Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2018

KENYATAAN YDP | SOLIDARITI KPIPM BERSAMA BKKIMM

KENYATAAN YDP | SOLIDARITI KPIPM BERSAMA BKKIMM Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2018/2019 Bismillahirrahmanirrahim Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam yang telah mengurniakan selautan nikmat yang tidak berpenghujung. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, dengan kejerihan Baginda, dapat lagi kita merasai kelestarian nikmat iman dan Islam sehingga ke hari ini. Allah SWT telah berfirman : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَلْتَنْظُرْ نَفْسٌ مَا قَدَّمَتْ لِغَدٍ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ Yang bermaksud : "Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah perbuat (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala yang kamu kerjakan."   [Al-H

KANTA SISWA | UYGHUR : PEMBANTAIAN UMAT ISLAM

KANTA SISWA | UYGHUR : PEMBANTAIAN UMAT ISLAM ! Unit Penerangan dan Penerbitan, Jabatan Yang Dipertua KPIPM sesi 2018/2019 Uyghur merupakan etnik beragama Islam yang hidup di wilayah Xinjiang, iaitu di utara China. Suku minoriti ini berasal daripada Turki yang dahulunya dikenali sebagai Republik Turkistan Timur di Asia Tengah sebelum kedaulatannya dicabul, menjadi sebahagian dari wilayah China melalui Gerakan Komunis Tiongkok (China) pada tahun 1949. Etnik Uyghur juga pada asalnya merupakan penggerak utama yang menunjangi Gerakan Islam Turkistan Timur yang dianggap sebagai kelompok teroris (pengganas) oleh China (Timur) dan Amerika Syarikat (Barat). ⭕ STRATEGI CHINA Salah satu strategi membanteras muslim Uyghur yang dianggap pengganas oleh pemerintah China hari ini adalah dengan meningkatkan imigrasi etnik Han yang bukan beragama Islam. Ditiup pula dengan semangat kebencian kepada muslim Uyghur. Maka, pengaruh Islam semakin lemah dan berkurang setelah wilayah Xinjiang didom

KANTA SISWA | ICERD : PEDULIKAH KITA

KANTA SISWA | ICERD : PEDULIKAH KITA? Unit Penerangan dan Penerbitan, Jabatan Yang Dipertua KPIPM sesi 2018/2019 ICERD merupakan singkatan kepada International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination. Dikenali dalam Bahasa Melayu sebagai Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum. Secara faktanya, konvensyen ini telah dibuka untuk ditandatangani serta diratifikasi sejak 21 Disember 1965 dan dikuatkuasakan bermula 4 Januari 1969. Uniknya, Malaysia merupakan satu daripada 15 buah negara yang tidak meratifikasi konvensyen tersebut sehingga ke hari ini. ⭕ ICERD DAN PERLEMBAGAAN Dalam konteks negara Malaysia, sekiranya konvensyen ini disahkan, ia mampu memberi implikasi yang besar terhadap perpaduan kaum yang telah terbina sekian lamanya di tanah air ini dalam erti kata lain perjanjian ini mampu mengundang perpecahan kaum. ICERD juga mampu mengganggu-gugat serta menjejaskan peruntukan perlembagaan negara khususnya Perk

MINDA PIMPINAN | FIKRAH ISLAMIAH

MINDA PIMPINAN | FIKRAH ISLAMIAH Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2018/2019 Dengan nama Allah yang  Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Firman Allah SWT: إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ ۗ Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. [ Surah Aali-Imran, Ayat 19 ] Islam merupakan agama Allah yang suci yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Jibril Alaihissalam. Islam merupakan satu-satunya agama yang diterima oleh Allah untuk dianuti di atas muka bumi ini berdasarkan ayat di atas. Al-Quran pula merupakan buku manual yang disediakan sebagai panduan kepada umat Islam untuk  menjalani kehidupan di atas muka bumi Allah ini. Para penuntutnya diwajibkan untuk melaksanakan apa yang  ditetapkan oleh syara’ selain menjadikan agama Islam itu sendiri sebagai cara hidup. Fikrah Islamiyah yang syumul perlu diterapkan di dalam pemikiran umat Islam selain mengamalkan segala kewajipan yang  telah ditetapkan. Kefahaman yang me

MAKLUMAN PENANGGUHAN PROGRAM KPIPM

MAKLUMAN | PENANGGUHAN PROGRAM KPIPM FASA 1 Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2018/2019 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Firman Allah S.W.T : يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ ۚ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan. [ Surah Al-Mujadalah, Ayat 11 ] Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan kepada kita nikmat Iman dan Islam serta menjadikan kita sentiasa dalam naungan-Nya. Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir adalah sebuah kesatuan anak-anak Perak di Mesir yang telah dibina sekian lama. Kesatuan ini berperanan penting dalam mempersiapkan mahasiswa/wi Islam yang bersifat siap saga dalam menghadapi tanggungjawab dan amanah dalam aspek pen