Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2010

Wisma Darul Ridzuan A, Tempat Calon BP PMRAM Berkempen

30 MAC – Pada jam 8.50 malam, bermulanya satu majlis kempen calon-calon BP PMRAM, di Wisma Darul Ridzuan A. Antara yang hadir dalam majlis ini ialah Ustaz al Hidayat bin Khalid, Ustaz Mohd Faizuddin bin Ghazali, Ustaz Firdauz bin Noh dan Ustaz Mohd Zahid bin Abu Bakar. Program telah dikendalikan oleh Ustaz Abdul Hadi bin AB Rahman, dan dimulakan dengan ucapan setiap calon BP dan diselangi dengan ucapan penyokong setiap calon. Turut menghadiri majlis ini, Pegawai Pendaftaran SPR PMRAM, Ustaz Muntazimuddin bin Zulkifli, dan Ustaz Amaluddin, yang merupakan salah seorang Badan Pengurus PMRAM. Majlis tamat pada jam 10 malam, dengan beberapa pesanan untuk ahli PMRAM supaya turun mengundi.

Makluman : Tarikh Semakan Daftar Pemilih

Makluman kepada semua ahli KPIPM, berikut ialah jadual semakan daftar pemilih : Bermula 28 Mac hingga 1 April jam 3 petang hingga 9 malam Bilik Mesyuarat, Wisma Darul Ridzuan A Jalankan tanggungjawab anda sebagai pengundi.

Fenomena Kelemahan Jiwa

Oleh : Ustazah Suriaty binti Nayan Mahasiswi Tahun 4, Syariah Islamiah Universiti al Azhar, Iskandariah Dipetik daripada : Fanomena Kelemahan Jiwa dan Kaedah Rawatannya, karangan Dr Majdi Hilali BAHAGIAN 1 Firman Allah SWT yang bermaksud : "Demi diri (manusia) dan yang menyempurnakannya (Allah). Lalu diilhamkan oleh Allah kepadanya mana yang buruknya dan mana yang baiknya. Surah As-Syams : 7-10. Dalam ayat ini dengan jelas telah Allah terangkan bahawa manusia dijadikan bersama nafsu ammarah yang cenderung kepada kejahatan. Pastinya setiap yang berlaku ada sebabnya. Mengapa? Kerana Allah ingin menguji sejauh mana tulusnya pengabdian manusia terhadap Allah SWT. Antara sifat-sifat tersebut adalah berlaku zalim, kejahilan, bersifat bakhil dan pelbagai lagi sifat mazmumah yang ada dalam diri. Allah telah mencipta sifat ini sebagai satu medium untuk menguji kejujuran pengabdian hambanya kepada Allah SWT. Sungguh, harus kita ketahui bahawa andai manusia tanpa nafsu sebegini seumpam

Yahudi Bangsa Yang Kejam

oleh : Mohd Faizal Jaafar redqalbi.blogspot.com Semalam telah berlangsungnya kemuncak persidangan negara-negara arab di Libya. persidangan tanpa dihadiri 10 pemimpinnya termasuklah presiden mesir kerana sakit. Apa yang hendak saya ulaskan bukan persidangan itu. tetapi apa yang berlaku di Palestin dan sensitiviti umat Islam. saya agak terkejut apabila membacakan berita tentang masjid al-aqsa yang terapung diawangan dan menunggu masa untuk runtuh. sedih bercampur geram. keadaan masjid ke-3 tersuci umat Islam ini telah terancam. bila-bila masa sahaja akan runtuh. Inilah gambaran terkini umat Islam sebenarnya. retak menanti belah dan runtuh. tiada lagi kesatuan atas nama persaudaraan seakidah. Telah berjaya Artarturk dan yahudi mengasing-asingkan benua dan negara Islam dari disatukan dalam satu khalifah. Negara yang lemah akan ditindas, yang kuat akan terus berkuasa. yang miskin terus miskin, yang kaya terus kaya. perpecahan inilah penyebab beraninya musuh-musuh Allah mengancam umat

