Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2017

KENYATAAN YDP BKAN | HAMASAH MEGA

KENYATAAN YDP BKAN : PROGRAM HARI THAQAFAH MAHASISWA (HAMASAH)  MEGA BAKAL DILAKSANAKAN Isnin, 27 Feb 2017 - Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) merupakan wadah kesatuan anak Malaysia di Mesir yang sentiasa menjaga kebajikan ahlinya dalam pelbagai aspek. Antaranya melalui mekanisme akademik, thaqafah, tarbiah , kemasyarakatan dan lain-lain. Tarikh 27 Februari 2017, satu perjumpaan bersama telah diadakan oleh Majlis Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) bertempat Dewan Tuanku Syed Faizuddin Putra,  Asrama Rumah Negeri Perlis. Antara perbincangan yang diutarakan adalah berkaitan inisiatif peningkatan thaqafah mahasiswa dan mahasiswi di Mesir. Dalam perbincangan tersebut, seluruh YDP bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas secara berpusat dalam menggerakkan program HAMASAH MEGA dengan lebih tersusun. Antara objektif program ini adalah melahirkan mahasiswa/wi beramal yang memahami dengan jelas 4 perkara iaitu : 1. Penyusunan Aulawiyat dalam kehidupan seharian. 2

LAPORAN | MESRA'17

LAPORAN PROGRAM HARI KELUARGA ANAK-ANAK PERAK DI MESIR (MESRA ‘17) KAHERAH – Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2016/2017 dengan kerjasama Pejabat Atase Pendidikan Negeri Perak telah menganjurkan program yang dinamakan Hari Keluarga Anak-anak Perak di Mesir (MESRA’17). MESRA’17 kali ini berkonsepkan “Pahlawan Moden” yang telah berlangsung dengan jayanya selama lima hari bermula 5 Februari sehingga 9 Februari 2017 bertempat di Wisma Darul Ridzuan. Program yang bertemakan “Pugari Ukhuwah, Sinari Mahabbah” ini melibatkan seluruh ahli KPIPM selari dengan objektif yang digariskan pada kali ini iaitu memperkukuhkan peranan KPIPM sebagai wadah kesatuan anak-anak Perak di bumi Mesir, menerapkan kefahaman Islam yang syumul berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah, meluaskan capaian pengetahuan ahli dalam ilmu kontemporari, seterusnya, memaksimumkan medium ekonomi dan kebajikan kepada ahli, mengasah bakat ahli dalam bidang yang pelbagai serta menjayakan Kempen Ma’an Najah & Kebersih

LAPORAN | WINTER BREAK DAURAH 2017 (WADAH17)

KAHERAH- Biro Pelajaran dan Ilmiah KPIPM sesi 2016/2017 dengan kerjasama Pejabat Atase Pendidikan Negeri Perak telah menganjurkan program ilmiah selama enam hari bermula dari 25 Januari  sehingga 30 Januari 2017 di Dewan Syeikh Idris al-Marbawi, Baitul Ridzuan. Program yang  diberi nama Winter Break Daurah (WADAH ‘17) diadakan bagi menambah thaqafah dan ilmu pengetahuan agama dalam kalangan ahli KPIPM.            Program yang bertemakan “Mahasiswa Berthaqafah Peneraju Transformasi Ummah”  ini melibatkan seluruh ahli KPIPM selari dengan objektif yang digariskan pada program kali ini iaitu memperkasakan medium sebaran ilmu turathi dan kontemporari kepada ahli serta memaksimumkan suasana ilmu di dalam Wisma Darul Ridzuan di samping melahirkan ahli yang berkemahiran  dalam pelbagai bidang.            Program ini bermula selepas solat subuh pada hari Rabu, 25 Januari 2017 seawal jam 6.30 pagi dengan Daurah Kitab Matan Rahabiah. Kitab ini dikupas oleh Ustaz Aiman Bin Yahaya, Mahasiswa Us

MAKLUMAN | PEMANGKUAN JAWATAN

Makluman Pemangkuan Jawatan Ahli Jawatankuasa Badan Penasihat KPIPM sesi 2016/2017 BERILMU, BERAMAL, IKHLAS "MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"