Peperiksaan fasa kedua bakal menjelang lebih kurang
sebulan lagi bagi mahasiswa pengajian Islam dan mungkin sudah berjalan bagi
mahasiswa Sains Kesihatan. Dalam menghadapi tempoh peperiksaan, persiapan yang
rapi amat penting bagi mengelakkan kekalutan yang akan menyebabkan mahasiswa
hilang fokus bahkan lebih teruk daripada itu, iaitu gugup ketika menjawab
soalan peperiksaan.
Antara
persiapan yang patut diberikan perhatian sepenuhnya oleh mahasiswa adalah
persediaan membuat nota bagi subjek tertentu atau kesemua subjek yang
dipelajari. Ramai dalam kalangan mahasiswa merasakan mereka telah membuat nota
dengan baik, namun yang berlaku adalah sebaliknya. Mereka mengarang semula ayat
serta isi penting dalam rangka nota tetapi akhirnya menjadi jemu untuk
mengulangkaji nota tersebut. Konklusinya, ia bukanlah sebuah nota yang baik.
Nota
subjek yang menjadi alat penting pada saat akhir sebelum memasuki dewan
peperiksaan adalah antara penyelamat bagi mengimbas kembali segala pelajaran
yang difahami serta dihafal dengan cepat dan kekal di dalam memori. Justeru,
dalam menghasilkan sebuah nota subjek yang baik, beberapa perkara mesti diambil
perhatian oleh mahasiswa.
PERTAMA
: TAJUK YANG JELAS
Sesebuah
tajuk atau bab sangat penting untuk dijadikan ‘header’ nota serta pemisah
antara tajuk-tajuk yang lain. Mungkin ramai yang mahu menjadikan nota mereka
paling ringkas sehingga setiap tajuk dalam suatu subjek dicampur atau disempitkan
dalam muka surat yang sama. Perkara sebegini akan memberikan kesan negatif
terutama apabila mahasiswa gugup atau terlupa isi penting ketika ingin menjawab
soalan di dalam dewan peperiksaan. Impaknya, ingatan atau memori akan terkeliru
dengan isi penting yang cuba untuk diingat semula dan tidak mengetahui isi
penting tersebut di bawah tajuk yang mana satu. Nota peperiksaan yang ringkas
bukanlah beerti ringkas semata-mata sehingga penyusunannya tidak teratur dan
cantik. Setiap tajuk perlu ditulis atau dilukis dan sebaik-baiknya menggunakan
pen yang berlainan warna sebagai pemisah dengan tajuk yang lain.
KEDUA
: BANYAKKAN ISI PENTING, BUKAN SYARAHAN
Nota
subjek tidak perlu dimuatkan dengan contoh-contoh atau syarahan serta huraian
panjang yang terdapat di dalam buku
kuliah. Isi penting adalah lebih utama berbanding huraian panjang. Huraian
hanya perlu sebagai pengukuh kefahaman
untuk mengolah ayat dengan lebih baik ketika menjawab soalan. Huraian
yang terbaik adalah berdasarkan kefahaman yang berkait rapat dengan isi penting
tersebut.
Mahasiswa
perlu kreatif dengan tidak menjadikan contoh atau huraian adalah 100 peratus
sama sebagaimana terdapat di dalam buku kuliah. Semakin banyak syarahan yang
mampu untuk diolah sendiri secara tidak langsung menjadikan mahasiswa mampu
mengingati isi-isi penting dengan lebih baik. Tidak mengapa untuk memperbanyak
isi-isi penting di dalam nota kerana itulah yang terbaik. Hal ini kerana
isi-isi penting adalah pemarkahan asas di dalam soalan, manakala huraian adalah
pemarkahan subjekif bergantung kepada kesesuaian dengan isi-isi penting yang
telah ditulis.
KETIGA
: PENGGUNAAN AYAT RINGKASAN ATAU SIMBOL ISTIMEWA
Nota
subjek bukanlah sebagaimana buku catatan biasa. Nota yang terbaik adalah nota
yang membantu menguatkan hafalan atau memudahkan proses mengulangkaji pelajaran
di mana sahaja kita berada. Nota yang mudah mampu menjadi perangsang kepada
imbasan memori. Justeru, ayat yang ringkas dan padat serta diletakkan
simbol-simbol tertentu untuk menggambarkan isi penting adalah penting bagi
menguatkan ingatan terhadap sesuatu subjek itu.
Perlu
diingati bahawa penggunaan ringkasan dan simbol istimewa adalah sebagai tanda
sahaja. Justeru, ia tidak memerlukan kepada pengamatan yang mendalam dan
panjang bagi sesuatu isi penting. Apabila kita melihat simbol istimewa
tersebut, dalam tempoh yang singkat kita sudah mampu untuk mengingati isi
penting yang terkandung. Begitu juga dengan penggunaan ringkasan.
