Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2015

EKSPEDISI SINAI'15 | JAULAH YANG MERIBAT UKHUWWAH ISLAMIAH

EKSPEDISI SINAI ‘15 15 FEBRUARI 2015: Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) di bawah kelolaan Biro Perhubungan, Sambutan dan Rehlah telah berjaya menganjurkan satu rehlah ke Semenanjung Sinai sempena cuti musim sejuk pada 15 hingga 17 Februari 2015. Rehlah ini yang diberi nama Ekspedisi Sinai ’15 bertujuan bagi mengeratkan ukhuwah di kalangan ahli KPIPM selain daripada mengambil ‘ibrah daripada kisah-kisah para anbiya dan kaum-kaum terdahulu serta dapat mempraktikkan sunnah mengembara. Firman Allah SWT dalam Surah Ar-Rum ayat ke 42: 42. Katakanlah: "Mengembaralah kamu di muka bumi kemudian lihatlah Bagaimana kesudahan orang-orang Yang telah lalu (yang telah dibinasakan); kebanyakan mereka adalah orang-orang musyrik". Ekspedisi Sinai ’15 ini telah berjaya mengumpulkan ahli KPIPM seramai 48 orang bagi menjayakannya yang terdiri daripada semua peringkat ahli sama ada mahasiswa baru mahu

EXPLORIA'15 | KEMBARA MENITI SEJARAH

KAHERAH, 21 FEBRUARI 2015- Ketua Hal Ehwal Wanita Islam KPIPM Sesi 2014/2015, di bawah seliaan Biro Perhubungan, Sambutan dan Rehlah (BPSR) HEWI KPIPM Sesi 2014/2015 telah mengadakan Jaulah Explore To Alexandria 2015 (EXPLORIA'15) yang bertemakan  "Unwind Your Mind, Develop Your Knowledge".        Jaulah yang disertai oleh 36 orang peserta ini membawakan objektif untuk menambahkan ilmu pengetahuan serta meluaskan pengalaman ahli HEWI KPIPM, mengeratkan ukhuwah dan meningkatkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T. Para peserta program bertolak dari Kaherah seawal jam 3 pagi dengan menaiki sebuah coaster dan sebuah tramco.        Sekitar jam 7 pagi, para peserta telah selamat sampai dan berkumpul di Markaz Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah (DPMI) untuk bersarapan dan beramah mesra bersama pimpinan DPMI. Tujuan kunjungan ini diadakan ialah untuk memberikan pendedahan kepada para peserta tentang bermulanya sejarah kewujudan DPMI dan bersama menyelami permasalahan yang dihada

Follow Only One of the Four Sunni Legal Schools of Jurisprudence

Am I obliged to follow only one of the four sunni legal schools of jurisprudence? Are there any other options that one can follow? Answer : Regarding this issue, there is a difference between learning and applying. When it comes to applying, abiding by a certain legal school of jurisprudence for lay people is not obligatory in every matter as they are eligible to adopt the legal opinion of other juristic scholars and mujtahids. Therefore, lay people have no certain legal school of jurisprudence because they follow the juristic opinion of the scholar they ask. This is the established opinion for the Hanafis. The renowned Hanafi scholar Ibn ‘Abdeen stated in his commentary in reference to Imam al Sharnibali that he said, “one does not have to abide by a certain legal school and he is permitted to follow an opinion which opposes the opinion of the juristic legal school which he follows. He is allowed to adopt two opposite opinions in two separate incidents that are n

TAFAQQUH AN-NISA' KPIPM KEMBALI LAGI!!!

KAHERAH, 16 FEBRUARI 2015 - Biro Pelajaran dan Ilmiah Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2014/2015 telah menyambung kembali kelas Tafaqquh An-Nisa' setelah dihentikan seketika kerana memberi laluan kepada imtihan fasa 1 yang lalu. Pada kali ini, Tafaqquh An-Nisa' menyajikan kepada ahli HEWI KPIPM dengan pembentangan Kitab ' Al-Iltizam Fil Islam ', Silsilah Muhadharah Al-Ustaz Dr. Wajdi Ghanim yang telah dibentangkan oleh Ustazah Siti Nabilah Binti Zakaria, selaku Timbalan Ketua HEWI KPIPM sesi 2014/2015.      Pembentangan tersebut telah dijalankan di Dewan Syeikh Sya'rawi, Baitul Rahman, pada jam 4.30 petang. Aktiviti ini juga mendapat sambutan yang baik dari kalangan mahasiswi Perak.      Antara isi kandungan kitab ini adalah : 1- Iltizam dengan cara hidup Islam merupakan tanggungjawab setiap individu 2- Seorang Muslim perlulah mengabdikan diri kepada Allah sahaja sehingga tidak lagi takut dan risau kehilangan rezeki yang telah ditentukan 3- Seo

WINTER'S DAURAH : "Mahasiswa Berthaqafah, Memacu Hadharah Islamiah"

KAHERAH, 8 Februari – Winter's Daurah anjuran Biro Pelajaran dan Ilmiah Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2014/2015 telah berlangsung dengan jayanya selama 3 hari bermula pada 8 Februari sehingga 10 Februari 2015. Antara objektif program ini diadakan adalah untuk melahirkan mahasiswa yang memahami maqasid Islam yang betul, dalam masa yang sama mampu mewujudkan suasana ilmu di dalam Wisma Perak Darul Ridzuan serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan ahli. Tema yang telah disepakati untuk Winter's Daurah ini ialah "Mahasiswa Berthaqafah, Memacu Hadharah Islamiah". Program ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada anak-anak Perak sendiri dan juga individu-individu luar.         Winter's Daurah membuka tirainya dengan diskusi Kitab Matan Al-Manzhumah Al-Baiquniah (Ulumul Hadis), yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Alimi bin Osman. Antara tajuk yang dibincangkan ialah berkaitan istilah-istilah hadis dan bahagian-

MAKLUMAN PEMBUKAAN PERMOHONAN DERMASISWA ONLINE BAGI MAHASISWA/WI PERAK PENGAJIAN ISLAM

PERMOHONAN DERMASISWA ONLINE BAGI MAHASISWA/WI PERAK PENGAJIAN ISLAM AKAN DIBUKA  PADA 15 FEBRUARI – 8 MAC 2015 Makluman kepada seluruh mahasiswa/wi Perak, permohonan Dermasiswa Zakat Perak bagi Pengajian Islam sesi 2014/2015 akan dibuka seperti tarikh di atas. Bagi sesiapa yang ingin memohon, hendaklah membuat terjemahan pengesahan pengajian dan keputusan peperiksaan di pejabat Atase Pendidikan Negeri Perak, waktu urusan seperti berikut:- ·          Hari    : Ahad – Khamis ·          Masa  : 9.00 pagi – 4.00 petang               (Rehat : 1.00 petang – 2.00 petang) Sila layari http://www.maiamp.gov.my/dermasiswa untuk tindakan selanjutnya. Sehubungan itu: ·          Permohonan Kali Pertama anda perlu: 1.        Membuat pendaftaran online terlebih dahulu di laman web yang sama:              http://www.maiamp.gov.my/dermasiswa 2.        Di nasihatkan kepada pemohon agar mengisi borang online ini dengan LENGKAP tanpa meninggalkan mana-mana bahagian kosong