Baitul Rahman. Program yang  diberi nama Perkongsian Kuliah diadakan bagi menambah thaqafah dan ilmu pengetahuan agama dalam kalangan ahli KPIPM.       Program ini merupakan salah satu aktiviti yang dirancang pada peringkat Biro Pelajaran dan Ilmiah bagi menjayakan kempen yang dibawa pada sesi kali ini iaitu “Kempen Ma’an Najah”. Objektif yang digariskan pada program kali ini adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada ahli KPIPM untuk berkongsi ilmu daripada kuliah masing-masing serta menyediakan medan latihan kepada ahli untuk menyampaikan ilmu yang dipelajari,  sekaligus bagi menjayakan usul yang dibawa KPIPM pada sesi ini.       Program ini bermula selepas solat fardhu maghrib dan bacaan yasin, iaitu pada jam 8.30 malam.Tajuk perkongsian kuliah yang dibawa pada kali ini adal

"TUBUH JAWATANKUASA KHAS" | KENYATAAN BERSAMA YDP-YDP BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI DI MESIR

KENYATAAN BERSAMA YDP-YDP BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI (BKAN) Mesyuarat Yang Di-Pertua (YDP) Badan Kebajikan Anak Negeri telah diadakan pada hari Ahad, 6 Mac 2016 di Dewan Soleh Al-Masri, Asrama Rumah Pulau Pinang, Hayyu Sabiek yang dipengerusikan oleh Saudara Mohammad Ainuddin Bin Mohd Ishak, YDP Keluarga Pelajar-Pelajar Islam Perak Mesir  (KPIPM) adalah bertujuan membincangkan permasalahan dan menyusun aktiviti-aktiviti secara bersama. Mesyuarat telah mencapai kata sepakat seperti berikut : 1. Mesyuarat pada kali ini memfokuskan berkenaan usaha memperkasakan kesatuan antara BKAN-BKAN yang telah terjalin sejak sekian lama. Beberapa program anjuran bersama telah diadakan untuk mencapai objektif tersebut, antaranya Ifthor Jamaie 1436H, Solat Sunat Aidilfitri, Nadwah Thaqafiah 2015, dan yang terkini sedang berlangsung adalah Hari Thaqafah Mahasiswa (HAMASAH). 2. Justeru bagi melancarkan gerak kerja secara bersama, YDP-YDP BKAN bersetuju untuk mewujudkan satu jawatankuasa khas y

DISKUSI KITAB "al-Islam Syari'atuz Zaman wal Makan"

MUZAKARAH BERKELOMPOK GABUNGAN TAHAP SATU KAHERAH, 26 Feb – Jabatan Fasilitator di bawah Biro Dakwah dan Tarbiah KPIPM telah berjaya mengadakan satu program Muzakarah Berkelompok Gabungan khusus untuk pelajar USMB sesi 2015/2016. Ianya bertujuan untuk memberikan pendedahan tentang konsep kesyumulan Islam beserta hikmah pensyariatan di dalam Islam.      Muzakarah Berkelompok Gabungan tersebut diisi dengan diskusi kitab “AL-ISLAM SYARI'ATUZ ZAMAN WAL MAKAN” yang dibentangkan oleh Ustazah Afiqah Syuhaidah binti Abd Samad, Timbalan Pengarah 2 Hisbah KPIPM sesi 2015/2016.      10 ciri-ciri syariat Islam telah dihuraikan serba ringkas oleh pembentang. Seperti yang kita semua sedia maklum, Islam itu merangkumi semua aspek dan tiada agama yang sesempurna seperti agama Islam. Malah dalam kitab ini juga diterangkan mengenai bukti-bukti terkini tentang kesan pensyariatan. Bukti-bukti tersebut berdasarkan bukti semasa, bukti daripada perkumpulan-perkumpulan dan bukti daripada golongan p

GRADUAN DAN GRADUANITA KPIPM DIRAI DALAM MKAC'16

MAJLIS KESYUKURAN & ANUGERAH CEMERLANG (MKAC ’16) KAHERAH – Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2015/2016 dengan kerjasama Pejabat Atase Pendidikan Negeri Perak telah menganjurkan program yang dinamakan Majlis Kesyukuran & Anugerah Cemerlang (MKAC ’16). MKAC ’16 menggariskan 3 objektif penting iaitu meraikan pencapaian ahli di dalam peperiksaan, mengeratkan ukhwah antara anak-anak Perak, serta membangkitkan semangat ahli untuk bersaing dalam kecemerlangan akademik. Program ini melibatkan mahasiswa/wi Pengajian Islam mahupun Sains Kesihatan. Program yang bertemakan “Mahasiswa Cemerlang Tonggak Ummah Terbilang” ini telah berlangsung dengan jayanya pada 18 februari 2016 bertempat di Dewan Syeikh Idris Al-Marbawi, Baitul Ridzuan.      Program ini telah dirasmikan oleh Yang Dipertua Badan Kebajikan Pelajar Johor di Mesir, Ustaz Muhammad Ariff bin Haron. Pada malam itu, seramai 48 mahasiswa/wi Pengajian Islam, 47 mahasiswa/wi Sains Kesihatan, 2 graduan/nita Pengajian

3 MAC 1924 | SEJARAH HITAM UMAT ISLAM SEDUNIA

3 MAC 1924 | SEJARAH HITAM UMAT ISLAM SEDUNIA     Islam pada abad kegemilangannya suatu ketika dahulu pernah menaungi 2/3 dunia. Namun, pada tarikh 3 Mac 1924, genaplah sudah 92 tahun tarikh hitam kejatuhan  dan kehilangan Empayar Khilafah Uthmaniyah. Kehilangan ini bukan sahaja melibatkan kejatuhan Empayar Uthmaniyah, bahkan meliputi kejatuhan Islam secara keseluruhannya.     “S esungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pelajaran bagi orang yang mempunyai akal fikiran. Al-Quran itu bukanlah cerita yang dibuat-buat tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu bahkan sebagai petunjuk serta rahmat bagi kaum yang beriman.” ( Surah Yusuf : ayat 111 )     Islam pernah menawan Kota Constantinople di bawah pemerintahan Sultan Muhammad al-Fatih sekali gus mengakhiri Empayar Byzantine pada tahun 1453. Durasi masa sejarah selepas itu dipenuhi dengan peristiwa demi peristiwa dengan bertukarnya tampuk kepimpinan, peristiwa peperangan dan serangan