Skip to main content

Posts

Showing posts from 2014

UJIAN ITU HADIAH DARI ALLAH

UJIAN ITU HADIAH DARI ALLAH     Hari terus berganti hari, kehidupan manusia juga terus berjalan pantas seiring dengan masa yang pantas berlari. Dicelah-celah hari berwarna-warni yang dijalani dan ditelusuri. Tanpa disedari ataupun tidak,manusia sebenarnya telah pun menempuhi pelbagai ujian dan dugaan. Ujian-ujian yang datang menyapa silih berganti dalam pelbagai bentuk dan rupa. Setiap orang ujian yang diberikan oleh Allah S.W.T adalah berbeza-beza mengikut tahap kemampuannya.   Firman Allah S.W.T : “Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya.” (Al-Baqarah 286)     Allah S.W.T telah mengatakan dengan jelas di dalam Al-quran bahawa Dia tidak akan sesekali menguji hambanya di luar kemampuan hambaNya. Allah S.W.T mengetahui kita kuat menghadapi ujiannya, oleh kerana itu Dia memberikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sa

PERMOHONAN DERMASISWA ONLINE PERAK TELAH DIBUKA

PERMOHONAN DERMASISWA ONLINE BAGI MAHASISWA/WI PERAK TELAH DIBUKA Makluman kepada seluruh mahasiswa/wi Perak, permohonan Dermasiswa Zakat Perak sesi 2014/2015 telah dibuka. Bagi sesiapa yang ingin memohon, sila rujuk laman http://www.maiamp.gov.my/dermasiswa untuk tindakan selanjutnya. Sehubungan itu : Pemohonan Kali Pertama anda perlu : - Membuat pendaftaran online terlebih dahulu di laman web yang sama:              http://www.maiamp.gov.my/dermasiswa - Dinasihatkan kepada pemohon agar mengisi borang online ini dengan LENGKAP tanpa meninggalkan mana-mana bahagian kosong untuk memudahkan proses permohonan.  - Sila cetak ( print ) borang permohonan online anda yang telah lengkap, kemudian lampirkan dokumen-dokumen berikut (sebanyak satu salinan sahaja) : 1.        SALINAN PASPORT DAN VISA PEMOHON. 2.        SALINAN KAD PENGENALAN PEMOHON DAN SIJIL LAHIR. 3.        SALINAN SURAT TAWARAN SAMBUNG BELAJAR / PENGESAHAN        KULIAH. 4.        S

IBRAH BAHNASA'14 : "Kembara Sejarah, Perluas Thaqafah"

Kaherah, 29 november 2014 , Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2014/2015 di bawah anjuran  Biro Perhubungan Sambutan dan Rehlah (BPSR) telah mengadakan jaulah ke Bahnasa El-Minya seramai 69 orang peserta di peringkat ikhwah. Manakala jaulah di peringkat HEWI di bawah anjuran  Ketua HEWI telah diadakan seminggu selepas itu pada 6 Disember 2014 telah mendapat penyertaan seramai 48 orang peserta.        Program jaulah kali ini dinamakan Ibrah Bahnasa’14 dan bertemakan “Kembara Sejarah, Perluas Thaqafah”. Antara objektif yang digariskan dalam program ini adalah  untuk menghayati pengorbanan dan jasa para sahabat dan auliya', menambahkan ilmupengetahuan serta  menanamkan fikrah Islamiah dalam kalangan ahli KPIPM. Para perserta program bertolak dari Kaherah pada jam 12.30 malam ke Bahnasa dengan menaiki sebuah bas dan coaster.           Keesokkan harinya, para perserta berkumpul di Masjid Sheikh Ali Jumam pada jam 7.40 pagi. Program di mulakan dengan alunan qasidah