Manisnya Sebagai Pesakit

oleh : Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil ibnuirfadzil.blogspot.com Khas buat mereka yang mengalami penyakit, atau sedang sakit terlantar dihospital, dan sebagainya. Bagaimana? Betulkan minda anda, supaya minda anda tidak sakit sepertimana badan anda sedang mengalami kesakitan. Ingat, kesakitan yang paling serius ialah sakit minda, atau lebih dikenali sebagai “sakit otak”. Ramai orang yang mampu untuk melakukan kerja berat-berat, tetapi berapa ramaikah yang mampu menjadi pemikir yang hebat? Ini kerana mereka yang kuat berfikir sering mengatakan “sakit otak”, apabila mengalami tension dalam bertugas dan sebagainya. Maka, bagi mereka yang “hanya” sakit pada badan, pastikan minda anda tidak turut sakit sama. Petua untuk menghilangkan sakit pada badan, melalui minda ialah : 1. Sakit itu bukanlah satu penghinaan daripada Allah. Tetapi ia adalah ujian daripada Allah untuk meningkatkan iman kamu sekiranya kamu bersabar. Maka beruntunglah orang yang sakit. 2. Sakit itu menunj

Perkahwinan Ustaz Hafizul Akbar

27 MAC - KPIPM hari ini menerima berita gembira apabila dimaklumkan bahawa salah seorang ahli KPIPM bakal mendirikan rumahtangga. Beliau yang dimaksudkan ialah Ustaz Hafizul Akhbar bin Abdul Rahman. Beliau adalah mahasiswa tahun 1, Qiraat al Azhar cawangan Tanta, yang telah menamatkan pengajian di peringkat Maahad Qiraat Syoubra tahun lepas. Beliau juga pernah menjawat sebagai Bendahari Kehormat KPIPM bagi sesi 2007/2008. Beliau akan melangsungkan perkahwinan tersebut pada hari ini, iaitu 1 April di rumah pengantin perempuan, dan akan mengadakan walimah di rumah pengantin lelaki pada 4 April akan datang. Beliau bakal mendirikan rumahtangga bersama seorang mahasiswi cawangan Iskandariah, dari Negeri Johor. Beliau yang dimaksudkan ialah Ustazah Hidayah binti Abd Rahman. Pengerusi Unit Bait Muslim dan Hisbah, Ustaz Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil memberitahu bahawa pasangan pengantin baru ini adalah yang kedua belas pada sesi ini, yang mendapat makluman di peringkat KPIP

Masjid al Aqsa Terapung Di Awangan

sumber : http://map2street.blogspot.com (Mini Pavilion PMRAM) Laporan Palestin: Masjid Al-Aqsa tergantung di awangan Sebuah laporan yang disediakan oleh Hal-Ehwal Luar Palestin telah dibentangkan dalam perjumpaan awal(persediaan) bagi peringkat Menteri-menteri luar Arab semalam di bandar Sirt, Libya sebelum berlangsung Persidangan Kemuncak Negara-negara Arab pada esok hari, 27-03-2010 di Sirt, Libya. Laporan tersebut memperincikan tentang penggalian Israel di bawah Masjid Al-Aqsa serta perancangan Israel bagi meyahudikan bandar Al-Quds. Rentetan beberapa kajian khusus yang telah dibuat menjelaskan bahawa Masjid Al-Aqsa seolah-olah tergantung di awangan jika binaan asas itu menjadi reput kesan penggalian yang dilakukan Israel. Tambahan pula, wujud terowong-terowong bawah tanah di bawah Al-Aqsa sehingga menemui di bawah bandar kecil Silwan yang terletak berdekatan tembok di sebelah barat Masjid al-Aqsa. Berikutan itu, kejadian runtuh pasti berlaku di jalan-jalan utama yang meliputi

