Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2013

Titik Tolak Perang Badar

Perang Badar merupakan peperangan pertama yang dilalui oleh umat Islam. Ia bepunca daripada sekatan ekonomi dan rampasan harta penduduk Islam di Mekah. Pada mulanya kaum Muslimin hanya keluar untuk menyekat kemaraan rombongan Abu Sufian dan merampas barang dagangan milik penduduk Islam dari kafilah tersebut, akan tetapi kehendak Allah s.w.t berjalan bertentangan dengan kehendak mereka di mana Allah s.w.t.telah mempertemukan mereka dengan rombongan tentera Abu Jahal maka berlakulah satu pertempuran yang dahsyat.  Allah s.w.t  telah  merakamkan di dalam al-Quran : Maksudnya : “ Supaya Allah s.w.t menegakkan yang benar itu dan menghapuskan yang salah (kufur dan syirik).” Sesungguhnya perang Badar yang bermula dan berakhir dengan pentadbiran Allah s.w.t  serta kepimpinan dan anjuranya itu merupakan pemisah di antara kebenaran dan kebatilan. Mengikut apa yang dikatakan oleh ulama’-ulama’ tafsir secara ringkasnya bahawa pemisahan (al-furqan) bermaksud lebih komprehensif, menye

MAK ’13: “Suara Disepakati, Kepimpinan Berintegriti”

Kaherah, 24 Julai 2013 – Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir baru-baru ini telah mengadakan sebuah mesyuarat agung khas tergempar bagi membincangkan hala tuju KPIPM pada masa akan datang. Perbincangan yang bertujuan utama untuk meminda perlembagaan KPIPM itu dihadiri seramai 103 orang ahli KPIPM yang terdiri daripada 53 orang ikhwah dan 50 orang akhawat. Mesyuarat Agung Khas 2013 dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Yang Dipertua KPIPM, Ustaz Muhammad Hanif Bin Abdullah. Di dalam ucapan tersebut, beliau telah mengulas serba sedikit berkenaan dengan objektif pelaksanaan mesyuarat tersebut diadakan. Seusai sahaja ucapan tersebut, sidang mesyuarat melantik beberapa pelaksana mesyuarat yang terdiri daripada pengerusi sidang, setiausaha sidang dan pengira undi. Sidang perbahasan dibahagikan kepada empat slot iaitu slot perkara yang dipinda, slot perkara yang ditambah, slot perkara yang dibuang dan slot perkara yang ditambah selepas dibuang. Ahli mesyuarat saling

KENYATAAN RASMI YANG DIPERTUA KELUARGA PELAJAR PELAJAR ISLAM PERAK MESIR KPIPM : Mesyuarat Agung Khas (Tergempar ) ( MAK ’13 )

Mesyuarat Agung Khas (Tergempar ) ( MAK ’13 ) Mesyuarat adalah salah satu perkara sunnah yang dianjurkan oleh Baginda Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam. Sepertimana dalam sirah perang Rasulullah, iaitu Perang Uhud. Rasulullah juga telah mengadakan mesyuarat tergempar bersama majlis tertinggi Baginda untuk membincangkan strategi di dalam perang tersebut. Akhirnya,mendapat persetujuan semua untuk mengadakan pertempuran di luar Madinah, iaitu Uhud. Firman Allah Subhanahu wa ta’ala : وشاورهم فى الأمر فا ذا عزمت فتوكل على الله ان الله يحب المتوكلين “ Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.” (Surah Ali Imran : 159) Seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan KPIPM Pindaan 2012, Bahagian Keempat, Perkara 16 di dalam muka surat 7, telah menyatakan ‘Mesyuarat Agung Khas (Tergempar) boleh diadakan pada

