Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2009

Mahasiswa/wi Baru Selamat Tiba Di Kaherah

KAHERAH, 26 OGOS - Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir hari ini menerima kedatangan adik-adik baru bagi sesi 2009/2010. Mereka yang menaiki pesawat Qatar Airlines, tiba di lapangan terbang Kaherah pada jam 3.30 petang selepas transit di Doha untuk beberapa ketika. Ketibaan mereka telah disambut oleh AJK Pelaksana Unit Sambutan Mahasiswa Baru (USMB)yang diketuai oleh Ustaz Zulhafeez bin Ahmad Zahidi, Yang Dipertua KPIPM, Ustaz Khairul Ashraf Mohamad Khir, Ketua HEWI, Ustazah Siti Salamah binti Hamzah, serta wakil daripada badan pengurus PMRAM, Ustaz Taufiq bin Dahlan. Kehadiran seramai 64 orang mahasiswa sekurang-kurangnya menambah lagi golongan pelapis yang akan menerajui Negara dengan berlandaskan alQuran dan Sunnah. Mereka terdiri daripada 41 orang mahasiswa dan 23 mahasiswi dengan 3 orang daripadanya merupakan mahasiswi perubatan. Kesemuanya dibawa terus ke Wisma Darul Ridzuan Baru dengan menaiki dua buah bas. Perjalanan yang mengambil masa hampir 45 minit itu diisi denga

Kepimpinan Islam

Selama ini begitu banyak kekeliruan pemahaman mengenai erti kepimpinan. Pada umumnya orang melihat pemimpin adalah satu kedudukan atau posisi semata-mata. Akibatnya, ramai orang mengejar untuk menjadi seorang pemimpin dengan menghalalkan pelbagai cara demi mencapai tujuan tersebut. Akibat dari perkara tersebut maka lahirlah pemimpin yang tidak dicintai, tidak disegani, tidak ditaati malah dibenci. Pemimpin seperti ini akan mempergunakan kekuasaannya untuk mengarah, memperalat atau menguasai orang lain, supaya orang lain mengikutinya. Umumnya pemimpin seperti ini suka menekan. Tetapi, alam diciptakan dengan hukum keseimbangan. Setiap sesuatu diciptakan berpasang-pasangan sesuai dengan neraca keadilan. Begitu jugalah dengan pemimpin dan pengikut. Mungkin kita masih mengingati makanisme ‘per’. Apabila ‘per’ ditekan, maka ‘per’itu akan mengeluarkan daya lenting atau daya dorong sebesar tekanan yang dikeluarkan untuk mencapai titik keseimbangannya kembali. Begitu juga dengan jiwa manusia,

Mesyuarat Tahunan HEWI Kali Ke 22 Dan Mesyuarat Agung Tahunan KPIPM Kali ke 43

KAHERAH, 19 OGOS - Mesyuarat Agung Tahunan KPIPM kali ke 43 telah digabungkan dengan Mesyuarat Tahunan HEWI sepertimana yang telah biasa dilakukan. Pada tahun ini, Mesyuarat Tahunan HEWI kali ke 22 telah diadakan pada 18 Ogos, manakala Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 43 telah diadakan pada keesokan harinya. Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 43 telah bermula seawal jam 8 pagi sepertimana yang telah tertera di dalam surat panggilan. Namun, mesyuarat masih belum dapat dijalankan kerana menunggu bilangan ahli sidang mencukupi korum yang telah ditetapkan. Ahli KPIPM yang masih berada di Mesir ketika ini adalah seramai 409 orang. Oleh itu korum untuk mencukupi bilangan satu perdua ialah 205 orang. Namun, pada jam 8.40 pagi, ahli sidang yang hadir telah mencadangkan supaya Mesyuarat Agung Tahunan dimulakan dengan bilangan korum seramai seperempat ahli. Cadangan tersedbut telah disokong sepertimana yang telah disebut di dalam perlembagaan sendiri. Mesyuarat dimulakan pada jam 9 pagi dengan