Ketua Biro Ekonomi Mengumumkan Pemboikotan Barangan Sweeden

26 MAC – Ketua Biro Ekonomi, Ustaz Omar bin Adam hari ini memberitahu media bahawa KPIPM akan mengadakan boikot barangan Sweeden sepertimana yang telah dilakukan sebelum ini terhadap mana-mana badan yang menghina Islam. Ia adalah susulan daripada 3 buah akhbar Sweeden telah menyiarkan karikatur yang menghina Nabi Muhammad SAW. Pada hari ini, di Malaysia sendiri, beberapa NGO dan parti sedang mengadakan demo dihadapan kedutaan Sweeden bagi membantah tindakan Sweeden ini. Kempen Boikot yang telah dilaksanakan oleh Biro Ekonomi telah memberi kesan positif sebanyak 70 % semenjak awal sesi kenaikan, sehinggalah sekarang, katanya. Beliau juga menyarankan kepada semua ahli KPIPM supaya tidak lagi membeli barangan keluaran Sweeden, sebagai usaha untuk melumpuhkan ekonomi mereka. Beliau berkata, KPIPM akan mengeluarkan artikel khas yang menyenaraikan semua barangan Sweeden yang perlu diboikot, selain barangan keluaran Israel, barangan syubhat dan sebagainya

Mesyuarat Muhasabah Mesra 10 Diadakan

24 MAC – Pada 24 Mac lalu, KPIPM telah mengadakan mesyuarat muhasabah bagi program Mesra 10 yang diadakan di Dewan Syeikh Sya’rawi, Wisma Darul Ridzuan A. Mesyuarat dihadiri seramai 9 orang akhawat, dan 10 orang yang ikhwah dari kalangan Adhoc. Mesyuarat bermula pada jam 9 malam dan berakhir pada jam 12 malam. Antara perkara yang dibincangkan ialah muhasabah gerak kerja adhoc sepanjang program Mesra 10 berlangsung. Mudah-mudahan dengan muhasabah ini dapat memperbaiki kekurangan yang ada dan meningkatkan mutu gerak kerja di masa akan datang. Selain itu, para Adhoc melontarkan beberapa cadangan bernas untuk dilaksanakan pada masa akan datang. Mesyuarat diakhiri dengan ucapan daripada Yang Dipertua KPIPM, Ustaz Mohd Khairul Asyraf bin Mohd Khir, yang menekankan aspek kebersamaan dalam gerak kerja dan beliau mengucapkan terima kasih di atas sumbangan semua adhoc dalam menjayakan program ini.

Youth Talkshow Menarik Minat Ahli

25 MAC – Dijangka melebihi 60 orang ahli KPIPM menghadiri Youth Talkshow sempena Program Pemantapan DUAT (PEMANDU 10) yang diadakan pada malam tadi. Program bermula pada jam 8.30 malam di Wisma Darul Ridzuan dengan membawa tajuk “Mahu 1000 Adam, Perlu Seorang Hawa”. Panelis yang ditampilkan ialah Ustaz Abdul Hadi bin AB Rahman, Ustaz Ismail bin Nardin dan Ustazah Zahidah binti Abd Wafir yang menggantikan Ustazah Mazilah binti Mohd Nor. Talkshow telah dikendalikan oleh Ustaz Mohd Atiq bin Johari, mahasiswa tahun 1 Universiti al Azhar, dan Dr Nasibah binti Abu Bakar, mahasiswi perubatan Ain Syams. Antara yang ditekankan oleh ahli panel ialah tanggungjawab pemuda dan pemudi dalam membawa masyarakat dan melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Program tamat pada jam 10.45 malam.