RAMAH MESRA BERSAMA AHLI KPIPM DI DALAM PROGRAM INTERAKSI BKAN ANJURAN PERUBATAN CAWANGAN MANSURAH

Mansurah, 3hb Disember yang lalu Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) telah memenuhi jemputan Perubatan Cawangan Mansurah (PCM) bagi memberi penerangan mengenai Badan Kebajikan Anak Negeri Perak atau KPIPM dalam majlis Interaksi BKAN yang dianjurkan oleh mereka di sana.      KPIPM diwakili oleh Yang Dipertua, Setiusaha Agung dan beberapa orang AJKT dan HEWI tidak melepaskan peluang untuk berjumpa dan beramah-mesra dengan anak-anak perak yang berada di sana. Program yang diadakan ini bertujuan untuk memperkenalkan fungsi BKAN kepada mahasiswa baru secara khasnya dan kepada seluruh anak-anak Perak di bumi Mansurah secara amnya di samping mengeratkan ukhuwah di antara pimpinan dan ahli KPIPM. Pihak Kpipm disambut baik setibanya di bumi Mansurah oleh mandub dan mandubah serta anak-anak Perak di sana.      Program Interaksi BKAN untuk anak-anak Perak bermula pada jam 8.30 malam yang di pengerusikan oleh Saudara Abdul Rahman Bin Abdul Halim selaku Mandub Mansurah. Ramah

MUZAKARAH BERKELOMPOK GABUNGAN : Tubuh Cergas Manifestasi Minda Yang Cerdas

Tubuh cergas manifestasi minda yang cerdas. Jumaat, 5 Disember - ‘Hari Jumaat, Hari Usrah’. Pihak KPIPM telah mengadakan Muzakarah Berkelompok (MB) gabungan di peringkat ikhwah. Penganjuran ini dikelolai oleh Jabatan Fasilitator di bawah Biro Dakwah dan Tarbiah KPIPM sesi 2014/2015 yang berlangsung di Nadi Syabab, Hayyu Sadis.      Aktiviti futsal yang berlangsung mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua ahli. Turut hadir menyertai seluruh barisan kepimpinan KPIPM memeriahkan lagi suasana aktiviti riadhah tersebut.      Sehubungan dengan itu, keberjayaan aktiviti ini sangat menggalakkan dan mencapai objektifnya. Antara objektif MB gabungan ini adalah untuk meribat ukhwwah sesama ahli yang baru dan lama, serta menjaga kesihatan jasmani di kalangan ahli agar sentiasa cergas dan menatijahkan akal yang cergas juga.      Pihak penganjur mengharapkan agar seluruh ahli dapat memberikan komitmen yang terbaik di dalam MB setiap minggu, serta tidak dilupakan untuk kita be

Di Manakah Keutamaan Kita?

Di manakah keutamaan kita? Kuliah dan Talaqqi kedua-duanya adalah ilmu. Namun di sana ada perbezaan di antara keduanya. Antara unsur yang membezakan keduanya ialah sistem pengajian talaqqi ini tiadanya sistem peperiksaan, dan juga sistem talaqqi biasanya bermatlamatkan ‘khatam seluruh isi kitab dari kulit ke kulit’ bermula daripada mensyarahkan tajuk kitab, riwayat hidup pengarang kitab sehinggalah apa yang disampaikan oleh pengarang kitab pada penutup dibahagin akhir kitab. Dan akhirnya pengajar akan mengijazahkan sanad (bersambung ilmunya daripada syeikh sehingga pengarang kitab) kepada anak murid. Berbeza pula dengan sisitem pengajian di kuliah (universiti), yang mana matlamat mereka pula ‘menghabiskan keseluruhan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan untuk imtihan ’. Ji kalau pensyarah laju seperti arnab yang makan lobak 6 kilogram setiap hari, insyaAllah akan habis kesemua sukatan tersebut, manakala jikalau pensyarah seperti kura-kura yang tidak diberi makan selama 6