Kemeriahan Majlis Kesyukuran Dan Anugerah Cemerlang

KAHERAH, 17 OGOS - Majlis Kesyukuran dan Anugerah Cemerlang KPIPM adalah salah satu program tahunan yang bertujuan meraikan kecemerlangan ahli KPIPM dalam segenap bidang. Pada tahun ini, majlis yang gilang gemilang ini telah diadakan pada hari ini, yang juga menjadi perasmian bagi Mesyuarat Tahunan HEWI kali ke 22 dan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 43. Majlis bermula pada jam 9.05 malam dengan dimulakan dengan alunan Nasyid Asma al Husna dan Lagu PMRAM. Majlis Perasmian telah bermula pada jam 9.15 minit dengan dimulakan dengan ucapan Pengarah Program, Ustaz Ahmad Faisal bin Mehamod. Kemudian disusuli dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Dipertua, Ustaz Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil. Majlis perasmian telah disempurnakan dengan ucapan perasmian oleh Ustaz Shahrizan bin Mohd Hazime, Timbalan Presiden PMRAM. Ia disusuli pula dengan gimik perasmian dan tayangan slide. Program diteruskan lagi dengan penyampaian beberapa anugerah. Antara anugerah-anugerah tersebut ialah Qudwah Has

Majlis Pengenalan Calon Menyerlahkan Persaingan Sihat

16 OGOS - Ahli Jawatankuasa Khas Pilihanraya KPIPM semalam telah mengumumkan bahawa pada hari ini akan dilangsungkan Majlis Pengenalan Calon, seterusnya menjadi permulaan bagi tempoh berkempen. Majlis Pengenalan Calon ini telah berlangsung pada jam 9.45 malam dengan dipengerusikan oleh Ustaz Mohd Ibrahim bin Mansor, Pengarah Ahli Jawatankuasa Khas Pilihanraya KPIPM 2008/2009. Seramai 12 orang calon telah diperkenalkan, dan masing-masing diberi peluang untuk memperkenalkan diri, menyatakan misi dan visi. 12 calon tersebut ialah, Muhammad Husairi bin Mohamed Wildan, Muhammad Firdaus bin Aznan, Mohd Zahid bin Abu Bakar, Muhd Syazwan bin Khalid, Muhammad Hafiz bin Shamsuddin, Jamaluddin Hafiz bin Abdullah Aisha, Muhd Ridhwan bin Othman, Muhammad Hafizuddin bin Zakariya, Fakhruddin bin Daud, Mohd Aliff Hadi bin Mohd Razi Ibnu Abbas bin Azizuddin dan Mohammad Omar bin Adam. Ia diselang seli dengan pengenalan calon HEWI yang telah menang tanpa bertanding. Mereka ialah Norzihan binti Mohd

Program Penutup DUAT Menilai Prestasi KPIPM Selama Setahun

KEHERAH, 15 OGOS - Program Pemantapan DUAT (PEMANDU) yang telah diadakan sebanyak 7 siri, akhirnya ditutup pada hari ini. Majlis penutupan DUAT kali ini disifatkan sebagai slot esklusif bersama Yang Dipertua, dan pimpinan KPIPM. Program kali ini dinamakan sebagai Penjelasan Tentang Isu-Isu KPIPM, dan bertemakan "Santai Bersama Pimpinan". Majlis bermula pada jam 9.25 malam, dengan dipengerusikan oleh Ustazah Rasyidah binti Arzemi sebagai pemangku Timbalan Pengarah PEMANDU. Ia dimulakan dengan alunan nasyid asma' al husna dan bacaan ayat-ayat suci al Quran oleh Ustaz Ibnu Abbas bin Azizuddin, johan pertandingan tilawah peringkat PMRAM dalam program EGP '09. Pada jam 9.40 malam, majlis diserahkan kepada Yang Dipertua, Ustaz Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil untuk mengendalikan slot. Panel dalam slot ini ialah Yang Dipertua sendiri, Ketua HEWI Ustazah Nor Azlina binti Idris, Pengerusi Badan Penasihat Ustaz Ahmad Arifin bin Zakariya dan Ustazah Asma binti Mohammad