Program Pemantapan DUAT Bermula Rentak

24 MAC – Hari ini telah diedarkan iklan ke rumah-rumah sewa dan Wisma Darul Ridzuan tentang Program Pemantapan DUAT siri pertama yang bakal menjadi pembuka tirai bagi program ini. Program Pemantapan DUAT (PEMANDU) adalah program anjuran bersama Biro Dakwah dan Tarbiah dan Biro Tabung Kebajikan, Kesenian dan Riadah KPIPM. Ia bakal dilaksanakan kali pertama pada esok hari, 25 Mac dengan slot yang dinamakan “Youth Talkshow” dengan bertajuk “Mahu 1000 Adam, Perlu Seorang Hawa”. Program akan diadakan selepas Isya, di Wisma Darul Ridzuan A, dengan menampilkan beberapa panelis yang dikenali ramai di kalangan ahli KPIPM sendiri. Mereka ialah, Ustaz Abdul Hadi bin AB Rahman, mahasiswa tahun 4, Kuliah Syariah Islamiah, Universiti al Azhar Kaherah, Ustaz Ismail bin Nardin, mahasiswa tahun 3, Kuliah Usuluddin Jabatan Tafsir, Universiti al Azhar Kaherah dan Ustazah Mazilah binti Mohd Nor, Graduanita Kuliah Syariah Islamiah, Universiti al Azhar Iskandariah. Ustaz Ibnu Abbas bin Azizuddin, Ketu

AJKT Menziarahi Ustaz Luqman Hakim Yang Mengalami Sakit Teruk

24 MAC – Ustaz Mohd Zahid bin Abu Bakar, Ketua Biro Tabung Kebajikan, Kesenian dan Riadah bersama Ustaz Muhammad Amin bin Abdul Rahman, Timbalan Yang Dipertua hari ini telah menziarahi seorang ahli KPIPM yang mengalami sakit teruk. Beliau yang dimaksudkan ialah Ustaz Luqman Hakim bin Abaidillah, mahasiswa tahun 3, Kuliah Syariah, Universiti al Azhar, Kaherah. Beliau yang sedang terlantar di rumah beliau di Hayyu Asyir semenjak 3 minggu lalu setelah disyaki mengidap penyakit demam kuning, dan beberapa penyakit lain. Beliau ketika ditanya, memberitahu akan pulang ke Malaysia pada hari Jumaat ini, pada jam 12 tengahari untuk mendapatkan rawatan lanjut di Malaysia. Ustaz Mohd Zahid memberitahu bahawa BTKKR akan membuat kutipan dari rumah ke rumah, bagi mendapatkan sumbangan untuk beliau.

Pengumuman Pilihanraya Badan Pengurus PMRAM Sesi 2010

Dengan ini pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) PMRAM 2009 secara rasmi mengumumkan, pencalonan semula bagi Badan Pengurus PMRAM telah ditutup pada 5 Mac yang lalu. Sehingga tempoh tersebut, pihak SPR telah menerima 3 calon lebihan sekaligus mengumumkan pilihanraya Badan Pengurus PMRAM sesi 2010 akan diadakan. Bagi memilih 9 calon Badan Pengurus tersebut, Suruhanjaya Pilihanraya PMRAM memutuskan beberapa ketetapan berikut : 1. Malam Ta`ruf Calon Kepimpinan PMRAM 2010 (MTC `10) : 29 Mac 2010 ( Isnin ) bertempat di Rumah Selangor jam 7.45 malam. 2. Hari semakan daftar pemilih : 28 Mac hingga 1 April 2010 ( Rabu – Sabtu ) 3. Hari calon berkempen : 29 Mac hingga 8 April 2010 ( Isnin – Khamis ) 4. Hari dan tempat mengundi : Akan dimaklumkan kemudian Maklumat lanjut tentang perjalanan aktiviti SPR PMRAM akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Saudara Rafzan Razak selaku Pengarah Suruhanjaya Pilihanraya PMRAM 2009 ditalian +20114527822.

