Thursday, January 19, 2012

Kenapa Aku Tidak Najah Dalam Imtihan ??



Firman Allah s.w.t : “ Dan berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang - orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dina “
Apabila tiba musim peperiksaan, pasti akan datang satu perasaan takut, berebar - debar, bosan, kenapa wujud peperiksaan dan sebagainya lagi keluar dalam benak fikiran kita. Mungkin ianya akan terngiang - ngiang dalam fikiran kita”kenapa aku tak najah - najah ni? Bukannya aku tak belajar. Siang malam aku belajar tapi hasilnya aku tak najah-najah jugak.”
Pernahkah kita apabila melihat soalan,  kita tidak dapat menjawabnya?

Itu merupakan masalah - masalah yang dialami oleh kita semua. Sememangnya  kita mengulangkaji pelajaran siang dan malam tetapi kita tidak mengambil cakna beberapa perkara sehingga kita merasa hairan mengapa masih lagi tidak berjaya dalam imtihan.
1)Kurang harapan kita pada Allah. Memang benar kita mengulangkaji pelajaran siang dan malam bahkan sehingga tidak tidur. Tetapi kita lupa pada yang memberikan kejayaan dalam peperiksaan kita iaitu Allah taala. Apabila berjaya kita menganggap ianya adalah hasil usaha sendiri dan tidak mendapat prtolongan sesiapapun.

                                                                                  
Berkata al imam Ibnu Ataillah r.a : “Di antara tanda-tanda orang yang bersandar ( bergantung ) pada amal sendiri adalah kurang harapan kepada Allah apabila berlaku padanya kesalahan”. Kita perlu ingat dan faham apabila berlaku sesuatu perkara yang baik, itu adalah ujian dan nikmat daripada Allah dan apabila berlaku sesuatu perkara yang buruk  maka itu juga adalah ujian dan nikmat daripada Allah.

2)Kurang hubungan dengan Allah. Firman Allah taala: “ Maka ingatlah Aku (dengan berzikir kepada Ku) nescaya Aku akan mengingati kamu” (Al - Baqarah: 152).

 
                                                                             
Apabila tiba musim peperiksaan, kita memang akan mengulangkaji bersungguh sungguh. Itu adalah perbuatan yang baik tetapi berlaku satu kekurangan pada hubungan dengan seperti solat kita, doa kita, munajat kita atau ikhtiar kita dari sudut spiritual. Apabila masuk waktu solat, kita melengah - lengahkan solat sehingga kadang-kadang  ‘ terbabas ‘ untuk menunaikan solat. Bila berlaku keadaan seperti itu,agak sukar untuk Allah memberikan kejayaan kepada kita.
3)Sikap mementingkan diri sendiri. Ini adalah sikap yang perlu kita hindari kerana ini adalah sikap yang negatif lebih - lebih lagi kita sebagai mahasiswa.

Firman Allah s.w.t : “ Dan hendaklah kamu tolong - menolong dalam perkara - perkara kebaikan dan ketaqwaan dan janganlah kamu tolong - menolong dalam perkara - perkara kejahatan dan permusuhan “.  Apabila sahabat kita memerlukan pertolongan, janganlah kita memberatkan tulang kita untuk memberi pertolongan kepada sahabat kita kerana itulah peranan sahabat.

Saling bantu membantu antara satu sama lain barulah tersemai kemanisan ukhuwwah yang akan merapatkan lagi hubungan dalam bersahabat. Apabila kita memberi pertolongan kepada sahabat kita yang memerlukan walaupun hanya sedikit pertolongan yang diberikan ikhlas kerana Allah, bukan sahaja pahala yang Allah ganjarkan tetapi Allah akan tambahkan nikmat kepada kita iaitu kejayaan dalam peperiksaan, kejayaan di dunia dan kejayaan di akhirat.
Jadi janganlah kita amalkan sikap negatif ini supaya kita mendapat kejayaan dalam peperiksaan dengan keberkatan daripada Allah. Perbanyakkanlah doa kepada Allah kerana Allah sangat cinta kepada sesiapa yang meminta minta kepadaNya.


“Carilah ketenangan dapatkan bahagia.Cintakan Allah setiap masa.Bila zikrullah itu dihayati,maka barulah 'bahagia' itu kita akan temui”.



sumber : ubs-pmram


No comments:

Post a Comment

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELAJAR ISLAM PERAK MESIR SESI 2023/2024

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELA...