Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2010

Pendaftaran : Majlis Ramah Mesra Rombongan Delegasi Perak Dan Anugerah Cemerlang 2010

Makluman : KPIPM akan mengadakan Majlis Ramah Mesra bersama Delegasi Negeri Perak dan Anugerah Cemerlang dengan kerjasama Pejabat Pengurusan HEP Perak pada 10.10.2010. Kepada graduan/nita dan mahasisiwa/wi cemerlang yang ingin menyertai majlis anugerah tersebut,sila buat pendaftaran kepada Ahli Majlis Perwakilan (Mandub/ah) masing-masing atau terus kepada Unit Pendaftaran : 1) Saudara Shahrul Rashid bin Ghazali 011-1523011 2) Saudari Hazila binti Abdul Hamid 014-8089636 Pastikan anda mendaftar sebelum tarikh tutup pendaftaran pada 30/9/2010. PENGANGKUTAN AKAN DISEDIAKAN OLEH PIHAK PEJABAT HEP PERAK.

Iftor Jama'ie dan Qiamullail mendapat sambutan

KAHERAH,23 September – Di dalam bulan Syawal,kita digalakkan untuk berpuasa enam. Oleh itu KPIPM telah menganjurkan Iftor Jama’ie untuk memberikan galakkan kepada ahli KPIPM untuk turut berpuasa Syawal. Ini bertepatan dengan apa yang telah disampaikan oleh Presiden PMRAM,saudara Shahrizan bin Mohd Hazime di dalam khutbah hari raya baru-baru ini. Program bermula dengan upacara tahlil pada jam 6.30 petang disusuli dengan majlis berbuka puasa. Majlis ini melihatkan ramai di kalangan ahli KPIPM menyambut baik galakan untuk bersama-sama berpuasa enam. Seperti kebiasaan malam Jumaat,majlis diteruskan dengan bacaan Yaasin dan sedikit tazkirah. Pentazkirah jemputan yang dijemput khas daripada Fellow Manhal PMRAM iaitu saudara Mohamad Hanif bin Haron. “Sekiranya kamu hendak melakukan maksiat,buatlah ia di tempat yang Allah tidak dapat melihat kamu”. Ujar beliau dalam menceritakan mengenai ucapan Imam Hasan Al-Basri kepada seorang pemuda. Turut hadir bersama di dalam majlis tersebut adalah

Kelahiran anak Perak di bumi Mesir

Gambar hiasan ZAQAZIQ, 20 September – Cahaya KPIPM hari ini bertambah bersinar dengan kelahiran cahaya mata kedua daripada pasangan Ustaz Muhamad Mumtaz bin Harun dan Ustazah Faezah binti Spian. Anak lelaki yang masih belum diberikan nama tersebut,selamat dilahirkan di Hospital Taisir,Mauqif Mansurah,Zaqaziq pada jam 7.15 malam,kira-kira selepas azan Maghrib berkumandang. Dan wartawan dimaklumkan bahawa proses bersalin tersebut terpaksa dilakukan pembedahan. Kos perbelanjaan pula mencecah LE 3,000 dan terpaksa ditanggung oleh keluarga tersebut. Bagi sesiapa yang berhajat untuk meringankan beban keluarga tersebut,adalah amat dialu-alukan. Sebarang sumbangan yang ingin disalurkan, bolehlah menghubungi Ketua Biro Tabung Kebajikan ,Kesenian dan Riadhah,saudara Mohamad Amirul Fahmi bin Zulkefli. Semoga keindahan seri KPIPM akan bertambah lagi dengan kelahiran cahaya mata dari pasangan-pasangan yang akan datang.

Wisma Darul Ridzuan A dikunjungi pelajar perubatan JPA

KAHERAH, 20 September – Yang DiPertua KPIPM,saudara Khairul Ashraf bin Mohd Khir menyifatkan bahawa slot bersama BKAN bagi mahasiswa/wi perubatan tajaan JPA pada tahun ini perlu diteruskan. “Program seperti ini dapat memastikan agar semua mahasiswa/wi perubatan yang baru tiba di bumi mesir ini mengenali fungsi BKAN itu sendiri”. Kata beliau kepada wartawan blog. Seramai 6 orang mahasiswa/wi perubatan yang berstatus anak Perak di bawah tajaan JPA pada tahun ini tiba di bumi Mesir. Wartawan blog dimaklumkan bahawa mereka akan mengikuti PSMB ’10 yang bertempat di Dewan Malaysia Abbasiyyah Kaherah,Arma dari 19 hb hingga 22 September ini. Di dalam sesi penerangan mengenai KPIPM kepada mereka,turut hadir bersama beberapa AJK dan AJK HEWI yang lain. Majlis ini dipimpin oleh Setiausaha Agung,saudara Ibnu Abbas bin Azizuddin yang bermula pada jam 6.00 petang. YDP KPIPM,saudara Khairul Ashraf bin Mohd Khir pula mengambil alih majlis dalam menerangkan fungsi KPIPM di bumi anbiya’ ini. “KPI