URUSAN TERJEMAHAN PENGESAHAN PENGAJIAN DAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

MAKLUMAN PEMBUKAAN URUSAN TERJEMAHAN PENGESAHAN PENGAJIAN DAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN Makluman kepada seluruh mahasiswa/wi Perak, urusan penterjemahan pengesahan pengajian dan keputusan peperiksaan bagi sesi 2014/2015 telah dibuka. Sehubungan dengan itu, kepada mana-mana pihak yang ingin membuat urusan boleh mendapatkan borang terjemahan pengesahan pengajian dan keputusan peperiksaan di pejabat ATASE Pendidikan Negeri Perak yang bertempat di Baitul Ridzuan (Wisma B) dan lampirkan bersama dokumen-dokumen yang berkenaan ; 1) Satu salinan passport 2) Satu salinan pengesahan pengajian 3) Satu salinan keputusan peperiksaan. Sebarang permasalahan dan pertanyaan sila rujuk : Setiausaha Agung KPIPM sesi 2014/2015 Saudara Muhamad Akmal Bin Ahmad +201158452897 Setiausaha HEWI KPIPM sesi 2014/2015 Saudari Umi Atikah Binti Samsudin +201122528674 ATASE Pendidikan Negeri Perak Ustaz Munawir Bin Mohamed Noh +201122141005 Pembantu ATASE Pendidikan Negeri Perak  Ustaz Abdul

Hijrah Mahasiswa

     Sudah hampir seminggu kita berada di tahun 1436 Hijrah ini. Teringat ketika mana ia menjelang, seluruh umat Islam menyambut perayaan tahun baru dengan penuh penghayatan dengan mengikut garis panduan Islam itu sendiri seperti yang disunatkan untuk dimulai dengan bacaan doa menjelang akhir tahun dan juga doa menjelang awal tahun, diikuti bacaan surah Yaasin dan solat hajat, sebagai persiapan untuk menyambut tahun baru ini.      Secara zahirnya, ketibaan tahun baru itu menandakan peralihan masa yang menjadikan hari ini kepada semalam dan peristiwa semalam yang telah berlaku itu akan menjadi kenangan dalam lipatan sejarah. Namun apa yang lebih signifikan dari itu adalah persediaan diri kita untuk memperbaiki keadaan diri sebagai seorang insan, seorang mahasiswa dan lebih-lebih lagi sebagai seorang makhluk Allah Ta’ala.      Oleh itu sebagai seorang mahasiswa, rasa tidak bermakna jika tahun baru tidak diiringi dengan semangat, azam dan minda yang baru. Sama ada azam tahun yang lal

Kalam Rasmi Yang Dipertua KPIPM sesi 2014/2015

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang      Segala pujian dan rasa syukur dipanjatkan kehadrat Illahi Pemilik dan Pengurnia segala nikmat. Selawat dan salam yang berpanjangan buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW , ahli keluarga baginda, para sahabat, serta pembantu dan pengikutnya yang setia yang telah bersama-sama susah dan senang dalam siri-siri perjuangan untuk mendaulatkan Islam dan menjadikannya sebagai Ad-Deen bagi seluruh pelusuk dunia ini. Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Maaidah, ayat ketiga yang bermaksud: " Pada hari ini telah-Ku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah-Ku cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah-Ku redhai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barangsiapa terpaksa kerana kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ."      Islam merupakan satu-satunya agama yang diiktiraf, yang mempunyai sistem yang menyeluruh lagi mencakupi segenap aspek kehidupan adalah suatu kenyata

