Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2014

AKHLAK PEMACU PEMBANGUNAN UMMAH YANG UNGGUL

Islam amat menitikberatkan soal pembinaan akhlak didalam diri umatnya. Pentingnya kedudukan akhlak di dalam Islam ini sehingga ianya menjadi salah satu misi yang utama diutuskan Rasulullah S.A.W ke atas dunia. Baginda menegaskan dalam sebuah hadis yang bermaksud: "Sesungguhnya aku diutus hanya untuk menyempurnakan akhlak yang mulia." (Riwayat al-Hakim). Misi yang telah diwahyukan oleh Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad S.A.W itu telah menjadikan ilmuan barat mengiktiraf Nabi sebagai manusia no 1 paling berjaya merubah peradaban manusia dari zaman kegelapan kepada zaman cahaya Islam. Apabila Siti Aisyah r.a.h di tanya oleh seorang Arab Badawi mengenai akhlak baginda, maka beliau menjawab : “Akhlak Rasulullah saw adalah seperti Al-Quran”. (Riwayat Bukhari dan Muslim) Sejarah Islam telah membuktikan bahawa pembinaan akhlak islamiah itu adalah merupakan faktor yang penting dalam membentuk sesebuah masyarakat yang unggul. Rasulullah S.A.W telah mendidik para sahab

OPERASI TERBARU MUJAHIDIN AS-SYABAAB DI SELATAN SOMALIA

BUULOBURDE - Para mujahidin di Selatan Somalia telah melancarkan satu serangan terbaru dalam satu operasi syahid di Somalia yang mensasarkan sebuah hotel di bandar selatan menyebabkan puluhan terbunuh. Kejadian tersebut berlaku beberapa hari selepas tentera Somalia yang disokong oleh Kesatuan Afrika mendakwa telah mengambil alih bandar tersebut daripada Mujahidin As-Syabaab. Satu letupan yang meletus di Buuloburde semalam adalah serangan terbaru ke atas serangan pasukan Kesatuan Afrika. "Seorang pengebom berani mati telah memandu kereta yang dilengkapi dengan bahan letupan menuju ke hotel. Sejurus kemudian, letupan besar meletus dan berlakunya tembak-menembak yang agak sengit, " ujar Moalim Mohamed Adan. Pegawai keselamatan melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 4 orang telah terbunuh dalam pertempuran tersebut. Semasa ditemuramah di pejabat berita Reuters, Syeikh Abdiasis Abu Musab, wakil jurucakap operasi ketenteraan As-Syabaab telah mengatakan bahawa,&quo

Kalam Rasmi Yang Dipertua KPIPM sesi 2014

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Segala puji bagi Allah yang telah memberikan kesempatan untuk sama-sama kita terus menghirup udara di muka bumi Allah S.W.T Selawat dan salam kita panjatkan buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW , barisan pimpinan khulafa’ Ar-Rasyidin, serta ahli keluarga dan kaum kerabat yang telah bersama-sama dalam mendaulatkan Islam sehingga pada hari ini ia diteruskan oleh generasi–generasi pelapis kepada perjuangan yang penuh suci ini. Firman Allah S.W.T: “Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) disisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya;(perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat Allah, maka sesungguhnya Allah amat segera hitungan

Syumulnya Islam pada Teori dan Praktikal

" إنا أنزلنا عليك الكتاب تبيانا لكل شيء" Maksudnya: "Dan Kami turunkan Kitab kepada kamu dengan menerangkan setiap sesuatu". (An-Nahl: 89) Saban tahun kita melihat masyarakat Islam zaman kini tidak lagi mengamalkan ajaran Islam di dalam kehidupan mereka. Islam yang dikenali sebagai agama yang syumul, lengkap meliputi semua aspek kehidupan tidak lagi terserlah dalam diri individu setiap muslim. Islam itu hanya pada nama tidak lagi diamalkan dengan sebenar-benarnya di dalam kehidupan seharian.             Andai kita meneliti sejarah silam zaman Rasulullah dan para sahabat, kita akan mendapati betapa tingginya tahap ketamadunan dan kegemilangan umat Islam pada zaman tersebut. Saidina Umar radhiyallahu’anhu pernah berkata : “Kami kaum yang diagungkan kerana Islam”. Mereka sedar dan yakin betapa pentingnya ajaran agama Islam untuk dipraktikkan di dalam kehidupan. Ya, hebatnya mereka kerana Islam itu sendiri.             Agama Islam itu datang