BKAN Perak bersama pelajar perubatan MARA di Iskandariah

ISKANDARIAH, 20 September – Bumi Iskandariah pada hari ini digegarkan dengan kehadiran hampir semua wakil BKAN dari Kaherah bagi bersama-sama pelajar baru tajaan MARA dalam slot bersama BKAN. Slot ini merupakan salah satu program yang disediakan oleh PSMB ’10 bagi mahasiswa/wi perubatan MARA yang baru tiba di bumi Mesir. Semua wakil BKAN yang tiba disambut mesra oleh AJK pelaksana program yang bertempat di bangunan MARA,Iskandariah. TYDP KPIPM,saudara Mohammad Omar bin Adam mewakili YDP KPIPM dan beserta beberapa AJKT dan AJK HEWI yang lain juga hadir bersama. Wartawan difahamkan bahawa semua pelajar perubatan tajaan MARA ini selamat tiba di Mesir pada 15 September yang lalu. Sejurus tiba,terus menuju ke Iskandariah seperti yang dirancang oleh pihak pelaksana PSMB ’10. Pihak pelaksana PSMB ’10 memberi ruang kepada setiap wakil BKAN untuk memperkenalkan mengenai BKAN masing-masing. KPIPM yang diwakili oleh saudara Mohammad Omar bin Adam dalam sesi penerangan,menjelaskan kepenting

Program CEMERLANG '10 berjaya

14 September 2010 – Hari ini merupakan hari raya AidilFitri yang kelima. Dan merupakan hari sambutan perayaan bagi PMRAM cawangan Perak. Program yang diberi nama CEMERLANG ’10 ini telah dirancang sejak sebulan yang lalu ini. Program CEMERLANG ’10 merupakan akronim daripada Cahaya AidilFitri danAnugerah Cemerlang. Program bermula seawal jam 7.00 pagi dengan gotong-royong memasak dan melihatkan ramai ahli turut bersama dalam gotong-royong ini. Selesai memasak,acara perarakan pengantin pula menjadi tumpuan semua yang hadir di perkarangan Rumah Perak A. Pengantin dipersembahkan dengan pertunjukan pencak silat daripada ahli KPIPM. Para pengantin seterusnya menjamu selera di bilik VIP. Majlis jamuan hari raya diteruskan dengan kehadiran semua tetamu jemputan dan para VIP. Presiden dan beberapa Badan Pengurus PMRAM juga turut meluangkan masa untuk hadir bersama. Tidak ketinggalan ahli KPIPM yang dari muhafazah juga turut hadir memeriahkan majlis. Jamuan berakhir pada jam 4.30 petang

Jemputan rumah terbuka ke Baitul Hasanah

11 September 2010 – Hari ini sekali lagi YDP KPIPM menerima jemputan rumah terbuka. Kali ini rumah anak-anak yatim,Baitul Hasanah menjemput YDP KPIPM serta beberapa AJKT untuk ke rumah terbuka di sana. Baitul Hasanah yang terletak berhampiran dengan Wisma Darul Ridzuan A iaitu di Rumah Perak Sementara 2008/2009. Kehadiran kami disambut dengan dendangan nasyid yang dinyanyikan sendiri oleh beberapa tenaga penggerak Baitul Hasanah. Pelbagai jamuan hari raya telah dihidangkan kepada kami. Ketika sedang menjamu selera,sesi taaruf bersama beberapa penggerak Baitul Hasanah diteruskan. Dan beberapa maklumat baru dapat disampaikan disamping dapat bertukar-tukar pandangan. Semoga ukhuwah sesame kita akan terus berkekalan. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada Baitul Hasanah yang sudi memberikan ruang kepada kami untuk bersama-sama dengan anak-anak yatim,Kaherah. Hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalas jasa yang ditaburkan. Kami dari KPIPM memohon kemaafan sekiranya terdapat

YDP hadir ke rumah terbuka En. Shaiful Muhammad

11 September 2010 – Hari ini Yang Dipertua KPIPM,Ustaz Khairul Ashraf B. Mohd Khir mendapat jemputan ke rumah terbuka Encik Shaiful Anuar Muhammad ,Kuasa Usaha Sementara Kaherah,di Umi Kalsum,Zamalek. Beliau yang ditemani oleh timbalannya tiba di sana kira-kira jam 1.15 petang. Setibanya di sana,kami disambut mesra oleh Encik Shaiful sendiri. Di sana juga dapat dilihatkan kehadiran beberapa pegawai negeri untuk turut sama di dalam majlis rumah terbuka tersebut. Antaranya pegawai dari Wilayah Persekutuan,Johor,Perak,Selangor dan ramai lagi dif-dif kehormat yang lain. Semasa menjamu selera,kami juga sempat bermesra bersama Encik Saiful dan keluarga. KPIPM mengucapkan jutaan terima kasih Encik Shaiful dan keluarga di atas kesudian menjemput kami untuk hadir ke rumah terbuka petang tadi. Kami juga menyusun sepuluh jari memohon kemaafan seandainya terdapat kesalahan yang dilakukan dari pihak kami. Moga-moga dengan segala layanan yang kami terima dari pihak Encik Saiful menjadi saksi amalan

