Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha
Pengasihani,
Selaut kesyukuran yang tidak terhingga diucapkan
atas segala nikmat Allah SWT yang tidak ternilai banyaknya menjadikan kita
selaku hamba yang masih kekal dalam syahadah.Selawat dan salam buat junjungan
mulia Nabi Muhammad SAW yang dicintai dulu, kini dan selama-lamanya, ikutan
terbaik dalam setiap gerak-geri dan amalan.
Perjalanan menuntut ilmu di Bumi Anbiya' ini
adalah suatu perjuangan mulia yang menunut kepada kesungguhan yang jitu dan
istiqamah yang padu. Sejarah telah memperlihatkan bagaimana kesungguhan para
ulama' terdahulu mengembara dari Barat ke Timur untuk mencari hanya sepotong
hadis Nabi SAW umpamanya kisah seorang penuntut ilmu yang bermusafir
beribu-ribu batu dari Andalus ke kota Baghdad semata-mata untuk menuntut ilmu
hadis daripada Imam Abu Hanifah.
Para mahasiswa dan mahasiswi sekalian,
Imtihan yang bakal menjelma kurang sebulan dari
sekarang seharusnya menjadi suatu perkara yang perlu diutamakan buat kita
muassir ini.
Tempoh masa yang singkat ini perlu dimanfaatkan
sepenuhnya oleh semua mahasiswa memandangkan tidak pernah berlaku sebelum ini
pengisytiharan tarikh peperiksaan awal asbab Pilihanraya Presiden Mesir yang
bakal diadakan dalam tempoh terdekat.
Segala perancangan perlu diatur dan diikuti
sebaik-baiknya bermula daripada sekarang demi melihat suatu natijah terbaik
yang diimpikan.Beberapa perkara yang perlu diambil perhatian utama buat seluruh
mahasiswa dalam tempoh yang agak genting sekarang, iaitu berkenaan jadual
harian untuk mengulangkaji pelajaran, nota subjek dan juga study-group.
Jadual ulangkaji pelajaran secara harian perlu
dipatuhi secara konsisten bagi memastikan mahasiswa mampu untuk menghabiskan
bacaan kitab dalam kesemua subjek dalam peperiksaan. Peruntukan masa
mengulangkaji perlu dibuat dengan kaedah jam, kaedah muka surat atau kaedah
bab. Contohnya seseorang itu memperuntukkan masa selama 4 jam dalam sehari
untuk menghabiskan bacaan sesebuah subjek. Kaedah 60 muka surat dalam sehari
atau 4 bab dalam sehari juga boleh dipraktikkan bagi memastikan buku kuliah itu
mampu untuk dihabiskan sebelum peperiksaan menjelang tiba.
Nota subjek perlu disediakan sebagai senjata
terakhir sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Ini adalah penting supaya
mahasiswa tidak kalut dan gelisah serta sukar mengingati segala isi penting yang
terdapat dalam sesebuah subjek itu. Dengan adanya nota, maka proses pembacaan
kali terakhir sebelum masuk ke dewan peperiksaan dapat dilakukan secara pantas
dan mahasiswa mudah untukmenjawab soalan-soalan yang diberikan kerana isi
penting sudah diulang-ulang, hanya perlu menambah syarahannya sahaja. Sekiranya
tidak mampu untuk menghasilkan sendiri nota bagi semua subjek, maka tugasan ini
boleh dibahagi-bahagikan kepada rakan untuk menjimatkan masa.
Perlu diingati bahawa nota adalah ringkasan
sesuatu subjek, bukan salinan semula kesemua isi kandungan buku dalam subjek
tersebut.
Perkara ketiga adalah berkenaan study-group.
Mahasiswa perlu mengamalkan perkara ini kerana perbincangan bersama rakan
berkenaan sesebuah subjek itu telah terbukti mampu membantu mahasiswa
mengingati fakta dengan berkesan, khususnya ketika menjawab peperiksaan kelak.
Study-group hanyalah dilakukan dengan jumlah
seramai 4-7 orang supaya perbincangan itu tertumpu dan tidak lari daripada
topik dalam buku.
Mahasiswa yang dikasihi,
"Doa itu adalah senjata bagi orang yang
beriman"
Justeru, mahasiswa Islam perlu istiqamah berdoa
memohon inayah dan taufiq pada setiap ketika dalam keadaan kesulitan atau
senang. Keyakinan yang tinggi perlu diletakkan sepenuhnya kepada Tuhan Rabbul
Jalal diiringi usaha yang konsisten mengikut jadual harian yang telah disusun.
Bertawassul atas setiap gerak kerja dakwah yang telah kita lakukan agar segala
sumbangan idea, tenaga dan harta yang telah kita infakkan dalam gerak kerja
dakwah mampu menjadi syafaat khususnya ketika menghadapi imtihan.