ADAB MEMBACA AL-QURAN

      Diriwayatkan daripada Saidina Uthman Bin Affan R.A berkata: Sabda Nabi Muhammad S.A.W: “Sebaik-baik daripada kamu adalah mereka yang mempelajari Al-Quran.” (Riwayat Bukhari)         Al-Quran adalah kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W yang menjadi cahaya petunjuk kepada umat manusia. Maka, umat Islam wajib untuk mengikut isi yang terkandung di dalam Al-Quran supaya ianya menjadi panduan sepanjang hidup hatta di akhirat kelak.         Al-Quran yang merupakan kalam Allah yang agung perlu dijaga akan ketulenannya dan menjaga adab-adab dalam membaca dan mempelajarinya. Rasulullah S.A.W pernah membahagikan golongan yang membaca Al-Quran ini kepada beberapa bahagian. Sepertimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:   “Perumpamaan orang mu’min yang rajin membaca Al-Quran adalah seperti buah Al-Atrujah yang mana aromanya yang wangi dan rasanya yang sedap, dan perumpamaan orang mu’min yang tidak rajin membaca Al-Quran adalah seperti buah tamar yang mana tiada aroman

Carta Organisasi Ahli Jawatankuasa Tadbir dan Ahli Jawatankuasa HEWI KPIPM Sesi 2014/2015

Program Perayaan Mahabbah Aidil Adha KPIPM 2014 (PERMAI'14): Menghayati Tadhiyah Menyimpul Mahabbah

Sabtu, 4 Oktober 2014 - Sempena perayaan Aidil Adha, Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) telah menganjurkan program Perayaan Mahabbah Aidil Adha 2014 (PERMAI'14) dengan kerjasama Atase Pendidikan Negeri Perak bertemakan "Pengorbanan Dihayati, Mahabbah Bersemi". Sebanyak 50 ekor haiwan terdiri daripada unta, lembu dan kambing dijadikan korban pd tahun ini.        Pada pagi hari raya pertama, ahli KPIPM telah disajikan dengan tazkirah subuh yang disampaikan oleh Yang Dipertua KPIPM, Ustaz Muhammad 'Asri b. Mohd Salim sebelum bergegas ke Masjid Musa an-Nusair, Haiyu Sabie' bagi menunaikan solat sunat Aidul Adha, anjuran PMRAM. Seusai solat, seluruh ahli menuju ke Baitul Rahman bagi menjalankan proses pnyembelihan dan melapah secara bergotong-royong. Seluruh ahli memberikan kerjasama yang sangat memberansangkan. Pada hari yg sama juga, daging diagihkan kepada yang mengambil bahagian panggu dan seluruh ahli KPIPM. Seusai proses melapah, sekali lagi semu

Pembahagian Muzakarah Berkelompok KPIPM Sesi 2014/2015

Berikutan kehadiran mahasiswa-mahasiswi baru pada tahun ini, pihak Jabatan Fasilitator telah mengambil inisiatif untuk membuat rombakan Muzakarah Berkelompok. Rombakan yang telah dibuat adalah seperti berikut : 1) Muzakarah Berkelompok peringkat ikhwah 2) Muzakarah Berkelompok peringkat akhawat " Kesyumulan Tarbiah Melestari Pendakwah Dinamik " BERILMU, BERAMAL, IKHLAS 

Anggota Badan Penasihat KPIPM Sesi 2014/2015

Ahli Jawatankuasa Tadbir dan Ahli Jawatankuasa HEWI KPIPM Sesi 2014/2015

TUNTUTAN DAN RAYUAN DERMASISWA FISABILILLAH MAIPK 2013

Assalamualaikum wbt. Perhatian kepada semua pemohon Dermasiswa fisabilillah MAIPk pda sesi kali ini: Jawatankuasa Dermasiswa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) telah bermesyuarat bagi  memproses permohonan dermasiswa zakat yang telah dibuat oleh pemohon. Untuk makluman semua, pemberian dermasiswa zakat pada tahun ini telah diagihkan kepada penerima yang layak. Bagi sesiapa yang layak menerima zakat pada tahun ini, tetapi status permohonannya gagal, anda layak untuk membuat tuntutan terhadap permohonan tersebut. Caranya, anda perlulah memberikan maklumat dan perkara seperti berikut: 1)Salinan passport. 2)Salinan terjemahan keputusan pengajian terkini. 3) Membuat surat rayuan. (lihat contoh dibawah) Sebarang pertanyaan atau serahan maklumat, sila rujuk kepada : -           Saudara Mohammad Fadzil bin Abdul Rahim – Setiausaha Agung KPIPM 2014 (+201143152764) -           Saudari Fatimah binti Azizuddin – Setiausaha HEWI KPIPM 2014 (+