MAKLUMAN PEMANGKUAN JAWATAN AJK HEWI & BADAN PENASIHAT KPIPM 2012/2013 YANG PULANG KE MALAYSIA

Bismillahirrahmanirrahim.. Berikutan kepulangan anggota Badan Penasihat dan beberapa orang Ahli Jawatankuasa HEWI KPIPM sesi 2012/2013  ke Malaysia, dengan ini dimaklumkan bahawa pemangkuan jawatan   adalah seperti berikut :- 1)  Penyandang       MOHAMMAD OMAR BIN ADAM      (PENGERUSI PENASIHAT)   dipangku oleh                 AHMAD SHAZWAN BIN KHALID (AHLI JAWATANKUASA BADAN PENASIHAT) 2)  Penyandang   SITI MUSFIRAH BINTI SHAHARI @ HJ ABDULLAH (KETUA BIRO PERHUBUNGAN, SAMBUTAN & REHLAH HEWI) dipangku oleh SITI NABILAH BINTI ZAKARIA (KETUA BIRO PERUMAHAN HEWI) 3)  Penyandang       NORHAMIZA BINTI MAJID      (KETUA BIRO TABUNG KEBAJIKAN, KESENIAN & RIADHAH HEWI)   dipangku oleh NOR ATIQAH BINTI HAMDAN (SETIAUSAHA HEWI) Semoga dengan makluman ini mendapat perhatian yang sewajarnya daripada semua pihak bagi melancarkan lagi agenda dan gerak kerja kita bersama. " MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN "

Daurah Ilmiah Musim Panas: Penerapan Thaqafah Kebajikan Ahli

KAHERAH, 30 Jun 2013 – Biro Pelajaran dan Ilmiah Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2012/2013 telah menganjurkan sebuah program ilmiah bersempena cuti musim panas. Program yang diberi nama ‘Daurah Ilmiah’ ini telah diadakan selama 2 hari bermula pada 30 Jun dan 1 Julai 2013 dengan bertujuan meningkatkan thaqafah ahli KPIPM yang baru sahaja selesai menjalani peperiksaan fasa 2 baru-baru ini. Pelbagai pengisian yang menarik telah disajikan sepanjang program berlangsung. Pada jam 10.00 pagi, Dewan Baru Wisma Darul Ridzuan B telah dipenuhi oleh para hadirin  yang terdiri daripada seluruh mahasiswa di Mesir. Sambil menunggu kedatangan pengisi, hadirin disajikan dengan alunan qasidah. Majlis bermula tepat jam 11.00 pagi. Tirai Daurah Ilmiah dibuka dengan diskusi kitab Fathul Mu’in oleh Al-Fadhil Ustaz Muhammad Nazrul bin Abd Nasir Al-Azhari. Pada hari pertama, beliau menyentuh hadis pertama sehingga hadis tiga belas yang menceritakan tentang kelebihan golongan yang m

Journey ’13: "Jauh Perjalanan, Teguh Keimanan"

Kaherah, 23 Jun 2013- Seusai sahaja imtihan fasa kedua ini, Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir di bawah Biro Perhubungan Sambutan Dan Rehlah telah mengadakan rehlah ke Matruh dan Siwa. Program kembara yang disertai seramai 32 orang ahli ini dinamakan sebagai JOURNEY ’13. Para peserta program bertolak dari Kaherah pada pukul 12.00 malam. Pada hari pertama, Isnin, 24 Jun 2013 rombongan kembara tiba di tempat penginapan pada jam 9.00 pagi terus dengan aktiviti mandi laut sebelum menjamu selera untuk sarapan pagi. Setelah itu, program diteruskan lagi dengan aktiviti lawatan ke pantai Ajiebah, Hamam Cleopatra serta membeli belah di Pasar Libya. Sepanjang perjalanan, musyrif penerangan iaitu ustaz Ahmad Hasni bin Shuhaibi telah memberikan penerangan yang jelas mengenai tempat-tempat yang dilawati disamping memberikan pengisian rohani untuk para peserta. Seterusnya pada hari kedua, Selasa, 25 Jun 2013, program meneruskan pengembaraan ke destinasi seterusnya iaitu Siwa.