KEEMPAT
: TERANGKAN PERKARA YANG DIFOKUSKAN
Kemungkinan
sesebuah tajuk itu mempunyai isi penting yang banyak. Maka, mahasiswa perlu
bijak untuk memilih atau menyusun isi-isi penting yang menjadi autoriti utama
yang perlu diingati dahulu. Mahasiswa perlu mempunyai sasaran terhadap apa yang
menjadi fokus utama dalam kebanyakan isi penting tersebut. Justeru, teknik
tersendiri perlu ada untuk memilih isi yang lebih penting dan mampu mencambah
olahan baru yang berkaitan dengan isi tersebut.
Di
samping itu, perkara yang perlu difokuskan boleh ditulis dengan bantuan
warna-warna pen atau ‘high lighter’ tertentu. Begitu juga dengan tajuk yang
dirasakan penting atau yang perlu diulang-ulang secara kerap. Maka, gunakanlah
warna yang pelbagai untuk lebih fokus kepada tajuk atau isi penting tertentu
dan mudah mengingatinya. Namun, penggunaan warna perlu dihadkan supaya nota
tidak kelihatan terlalu berwarna-warni sehingga menyukarkan proses mengingati
isi-isi penting.
KELIMA
: HASILKAN NOTA YANG KEMAS DAN TERSUSUN
Perkara
sebegini juga membantu proses mengingati kandungan nota ketika membacanya. Nota
yang tidak kemas dan kurang menarik akan menyebabkan sel-sel otak tidak
terangsang dengan lebih aktif ketika proses pembacaan. Secara hakikatnya,
sel-sel otak akan lebih mudah terangsang apabila sesuatu maklumat itu berada
dalam keadaan yang memudahkan mata untuk melihat dan membaca. Nota yang cantik
dan kemas akan menimbulkan ketenangan dan rangsangan yang lebih kepada
pandangan mata.
Demikian
lima teknik untuk membuat nota yang baik. Hal ini adalah penting walaupun
kelihatan agak remeh. Mahasiswa yang pintar semestinya mempunyai nota subjek
tersendiri bagi memudahkan proses mengulangkaji pelajaran dengan lebih efektif.
Semoga risalah ringkas ini dapat membantu para mahasiswa sebagai persiapan ke
arah peperiksaan.
Sumber
: pmram.org
PERUSAHAAN PINJAMAN ALEXANDER GRACE
ReplyDeleteANDA SELAMAT DATANG DI GRACEALEXLOANCOMPANY (GALC)
Good Day Sir / Madam: Apakah Anda memerlukan pinjaman mendesak untuk membiayai bisnis Anda atau tujuan apa pun? Kami adalah pemberi pinjaman bersertifikat, legal dan internasional, kami menawarkan pinjaman kepada perusahaan-perusahaan Bisnis. Perorangan, perusahaan perusahaan, badan hukum dengan tingkat bunga yang terjangkau 2%. Ini bisa berupa pinjaman jangka pendek atau jangka panjang atau bahkan jika Anda memiliki kredit macet. Kami akan memproses pinjaman Anda segera setelah kami menerima aplikasi Anda. Kami adalah lembaga keuangan independen. Kami memiliki reputasi yang sangat baik selama bertahun-tahun dalam menyediakan berbagai jenis pinjaman kepada ribuan pelanggan kami. Kami menawarkan pinjaman Pendidikan, pinjaman Bisnis, pinjaman rumah, pinjaman pertanian, pinjaman pribadi, pinjaman mobil dengan riwayat kredit baik atau buruk. Jika Anda tertarik dengan penawaran pinjaman kami di atas, Anda disarankan untuk mengisi informasi di bawah ini dan kembali kepada kami untuk lebih jelasnya. Anda dapat menghubungi kami melalui email ini gracealexanderloancompany@gmail.com kami akan merespons Anda segera setelah kami menerima rincian aplikasi pinjaman Anda di bawah ini.
1) Nama lengkap:
2) Tanggal lahir:
3) Jenis Kelamin:
4) Status perkawinan:
5) Jumlah Pinjaman yang Dibutuhkan:
6) Durasi Pinjaman:
7) Negara:
8) Negara:
9) Alamat:
10) Telepon:
11) Penghasilan bulanan:
12) Pekerjaan:
13) Agama:
14) Sudahkah Anda mengajukan pinjaman sebelumnya? Jika ya, sebutkan nama perusahaan
Kontak
gracealexanderloancompany@gmail.com
WhatsApp ::: +14077925682 [Hanya Obrolan]
Nomor Telepon +14077925682 [Hanya Panggilan]
untuk perhatian segera.
Buka 24 jam dalam 7 hari seminggu.