PERTEMUAN BERSAMA CEO MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU PERAK : MENGUKUHKAN HUBUNGAN BAIK ANTARA KPIPM DAN MAIPK

IPOH, 17 JULAI – Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) sentiasa peka dan prihatin dalam melahirkan golongan agamawan demi mengisi keperluan semasa kepada masyarakat. Kelangsungan persatuan anak Perak yang bergerak di bawah lembayung KPIPM sentiasa merentasi masa seiring dengan usianya hampir 50 tahun. Oleh yang demikian, satu perjumpaan telah diadakan antara pihak Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) bertempat di Pejabat Pentadbiran MAIPk di Ipoh. Pihak KPIPM telah menghantar dua wakil iaitu Saudara Muhammad ‘Asri Bin Mohd Salim selaku Timbalan Yang Dipertua KPIPM sesi 2014 dan Saudara Zulhafeez Bin Ahmad Zahidi selaku Pengarah Program Bakti Siswa Al-Azhar 2014. Pertemuan bersama Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Dr Amiruddin Bin Muhamed yang mula berkhidmat untuk menerajui institusi agama Negeri Perak itu pada awal tahun ini telah membincangkan beberapa perkara yang merangkumi ke

TAFAQQUH AN-NISA' : NASIHAT UNTUK MUSLIMAH

KAHERAH, 09 JULAI 2014 - Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir Sesi 2014 telah menyambung kelas Tafaqquh An-nisa' dibawah seliaan Biro Pelajaran dan Ilmiah Hewi 2014. Kali ini giliran Ustazah Nurhafsah binti Awalluddin, Penasihat Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir telah berkongsi sebuah kitab yang sangat berguna untuk para muslimat, " Nasihat Lil Fatah Al-muslimah ". Pengarang telah menggariskan beberapa nasihat yang sangat baik untuk para perempuan yang bergelar muslimah. Antaranya : 1. Bagaimana para muslimah mengatasi segala ujian dan dugaan yang telah diberikan oleh Allah mengikut tahap kemampuan seseorang dengan cara yang sangat baik. 2. Pengarang juga menasihati para muslimah bahawa harta bukanlah segala-galanya dalam kehidupan. Dan ketahuilah bahawa harta di dunia tidak kekal selama-lamanya. 3. Para muslimah perlulah bersabar ketika mana menerima berita atau kejutan yang pertama yang diluar daripada sangkaan manusia. 4. Baga

THE FIKR : Medan Asahan Bakat Ahli

KAHERAH, 10 Julai 2014 - Majalah Rasmi KPIPM kini kembali lagi dengan edisi khas sempena Ramadan. (Edisi Akhirah Cup). The Fikr kali ini menfokuskan tajuk berkenaan "Ramadan dan Isu Semasa, Dimanakah peranan kita". Tajuk yang mengupas berkenaan bulan Ramadan dan juga pelbagai isu yang sedang melanda umat masa kini.               Fokus utama yang ingin dibawa menerusi majalah kali ini lebih tertumpu kepada penghayatan umat Islam terhadap kehadiran bulan Ramadan Al-Mubarak. Seiring dengan itu ia turut membentangkan berkenaan peranan dan tanggungjawab kita selaku mahasiswa Islam dalam menagani sesuatu isu meskipun sedang berada dalam Bulan Ramadan.             KPIPM sentiasa menyediakan ruang dan medium kepada ahli untuk mengasah bakat mereka dalam aspek penulisan dan kemahiran yang lain. Bertepatan dengan usul yang dibawa oleh KPIPM bagi sesi ini penguasaan ilmu dan kemahiran dalam pelbagai bidang. Semoga usaha ini mampu melahirkan mahasiswa yang berkualiti seiring