Malam Perutusan Hari Raya AidilFitri 1431 Hijrah

9 September 2010 – Tanpa kita sedari,kita telah pun berada di akhir bulan yang paling mulia iaitu Ramadhan. Dan kini kita akan bertemu pula dengan bulan yang di janjikan oleh Allah s.w.t bagi meraikan orang-orang yang bersungguh-sungguh dalam bulan Ramadhan iaitu bulan Syawal. Manusia diperintahkan agar berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran. Oleh yang demikian,KPIPM dan PMRAM pada tahun ini sekali lagi telah mengatur Majlis Malam Perutusan AidilFitri yang bertempat di Wisma Darul Ridzuan A. Sementara menunggu untuk mendengar Perutusan Hari Raya AidilFitri,majlis terlebih dahulu dimeriahkan dengan laungan takbir raya yang dikelolakan oleh Skuad Takbir PMRAM. Pada hari ini juga melihatkan ramai ahli KPIPM dan anak-anak yatim Baitul Hasanah hadir bagi mendengar ucapan dan amanat yang di sampaikan oleh Ustaz Ahmad Taufiq Bin Mohd Dahlan selaku BP angkat PMRAM cawangan Perak dan juga Ustaz Khairul Ashraf Bin Mohd Khir selaku YDP KPIPM. Terdapat banyak i

Ucapan Perutusan Hari Raya AidilFitri YDP KPIPM 2010/2011

Assalamualaikum Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar. BISMILLAHIRAHMANIRAHIM… Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. ( ولتكملوا العدة ولتكبروا الله على ما هداكم ولعلكم تشكرون ) “Dan hendaklah kamu menyempurnakan bilangan puasa (pada Bulan Ramadhan) dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah (apabila berhari raya) kerana Allah berikan hidayah kepada kamu.” (Surah Al Baqarah : 185) Alhamdulillah, syukur kita kehadrat Allah S.W.T yang amat menyantuni kehidupan kita dengan rahmat dan kasih sayangnya yang tiada bernoktah. Perginya Ramadhan bukanlah bermakna berakhir sudah bulan untuk kita terus mendampingi Allah. Malah kehadiran Syawal adalah tanda-tanda betapa hampirnya kita kepada jalan menemui Allah. Rasulullah S.A.W ketika menyambut Syawal telah membacakan Surah Al-Qaf dalam raka’at yang pertama dan Surah Al Qamar pada raka’at kedua solat Aidilfitri baginda. Adalah satu kehairanan bagi para sahabat baginda dan kita

NAMA PEMOHON ZAKAT YANG DILULUSKAN ( PERUBATAN - IKHWAH DAN AKHAWAT )

Sila klik gambar untuk lebih jelas Sebarang masalah mengenai zakat,sila emelkan maklumat anda kepada tydp_kpipm64@yahoo.com sebelum 5 September 2010 atau terus menghubungi Setiausaha Agung Ustaz Ibnu Abbas B. Azizuddin 011 0313027.

NAMA PEMOHON ZAKAT YANG DILULUSKAN ( PENGAJIAN ISLAM - AKHAWAT )

Sila klik gambar untuk lebih jelas Sebarang masalah mengenai zakat,sila emelkan maklumat anda kepada tydp_kpipm64@yahoo.com sebelum 5 September 2010 atau terus menghubungi Setiausaha Agung Ustaz Ibnu Abbas B. Azizuddin 011 0313027.

NAMA PEMOHON ZAKAT YANG DILULUSKAN ( PENGAJIAN ISLAM - IKHWAH )

Sila klik gambar untuk lebih jelas Sebarang masalah mengenai zakat,sila emelkan maklumat anda kepada tydp_kpipm64@yahoo.com sebelum 5 September 2010 atau terus menghubungi Setiausaha Agung Ustaz Ibnu Abbas B. Azizuddin 011 0313027.

Bakal mahasiswa/wi Al-Azhar selamat menjejakkan kaki di Kaherah

28 Ogos 2010 - Alhamdulillah,sinar bumi anbiya’ hari ini tambah bercahaya lagi dengan kehadiran 72 orang mahasiswa-mahasiswi dari negeri perak. Pasti semuanya telah siap sedia untuk menjalani proses membina generasi ulama’ rabbani. Bakal mahasiswa-mahasiswi Al-Azhar ini telah selamat tiba di lapangan terbang kaherah pada jam 1.40 petang waktu tempatan beserta seorang pengiring daripada wakil MAIPk iaitu Encik Ahmad Fadzil B. Haji Mustaffa juga merupakan graduan Al-Azhar,Damanhur. Dua bas yang membawa beberapa barisan AJK pelaksana serta peserta USMB ’10 tiba di Wisma Perak Darul Ridzuan (B) pada jam 3.20 petang. Sesampainya di sana,beberapa ucapan dan taklimat telah disampaikan bagi memastikan segala urusan USMB ’10 berjalan lancar. Setelah azan Maghrib berkumandang,semua peserta USMB ’10 serta tetamu jemputan berbuka puasa di dewan solat Wisma B dan setelah selesai solat Maghrib berjemaah,semua menjamu selera dengan juadah yang disediakan oleh AJK pelaksana USMB ’10 dengan kerjasama