Sifat Seorang Muslim

Oleh : Ustazah Suriaty Nayan Tahun 4, Kuliah Syariah, al Azhar, Iskandariah telantiputri.blogspot.com Dalam kitab Risalah Ta'lim karangan Al-Imam As-Syahid Hassan Al-Banna telah digarispandukan tentang 10 sifat baik yang perlu ada dalam membentuk diri ke arah yang lebih positif. 10 sifat ini merupakan nadi penggerak para daei dalam meneruskan usaha untuk menegakkan kalimah tauhid di atas muka bumi ini. Point-point penting ini terdapat di dalam rukun yang ketiga iaitu rukun AMAL. Sebagai manusia biasa yang serba-serbinya kurang, kita harus berusaha supaya sifat-sifat positif ini mesra dengan jiwa dan jasad kita. Mari kita koreksi diri, adakah 10 sifat ini kita miliki. Jika tidak, usahakan dari sekarang agar anggota badan kita mula terbit rasa cinta untuk berubah ke arah yang lebih baik. -KUAT TUBUH BADAN Allah lebih menyayangi muslim yang kuat dari yang lemah. Tubuh badan yang kuat, antara faktor keberjayaan sesuatu dakwah. Usahakan sesuatu agar rohani dan jasmani kita kuat. C

Pengumuman : Tarikh Tutup Pertandingan Cerpen Dilanjutkan

Assalamualaikum, Makluman kepada semua ahli KPIPM, pertandingan menulis cerpen dilanjutkan sehingga tarikh 31 Mac. Diharap dapat menghantar cerpen sebelum atau pada tarikh tersebut kepada Timbalan Yang Dipertua, Ustaz Muhammad Amin bin Abd Rahman atau Timbalan Ketua HEWI, Ustazah Dzulyalyna binti Ahmad Zahidi Timbalan Yang Dipertua, Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir 2009/2010

Ralat Dalam Aspirasi Edisi Mesra 10

PERHATIAN : Terdapat beberapa ralat di dalam Aspirasi Edisi Mesra 10 yang perlu diubah : m/s 5 : Saidatina Khadijah wafat pada umurnya 65 tahun, bukan 50 tahun. Sila betulkan. Terima kasih Timbalan Yang Dipertua Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir 2009/2010

Terima Kasih Kepada Semua Adhoc Mesra 10

22 MAC – Yang Dipertua, Ustaz Khairul Asyraf bin Mohd Khir hari ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Adhoc Mesra 10, yang banyak bertungkus lumus dalam menjayakan program mega ini. Beliau berkata bahawa Mesra 10 adala program yang pertama dibuat di dalam KPIPM, bagi merealisasikan kelainan dan pembaharuan dalam KPIPM. Beliau mengharapkan agar usaha untuk menggiatkan KPIPM berterusan dan sama-sama dapat menolak unsur pecah belah dalam KPIPM. Beberapa ahli kita mengatakan KPIPM sudah tidak meriah seperti dahulu, kerana dihiasi dengan kegembiraan ahli-ahli yang mendapat kerjasama dari semua pihak. Tetapi saya kesal kerana kemesraan tersebut telah hilang disebabkan unsur pecah belah dan beberapa ahli yang tidak mahu memberikan komitmen, katanya. Beliau mengharapkan agar sebarang ketidakpuasan hati, boleh diperbaiki dari semasa ke semasa. Janganlah disebabkan perkara yang kecil, sehinggakan program KPIPM diboikot, sedangkan ia begitu sukar diusahakan, terutamanya di peringk

Aspirasi Edisi Mesra 10 Berjaya Diedarkan

22 MAC – Aspirasi Edisi Mesra 10 akhirnya berjaya diedarkan kepada ahli untuk menggiatkan ekonomi KPIPM. Aspirasi edisi kali ini lebih menarik dengan memuatkan artikel, perancangan, info dan sebagainya di dalam 16 muka surat. Ustaz Muhammad Amin bin Abd Rahman, Timbalan Yang Dipertua, memberitahu bahawa Aspirasi bukanlah edaran secara percuma kepada ahli, tetapi ia dijual dengan harga yang tertentu. Kali ini harganya sebanyak LE 2. Namun, untuk edisi percuma, boleh mendapatkannya di dalam blog KPIPM, katanya semasa Jaulah AJKT ke Iskandariah sempena Mesra 10 baru-baru ini. Beliau berharap agar edaran ini dapat dihabiskan jualannya di peringkat ahli.

Khazanah Nabi Muhammad SAW

Kiriman : Muhammad Mujahid bin Ir Hj Mohammad Fadzil ibnuirfadzil.blogspot.com