Program Bakti Siswa 09 Berjalan Lancar

KUALA KANGSAR, 14 OGOS - Program Bakti Siswa al Azhar yang sekian lama telah dirancang, akhirnya terlaksana juga. Program dijalankan pada 31 Julai sehingga 2 Ogos bertempat di Dewan Orang Ramai, Sayong, Kuala Kangsar, Perak. Program ini bertujuan memberi pendedahan awal bagi persediaan mereka yang bakal menyambungkan pelajaran ke Mesir. Program PBSA kali ini telah diketuai oleh Ustaz Abdul Hadi bin Abdul Rahman, Setiausaha Agung KPIPM, sebagai pengarah program. Program yang disertai seramai 56 orang, 37 orang ikhwah, dan 19 orang akhawat, telah bermula dengan pendaftaran pada Hari Jumaat, 31 Julai, pada jam 4.30 petang. Pada sebelah malamnya, telah diadakan majlis perasmian. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ustaz Shu'ib bin Din, Mantan kepimpinan KPIPM. Pada keesokan harinya, selepas selesai tazkirah, peserta dihidangkan dengan slot pengenalan tentang KPIPM pada jam 8 pagi. Ahli panel yang terlibat dalam slot ini ialah, Ustaz Hadi bin Abdul Rahman sebagai Setiausaha A

Ingatlah, insafilah

Peringatan Besar buat Kaum Wanita Dipetik dari Kitab Muhimmah karangan Sheikh Abdullah bin Abdul Rahim Fathoni 1384 Hijrah(mafhumnya) Diceritakan oleh Sayyidina Ali RA; Pada suatu hari aku masuk ke dalam rumah Nabi SAW. Dan bersamaku isteriku, Siti Fatimah RA. Maka apabila aku dekat dengan pintu, Nabi SAW bersabda: "Siapa yang dipintu itu?" Maka sahut Siti Fatimah: "Kami dengan suami kami, Ali. Hamba datang untuk menghadap engkau ya Rasulullah". Maka tatkala Rasulullah membuka pintu, tiba-tiba kami dapati Nabi dalam keadaannya menangis, sungguh-sungguh menangis. Maka kataku(Sayyidina Ali RA.) baginya: "Penebusmu adalah aku, engkaulah bapaku dan ibuku Ya, Rasulullah. Apakah yang menyebabkan engkau menangis?" Maka sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya aku telah lihat pada malam mikraj, beberapa perempuan di kalangan umatku di dalam seksa yang amat sangat. Disebabkan sangat salahnya pekerjaan mereka itu. Kerana itulah yang menyebabkan aku

Majlis Ramah Mesra Bersama Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah

ISKANDARIAH, 7 OGOS - Rombongan Delegasi Kerajaan Negeri Perak yang tiba pada 5 Ogos lalu, meneruskan perjalan ke Iskandariah. Kali ini, KPIPM mendapatkan keizinan PMRAM untuk menggunakan Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah untuk mengadakan Majlis Ramah Mesra. PMRAM sebagai tuan rumah, mengalu-alukan kedatangan tetamu Malaysia, tanpa mengira parti politik. Rombongan Delegasi tiba di Iskandariah pada 6 Ogos, jam 6.30 petang. Pada hari ini, Rombongan Delegasi telah menemui mahasiswi Iskandariah sepertimana yang telah diaturkan sebelum ini. Pada jam 9.30 pagi, Rombongan Delegasi tiba di perkarangan Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah dengan diiringi oleh Yang Dipertua, dan Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir, Ustaz Abdul Mu'izz bin Mohamad. Majlis ramah mesra dimulakan pada jam 9.43 pagi dengan bacaan ayat-ayat suci al Quran oleh Dato' Kapten (B) Najimuddin bin Elias al Hafiz, dan majlis taaruf yang turut dikendalikan oleh beliau. Majlis diteruskan lagi den

Proses Perpindahan Selesai Sepenuhnya

KAHERAH, 7 OGOS - Setelah perasmian rumah perak berlangsung pada 5 Ogos, semua ahli bertungkus lumus menyambung semula aktiviti pemindahan yang terpaksa ditangguhkan beberapa kali. Ini disebabkan beberapa masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Pada hari ini, semua perpindahan telah berjaya disempurnakan. Kesemua barang dan keperluan telah dipindahkan, dan ahli mula mendiami rumah perak secara sepenuhnya. Susunan ahli di bilik-bilik telah ditentukan sebelum ini, dan telah dimaklumkan melalui beberapa saluran promosi. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