ZIARAH : Wakil KPIPM ke Bumi Mansurah

Mansurah, 6 Julai 2014 – Satu lawatan telah diadakan oleh wakil KPIPM bagi mengunjungi anak-anak Perak di bumi Mansurah. Dua orang mentor wakil Hewi KPIPM, Saudari Nabilah Binti Zakaria dan Saudari Nurul Fadhillah Binti Mohd Khairi beserta Setiausaha AMP (Ahli Majlis Perwakilan), Saudari Norfadilah binti Mohd Nasir   telah mengadakan perjumpaan dengan mandubah Mansurah, Saudari Nahdatul Awatif binti Osman.     Wakil KPIPM sempat beramah mesra dan berbuka puasa bersama ahli Dewan Majlis Perwakilan (DPM) Mansurah di rumah salah seorang warga Arab di situ dalam satu aktiviti di bawah Program IHTIRAM di peringkat DPM Mansurah. Tidak ketinggalan wakil KPIPM berkesempatan bertemu dengan Ahli jawatankuasa Hewi DPM Mansurah bagi bertanyakan perihal kebajikan dan permasalahan ahli di sana.              Besar harapan KPIPM agar kebajikan kepada ahli terutamanya yang berada di muhafazah terus dapat disalurkan melalui medium mandub dan mandubah di setiap cawangan. Semoga, kunjungan

TAFAQQUH AN-NISA : Erti Sebenar Iman dan Amal Soleh

KAHERAH, 02 JULAI 2014 - Kelas Tafaqquh An-nisa' Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2014 dibawah seliaan Biro Pelajaran dan Ilmiah Hewi diteruskan lagi pada minggu ke- 2 selepas peperiksaan fasa 2. Kali menampilkan Setiausaha Hewi, Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir 2014, Ustazah Fatimah binti Azizuddin membentangkan kitab bertajuk " Al-Iman wal-amal as-soleh " karangan Ustaz Wajdi Ghanim. Antara isi kandungan kitab ini adalah : ·          Rukun iman terbahagi kepada tiga : 1. Yakin di dalam hati 2. Mengakui dengan lisan ( lidah ) iaitu " Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah " 3. Dibuktikan dengan amalan zahir. Iman tidak cukup pada kata-kata, bahkkan memerlukan kepada amalan zahir dan dilengkapkan keimanan itu dengan beriman kepada malaikat, kitab-kitab samawi dan rasul-rasul, mendirikan solat ketika mendengar seruan . Nabi Muhammad saw pernah bersabda : ketika ditanya : Apakah

AKTIVITI MUZAKARAH BERKELOMPOK HEWI KPIPM | BOWLING STRIKE

Kaherah, 27 Jun- Seramai 49 ahli HEWI KPIPM telah melibatkan diri dalam aktiviti permainan bowling yang dianjurkan oleh Biro Tabung Kebajikan, Kesenian, dan Riadah HEWI KPIPM dengan kerjasama Jabatan Fasilitator KPIPM Sesi 2014 . Aktiviti ini bermula jam 9.00 pagi di dewan Wisma Darul Ridzuan B dengan mengumpulkan ahli dan melakukan aktiviti ringan dalam usrah masing-masing. Semua ahli mula bergerak ke pusat Bowling yang terletak di Solah Salim pada jam 10.40 pagi dan permainan berakhir pada jam 2.00 petang. Semua yang terlibat telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang aktiviti dijalankan. Pihak KPIPM mengharapkan seluruh ahli KPIPM akan lebih menitikberatkan perihal kesihatan tubuh badan seterusnya lebih memberi komitmen untuk istiqamah menghadirkan diri dalam usrah masing-masing. Berilmu, Beramal, Ikhlas Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan #satufikrahsatuama l Disediakan oleh : Setiausaha  Biro Kebajikan, Kesenian dan Riadah  Keluarga p