Asy-Syahid Imam Hassan al-Banna ketika bakal
menghadapi peperiksaan di universiti, beliau bangun di pertengahan malam
bermunajat kepada Allah SWT, mengangkat tangan sambil bercucuran air matanya
seraya berdoa :
" Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha
Mengetahui bahawa aku sangat cinta kepada kepada-Mu. Dan Engkau juga mengetahui
akan kecintaanku yang amat dalam terhadap perjuangan menuntut ilmu dan dalam
masa yang sama aku terlalu sibuk dalam gerak kerja dakwah terhadap umat Islam.
Maka kurniakanlah jalan keluar bagiku "
Nabi Muhammad SAW mengajar kita untuk meletakkan
target atau sasaran yang tertinggi dalam setiap perkara. Apabila ingin
mendapatkan syurga, maka hendaklah memohon syurga Firdaus yang tertinggi. Maka,
seharusnya bagi kita selaku mahasiswa Islam meletakkan target tertinggi
khususnya dalam peperiksaan yang bakal menjelma. Pohonlah kepada-Nya akan keputusan yang
terbaik dan diberi keberkatan atas ilmu yang telah Dia ajarkan.
Moga-moga curahan ilmu yang ditagih sehari-hari
dapat menjadikan kita hamba Allah SWT yang lebih tawadhu' seterusnya memberi
manfaat kepada ummah.
" Sesiapa yang bermujahadah, maka dia
sedang bersungguh-sungguh untuk dirinya sendiri" Surah al-'Ankabut : 6
Salam Imtihan daripada saya,
Abdul Naafiq Taqiuddin Bin Mohd Roslan
Ketua Badan Pendidikan Dan Komunikasi Bahasa,
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2012.
Sumber : pmram.org
BAGAIMANA SAYA MENDAPATKAN PINJAMAN SAYA
ReplyDeleteSaya Abdullah Nofia yang tinggal di Papua, saya di sini untuk memberi kesaksian seorang Lender Pinjaman yang baik yang menunjukkan cahaya kepada saya setelah ditipu 3 kali berbeda di Internet oleh beberapa pemberi pinjaman yang tidak lain adalah palsu,
Mereka semua berjanji untuk memberi saya pinjaman setelah membuat saya membayar banyak kepada mereka sebagai biaya yang tidak menghasilkan apa-apa dan sebesar tidak ada hasil positif. saya kehilangan uang hasil kerja keras saya dan itu sangat membuat frustrasi.
Suatu hari ketika menelusuri internet saya menemukan kesaksian seorang wanita yang juga ditipu dan akhirnya dikaitkan dengan perusahaan pinjaman yang sah, ONE BILLION RISING FUND dan di mana dia akhirnya mendapatkan pinjamannya, saya memutuskan untuk menghubungi dia dan menjelaskan tekanan keuangan saya. kepadanya dan jika dia bisa membantu saya untuk berbicara dengan perusahaan,
Saya kemudian menceritakan kepada mereka kisah saya tentang bagaimana saya ditipu oleh 3 pemberi pinjaman yang berbeda yang tidak melakukan apa pun selain merampok uang saya. Saya menjelaskan kepada perusahaan melalui surat dan semua yang mereka katakan kepada saya adalah untuk tidak menangis lagi karena saya akan mendapatkan pinjaman saya di perusahaan mereka dan saya juga telah membuat pilihan yang tepat dengan menghubungi mereka. Saya mengisi formulir permohonan pinjaman dan melanjutkan dengan semua yang diperlukan dari saya dan saya terkejut, saya diberi pinjaman sebesar Rp 200 juta oleh perusahaan besar ini, ONE BILLION RISING FUND, semua berkat JAMES (direktur transfer), seorang yang takut akan Tuhan. pria dan mentor dan di sini saya hari ini bahagia karena perusahaan ini telah memberi saya pinjaman jadi saya bersumpah pada diri sendiri bahwa saya akan terus bersaksi tentang pekerjaan baik mereka dalam hidup saya tentang bagaimana saya mendapatkan pinjaman saya.
Jika Anda mencari cara mendapatkan pinjaman, silakan hubungi
NAMA ::ONE BILLION RISING FUNDGmail ::: onebillionrisingfund@gmail.com
HUBUNGI SAYA
Namaku ::::::::: Abdullah Nofia
Gmail::::::::::::::abdullahnofia@gmail.com
Instagram::::::::Abdullah_Nofia
Facebook:::::::::Abdullah Nofia
Bijaksanalah saat Anda mencari pinjaman online
semoga harimu menyenangkan