Kemeriahan Di Majlis Perasmian dan Penyerahan Kunci Baitur Ridhwan

KAHERAH, 5 OGOS - Majlis Perasmian Baitur Ridhwan bermula pada jam 6 petang dengan ketibaan para dif kehormat, yang baru sahaja merasmikan Baitur Rahmah. Para tetamu disambut dengan persembahan Tradisional Arab yang sangat menarik. Majlis Perasmian pada kali ini telah dipengerusikan oleh Ustaz Muhammad Hafizul Akhbar bin Abd Rahman. Majlis telah dimulakan dengan nasyid Asma'ul Husna dan Bacaan ayat-ayat suci al Quran oleh Qari Mesir jemputan. Kemudian ia dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Dipertua, Ustaz Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil. Kemudian, disusuli pula dengan ucapan oleh Ustaz Abdul Mu'izz bin Mohammad, Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir, sebagai wakil kepada semua mahasiswa/wi di seluruh Mesir. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Perasmian Rumah Perak Baitur Ridhwan oleh Dato Dr Abdul Rahman bin Hashim selaku Setiausaha Kerajaan Negeri. Majlis Ramah Mesra yang ditangguhkan sebentar tadi, disambung selepas ucapan perasmian ini. Gimik

Majlis Perasmian Baitur Rahmah Ceria

KAHERAH, 5 OGOS - Ketibaan rombongan delegasi kerajaan Negeri Perak pada pagi hari ini, telah diceriakan dengan Majlis Ramah Mesra yang diadakan pada jam 3.20 petang. Program Delegasi diteruskan lagi pada petang itu dengan Majlis Perasmian dan Penyerahan Rumah Perak Lama. Rumah Perak Lama (Wisma Darul Ridzuan) telah diberi nama Baitur Rahmah. Pada jam 5.40 petang, ucapacara gunting reben telah disempurnakan oleh Dato Dr Abdul Rahman bin Hashim selaku Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Majlis tersebut disambung dengan lawatan melihat bangunan keseluruhannya. Pada jam 6 petang, Rombongan Delegasi meneruskan aktiviti dengan perasmian Rumah Perak baru yang dinamakan sebagai Baitur Ridhwan.

Majlis Ramah Mesra Bersama Rombongan Delegasi Kerajaan Negeri Perak

KAHERAH, 5 OGOS - Ketibaan Rombongan Delegasi Kerajaan Negeri Perak yang diketuai oleh Dato Dr Abdul Rahman bin Hashim pada pagi tadi jam 7.20 telah disambung dengan beberapa aktiviti. Setelah ketibaan rombongan yang disambut oleh wakil daripada KPIPM sendiri, para delegasi menjamu selera di Asrama Rumah Melayu Abbasiah. Kemudian, pada jam 3 petang, telah diadakan Ramah Mesra sepertimana yang telah dirancang. Ramah Mesra tersebut juga diadakan di ARMA. Majlis Ramah mesra tresebut telah dipengerusikan oleh Ustazah Nurhajar Nefeah binti Zuber. Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci al Quran oleh Yang Berhormat, Dato Kapten (B) Najimuddin bin Elias al Hafiz, dan majlis taaruf yang dikendalikan oleh beliau. Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan Yang Dipertua Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir, Ustaz Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan oleh Prof Dr Jamil bin Hashim, selaku Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah. Kemudian ia diterusk

Prosess Pemindahan Hampir Selesai

KAHERAH, 3 OGOS - Proses perpindahan yang bermula sejak 28 Julai lagi, dilihat semakin selesai sedikit demi sedikit. Semalam, 2 Julai, proses perpindahan bersambung semula setelah ia ditangguhkan selama sehari untuk proses pembungkusan. Semalam, proses perpindahan bermula pada jam 12.14 tengahari. Hampir kesemua barang telah dipindahkan. Pada jam 2.50 petang, proses perpindahan telah selesai, dan akan disambung pada keesokan harinya. Semua yang terlibat menjamu selera selepas itu. Pada hari ini, proses disambung semula pada jam 1.30 petang. Kesemua barang telah dipindahkan kesemuanya, dan masih berbaki barang-barang yang akan ditinggalkan. Proses selesai pada jam 4 petang. Pada jam 5.35 petang, sebuah lori tiba dengan membawa tilam untuk dipasang. Namun, pada malam itu, Wisma Darul Ridzuan masih belum siap kelengkapannya sepenuhnya. Pada hari ini juga, ahli terpaksa mendiami rumah sementara buat kali terakhir, dalam keadaan serba keperluan. Insya Allah, perpindahan sepenuhnya akan