Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2020

PENA AZHARI | TARBIAH RUHIYAH MENUJU TAQWA

PENA AZHARI | TARBIAH RUHIYAH MENUJU TAQWA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2019/2020 بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا وحبيبنا محمد صلى الله عليه وسلم Memetik cebisan ayat al-Quran daripada surah At-Taubah, ayat 122: فَلَوۡلَا نَفَرَ مِن كُلِّ فِرۡقَةࣲ مِّنۡهُمۡ طَاۤىِٕفَةࣱ لِّیَتَفَقَّهُوا۟ فِی ٱلدِّینِ وَلِیُنذِرُوا۟ قَوۡمَهُمۡ إِذَا رَجَعُوۤا۟ إِلَیۡهِمۡ لَعَلَّهُمۡ یَحۡذَرُونَ Maksudnya: "Oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya, ( yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali pada mereka, mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah)." Sedikit tadabbur mengenai ayat yang disebutkan ialah kita sebagai penuntut ilmu hendaklah dan mestilah mempelajari sesuatu ilmu secara bersunggu

MAKLUMAN | PEMANGKUAN JAWATAN AHLI JAWATANKUASA TADBIR KPIPM SESI 2019/2020

MAKLUMAN | PEMANGKUAN JAWATAN AHLI JAWATANKUASA TADBIR KPIPM SESI 2019/2020 Jabatan Setiausaha Agung KPIPM sesi 2019/2020 🔰 Berikut merupakan pemakluman pemangkuan jawatan bagi Ahli Jawatankuasa Tadbir (AJKT) Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) sesi 2019/2020. Adalah dimaklumkan bahawa pemangkuan seperti berikut: ▪Ustaz Aiman bin Mohd Yusoff (Timbalan Setiausaha Agung KPIPM sesi 2019/2020 ) 📞 No. Telefon : +201092290588 📧 Email : kpipmtsua64@gmail.com ⏩ Dipangku oleh ▪Ustaz Ahmad Azri Fauzan bin Zoolcaphly (Setiausaha Agung KPIPM sesi 2019/2020) 📞 No. Telefon : +201554926042 📧 Email: kpipmsua64@gmail.com Pemangkuan ini berkuatkuasa bermula pada 21 MAC 2020 . Sebarang urusan berkaitan boleh menghubungi pemangku jawatan tersebut. #KPIPMkeluargakita #BersamaBersatuJayakanUsulYDP #BersamaBersatuJayakanPembawaanKPIPM BERILMU, BERAMAL, IKHLAS "MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"

LAPORAN | JEJAK BUMI SINAI 2020 (JEJAK SINAI'20) AKHAWAT

LAPORAN PROGRAM JEJAK BUMI SINAI 2020 (JEJAK SINAI’20) AKHAWAT KAHERAH - Pada tarikh 11 Februari hingga 13 Februari 2020 , Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2019/2020 telah mengadakan jaulah ke Sinai dan Dahab yang diberi nama sebagai Jejak Bumi Sinai 2020 (JEJAK SINAI'20 ) khusus bagi peserta akhawat. Jaulah ini diadakan bersempena dengan cuti semestar penggal pertama dan antara objektif JEJAK SINAI’20 adalah mengambil ibrah daripada aktiviti mengembara, meningkatkan pengetahuan ahli mengenai sejarah Islam dan menyediakan medium kepada ahli untuk mentadabbur alam. Pada tarikh 11 Februari, semua peserta telah berkumpul di D ewan Baitul Rahman untuk semakan nama dan taklimat yang telah disampaikan oleh Unit Pendaftaran, Disiplin dan Kebajikan. Antara yang ditekankan adalah berkenaan tentang etika dan keselamatan ketika aktiviti jaulah dilaksanakan. Sebelum memulakan perjalanan, semua peserta digalakkan untuk menunaikan solat sunat musafir. Bilangan peser

LAPORAN | JEJAK BUMI SINAI 2020(JEJAK SINAI'20) IKHWAH

LAPORAN PROGRAM  JEJAK BUMI SINAI 2020 (JEJAK SINAI'20) IKHWAH KAHERAH - Pada tarikh 9 Februari hingga 11 Februari 2020 , Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2019/2020 telah mengadakan jaulah ke Sinai dan Dahab yang diberi nama sebagai Jejak Bumi Sinai 2020 (JEJAK SINAI'20) khusus bagi peserta ikhwah. Jaulah ini diadakan bersempena dengan cuti semestar penggal pertama dan antara objektif JEJAK SINAI’20 ialah mengambil ibrah daripada aktiviti mengembara, meningkatkan pengetahuan ahli mengenai sejarah Islam dan menyediakan medium kepada ahli untuk mentadabbur alam. Pada tarikh 9 Februari, jam 1.00 pagi semua peserta diminta untuk berkumpul di Dewan Baitul Rahman untuk semakan nama dan taklimat yang telah disampaikan oleh Unit Pendaftaran, Disiplin dan Kebajikan. Antara yang ditekankan adalah berkenaan tentang etika dan keselamatan ketika aktiviti jaulah dilaksanakan. Sebelum memulakan perjalanan, semua peserta digalakkan untuk menunaikan solat sunat

PENA AZHARI | ADAB PENUNTUT ILMU

PENA AZHARI | ADAB PENUNTUT ILMU Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2019/2020 الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد : قال الله تعالى : "وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِیَعۡبُدُونِ" Maksudnya : "Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu." [Surat Adh-Dhariyat 56] Sebagai seorang hamba kepada Allah, kita diciptakan untuk melaksanakan segala suruhanNYA dan meninggalkan segala laranganNYA. Akan tetapi, perlulah kepada ilmu yang benar dalam melaksananya serta adab yang dituntut demi menjaga kualiti segala suruhan dan larangan tersebut. Antara adab-adab yang perlu dilazimi sebagai penuntut ilmu dalam kitab "ila tholibil ilmi" karangan Syeikh Sayyid Abdul Majid al-Ghauri ialah : 1. Ikhlas niat kerana Allah SWT. 2. Menghafal ayat-ayat al-Quran. 3. Mempelajari bahasa arab dan menguasainya. 4. Menghiasi d