Sunday, January 15, 2012

Berlumba-Lumba Dalam Amal Kebajikan



“Dan setiap umat mempunyai kiblat yang dia menghadap kepadanya..Maka berlumba-lumbalah kamu dalam amal kebaikan(kebajikan), dimana saja kamu berada, pasti Allah akan mengumpulkan kamu semuanya, sungguh Allah maha kuasa akan segala sesuatu..”  (al-Baqarah : 148)


“Fastabiqulkhairat”, satu istilah yang sering kita dengar selaku mahasiswa islam Mesir di dalam tazkirah-tazkirah atau majlis-majlis yang diadakan secara formal atau sebaliknya. Perasaan ingin bersaing pastinya wujud dalam diri setiap individu termasuklah kita selaku individu yang masih memegang status seorang pelajar atau mahasiswa yang sentiasa ingin berlumba-lumba dalam menentukan keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan. Tambahan pula, fatrah imtihan ini adalah waktu yang sangat direbut oleh kita untuk bersaing dalam mencapai target masing-masing .

Namun, pernahkah kita terfikir untuk berlumba-lumba dalam membuat kebajikan?

Allah berfirman yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman, rukuk serta sujudlah (mengerjakan solat) dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkan-Nya) serta kerjakanlah amal kebajikan, supaya kamu berjaya di dunia dan di akhirat..”  (al-Hajj : 77)

Kebajikan tidak hanya terbatas kepada keperluan kewangan dan kebendaan semata-mata, namun khidmat kebajikan perlulah merangkumi perkara yang berkaitan dengan sosial, emosi, budaya dan kemasyarakatan serta memenuhi keperluan semua peringkat usia. Begitu juga kebajikan di dalam Islam. Walaupun yang digariskan di dalam ayat diatas hanyalah mentaati Allah, namun kebajikan yang diseru adalah merangkumi semua jenis amalan kebaikan.

Allah sendiri menyuruh kita supaya melakukan amalan kebajikan dan telah menjanjikan satu ganjaran yang setiap manusia idam-idamkan iaitu “berjaya di dunia dan di akhirat”, bahkan, nabi dan rasul yang diutuskan oleh Allah juga disuruh untuk melakukan kebajikan kepada umatnya . Apa lagi yang kita ragukan? Tidak cukupkah dengan janji Allah ini untuk menggerakkan kita melakukan kebajikan? Tepuk dada tanya iman .

Kebajikan tidak semestinya perlu dilaksanakan secara individu. Bahkan, bekerjasama dalam amalan kebajikan merupakan satu kewajipan . Ini adalah kerana, tidak semua perkara dapat dilakukan secara individu dan ia perlu dilakukan secara berjemaah dengan sebab al-Quran menyarankan seperti firmanNya yang bermaksud :

“Hendaklah kamu tolong-menolong dalam membuat kebajikan dan ketaqwaan” (al-Maidah : 2)                

Oleh itu, sama-samalah kita berganding bahu dalam melaksanakan 9 seruan Islam yang telah digariskan di dalam al-Quran dan hadis, iaitu :

1.       Berbuat kebajikan
2.      Bercakap mengenai kebajikan(kebaikan)
3.      Bersegera ke arah kebajikan
4.      Saling berlumba-lumba ke arah kebajikan
5.      Menyeru kepada kebajikan
6.      Menggalakkan kepada kebajikan
7.      Lakukan kebajikan walaupun kecil
8.     Berniat untuk melakukan kebajikan
9.      Mencela bagi orang yang mencegah kebajikan

Akhir kalam,marilah kita jadikan tahun baru 2012 ini sebagai titik permulaan untuk memulai sebuah persaingan dalam melaksanakan kebajikan yang bermakna bagi setiap manusia . Firman Allah taala yang bermaksud :

“Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan(kebajikan) sebesar zarah, nescaya dia akan melihat balasannya..”  (al-Zalzalah : 7) .

 Semoga setiap amalan yang kita lakukan diterima oleh Allah s.w.t. InsyaAllah.






1 comment:

  1. Halo semua
    Nama saya AISHA MEY (aishamey14@gmail.com) dari jakarta selatan indonesia saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ALLAH yang telah mengakhiri penderitaan saya melalui Anthony Yuliana Lenders karena memberi saya jumlah pinjaman Rp 250 juta, bagi mereka yang mencari pinjaman harus sangat berhati-hati karena ada banyak pemberi pinjaman pinjaman palsu di mana-mana hanya sedikit yang asli dan Anthony Yuliana Lenders adalah salah satu pemberi pinjaman pinjaman online terbaik, saya melakukan pembayaran untuk asuransi pinjaman saya dan biaya transfer sebelum jumlah pinjaman saya sebesar Rp 250 juta ditransfer ke akun saya, untuk mereka yang mencari pinjaman online asli dan sah harus menghubungi mereka
    (anthony.yulianalenders@gmail.com)
    whatsapp (+13234026088)

    ReplyDelete

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELAJAR ISLAM PERAK MESIR SESI 2023/2024

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELA...